Tips Atasi Masalah Blog Re Directs Ke Laman Web Meragukan
hi semua, beberapa waktu lalu, mrs pip ada menulis mengenai 14 sebab punca trafik blog menurun. Dan di antara salah satu sebabnya ialah mungkinkah blog berjaya dihack sehingga sering re-directs ke laman web perjudian sehingga ramai yang merasakan tertipu setiap kali buka blog mrs pip.
Well, tiada sesiapa yang mahu melawat laman web yang meragukan, apatah lagi laman web tersebut merupakan laman web perjudian mahupun mengandungi X-Rated web
Sangat menyakitkan hati setiap kali buka blog sendiri, sering dibawa ke pautan yang tidak sepatutnya. Mrs Pip ada meluahkan masalah kepada seorang blogger otai yang nampaknya sudah agak lama tidak menulis di blog, namun masih sudi berikan pendapat mengenai masalah blog mrs pip
Dan selain itu, ada juga blogger lain yang berikan pendapat mengikut pengalaman yang mereka pernah lalui berkaitan blog re-directs ke laman web yang meragukan (malicious website)
Sekadar berkongsi dengan kamu semua, manalah tahu ada di antara blogger sekalian yang juga mengalami masalah yang sama seperti apa yang mrs pip lalui
Hish, buat apalah mau hack blog mrs pip ni, masih lagi merangkak untuk perbaiki blog. Masih lagi belum mampu untuk monetizekan blog sepenuhnya
Tapi sebelum itu, mrs pip google cari 3rd party website yang boleh bantu periksa status blog, manatau ada masalah malware ataupun memang ada masalah lain seperti DNS Hijacking (ceh, macamlah blog ni nilainya juta-juta ringgit sampai ada yang mahu hijack)
mrs pip guna laman web https://sitecheck.sucuri.net/results/www.mrspip.com untuk ambil tahu status blog. Dan nampak keputusan scanning mengatakan tiada malware detected, tiada injected spam detected, mahupun defacement (kecacatan) detected.
Tapi untuk website blacklist statust, McAfee dah blacklist domain mrs pip katanya tidak selamat untuk dilawati. Tapi kita chill chill sajalah
Manakala kalau menggunakan https://transparencyreport.google.com/ , nampaknya blog mrs pip ni aman untuk dikunjungi. Jadi, tiada masalah malware atau spam dan sewaktu dengannya untuk blog mrs pip.
Ikut Cakap Pakar Cik Google Transperancy Reportbahawa blog ini nyaman untuk dikunjungi.yeah.
Dan ini apa yang mrs pip lakukan, mengikut nasihat mereka yang berpengalaman dan juga nasihat nasihat mereka yang banyak menulis mengenai keselamatan laman web :-
Buang widgets / plugins luar - Paling senang, kita cuba cuba dulu buang semua external widgets mahupun plugins yang ada di blog. Manalah tahu widgets dan plugins diskripkan dengan arahan untuk re-directs ke laman web lain tanpa pengetahuan kita, melainkan kamu memang faham baca skrip programming untuk widgets/plugins yang kamu install.Buang mana-mana skrip (e.g. javascripts) yang kamu rasa suspicious. Sekali lagi, mrs pip ndak reti baca bahasa programming ni. Tapi, sangat kebetulan sewaktu mrs pip periksa link blog di Google Search Console, ada satu skrip tu menghalang untuk Googlebot masuk crawl ke blog.Makanya, mrs pip pigi delete sajalah javascripts tersebut. Kemudian baru teringat yang skrip ni dulu blogger otai yang sorang lagi pernah suruh delete tapi terlupa sekian lama
Tukar password blog. Buat laporan ke service provider yang sediakan domain. Macam mrs pip guna NetKL untuk beli domain, maka minta NetKL tolong tengok-tengokkan kalau-kalau ada percubaan untuk DNS Hijack.NetKL menyatakan tidak mungkin ada DNS Hijack memandangkan sekuriti Blogger.Com agak kuat. NetKL menyarankan untuk membuang widgets dan plugins dan hanya re-install setelah masalah selesai. Dan juga mungkin perlu tukar theme kerana theme yang digunakan bermasalah
Ada seorang blogger bagitau, kena re-install semula template yang kita guna. Fuh! mrs pip mana pandai mau edit edit template. Lagi-lagi mau cari template sebelum ni yang mrs pip guna. Alahai. Dahlah template yang mrs pip guna sekarang ni template beli, rasa macam rugi pula untuk tukar balik template lama tu.
Jadi, mrs pip buang widget / plugins, buang javascripts seperti yang dinyatakan di #2, dan tukar password blog. Untuk tukar theme / template ni, nantilah dulu. Kita hold tengok macam mana
Harap-harap selesailah masalah re-directs ke laman web meragukan ni. Biasanya blog akan re-directs ke CDNGATEAWAY.NET ! hiks. Lepas tu beberapa saat kemudian akan masuk laman web perjudianlah, pengiklananlah, dan gaminglah ... aiyo
Beberapa hari ni, nampaknya masalah re-directs ni dah settle, tapi entahlah sama ada betul-betul selesai ataupun akan datang balik. Harap-harap settled sepenuhnya
Lepas ni , nak try pula mansuhkan broken link pada page / artikel. Untuk hapus broken link pada user profile di bahagian komen, part ni kena cari jalan lain pula. Takkan nak delete semua user profile yang komen di blog kan
Apapun, semoga blog kembali sihat seperti sediakala
Thanks for reading, semoga bermanfaat
cheers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mrspip.com/2020/06/tips-atasi-masalah-blog-redirects-ke-malicious-website.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)