Tips Berjaya Dan Bahagia Dalam Hidup



Tips Berjaya dan Bahagia Dalam Hidup

Bila melangkah ke Tahun 2020 tahun yang seringkali digembar gemburkan yang mana semua harus berfikiran kehadapan, berfikiran positif dan melakar kejayaan. Aku tak pasti tentang orang lain, tapi bagi aku sendiri aku cuba ambil dan manfaat aura tahun baru kejayaan baru.

Aku yakin semua orang nak berjaya dan bahagia, tapi masih ramai terperangkap dan tak tahu apa perlu buat untuk berjaya. Ikut pengalaman sendiri, aku pernah kemurungan fikir tentang nasib hidup aku sendiri. Aku lost weh.  

Berbalik kepada tajuk aku kongsi di atas tadi, tentang tips mahu berjaya dan bahagia dalam hidup di tahun 2020 khususnya. Amalkan tips ni hingga hujung nyawa kita akan bahagia dan berjaya in sha Allah. Aku dapat tips ni masa basuh pinggan sambil dengar radio. Kan biasa ada sesi ceramah kan?

Tips dia bagi aku rasa biasa sahaja, sebab memang kita semua tahu. Tapi, penerangan dan penekanan dia tentang kesan kalau kita buat secara istiqamah tu buat aku nak kongsi dengan korang pula. Perangai manusia memang begitu, tahu tapi tak buat, ada peluang tapi tak cuba.


3 Tips Berjaya dan Bahagia Dalan Hidup
Menurut pakar motivasi dan keluarga ada tiga tips yang perlu diamalkan jika mahu kehidupan berjaya seterusnya lebih bahagia. Tips ini mudah dan aku dah mula lakukan sejak awal tahun lalu. Bila ada je anasir negatif cepat-cepat aku kuatkan hati dan tekankan dan masuk Tahun 2020, tahun ini lah aku patutnya berjaya.

#1 Utamakan Solat

Istimewanya penganut agama Islam khususnya, Allah hadiahkan kita Solat sebagai satu bentuk komunikasi supaya umatNya dapat berhubung, meminta, mengadu kepada Pencipta. Perkara wajib, perkara asas adalah mengerjakan solat. Dalam apa jua keadaan latihlah diri untuk utamakan solat.

Dahulukan Allah. Dahulukan Tuhan dalam setiap perkara. Kalau sebelum ni kita letak Dunia di hadapan, apa kata kita cuba tukar. Kalau sukar nak utamakan Solat dan Tuhan, apa kata cuba cari kemanisan dalam beribadah.

Aku bukan ustazah. Jauh sangat nak kata alim. Tapi aku tak pernah stop cuba jadi hamba yang taat kerjakan suruhan Tuhan. Aku cakap pun berdasarkan pengalaman. Masa zaman Jahiliah aku dulu, nak solat aku rasa berat sangat. Aku rasa satu beban.

Sampai satu masa aku rasa cemburu dengan orang yang jaga solat dan siap boleh buat solat sunat lagi. Apakah yang dia rasa sampai dia boleh tenang solat? Lepas aku hadiahkan rasa manisnya solat tu perlahan-lahan aku faham. Tapi aku bukanlah sempurna lagi bab jaga solat ni, tapi kita cuba. In Sha Allah.


#2 Jaga Silaturrahim

Paling utama jaga Silaturrahim antara ahli keluarga, adik beradik, saudara mara. Kalau pernah bermasam muka, bergaduh ini lah masanya untuk kita terus pandang kedepan. Saling bermaaf-maafan.

Sungguh beruntung mereka yang tak pernah bergaduh adik beradik. Lagi seronok kalau ada adik beradik yang ramai dan bersatu hati. Pengalaman bermasam muka pun aku pernah lalui. Maklumlah adik beradik seramai 10 orang memang bermacam perangai dalam satu keluarga.

Bagi aku bila kita dah berniat nak buat sesuatu kebaikan teruskan saja dengan niat baik tu. Allah pasti akan bantu. Walau sesukar mana. In Sha Allah pasti ada jalannya. Wah macam lagu. Lol.


#3 Pilih Kawan Yang Bimbing Kita Ke Arah Kebaikan

Dah tiba masanya kita tapis dan pilih kawan yang bawa kita kearah kebaikan. Kalau sebelum ni circle kita banyak yang negatif maka Tahun inilah tahun terbaik kita singkir mereka dari hidup kita. Gunakan alasan Tahun 2020, sebagai alasan terbaik untuk kita tinggalkan mereka yang dahsyat perangainya.

Bukan suatu yang pelik kalau semakin kita berusia semakin kita kurang kawan. Dah masuk Tahun 2020 tak akan masih di takuk lama kan? Kualiti yang kita cari bukan sekadar kuantiti. Untuk korang yang dah jumpa kawan yang ada kualiti, jaga baik-baik. moga nanti bersahabat terus sampai ke syurga.



Kesimpulan
Personally, untuk diri aku; menghargai keluarga sementara masih ada memang aku dah lama amalkan. Selepas peristiwa kehilangan orang yang aku sayang selama-lamanya memang aku jadi serik. Pemergian abah masih lagi tinggalkan kesan dekat hati, bukan tak redha cuma aku terasa masih banyak jasa belum terbalas. Amalkan tiga tips bahagia dan berjaya yang aku kongsi tu in sha Allah perubahan baik akan berlaku. Kita minta, kita doa, kita usaha. Allah kan tak pernah tidur.

Utamakan solat walau dimana dan tak kira masa. Jaga silaturrahim sesama kita terutama adik beradik dan saudara mara. Pilih kawan yang bawa kita ke arah kebaikan dan mampu tegur kita bila kita melakukan kesalahan.
Selamat berjaya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2020/01/tips-berjaya-dan-bahagia-dalam-hidup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Hidup Bahagia Dan Langkah Praktis Mengurangi Stres Cermati Tips Bahagia

Cara Hidup Bahagia Dan Langkah Praktis Mengurangi Stres Cermati Tips Bahagia

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 406 hits
Hallo selamat sore di kesempatan akan membawa pembahasan tentang tips bahagia Cara Hidup Bahagia dan Langkah Praktis Mengurangi Stres Cermati simak selengkapnya Edited by Siti Hadijah 19 November 2017 Tubuh
Umur Dah 49 Tahun Tak Dimamah Usia Nasha Aziz Bahagia Hidup Bujang

Umur Dah 49 Tahun Tak Dimamah Usia Nasha Aziz Bahagia Hidup Bujang

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 424 hits
Beberapa hari lalu sebuah telefilem berjudul Mak Nak Peluk Boleh lakonan aktres popular Rita Rudaini ditayangkan menerusi slot Cerekarama TV3 Namun kemunculan salah seorang lagi pelakon Nasha Aziz pasti membuatkan ramai penonton mengimbau k...
Raikan Hari Bahagia Di The Ballroom Mahsa University

Raikan Hari Bahagia Di The Ballroom Mahsa University

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 560 hits
Salam uolls Buat pembaca blog Ty yang mana bakal ke jinjang pelamin nanti tapi masih mencari cari tempat untuk disewa bagi meraikan hari bahagia bersama tetamu yang akan memeriahkan ketika majlis berlangsung kelak Meh baca entri Ty ni sampa...
Jangan Rebut Kebahagian Orang Lain Demi Membahagiakan Diri Sendiri Sebab Akhirnya Kau Takkan Bahagia

Jangan Rebut Kebahagian Orang Lain Demi Membahagiakan Diri Sendiri Sebab Akhirnya Kau Takkan Bahagia

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 426 hits
Gambar HiasanDear wanita jangan meraih kebahagiaan dari jalan pintas terlebih jalan itu adalah jalan yang Allah benci Seperti halnya berselingkuh atau menyelingkuhi pasangan orang lain Intinya setidak bahagia apapun kamu dengan hidup yang k...
Formula Menuju Bahagia La Tahzan

Formula Menuju Bahagia La Tahzan

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 250 hits
AssalamualaikumSalam Sejahtera Dear bloggers and readers How are you Hope all is well SMILE Nggak tahu apa lagi mahu ku buat di saat ini waduhhh Mop lantai sudah Basuh kain dan sidai kain pun sudah Menyapu sampah sudah Memasak sudah Membasu...
Kata Teddy Tentang Pernikahannya Bersama Mendiang Lina Hidupnya Bahagia Sama Saya

Kata Teddy Tentang Pernikahannya Bersama Mendiang Lina Hidupnya Bahagia Sama Saya

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 276 hits
Teddy suami mendiang Lina membantah mengenai kabar kehidupan rumah tangga mereka yang tak bahagia Kata Teddy jika tak bahagia mereka tak mungkin punya anak
Nak Rumahtangga Bahagia Amalkan 7 Sikap Ni Sejak Dari Mula Kahwin

Nak Rumahtangga Bahagia Amalkan 7 Sikap Ni Sejak Dari Mula Kahwin

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 584 hits
Sumber google images 7 sifat mulia dalam rumah tangga 1 Jujur Elakkan diri daripada berprasangka buruk terhadap pasangan Buang jauh jauh sifat negatif itu dari diri Apabila hati sudah bersih pasti akan lebih sayang dan cinta padanya 2 Berta...
Bahagia

Bahagia

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 262 hits
Apapun bisa kamu lakukan supaya membuat hidupmu lebih bahagia dengan cara yang baik Bahagia bukan soal hidup yang sempurna melainkan saat kita bisa menikmati dan mensyukuri sesuatu yang telah kita terima Bukan kemewahan yang akan membuatmu ...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut