Tinjauan Penyokong Bn Mahu Umno Kekal Dalam Pn Buat Masa Ini


malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 8:44 pm
Tinjauan mendapati kebanyakan penyokong BN mahu Umno kekal dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Tinjauan yang dilakukan Merdeka Center itu mendapati 54 peratus responden yang mengaku penyokong BN tidak setuju ketika ditanya apakah Umno harus menarik diri daripada kerajaan, berbanding 35 peratus bersetuju.

Namun, keputusan itu berubah apabila responden ditanya apakah Umno harus "bergerak sendirian" pada pilihan raya akan datang.

Kali ini, 49 peratus penyokong BN bersetuju bahawa Umno harus bergerak sendirian, berbanding 39 peratus tidak setuju. Keadaan itu boleh mengakibatkan pertandingan pelbagai penjuru melibatkan calon Umno dan Bersatu.

Sebaliknya penyokong Pakatan Harapan (PH) menyokong perpecahan dalam gabungan kerajaan bagi kedua-dua soalan tersebut, manakala penyokong PN membantahnya.

Tinjauan itu dibuat ketika ketegangan antara Umno, Bersatu dan PAS berhubung kerjasama antara parti-parti itu sekarang dan hala tuju mereka.

Sebelum ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak 143 daripada 191 bahagian Umno (74.8 peratus) menolak kerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata parti itu tidak mahu terheret dalam perselisihan antara Umno dan Bersatu.

Tinjauan Merdeka Center melibatkan 1,202 responden berumur 21 tahun ke atas, yang ditemubuat melalui telefon dalam tempoh sembilan hari dari 23 Disember hingga 31 Disember tahun lalu.
Dikatakan tinjauan itu merangkumi 222 kawasan parlimen di negara ini dan mempunyai margin kesalahan ± 2.83 peratus.

Kajian ini dibiayai sendiri oleh Merdeka Center.

Secara keseluruhan, 44 peratus responden tidak setuju bahawa Umno harus menarik diri daripada kerajaan PN, berbanding 31 peratus bersetuju.

Reaksi responden juga bercampur-campur apabila ditanya sama ada Umno harus bertanding pada pilihan raya umum ke-15 secara bersendirian di mana 41 peratus tidak setuju, manakala 39 peratus lagi bersetuju.

Di kalangan pengundi Melayu, Merdeka Center menyatakan 51 peratus tidak bersetuju dengan cadangan bahawa Umno harus bersendirian pada pilihan raya akan datang, berbanding 36 peratus setuju.

Sama ada Umno harus menarik diri daripada kerajaan sekarang, 61 peratus orang Melayu tidak setuju dan 21 peratus setuju.

“Pada pandangan kami, dominasi PN di kalangan pengundi Melayu akan terjejas secara negatif sekiranya Umno memutuskan untuk bersendirian dan seiring dengan itu, menimbulkan ketidakpastian mengenai keputusannya sekiranya pilihan raya diadakan.

"Sekiranya senario ini menjadi kenyataan, ia mungkin mewujudkan keadaan yang serupa dengan pilihan raya umum 2018 di mana pengundi Melayu berpecah tiga dalam pertandingan banyak penjuru," katanya dalam kenyataan.

Kaji selidik itu tidak mendedahkan pecahan responden yang masing-masing dikenalpasti sebagai penyokong PH, BN, atau PN. Ia juga tidak menyatakan reaksi pengundi Melayu berdasarkan kecenderungan politik mereka.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/tinjauan-penyokong-bn-mahu-umno-kekal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buang Pemimpin Bermasalah 5 Syarat Umno Kekal Relevan

Buang Pemimpin Bermasalah 5 Syarat Umno Kekal Relevan

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 199 hits
ismaweb netMasa depan UMNO gelap jika gagal laksanakan perubahanUMNO masih ada harapan untuk berubah dan diterima majoriti rakyat Melayu Islam di Malaysia2 Parti terbesar umat Melayu ini kini terbeban pelbagai krisis hala tuju dan agenda pe...
Ph Cukup Takut Umno Kekal Kerjasama Dengan Pn

Ph Cukup Takut Umno Kekal Kerjasama Dengan Pn

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 241 hits
Oleh DATUK SHAHRUL NASRUN KAMARUDDINOrang UMNO pasti tidak berminat membaca sehingga penutup artikel ini kerana mereka beranggapan saya cuba mengajak Melayu untuk menyertai parti BERSATU Tidak mengapa Biarkan rakan rakan UMNO yang tidak mah...
Bn Paling Rugi Jika Kerjasama Umno Bersatu Pas Kekal

Bn Paling Rugi Jika Kerjasama Umno Bersatu Pas Kekal

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 221 hits
January 9 2021 Seorang penganalisis politik berkata Umno berkemungkinan menjadi tidak relevan dalam kalangan penyokongnya jika ia terus gagal membuat keputusan mengenai hubungannya dengan PPBM Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah b...
Umno Tak Beri Tekanan Pru15 Diadakan Dalam Masa Terdekat

Umno Tak Beri Tekanan Pru15 Diadakan Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 268 hits
ismaweb netAmbil kira kebajikan rakyat berdepan pandemik COVID 19 JOHOR BAHRU 26 Jamadilawal 1442H Ahad UMNO tidak memberi tekanan supaya Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan dalam masa terdekat tetapi meminta ia diadakan selepas kes COVID 19 b...
Umno Tidak Desak Pru 15 Dalam Masa Terdekat Kata Mahdzir Khalid

Umno Tidak Desak Pru 15 Dalam Masa Terdekat Kata Mahdzir Khalid

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 198 hits
Umno tidak memberi tekanan supaya Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan dalam masa terdekat tetapi meminta diadakan selepas kes Covid 19 berada pada tahap yang rendah Naib Presidennya Mahdzir Khalid berkata mengambil kira kebajikan rakyat yang b...
Umno Tunggu Masa Terkubur Angkara Ditunggang Pemimpin Tersepit

Umno Tunggu Masa Terkubur Angkara Ditunggang Pemimpin Tersepit

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 178 hits
Golongan Islamis perlu bersatu corak semula hala tuju negara Amir ISMAismaweb netOleh Athirah Huda ZalheBANGI 23 Jamadilawal 1442H Khamis Kemelut di dalam UMNO ketika ini memungkinkan parti yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu itu ter...
Pru Ahli Akar Umbi Umno Tetap Tolak Ppbm Mahu Umno Kekal Tanding Di Indera Mahkota

Pru Ahli Akar Umbi Umno Tetap Tolak Ppbm Mahu Umno Kekal Tanding Di Indera Mahkota

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 247 hits
KUANTAN Menjelang PRU 15 tidak lama lagi semakin kuat kedengaran suara akar umbi UMNO menolak calon PPBM bertanding ke kerusi Parlimen Indera Mahkota Bukan sahaja dikalangan veteran parti kini ia hangat diperkatakan dikalangan golongan muda...
Umno Nak Kekal Untuk Memimpin Bukan Dipimpin Kata Najib

Umno Nak Kekal Untuk Memimpin Bukan Dipimpin Kata Najib

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 268 hits
January 3 2021 UMNO akan gagal jika membiarkan parti dikawal oleh kerajaan kata Najib Razak Mengisytiharkan bahawa parti itu dibentuk untuk memimpin dan bukan dipimpin ahli Parlimen Pekan itu berkata bahawa parti itu harus kembali menjadi p...
If Hannah Yeoh Can Be Mistaken As Ytl S Daughter Yeo Bee Yin Will Soon Become Michelle Yeoh S

From Wef To Asean Leveraging Davos Insights For Regional Progress

Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Pas S Gaffes Could Lead To Public Disgust Says Analyst

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Sate Sungai Melaka Mee Rebus Dan Rojak 2025


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord

Nama Lain Gula Dan Tips Kawal Pengambilan Gula

Kelebihan Derma Darah Panduan Dan Manfaat Khas Untuk Penderma

A Little Laughter Goes A Long Way A Chat With Drew From Bixby Moto