Tip Elak Mudah Jatuh Cinta Buat Wanita


Tip Elak Mudah Jatuh Cinta Buat Wanita. Jika ada wanita di luar sana yang sedang mencari cinta, berhati-hatilah. Kerana perasaan yang hadir dalam hati tidak semestinya cinta sebenar. Mungkin saja ia perasaan sayang dan suka. Wanita suka bila orang lelaki berikan perhatian. Wanita mudah jatuh cinta jika lelaki itu menepati ciri-ciri pelakon kesukaannya.




Jangan mudah menabur cinta. Kawal diri dari mudahnya jatuh cinta pada seseorang. Lagi bahaya jika jatuh cinta pada milik orang. Berwaspadalah.

Jom baca tip elak mudah jatuh cinta buat wanita. Mungkin ada tip di bawah ini yang boleh digunakan untuk mengawal diri daripada mudah jatuh cinta!


Tip Elak Mudah Jatuh Cinta Buat Wanita 
1. Ambil Masa
Wanita yang baru putus cinta atau berpisah dengan pasangan akan mudah jatuh cinta. Mereka memerlukan seseorang untuk mengadu ataupun kerana berasa sunyi. Hubungan baru yang terjalin biasanya tidak bertahan lama kerana wanita menjadikan ia sebagai tempat melepas perasaan marah atau kecewa. Sebaik-baiknya, berilah masa pada diri sendiri. Ambil masa beberapa bulan untuk jatuh cinta semula.




Pujuk diri sendiri dengan mengatakan bahawa jatuh cinta dengan terburu-buru tiada faedahnya, bimbang anda akan dikecewakan buat kali kedua dan seterusnya.

2. Hormat Diri Sendiri
Jadilah wanita yang ada harga diri. Punyai nilai tersendiri yang jarang ada pada wanita lain. Contohnya sedikit garang dengan lelaki, meletakkan syarat-syarat tertentu untuk jatuh cinta pada lelaki, banyak mempelajari ilmu agama dan lain-lain lagi. Jika wanita mudah jatuh cinta, ia dianggap seperti wanita murahan. Hormati diri sendiri dengan bataskan pergaulan bebas dengan lelaki.

Dengan cara ini orang lelaki lebih memandang tinggi terhadap anda.

3. Sibukkan Diri
Wanita mudah berasa sunyi dan memerlukan teman untuk berbual. Jika teman-teman sekeliling sudah mempunyai kekasih hati, mereka pun terikut-ikut mahu dimiliki. Jika tidak berfikir panjang, anda mungkin terjatuh cinta pada lelaki yang salah.




Jangan mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Sibukkan diri anda dengan kawan-kawan baik dan pergilah melancong atau lakukan riadah bersama. Bila anda sibuk, peluang untuk fikiran anda menerawang untuk mencari teman lelaki akan berkurangan. Ketahuilah bahawa cinta akan datang pada masa yang tepat dan pada waktu yang anda tidak sangkakan.

4. Bijak Membezakan 
Wanita mudah jatuh cinta terhadap orang lelaki yang suka memberikan perhatian. Sudah lumrah wanita lembut sifatnya dan hatinya, jadi bagi lelaki yang melayannya dengan baik, wanita rasa dilindungi. Namun tidak semuanya layanan baik kaum Adam bermaksud mereka menyukai anda. Ada sesetengah lelaki melayani dengan baik dan sama rata terhadap kawan perempuan mereka. Ada orang lelaki baik terhadap wanita kerana hormatkan mereka.

Jadi, duhai wanita berfikirlah secara matang dan rasional. Sesuaikan layanan mereka dengan bijak. Jika tersilap tafsir, sangkakan mereka menyukai anda lalu membuatkan anda jatuh cinta! Itu yang bahayanya...

5. Berhenti berkhayal
Akhir sekali, berhenti berkhayal. Wanita mudah jatuh cinta dengan karekter yang sering ditonjolkan di dalam drama TV. Kerana, dalam drama semua watak digambarkan baik, macho dan berkerjaya mewah. Namun sebaliknya di alam realiti.

Tak semua lelaki memiliki kesempurnaan sedemikian rupa. Jadi berhati-hatilah dengan lelaki yang suka menyamar untuk memancing hati wanita dengan kemewahan. Padahal, itu semua lakonan semata.

Jadi, wanita-wanita di luar sana, berhenti berkhayal. Kehidupan nyata tidak indah-indah belaka. Pilihlah kesederhanaan dalam memberikan cinta. Semoga anda semua berjaya dengan cinta yang dimimpikan.

Ok. Panduan yang diberi sekadar pandangan daripada sudut seorang wanita yang pernah jatuh cinta, kemudian terluka dan bangkit semula meraih cinta sejati. Hihi...

Cinta itu meraih banyak perhatian. Bak kata seseorang, "Mencintaimu...harus menjadi aku!"

Harus difikirkan sama-sama frasa tersebut.

Sebarkan Bahagia.

Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2015/05/tip-elak-mudah-jatuh-cinta-buat-wanita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ya Allah Jika Aku Jatuh Cinta Cintakanlah Aku Pada Seseorang Yang Melabuhkan Cintanya Padamu

Ya Allah Jika Aku Jatuh Cinta Cintakanlah Aku Pada Seseorang Yang Melabuhkan Cintanya Padamu

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 912 hits
Assalamualaikum Aku lihat semua manusia mencari cinta yang makna cinta yang sebenar dan cinta yang kekal selamanya Aku juga mencari di mana cinta itu Tapi aku bersyukur Kerana aku medambakan cinta dari yang maha esa Nak cari jodoh jom dafta...
Wanita Lebih Mudah Kerasukan Berbanding Lelaki

Wanita Lebih Mudah Kerasukan Berbanding Lelaki

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 390 hits
Kenapa Wanita Lebih Mudah Kerasukan Berbanding LelakiSelalu kita dengar kisah tentang kerasukkan jin pasti golongan wanita yang lebih banyak Tahukah kenapa ia boleh berlaku Hal ini kerana roh atau semangat wanita lebih lemah berbanding lela...
Awas Jatuh Cinta 3 Zodiak Ini Suka Bikin Patah Hati

Awas Jatuh Cinta 3 Zodiak Ini Suka Bikin Patah Hati

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 257 hits
Hati hati 3 zodiak ini paling sering bikin patah hati Mereka adalah Aquarius Aries dan Gemini
Tips Membuat Orang Jatuh Cinta Pada Anda

Tips Membuat Orang Jatuh Cinta Pada Anda

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 318 hits
Setiap orang pastinya ingin merasakan yang namanya jatuh cinta karena sudah menjadi fitrah bagi setiap manusia baik itu pria maupun wanita untuk mencintai lawan jenisnya Seseorang yang sedang jatuh cinta tentu akan merasakan perasaan bahagi...
Lelaki Ini Dedah Tip Mudah Lepasi Imigresen Korea Selatan

Lelaki Ini Dedah Tip Mudah Lepasi Imigresen Korea Selatan

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 306 hits
Tidak dapat dinafikan kecantikan tempat di Korea Selatan menjadi antara sebab utama ramai pelancong yang ingin ke Korea Selatan Sedia maklum kita tidak perlu memohon visa jika hendak melancong ke Korea Selatan Baru baru ini kecoh di media s...
Kelibat Menyerupai Wanita Tanpa Kepala Dalam Video

Kelibat Menyerupai Wanita Tanpa Kepala Dalam Video

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 533 hits
Akak perasan orang belakang Erin tak ada kepala Bahu wanita ini terus berat chat tentang Boomerang misteri ter delete sendiri Erin berkunjung ke hotel tersebut untuk meraikan hari lahir sahabatnya TERKEJUT dan berdiri bulu roma saya Demikia...
Mulut Wanita Tak Boleh Tutup Gara Gara Gelak Besar

Mulut Wanita Tak Boleh Tutup Gara Gara Gelak Besar

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 461 hits
Sememangnya ketawa merupakan terapi bagi mengambarkan ekspresi gembira Boleh dikatakan semua orang pernah tertawa disebabkan sesuatu yang menghiburkan hatinya Namun lain pula yang terjadi terhadap seorang wanita di China apabila mengalami k...
Niat Romantik Melamar Dalam Air Bertukar Tragedi Si Cinta Hati Tidak Timbul Kembali

Niat Romantik Melamar Dalam Air Bertukar Tragedi Si Cinta Hati Tidak Timbul Kembali

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 289 hits
Patah seribu Hancur hati seorang wanita apabila lelaki yang menjadi cinta hati selamanya pergi di hari paling istimewa mereka berdua Steven dikenali dengan sikapnya yang suka menghiburkan orang lain dengan personaliti yang ceria dan mesra S...
Selepas 40 Tahun Disekat Viral Wanita Wanita Iran Penuhi Stadium Teruja Tengok Bola

Selepas 40 Tahun Disekat Viral Wanita Wanita Iran Penuhi Stadium Teruja Tengok Bola

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 406 hits
Tehran Iran Setelah 40 tahun sekatan ke atas wanita Iran dari menonton perlawanan bola sepak dilaksanakan sejak 1979 Iran telah membenarkan kaum wanita menghadiri perlawanan semalam setelah ditekan oleh Fifa dan badan hak asasi manusia beri...
Tyka Zatyka Cahaya Chord

Terowong Kereta Api Terpanjang Di Asia

Ceo Intel Warga Malaysia

Ize Suliman Izy Harun Akid Aly Qaseh The Guzzbuzz Project Kecoh Ragam Raya Chord

Gutsy Siti Kasim Defends Secularism In Malaysian Law Fraternity Nobody Is Forcing Anybody To Bottoms Up

Master Periksa Mata Di Hospital Putrajaya

Luahan Terbaik Seorang Pelukis

Amalan Seperguruan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Neolamprologus Pulcher A Cichlid With An Unusual Lifestyle Practical Fishkeeping

Hukum Zakat Uang Kertas Penggabungan Dengan Emas Dan Perak Untuk Melengkapi Nisab

Penjawat Awam Terima Habuan Hingga Rm15 000 Bagi Setiap Sijil Kelahiran

Sebuah Realiti Gelap Dalam Keluarga

Adik Masak Ayam Gepuk

Pakaian Selam Tertua Yang Masih Wujud Di Dunia