Gelang Patah Kena Tawan Pandangan Ibnu Hasyim Masalah Muhajirin




ISKANDAR PUTERI: Kawasan Gelang Patah di sini, ibarat ditawan warga asing apabila deretan kedai dikuasai pendatang asing sejak lebih lima tahun lalu, sekali gus mendatangkan kebimbangan penularan wabak Covid-19.Tinjauan di kawasan perniagaan Medan Nusa Perintis 1, Gelang Patah mendapati terdapat lebih 20 premis perniagaan atau kedai dikendalikan warga Bangladesh dan Pakistan secara terbuka.Antara perniagaan dijalankan mereka termasuk kedai runcit, pakaian, restoran, kedai serbaguna selain kedai karpet dan perhiasan rumah.Lebih berani, mereka turut memasang poster mengiklankan pelbagai perkhidmatan ditawarkan termasuk penghantaran pulang wang ke negara mereka dalam bahasa ibunda masing-masing, sekali gus menjadikan kawasan di situ seperti berada di negara asing.
Penduduk, Mohd Hafiz Daud, 39, berkata kewujudan deretan kedai warga asing itu menimbulkan kerisauan kepada penduduk tempatan di sebalik penularan wabak Covid-19 di negara ini yang turut dikaitkan dalam kalangan pendatang asing."Penduduk pernah membuat aduan dahulu, tetapi isu ini tidak pernah diselesaikan."Sekarang dengan kebimbangan terhadap wabak Covid-19, kami berharap pihak berkuasa mengambil serius masalah ini apatah lagi kawasan ini seolah-olah menjadi tempat mereka berkumpul setiap kali waktu petang dan malam dengan kebanyakannya tidak memakai pelitup muka pun."Tidak mustahil kawasan Gelang Patah akan jadi lubuk wabak yang bakal meletup pada bila-bila masa jika pihak berkuasa menutup sebelah mata mereka sahaja, " katanya ketika ditemui.Penduduk, Azizah Sapari, 47, berkata perniagaan warga asing di situ bertahan lama berikutan disokong komuniti mereka sendiri."Kalau orang luar datang sini mesti mereka akan panggil kawasan ini sebagai Mini Bangladesh kerana deretan kedai di sini semuanya kedai milik warga berkenaan."Orang kita memang tidak berbelanja di situ kerana suasana deretan kedai kotor dan sangat menjijikkan disebabkan mereka tidak pandai menjaga kebersihan," katanya.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil berkata, kerajaan Johor akan memastikan tidak ada lagi warga asing yang berniaga termasuk menjadi penjaja atau diambil bekerja di mana-mana pasar awam selain premis perniagaan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.Katanya, tindakan tegas itu diperkasakan dengan lebih agresif selepas mengambil kira masa depan peniaga tempatan berikutan keadaan ekonomi kini yang terjejas akibat pandemik Covid-19."Semua 16 PBT di Johor ini akan ditugaskan untuk menyemak status peniaga sedia ada serta melakukan pemeriksaan di setiap pasar awam dan premis milik PBT mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja PBT Negeri Johor."Peniaga warga tempatan boleh dikenakan tindakan tegas sekiranya menyewa atau memberikan lesen atau permit perniagaan mereka kepada warga asing yang mahu berniaga," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Merujuk kepada berita-berita di atas, masalah pendatang atau 'penghijrah' bukan sahaja menjadi masalah dunia saja tetapi juga menjadi masalah negara ini. Di Malaysia sendiri masih ramai pekerja-pekerja dari negara tersebut tersadai di sini dan terpaksa dihantar balik. Bagaimana penyelesaiannya? Mari kita fikir-fikir sejenak secara ringkas...

Pertama:

Mari kita lihat sejarah Islam. Salah satu sebab yang membantu kebangkitan Islam dari lembah Mekah menjadi kuasa besar waktu itu ialah dengan tumbangnya 2 gergasi kuasa besar Rom dan Parsi. Iaitu pemimpinnya Muhammad bin Abdullah SAW berjaya mencantumkan 'Kumpulan Muhajirin' penghijrah dari Mekah ke Madinah dengan 'Kumpulan Ansar' penolong yang tinggal di Madinah, jadi bersaudara.

(Ilmu ini yang perlu ditelusuri dalam kontek masa kini, dunia tanpa sempadan hingga ke zaman Rasulullah SAW.)

Kerana hal itu termasuk kunci atau sumber kekuatan Islam pada masa itu. Apalagi dalam dunia globalisasi tanpa sempadan masa kini, aktiviti ekonomi dan dakwah boleh terus merentasi sempadan negara-negara. Bagaimana? Itu yang perlu dirancang dan difikirkan.

Israel/AS telah memulainya pada tahun 1948 lagi. Pendatang haram Yahudi di tempatkan di Palestin, yang akhirnya mereka mengaku hak milik mereka dan terus memperluaskan tiada henti-henti sampai sekarang. Itu cara jahat penjajah-penjajah. 

Di Malaysia, boleh kita mulai dengan penghijrah-penghijrah-penghijrah yang ada di sini. Boleh bersama-sama beraktiviti melalui kegiatan ekonomi, perkahwinan, persekolahan dan sebagainya. Di Malaysia 'kebersatuan' melalui perkahwinan agak berjalan lancar, bahkan kadang-kadang penghijrah boleh memiliki kelayakan seperti warga asal. Ini yang perlu difikirkan sungguh-sungguh.

Insya Allah, dengan pertolongan Allah, akan lahir manusia seperti Abdul Rahman bin Auf atau Bilal bin Rabah zaman ini, yang akan menyongsong Kebangkitan Islam Se dunia. Tapi di Malaysia hal ini perlu ditangani pemerintah negara ini dan NGO-NGO dengan sewajarnya. 

Kedua:

Saya sendiri (Ibnu Hasyim) berpengalaman menjadi perunding memberi pekerjaan kepada pekerja dalam dan luar negara yang ingin berkerja di negara-negara yang memerlukan. Seperti di Australia, New Zealand, Korea, Saudi dan negara-negara Arab, Hong Kong atau lain-lain. 

Ianya ada peluang untuk mengurangkan penghijrah-penghijrah di negara ini secara agak besar-besar dengan syarat perlu perundingan dengan negara-negara terbabit. Perundingan antara negara dengan negara, bukan individu dengan individu atau dengan geng-geng mafia. 

Boleh kita luaskan perbincangan tersebut, bila ada kelapangan. Sekian.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/gelang-patah-kena-tawan-pandangan-ibnu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenangan Ku Bersama Mat Sabu Dari Ibnu Hasyim

Kenangan Ku Bersama Mat Sabu Dari Ibnu Hasyim

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 387 hits
Berita ini diangkat dari MINDARAKYAT 1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami Mat Sabu lupa Curi Duit Armada Wang Risda d...
Tidak Wajar Halang Warga Asing Ke Masjid Ibnu Hasyim Sokong Mapim

Tidak Wajar Halang Warga Asing Ke Masjid Ibnu Hasyim Sokong Mapim

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 386 hits
Sekumpulan pekerja warga asing bersolat di bawah jambatan berdekatan kongsi penempatan mereka di ibu kota ketika pelaksanaan PKP pada Ramadan lalu NSTP Aizuddin SaadPUTRAJAYA Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia menyifatkan tindakan...
Nak Jadi Pengarang Sufi Ikut Subky Ibnu Hasyim

Nak Jadi Pengarang Sufi Ikut Subky Ibnu Hasyim

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 353 hits
SEBUT saja akhbar Harakah orang akan ingat Subky Latif Beliau dengan Harakah seolah olah tidak dapat dipisahkan menulis dalam Harakah sejak tertubuhnya hingga sekarang Menjadi penulis terkenal sehingga ada yang menamakan anak anak mereka de...
Apa Khabar Salahuddin Ayub Ini Kawan Lamamu Ibnu Hasyim

Apa Khabar Salahuddin Ayub Ini Kawan Lamamu Ibnu Hasyim

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 432 hits
Selepas ini giliran Din Ayub pulaBENARKAH ada pemimpin PAN nak keluar parti masuk BERSATU dan menyokong Kerajaan Perikatan Nasional Ramai orang PAN tidak percaya demikian juga orang orang PAS dan Umno Tetapi sesiapa yang mengenali pemimpin ...
Rupa Rupanya 6 Tip Ini Boleh Bantu Masalah Kulit Jerawat

Rupa Rupanya 6 Tip Ini Boleh Bantu Masalah Kulit Jerawat

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 331 hits
Nampaknya gelombang Hari Raya Aidilfitri kedua sudah kembali selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan membenarkan kita untuk merentas negeri Tetapi walaupun sudah boleh jumpa kawan kawan satu masalah pula timbu...
Cara Mengatasi Masalah Check In Pada App Mysejahtera

Cara Mengatasi Masalah Check In Pada App Mysejahtera

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 1433 hits
CARA MENGATASI MASALAH CHECK IN PADA APP MYSEJAHTERA Sejak diumumkan pemberian RM50 kedalam eWallet untuk semua rakyat Malaysia yang menggunakan aplikasi ini ramai yang mula memuat naik aplikasi ni di playstore Aplikasi ni sangat bagus seba...
Perniagaan Adalah Tugas Menyelesaikan Masalah Pelanggan

Perniagaan Adalah Tugas Menyelesaikan Masalah Pelanggan

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 441 hits
Ada yang menganggap berniaga ni nak kaya Ada juga yang anggap berniaga ni nak senang Ada yang berniaga sebab nakkan masa bersama keluarga Semua tu tak salah cuma perlu di ingat tujuan utama perniagaan adalah kerana untuk memenuhi tuntutan p...
Masalah Pendatang Atau Penghijrah Bolehkah Dicuba Kaedah Ini

Masalah Pendatang Atau Penghijrah Bolehkah Dicuba Kaedah Ini

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 401 hits
Bangladesh Enggan Terima Pelarian Rohingya Di MalaysiaDHAKA Bangladesh pada Selasa berkata pihaknya menolak untuk menerima semula 269 pelarian Rohingya yang ditahan pihak berkuasa Malaysia Bangladesh tidak akan menerimanya Bangladesh tidak ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik

Layan Madu Sesekali