Tips Dan Keperluan Berkhemah


 
TIPS DAN KEPERLUAN BERKHEMAH 
PENGALAMAN BERKHEMAH DI DAYANG BUNTING CAMPSITE 


Sepanjang Trip AlongMurni (AM) di Langkawi, AM berkesempatan untuk bermalam dan berkhemah di Dayang Bunting Campsite. Perjalanan Cuma mengambil masa 10 minit dari Jeti Kuah ke Dayang Bunting Campsite dengan menaiki bot. Sememangnya Camping atau Berkhemah merupakan salah satu aktiviti outdoor yang sangat menarik dan dapat  mendekatkan diri dengan alam semulajadi. Untuk berkhemah, terdapat beberapa barang perlu dibawa demi keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan alam semula jadi.
Antara kelengkapan dan fasiliti yang telah tersedia di Dayang Bunting Campsite adalah: 



TEMPAT MANDI DAN TANDAS
Pemandangan sekitar Campsite dayang Bunting adalah seperti berikut:




ITEM YANG PERLU DAN WAJIB DIBAWA BERSAMA DI DALAM BAG
1. Beg Tidur (Sleeping Bag)

Beg tidur bukan sahaja penting bagi mengelakkan AM dari kesejukan malam melampau, malah ia juga memberikan AM sedikit kusyen kepada tubuh badan. Kadang-kadang beg pakaian pun AM jadikan sebagai alas untuk tidur.
 

2. Pakaian Yang Sesuai
Ia merangkumi pakaian semasa perjalanan, pakaian untuk tidur, pakaian semasa ingin membersihkan diri, dan juga pakaian semasa cuaca sejuk seperti jaket atau Windbreaker. Pastikan juga kasut yang tahan lasak dan selasa untuk digunakan. Tambahan, selipar atau sandal juga boleh turut dibawa bagi memudahkan pergerakan di sekitar campsite.




3. Botol Minuman

Umum mengetahui akan kepentingan Air terhadap tubuh badan manusia. Sentiasalah bawa botol minuman dan pastikan ia sentiasa diisi dengan air. Sepanjang penginapan di Campsite, pihak penganjur telah menyediakan 4 kotak air mineral untuk minuman kami. Syukur, jadi bab minum AM tak perlu risaukan sangat




4. Lampu Suluh (FlashLight) 

Semasa berkhemah, khususnya AM berkhemah di kawasan hutan dan pantai sudah pastinya sumber pencahayaan amat terhad. Kebergantungan asas hanyalah pada cahaya semulajadi seperti bulan dan juga cahaya dari unggun api (campfire). Lantas, lampu suluh amat diperlukan oleh setiap orang. Terdapat pelbagai jenis lampu suluh dipasaran yang bersifat lightweight atau ringan. Ada juga yang gemar menggunakan HeadLamp seperti AM. Penggunaan Lampu suluh akan memudahkan pergerakan AM sepanjang berkhemah, khususnya diwaktu malam. Bateri ekstra jangan lupa ya.


Bila nak masak sardin, headlight juga sangat memberi peranan.
Terima kasih ye Blogger MAHAMAHU masak sardin yang sedap!


5. Perkakas Pelbagai (Multi-Tool) 

Ia adalah satu set perkakas pertukangan yang bersifat mini tetapi sangat berguna. Antara perkakas multi-tool yang baik merangkumi Pisau Swiss Army dan seangkatan, playar, Pemutar Skrew dan pelbagai lagi. Dalam pasaran barangan outdoor, sudah terdapat pelbagai jenis Multi-Tool yang telah dipasarkan yang bersifat lightweight dan mini. Jadi bila nak masak memasak atau potong memotong atau nak cari kayu api memanglah sangat berguna kan??



PERSEDIAAN MEMASAK UNTUK MAKAN MALAM
Blogger XULHILMI jadi tukang hidup api yea



6. Kit Ikhtiar Hidup (Survival Kit) 

Kebiasaannya, survival kit mengandungi alat-alat untuk ikhtiar hidup seperti pisau, lighter atau batu asah untuk menyalakan api, wisel, tali dan pelbagai lagi. Kita tidak boleh menolak kemungkinan-kemungkinan buruk yang boleh berlaku semasa berkhemah seperti sesat. Oleh itu, persediaan kit ini adalah satu perkara wajib. 

7. Plastik Sampah
Sentiasalah bawa untuk menyimpan pakaian-pakaian yang kotor, ataupun sampah-sarap dari makanan dan makanan ringan yang kita bawa. Untuk barang-barang lain yang bersifat peribadi lain, korang boleh bawa mengikut juga mengikut keperluan. Contohnya buku, diari atau jurnal, jajan dan lain-lain kelengkapan diri.

KEPERLUAN BILA BERGERAK DALAM BERKUMPULAN



1. Khemah (Tent)

Khemah berfungsi sebagai tempat tinggal dan perlindungan bersifat sementara. Ia juga melindungan kita dari cuaca sejuk atau panas yang melampau. Terdapat beberapa jenis dan saiz khemah. Ada khemah yang boleh memuatkan 1 atau 2 orang, dan ada juga khemah yang mampu memuatkan lebih kurang 5-6 orang. Banyak yang AM pelajari semasa berkhemah. Antara Tips berkaitan penyediaan khemah adalah:


PERSEDIAAN MEMASANG KHEMAH
Elak mendirikan khemah di bawah pokok yang tua kerana besar kemungkinan dahannya akan patah dan menimpa khemah.Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah rata, kawasan yang tinggi, bersih, dan tidak batu-batan, lubang-lubang, tunggul kayu dan sebagainya.Periksa terlebih dahulu kawasan yang dipilih supaya tidak terdapat sarang semut atau lain-lain serangga yang merbahaya.Jangan dirikan khemah di tempat yang berhampiran dengan pokok renek atau rumput panjang kerana besar kemungkinan terdapat binatang berbisa seperti ular.Jika dua buah khemah atau lebih didirikan berjajar, jarak di antara khemah, seelok-eloknya seluas dua orang berjalan berasingan.Tentukan arah cahaya matahari. Jika mendirikan yang tiada mempunyai pintu, elakkan cahaya matahari menyinari terus ke dalam khemah, pasanglah khemah melawan arah cahaya matahari.Tentukan arah tiupan angin. Apabila berkhemah di musim kemarau, tentukan angin dapat bertiup masuk ke dalam khemah. Ini kerana pada siang hari keadaan di dalam khemah sangat panas. Tentukan permukaan tanah yang hampir rata. Permukaan tanah yang tinggi rendah boleh menyebabkan kestabilan edaran darah tidak teratur. Apabila mendirikan di kawasan ini, aras kepala lebih tinggi daripada kaki semasa tidur supaya dapat menstabilkan peredaran darah.Pilihlah kawasan teduh dan selesa, terutama semasa berehat di siang hari. Ini kerana keselesaan amat diperlukan sama ada waktu malam, pagi, atau petang.


2. Dapur Memasak

Dah nama pun dapur memasak, semestinyalah untuk kita memasak. Dapur memasak harini ini semakin moden untuk penggiat outdoor, ia lebih kecil, ringan, dan mudah dibawa. Pastikan juga gas tambahan dibawa bersama ya!. 






3. Kit Bantuan Kecemasan (First-Aid Kit)

Ada orang hanya menggabungkan beberapa jenis ubat didalam kit survival. Tetapi adalah lebih baik jika kita mempunyai satu kit khas yang mengandungi segala keperluan perubatan asas
  
4. Mess Kit 

Ia adalah barangan yang kita gunakan untuk menyedia, memasak dan menghidangkan makanan semasa berkhemah. Item-item yang mess kit termasuklah pinggan dan mangkuk, gelas, mangkuk, kuali, dan sebagainya. Tetapi di sini segala peralatan pinggan mangkuk telah tersedia ada CampSite ini. Lega kan?? Tak payah nak bawa berbag bag mess kit.


6. Pemandu Pelancong/ Orang Arif / Penganjur


Memastikan kawasan perkhemahan tersebut selamat daripada binatang buas, jenayah, keadaan fizikal muka bumi, dan sebagainya. Memastikan segala alatan perkhemahan mengcukupi seperti pisau, parang, cangkul, bekalan makanan, dan lain-lain. Memastikan setiap peserta perkhemahan mematuhi peraturan perkhemahan. Jadi sila dengar arahan dan nasihat dari orang yang lebih arif yea. Jangan nak pandai-pandai buat undang-undang sendiri. Semestinya, kita masuk tempat orang, ikut langkah dan cara hidup orang di situ yea..


PERINGATAN SELEPAS SELESAI BERKHEMAH: 


Menurunkan, melipat khemah dan membersihkan tapak perkhemahan seperti keadaan sebelum datang berkhemah. Menimbus semua lubang yang digali, mematikan api supaya tidak meninggalkan kesan berkhemah. Tidak meninggalkan sampah di kawasan tapak perkhemahan.





 

KATA ALONGMURNI
SATU PENGALAMAN YANG MANIS BERSAMA KAWAN-KAWAN UNTUK DIINGATI. BANYAK KENANGAN DAN ILMU YANG AM DAPATI SEPANJANG BERKHEMAH DI DAYANG BUNTING CAMPSITE. SEMOGA PEMBACA YANG INGIN PERGI BERKHEMAH MENGIKUT TIPS DAN PENGAJARAN YANG AM KONGSIKAN. HARAP BERMANAFAAT UNTUK SEMUA.

 



Untuk pelarasan penyediaan dan tempahan untuk menginap di

Dayang Bunting Campsite ini boleh hubungi : 
+60134323268 (PK)

+60182404505 (Adam Daniel)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://alongmurni.blogspot.com/2021/11/tips-dan-keperluan-berkhemah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Photography Fireworks

Tips Photography Fireworks

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 348 hits
Visualization of a spectacular fireworks in the sky is very interesting to do Although he must somehow different compared to traditional methods it is not too hard to do One good thing about shooting fireworks in the background is always bl...
Tips Memilih Pakej Umrah

Tips Memilih Pakej Umrah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 153 hits
Umrah adalah sebahagian daripada Haji kecil Ia dinamakan sebagai Haji kecil kerana ianya adalah mirip ibadah Haji Sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Majah al Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r a katanya Aku berka...
Tips Nak Jual Air Balang Di Tepi Jalan Jer

Tips Nak Jual Air Balang Di Tepi Jalan Jer

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 248 hits
Cari Jalan Dua Hala Bila berniaga tepi jalan elakkan berniaga di tepi jalan yang jalannya hanya sehala Jalan sehala ini maksudnya jalan yang ada divider di tengah tengahnya Sebabnya di jalan sehala ini pemandu selalunya akan memandu dengan ...
Tips Viralkan Bisnes Korang

Tips Viralkan Bisnes Korang

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 112 hits
Siapa Lagi Nak Belajar Bagaimana Saya Dapat Jualan Automatik Ribuan Ringgit Macam Dalam Gambar Di Bawah Ini adalah Real Bisnes Bukan MLM bukan program mengarut Ia adalah strategi marketing untuk anda Letopkan Sales produk dan bisnes anda Ta...
Tips Sebelum Pulang Berhari Raya

Tips Sebelum Pulang Berhari Raya

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 224 hits
Tak berapa lama lagi Syawal akan menerjah Tetapi bagaimanakah dengan Ramadhan Seperti yang kita bincangkan sbeelumnya Ramadhan adalah bulan untuk ditangisi apabila ia pergi meninggalkan kita Maka Syawal adalah bulan untuk merai kemenangan k...
Tips Pakai Tudung Yang Betul

Tips Pakai Tudung Yang Betul

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 139 hits
Muslimah di Malaysia ada pelbagai wajah Pan Asia wajah kacukan wajah asli wajah exotic dan sebagainya Mereka semua lawa lawa dan cantik cantik Saya terpegun dengan kecantikan Muslimah di Malaysia sebab apa Sebab Muslimah Malaysia ni baik bu...
Tips Perut Buncit Menjadi Langsing

Tips Perut Buncit Menjadi Langsing

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 252 hits
Perut buncit atau boroi sememangnya menjejaskan penampilan sesiapa saja tidak kira lelaki mahupun wanita apatah lagi apabila mahu menggayakan fesyen digemari Pada masa yang sama beberapa jenis penyakit turut berselindung di sebalik perut bu...
Tips Trick Percutian Ke Bukit Tinggi

Tips Trick Percutian Ke Bukit Tinggi

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 267 hits
kolam ikan di japanese village bagi ikan makan colmar tropicale village tiket masuk ke colmar tropicale village adalah rm13 untuk dewasa masa tu guard kata budak budak tak yah bayar horey sebenarnya bagi mereka yang menginap di hotel colmar...
Tips Membeli Kasut

Tips Membeli Kasut

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 149 hits
1 Belilah kasut pada waktu siang hari atau petang agar dapat ukuran yang tepat dan selesa ketika dipakai 2 Berdiri tegak dan pastikan kasut yang dipilih itu selesa Buat ujian dengan cuba berjalan jalan di dalam kedai Jika lantai kedai penuh...
7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco