Tips Ergonomik Sesuai Untuk Yang Bekerja Dari Rumah
Tips Ergonomik Sesuai Untuk Yang Bekerja Dari Rumah. Bersambung-sambung nampaknya PKP kali ni. Kita pun dah disarankan untuk lebih banyak masa di rumah berbanding dengan di luar rumah. Company tempat akak bekerja pun dan keluarkan arahan untuk bekerja dari rumah bermula daripada PKP yang pertama lagi. Adalah sebulan sempat akak masuk semula pejabat selepas tamat PKPB tahun lepas, itupun cara bergilir-gilir. Selepas peningkatan semula kes C19 di utara, kami semua kena mula bertugas dari rumah semula. Bila bekerja dengan menggunakan laptop atau pc ni, kita kena beri lebih tumpuan terhadap aspek ergonomik.
gambar :googleApa Itu Ergonomik ?Ergonomik yang berasal dari perkataan Greek 'ergo' dan 'nomos' yang membawa makna peraturan bekerja (thelawofwork) . Mengikut definasi Ergonomics Society UK(1984) ,Ergonomik membawa makna dan bertujuan untuk memastikan sesuatu peralatan ,kemudahan ,proses dan sistem yang digunakan oleh manusia didalam melakukan sesuatu aktiviti atau / dan beriteraksi sesuai dan serasi dengan mereka. Ini bertujuan bagi memastikan setiap kerja (task) boleh dilakukan dengan selesa, selamat, dan berkesan. Kebanyakan orang memahami dan mengaitkan ergonomi. Hakikatnya, ergonomik memastikan kemampuan pengunaan dan kualiti kerja terhadap sesuatu kerja (task) dan peralatan yang terlibat didalam "task' itu boleh dioptimakan 'output'nya. Aspek fisiologi, psikologi, biomekanik, antropometrik dan elemen asas dalam kejuruteraan merupakan skop pengajian ergonomik. (sumber google)
Tips Ergonomik Untuk Diberi PerhatianAkak kongsikan beberapa tips ergonomik yang korang boleh beri perhatian untuk memastikan postur badan terjaga sepanjang korang menjalankan kerja dari rumah, terutama orang yang bekerja macam akan ni yang banyak menggunakan laptop.
1. Skrin Monitor
Laraskan jarak dan ketinggian, bahagian atas monitor selari dengan mata. Disyorkan untuk menggunakan 'laptop riser' yang boleh dilaraskan ketika menggunakan komputer riba
2. Papan Kekunci Kedudukan siku dan pergelangan tangan hendaklah selari dengan papan kekunci. Menaip dengan lembut. Disarankan untuk menggunakan papan kekunci yang berasingan (external keyboard)
3. Tetikus Diletakkan hampir dengan badan dan pada ketinggian yang sama dengan papan kekunci
4. Cahaya Lampu Pencahayaan yang mencukupi 400 lux
5. Berehat Sebentar Berhenti dan berehat untuk setiap 30 minit atau 1 jam selepas melakukan kerja
6. Tangan Bahu dalam keadaan selesa dan pastikan lengan bawah (forearm) selari dengan lantai
7. Kerusi Mempunyai sokongan lumbar dan boleh dilaraskan sepenuhnya. Bahagian belakang perlu disokong sepenuhnya untuk mengurangkan tekanan
8. Bahagian Kaki Kaki selari dan memijak sepenuhnya ke lantai. Gunakan sokongan kaki jika perlu dan pastikan bawah meja dikosongkan
Elokkan kita sama-sama beri perhatian pentingnya ergonomik untuk semua terutama yang dah mula membuat kerja ofis di rumah. Kalau tengok keadaan macam lama lagi nak kena berkurung, jadi kenalah ambil langkah yang betul demi untuk kesihatan kita. Bukan ibu bapa yang bekerja dari rumah sahaja, malahan anak-anak atau adik-adik kita yang ber pdpr setiap hari juga perlu tahu tips-tips mudah untuk menjaga kesihatan mereka.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azirahman.com/2021/06/tip-ergonomik-sesuai-untuk-yang-bekerja-dar.html