Tingkah Laku Gelojoh Dalam Tindakan Mula Terpapar Kepada Individu Yang Gila Kuasa 9811




Raja-raja Melayu mula tiba di Istana Negara
Bernama Diterbitkan Hari ini 11:50 tengahari

Raja-raja Melayu mula tiba di Istana Negara hari ini, dijangka bagi menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja-Raja. Kenderaan rasmi dari Istana Johor antara terawal dilihat memasuki pintu utama Istana Negara pada 9.28 pagi, dipercayai membawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. 

Mesyuarat itu yang dipercayai bagi membincangkan perkembangan politik semasa tanah air dijangka bermula pada 11.30 pagi. Menurut sumber, raja-raja Melayu yang dijangka menghadiri mesyuarat khas berkenaan, antaranya Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

Turut dipercayai akan berangkat menghadiri mesyuarat khas itu ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra. Sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Istana Negara. 

Difahamkan, mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan perkembangan politik semasa susulan kerajaan PH hilang kuasa berikutan Bersatu keluar daripada PH. Pada Isnin, Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri ketujuh serta pengerusi Bersatu dan beberapa jam kemudian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantiknya sebagai perdana menteri interim.

Pada Selasa dan Rabu, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap dan mendengar sendiri pendirian ahli-ahli Dewan Rakyat bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menangani kemelut politik negara. Ini menyaksikan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen subur di negara ini apabila Al-Sultan Abdullah menjalankan peranan dalam mendapatkan fakta bagi membantu baginda membuat keputusan lanjut berhubung masalah tersebut.

-Bernama
Sumber:
Raja-raja Melayu mula tiba di Istana Negara

'Namakan Muhyiddin sebagai calon PM bukan keputusan MPT Bersatu'
News  |  Diterbitkan Hari ini 9:19 malam  |  Dikemaskini Hari ini 10:04 malam


Kenyataan yang mendakwa bahawa ahli parlimen Bersatu bersama kumpulan Azmin Ali telah menamakan Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri hari ini bukan dibuat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, kata A Kadir Jasin. Sebaliknya, kata Kadir yang juga anggota majlis itu, mereka tidak dibawa berunding atau dimaklumkan mengenai hal berkenaan. “Pendirian terakhir MPT yang dibuat dalam mesyuarat malam Isnin lalu ialah Tun Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kadir yang juga adalah penasihat media perdana menteri mengulas kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya, yang memaklumkan bahawa anggota parlimen Bersatu mencalonkan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri kelapan. 

Seorang lagi ahli MPT Bersatu, Rais Hussin ketika dihubungi Malaysiakini berkata dia cuma tahu tentang Muhyiddin dinamakan sebagai calon perdana menteri melalui kenyataan media. Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan pencalonan Muhyiddin, Rais berkata: "Sudah tentu saya akan bersetuju. Beliau berkebolehan dan mempunyai pengalaman." Rais bagaimanapun percaya bahawa Mahathir sendiri setuju untuk mencalonkan Muhyiddin sebagai perdana menteri. 

Sementara itu, mengulas sokongan Umno dan PAS terhadap Muhyiddin, Kadir berkata ia adalah tidak menghairankan. “Tidak seperti Dr Mahathir yang hanya bersedia menerima pemimpin Umno sebagai individu, Muhyiddin sanggup menerima mereka sebagai parti. “Prinsip Dr Mahathir adalah beliau menghormati keputusan rakyat jelata yang menolak penjenayah kleptokrasi dalam PRU 2018. “Perlu diingatkan semula bahawa Bersatu adalah cetusan daripada kempen Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat tahun 2016,” katanya. PAS dan Umno, masing-masing sebelum ini mahu parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum diadakan. 

Muhyiddin setakat ini mendahului dengan 96 sokongan ahli parlimen. Sebanyak 36 kerusi adalah daripada partinya, termasuk 10 ahli baru yang diketuai bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali. Sokongan lain adalah dari PAS (18), Umno (39), MCA (2) dan MIC (1). PH yang mencalonkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri setakat ini mendapat 92 sokongan ahli parlimen dari PKR, DAP, dan Amanah.

Sumber:
'Namakan Muhyiddin sebagai calon PM bukan keputusan MPT Bersatu'

LANGSUNG: MPT tak dirunding untuk namakan Muhyiddin sebagai calon PM - Kadir
Wartawan Malaysiakini Diterbitkan Hari ini 8:32 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 10:00 malam

LANGSUNG
9.10 malam: NGO penggesa pembaharuan sistem pilihan raya, Bersih 2.0 akan mengadakan mesyuarat dengan NGO, esok bagi membincangkan kemungkinan menganjurkan himpunan berhubung kemelut politik negara. Mesyuarat itu akan diadakan di Petaling Jaya pada pukul 11 pagi esok. Sidang media pada pukul 2.00 petang akan diadakan kemudiannya. "Sokongan anda diperlukan untuk menyelamatkan negara," kata jawatankuasa pemandu Bersih dalam satu kenyataan.

Sumber: 
LANGSUNG: MPT tak dirunding untuk namakan Muhyiddin sebagai calon PM - Kadir

Kemelut isu PM boleh dijawab lepas sidang Majlis Raja-raja.
Hassan Karim
Diterbitkan Hari ini 10:42 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 11:19 tengahari

ULASAN | Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Justeru, kerajaan pilihan rakyat Malaysia dipilih melalui pilihan raya. Ahli-ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat. Kesemuanya ada 222 orang dan mereka adalah penggubal undang undang di badan legaslatif yang dipanggil Dewan Rakyat. Inilah yang dipanggil Demokrasi Berparlimen. 

Di mana peranan Raja Berperlembagaan?

Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan kuasa Yang di-Pertuan Agong memilih Perdana Menteri dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat - yang merupakan Dewan Rendah Parlimen - tidak mempunyai kuasa memilih Perdana Menteri. Tidak ada peruntukan undang undang dalam Perlembagaan Persekutuan untuk itu. Malah dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat atau dipanggil standing order pun tiada aturan atau order untuk agenda memilih Perdana Menteri.

Jadi apa penyelesaian dari segi undang-undang setakat perkembangan krisis pemilihan seorang Perdana Menteri yang berlaku sekarang ini? Jawabannya: Ada. 

Petang hari Jumaat ini, 28 Feb 2020, Majlis Raja-raja Malaysia akan bersidang bersama Yang di-Pertuan Agong. Semua pihak kena bersabar. Memang benar Majlis Raja-raja tidak ada kuasa dan hak memilih Perdana Menteri kerana kuasa dan hak itu ada pada Agong, tetapi baginda ada kuasa budi bicaranya untuk mendengar padangan Raja-raja dan Sultan lain dalam isu pemilihan Perdana Menteri. Pada akhirnya Agong sendiri yang membuat keputusan. 

Antara lain kemungkinannya ialah seperti berikut: 

1. Memilih seorang perdana menteri bagi sebuah kerajaan minoriti. 

Perdana menteri kerajaan minoriti itu dipilih daripada kalangan calon perdana menteri yang paling banyak menerima sokongan dalam proses temuduga Agong dengan 220 ahli parlimen pada 25 dan 26hb Feb lalu.

2. Perdana menteri kerajaan minoriti itu diberi masa yang munasabah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya majoriti mudah (112 orang ahli parlimen) yang menyokongnya.

3. Kerajaan minoriti yang akan dibentuk itu akan diuji di parlimen dengan usul undi percaya atau undi tidak percaya. Di situlah parlimen berperanan, iaitu melakukan semakan atau ujian sama ada perdana menteri terbabit mendapat sokongan majoriti atau tidak. Bukan menjadi tugas parlimen untuk mengambil alih kuasa Agong untuk memilih perdana menteri.

Apa akan jadi jika perdana menteri kerajaan minoriti itu gagal mendapat sokongan majoriti mudah, iaitu sekurang-kurangnya 112 ahli parlimen?

Perdana Menteri kerajaan minoriti hendaklah mengadap Agong untuk menasihatkan baginda membubarkan parlimen Malaysia bagi mengadakan pihan raya umum dalam masa 60 hari dari tarikh ia berkuat kuasa.

HASSAN KARIM ialah seorang peguam dan ahli parlimen PKR mewakili Pasir Gudang. Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Sumber:
Kemelut isu PM boleh dijawab lepas sidang Majlis Raja-raja


‘Tiada sidang parlimen Isnin ini, surat Dr M tak ikut peraturan’
News  |  Diterbitkan Hari ini 1:34 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 2:40 tengahari
Dewan Rakyat tidak akan mengadakan persidangan khas Isnin depan, seperti diumumkan Perdana Menteri Sementara Dr Mahathir Mohamad semalam.

Speaker Mohamad Ariff Md Yusof berkata surat pemakluman memanggil mesyuarat khas Dewan Rakyat yang ditandatangani perdana menteri interim tidak mengikut peraturan.

Katanya, ia tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3) kerana tidak disusuli dengan pemberitahuan usul yang lengkap. “Mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3), pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan oleh saya selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat. “Setakat ini tiada notis dikeluarkan,” katanya.

Semalam, Mahathir mengumumkan parlimen akan bersidang pada 2 Mac selepas Yang di-Pertuan Agong mendapati tiada seorang pun pemimpin yang mempunyai majoriti mutlak untuk membentuk kerajaan. Mahathir sebelum itu mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur. Parlimen pada asalnya dijadualkan bersidang semula pada 9 Mac. Dalam kenyataan hari ini, Ariff berkata keperluan mengadakan mesyuarat khas akan dibuat selepas titah Yang di-Pertuan Agong berhubung dengan proses pemilihan perdana menteri. “Oleh yang demikian, saya memutuskan tiada mesyuarat khas Dewan Rakyat pada Isnin, 2 Mac 2020. “Saya akan terus meneliti perkembangan semasa dan kenyataan seterusnya tentang notis dan tarikh mesyuarat khas akan dimaklumkan kelak,” katanya. 

Mahathir mengumumkan akan membentuk pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Pakatan Harapan mencalonkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. Bersatu, yang tidak lagi bersama gabungan itu, mencalonkan presidennya Muhyiddin Yassin manakala Muafakat Nasional mahu parlimen dibubarkan. Anwar kini dikatakan mempunyai pencalonan terbanyak dengan kira-kira 90 anggota parlimen. Bagaimanapun, dengan sokongan itu, beliau hanya berpeluang membentuk kerajaan minoriti.

Sumber:
‘Tiada sidang parlimen Isnin ini, surat Dr M tak ikut peraturan’




Muhyiddin 'tok dalang' sebenar?
News  |  Diterbitkan Hari ini 8:35 malam  |  Dikemaskini Hari ini 8:44 malam

ANALISIS l Sejak tercetus krisis politik negara, perhatian tertumpu kepada dua watak - Azmin Ali dan Dr Mahathir Mohamad - yang dilihat sebagai dalang yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan. Azmin didakwa berperanan penting dalam "Langkah Sheraton" - rancangan untuk menukar PH dengan sebuah kerajaan yang dianggotai bersama Umno dan PAS - dan diterajui oleh Mahathir. Pada masa yang sama, Mahathir dituduh tidak lagi komited kepada PH dan memungkiri janjinya untuk menyerahkan kuasa pemerintahan negara kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim. Walau bagaimanapun, peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang 24 jam lalu menunjukkan bahawa ‘tok dalang’ wayang kulit yang sebenarnya adalah orang lain - Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Pertama, pertimbangkan bahawa Azmin dan pengikutnya tidak lagi menyokong Mahathir sebagai perdana menteri dan menyatakan sokongan terbuka kepada Muhyiddin. Kedua, Mahathir mendedahkan semalam bahawa rancangan sedang diatur untuk mencalonkan Muhyiddin sebagai perdana menteri sebuah kerajaan yang turut dianggotai oleh semua ahli parlimen Umno. Sebelum ini, ahli parlimen Bersatu telah memberi sokongan padu kepada Mahathir, yang mahu menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan yang tidak terikat dengan sebarang parti dengan dirinya sebagai perdana menteri. Terdapat juga laporan berita yang memetik Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa bahawa semua ahli parlimen Umno dan PAS telah diarahkan untuk mencalonkan Muhyiddin sebagai perdana menteri ketika mereka mengadap Yang di-Pertuan Agong. Walaupun kedua-dua setiausaha agung Umno dan PAS menafikannya, beberapa ahli parlimen Umno memberitahu Malaysiakini bahawa ini adalah benar. Muhyiddin sering mencuri tumpuan media sejak krisis politik itu meletus. Bagaimanapun, gerakan taktiknya semakin jelas. Sementara beberapa menteri besar Bersatu seperti Faizal Azumu (Perak) dan Mukhriz Mahathir (Kedah) memilih untuk meneruskan mandat PH di negeri masing-masing, keadaannya berbeza di negeri asal Muhyiddin di Johor.

Semalam, kerajaan PH di Johor tumbang, sebahagiannya kerana tindakan Muhyiddin dan penyokongnya yang memutuskan untuk membentuk kerajaan baru dengan Umno dan PAS. Muhyiddin adalah Adun Gambir. Justeru, sudah pasti Muhyiddin mengundi memilih kerajaan baru apabila beliau mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Petang tadi, Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai menteri besar Johor yang baru, menggantikan Dr Sahruddin Jamal dari Bersatu. Sebelum ini, Umno dan PAS, bermati-matian mahu pilihan raya umum diadakan tetapi hari ini memutuskan, untuk menyokong Muhyiddin. Muhyiddin, 72, mempunyai sejarah dalam percubaan menggulingkan beberapa perdana menteri. Pada 2008, beliau yang ketika itu adalah naib presiden Umno, bergabung dengan anggota parti mendesak peletakan jawatan Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri. 

Pada 2016, Muhyiddin dipecat daripada Umno kerana didakwa terlibat dalam plot untuk menjatuhkan Najib Razak. Setahun sebelum ini, beliau digugurkan dari kabinet. Beliau ketika itu timbalan perdana menteri. Menurut sumber, Mahathir meninggalkan mesyuarat pagi tadi bersama anggota parlimen Bersatu setelah menjadi jelas bahawa mereka berkeras mahu membentuk perikatan dengan Umno, yang tidak direstuinya. Adakah bintang Muhyiddin akan menyinar kali ini dan mampukah beliau menjadi perdana menteri Malaysia kelapan dan menempatkan namanya dalam buku sejarah sebagai orang yang menamatkan legasi Mahathir dan Anwar? Walau bagaimanapun, tidak bijak untuk mengandaikan perjalanan politik Mahathir sudah berakhir. Mereka yang meremehkannya pada masa lalu masing-masing menyaksikan diri mereka akhirnya tersungkur.

[Baca berita penuh]

Sumber: Muhyiddin 'tok dalang' sebenar?

'Dr M rasa tak mampu lagi jadi PM bergantung pada parti'
A Kadir Jasin Diterbitkan Hari ini 2:19 tengahari

ULASAN | Negara kita berada dalam suasana perubahan yang sangat radikal, pantas dan kompleks. Dalam masa lebih kurang 10 hari perubahan luar biasa telah dan akan berlaku. Kita mohon kepada Tuhan agar memberikan kita petunjuk, kekuatan dan perlindungan. Mula-mula mengenai kerajaan perpaduan nasional yang Perdana Menteri Interim Dr Mahathir Mohamad cadangkan. Sama ada beliau menang atau kalah dalam perbahasan sidang khas Dewan Rakyat yang dijadualkan Isnin, 2 Mac ini, bergantung kepada sama ada cadangan kerajaan perpaduan dalam acuan beliau sendiri itu diterima atau tidak. 

Konsep kerajaan perpaduan yang Dr Mahathir cadangkan mungkin berbeza daripada kerajaan perpaduan yang dikenali umum. Seperti yang beliau terangkan secara ringkas di sidang media ketika melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 semalam (Khamis, 27 Februari) adalah lebih kurang begini: 

Pemilihan anggota Kabinet tidak diasaskan daripada parti politik. Calon terdiri daripada orang perseorangan yang menyertai Kabinet sebagai individu. Mereka akan dipilih sebagai individu berasaskan budi pekerti dan kepakaran. (Ertinya penyangak, penyamun, pencabul kehormatan, perasuah dan orang kena tuduh tidak termasuk dalam senarai) Calon boleh datang daripada parti politik tetapi mereka duduk di dalam Kabinet sebagai orang perseorangan.

Mengapakah Dr Mahathir memilih kaedah ini yang sekali gus mungkin mengurangkan harapannya mendapat sokongan daripada wakil parti-parti politik di dalam Dewan Rakyat? Jawapannya adalah beliau tidak lagi mahu atau berasa mampu menjadi perdana menteri yang bergantung kepada parti-parti politik. Bukan tujuan beliau hendak menjadi diktator atau autokrat, tetapi untuk mentadbir dengan lebih tenang dan berkesan tanpa gangguan politik kepartian.

Malah kaedah ini boleh menjadikan Malaysia lebih demokratik kerana kerajaan terdedah kepada pemantauan oleh parti-parti politik di dalam dan luar dewan. Dalam bahasa yang mudah, cadangan Dr Mahathir ini boleh juga dilihat sebagai percubaan terakhir beliau memenuhi aspirasi dan matlamat menyelamatkan Malaysia yang diasaskannya pada 2016.

Kempen Selamatkan Malaysia yang memungut lebih 1.4 juta tandatangan rakyat jelata adalah jalan pulang beliau ke arena politik selepas bersara pada 2003. Alhamdulillah, melalui PH yang beliau pimpin negara berjaya dibebaskan daripada cengkaman kerajaan kleptokrasi BN. Jadi dari sini pun kita boleh lihat mengapa beliau tidak boleh menerima Umno seperti yang cuba dipaksakan oleh Bersatu. 

Pada malam 21 Februari sesuatu yang luar biasa berlaku. Majlis Presiden PH telah memberi sokongan penuh kepada Dr Mahathir untuk terus menjadi perdana menteri sehingga selesai sidang kemuncak APEC November ini. Bukan itu saja malah ia juga tidak meletakkan sebarang tarikh selepas itu bagi Dr Mahathir memindahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim. Menurut Bernama, selepas mesyuarat Dr Mahathir dalam sidang media berkata: “Saya kata peralihan lepas APEC (Asia-Pacific Economic Cooperation). Tidak ada masa (ditetapkan)…tidak ada tarikh… tiada apa-apa. Terpulang kepada saya tentukan masa. Keputusan kepada saya, bila akan letak jawatan.” Jadi pada pendapat beliau dan daripada sudut pandangan umum, beliau telah diberikan mandat baru oleh PH untuk terus mentadbir. Cerita kononnya beliau akan dipaksa undur diri pada Mei ini tidak benar dan tidak terjadi. Matlamat Dr Mahathir tidak lain kecuali membersihkan negara daripada najis kerajaan BN dan akibat wabak Covid-19 yang sedang berlaku sekarang.

Dr M selepas mesyuarat MPT Bersatu pada 23 Feb

Tetapi kegembiraan beliau singkat. Pada pagi hari Ahad, 23 Februari parti beliau, Bersatu mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di mana Dr Mahathir dikejutkan oleh tekanan bertubi-tubi daripada majoriti ahli agar menarik Bersatu keluar daripada PH dan bergabung dengan Umno dan Pas. 

Dr Mahathir menerangkan dengan panjang lebar apa yang berlaku dalam mesyuarat 21 Februari dan berkata, beliau tidak boleh sewenang-wenangnya mengabaikan kepercayaan yang diberikan oleh Majlis Presiden PH. Malah beliau berulang kali merayu kepada ahli agar memberikannya peluang dan tidak mamaksa beliau melanggar prinsip dan mungkir janji kepada Anwar. Dengan izin, saya memaklumkan yang saya berada di sebelah Dr Mahathir dan saya bangun meminta ahli majlis supaya menghormati pendiriannya dan jangan terus mengasaknya. Pokok pangkalnya, Dr Mahathir hanya merayu diberi peluang untuk berpegang kepada prinsip dan menunaikan janjinya, selain dengan jelas mengulangi pendirian - iaitu boleh terima pemimpin Umno sebagai individu tetapi tidak akan terima Umno.

Akhirnya keputusan diambil untuk keluar PH dan dengan itu runtuhlah Kerajaan PH. Pada Isnin Dr Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri dan pengerusi Bersatu. Meletakkan jawatan sebagai perdana menteri adalah wajib kerana beliau bukan lagi ahli PH dan PH hilang majoriti dalam Dewan Rakyat. Beliau tidak perlu letak jawatan sebagai pengerusi Bersatu tetapi mengambil keputusan untuk mengundurkan diri kerana tidak mendapat sokongan MPT. Pada 27 Februari beliau terima semula jawatan pengerusi Bersatu atas rayuan melutut oleh MPT. 

Bagi saya, itulah latar belakang politik yang menyebabkan Dr Mahathir tidak mahu lagi memimpin berasaskan parti. Kalau masih diperlukan, beliau akan memimpin kerajaan tanpa parti. Praktikal atau tidak, itulah pilihan beliau buat masa ini dan terpulanglah kepada ahli Dewan Rakyat memutuskannya Isnin ini. Malah secara terbuka beliau memberitahu sidang media semalam bahawa beliau bersedia kalah kepada Muhyiddin Yassin dan menerima presiden Bersatu itu sebagai calon perdana menteri, jika itulah keputusan Dewan Rakyat. Perlu disebutkan bahawa Muhyiddin adalah pemimpin Bersatu yang bercakap bagi pihak ahli MPT yang mahu Bersatu keluar PH dan menyertai Umno dan Pas. 

Apa-apa pun kita kena bersyukur dan berterima kasih kerana di saat-saat genting ini, kita mempunyai seorang Yang di-Pertuan Agong yang prihatin, bijaksana dan berperikemanusiaan. Menjunjung kasih ke bawah duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Inilah sebabnya saya selalu memetik lirik lagu Negaraku yang berbunyi:

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta.

Dan kita jangan lupa kakitangan perkhidmatan awam, polis dan tentera yang secara tersurat dan tersirat mentabdir dan melindungi negara kita, Malaysia, yang dicintai ini.

A KADIR JASIN ialah penasihat media perdana menteri dan seorang bloger. Tulisan ini asalnya disiarkan di blog beliau dengan tajuk "Kerajaan Perpaduan Atasi Politik Kepentingan Diri." Pandangan disiarkan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Sumber:
'Dr M rasa tak mampu lagi jadi PM bergantung pada parti'

Tommy Thomas letak jawatan sebagai AG
News  |  Diterbitkan Hari ini 8:09 malam  |  Dikemaskini Hari ini 8:09 malam

Peguam Negara (AG) Tommy Thomas telah mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, menurut satu laporan berita. Dihubungi oleh Malaysiakini untuk pengesahan itu, beliau menjawab: "Ya." Memetik sumber, The Edge berkata Thomas mahu meletak jawatan ketika Mahathir masih mengetuai negara. Mahathir melantiknya untuk penggal selama dua tahun pada 4 Jun, 2018. Ia dijadualkan berakhir pada bulan Jun. The Edge juga melaporkan bahawa adalah tidak jelas apa yang akan berlaku dengan kes-kes ini yang dikendalikan oleh Thomas seperti skandal 1MDB yang melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak. [Baca berita penuh]
Sumber: [Tommy Thomas letak jawatan sebagai AG]

LANGSUNG: 96 MP sokong Muhyiddin jadi PM
Wartawan Malaysiakini
Diterbitkan Hari ini 8:32 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 7:21 malam

Jumaat hari ini, bermakna kemelut perebutan kuasa politik ekoran penjajaran kuasa yang cuba dilakukan sejak Ahad lalu memasuki hari keenam. Semalam perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad, berkata hal itu akan cuba diselesaikan di Dewan Rakyat melalui sidang khas pada 2 Mac. Bermakna, keadaan tidak menentu sekarang akan berlanjutan sekurang-kurangnya untuk empat hari lagi. Malaysiakini sekali lagi membawa secara langsung perkembangan ini.

LANGSUNG 
7.10 petang: Presiden PKR, Anwar Ibrahim meninggalkan Eastin Hotel di Petaling Jaya yang menjadi lokasi mesyuarat awal hari ini. Namun beliau enggan menjawab soalan wartawan yang menunggunya di lobi hotel. 

6.40 petang: Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dilihat bertemu dengan sekumpulan penyokong PH di lobi Eastin Hotel di Petaling Jaya, yang menjadi lokasi pimpinan tertinggi parti gabungan itu mengadakan pertemuan. Fahmi didengar memberi jaminan kepada para penyokong bahawa para pemimpin PH sedang berusaha. "Kita perlukan sikit lagi," katanya, dipercayai merujuk kepada jumlah kerusi yang diperlukan untuk menyokong presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri. Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar (PKR) dan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang dilihat meninggalkan hotel itu. Mereka enggan memberi sebarang komen apabila dihampiri media. "Tunggu kenyataan media," kata Lim.

6.21 petang: Ahli baru Bersatu, Zuraida Kamaruddin baru saja meninggalkan kediaman presiden partinya, Muhyiddin Yassin. Dia enggan menjawab soalan daripada media, sekadar menunjukkan ibu jari. 

6.20 petang: Kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata MCA yang mempunyai dua ahli parlimen dan MIC seorang ahli parlimen menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri. Presiden MCA Wee Ka Siong mengesahkan perkara ini dengan Malaysiakini. "Ya," katanya ringkas apabila diminta mengesahkan sokongan terhadap Muhyiddin. Beliau menambah bahawa MCA akan mengeluarkan kenyataan kemudian. PBRS yang merupakan komponen BN dengan 1 kerusi, belum lagi mengisytiharkan pendirian. Ini bererti Muhyiddin mempunyai sokongan 96 ahli parlimen dari Bersatu, PAS, Umno, MCA dan MIC. PH yang mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri mempunyai 92 sokongan ahli parlimen dari PKR, DAP dan Amanah. 

6.00 petang: Umno dan PAS yang masing-masing memegang 39 dan 18 kerusi parlimen bersetuju mencalonkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri untuk perkenan Agong. Terdahulu, kenyataan media Bersatu menyebut bahawa "36 ahli parlimen" mereka menghadiri mesyuarat. Bersatu sebelum ini hanya mempunyai 26 ahli parlimen. 10 ahli parlimen lain dipercayai merupakan kumpulan Mohamed Azmin Ali yang meninggalkan PKR. Dengan perkembangan ini, Bersatu, PAS dan Umno kini mempunyai 93 sokongan ahli parlimen. PH yang mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri mempunyai 92 sokongan ahli parlimen dari PKR, DAP dan Amanah. 

5.25 petang: Rumah Muhyiddin, Bukit Damansara - Anggota baru Bersatu iaitu Zuraida Kamaruddin, Saifuddin Abdullah dan Willie Mongin kini berada di rumah presiden parti itu. Turut bersama ialah anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Redzuan Yusof. 

5.15 petang: Majlis Presiden PH kekal yakin Anwar Ibrahim memiliki sokongan terbesar anggota parlimen yang ditemu duga Yang di-Pertuan Agong beberapa hari lalu. "Majlis Presiden percaya bahawa Anwar wajar diberi peluang untuk menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membuktikan keyakinan majoriti anggota parlimen terhadap beliau," kata PH dalam kenyataan. PH berkata mereka meletakkan kepercayaan kepada Agong untuk mencari penyelesaian dalam proses pelantikan perdana menteri. 

5 petang: Pengerusi Umno Johor Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baru. Beberapa sumber yang dekat dengan istana berkata acara itu diadakan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Terdahulu, beberapa adun Umno dan Bersatu yang dihubungi Malaysiakini menutup mulut berkenaan acara angkat sumpah tersebut.

4:45 petang: Dr Mahathir Mohamad enggan menjawab sebarang soalan dikemukakan wartawan semasa beliau ditemui di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur petang ini. Perdana menteri interim itu ditemui media ketika beliau meninggalkan suatu persidangan antarabangsa. Antara soalan yang ditanya kepada Mahathir ialah sama ada beliau bersetuju atau tidak apabila Bersatu mencalonkan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri untuk dipertimbangkan oleh Agong.  


4.35 petang: Sumber yang dekat dengan kepemimpinan tertinggi Bersatu mengesahkan 10 ahli parlimen - diketuai Azmin Ali - menyertai parti itu hari ini. Satu-satunya ahli parlimen yang tidak menyertai Bersatu ialah wakil kawasan Ranau, Jonathan Yasin. Untuk rekod, sebelum ini 11 ahli parlimen PKR mengumumkan keputusan mereka meninggalkan parti itu pada awal minggu ini. Bagaimanapun semalam - melalui hantaran di Facebook - Jonathan menafikan beliau keluar PKR. Hantaran itu kemudian dipadam. Tedahulu kira-kira jam 3.30 petang tadi, seorang pembantu Zuraida Kamaruddin menafikan ahli parlimen Ampang itu sudah menyertai Bersatu.

4.18 petang: Bersatu bersetuju mencalonkan presiden mereka, Muhyiddin Yassin, sebagai perdana menteri untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong. Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya, berkata hal itu diputuskan dalam mesyuarat ahli parlimen mereka bersama Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur tadi. Bagaimanapun Marzuki tidak menyatakan sama ada keputusan tersebut dibuat secara sebulat suara atau tidak, namun menyatakan 36 ahli parlimen Bersatu menghadiri mesyuarat tersebut.

Untuk rekod Bersatu hanya mempunyai 26 wakil di Dewan Rakyat sebelum ini. Tambahan 10 ahli parlimen itu dipercayai merujuk kepada kumpulan Azmin Ali yang memang disebut-sebut bakal menyertai parti berkenaan.

4 petang: Setakat ini Yang di-Pertuan Agong masih belum dapat memutuskan ahli parlimen mana yang mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat. Hal itu disahkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadli Shamsuddin, dalam kenyataannya sebentar tadi. Kata Ahmad Fadli, tindakan seterusnya yang akan diambil Agong ialah berhubung dengan semua parti yang memiliki wakil di Dewan Rakyat.

Kata Ahmad Fadil, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan dengan keputusan speaker Dewan Rakyat untuk tidak memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin depan.

3.45 petang: Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, dan Panglima Angkatan Tentera Affendi Bujang, selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong. Bercakap kepada media selepas itu, Abdul Hamid berkata, mereka hadir atas titah perintah Agong yang mahukan taklimat mengenai tahap keselamatan negara ketika ini. "Alhamdullilah, kami dah pun sempat taklimatkan, keadaan di seluruh negara tenang, cuma suhu meningkat. "Saya menyeru semua pemimpin politik dan pengikut mereka supaya jalankan kegiatan politik mereka mengikut perlembagaan, dengan penuh tanggungjawab, elakkan kenyataan provokatif dan kepada orang ramai, hentikan spekulasi tak logik," katanya.

Beliau juga berkata polis sudah membuka kertas siasatan mengenai tindakan pihak tertentu yang mendakwa mengetahui pelbagai perkara dalam istana. "Bagaimana orang luar boleh tahu (macam-macam) dengan jumlah undi dan sebagainya. "Jangan main-main dengan perkara macam ini," kata Abdul Hamid yang turut memaklumkan beliau sudah mengarahkan polis mengambil tindakan yang sewajarnya. Menurut beliau lagi, walaupun pihak berkuasa menghormati hak bersuara, ia mestilah dalam lingkungan undang-undang negara. "Hati-hati jangan sampai melepasi batasan undang-undang," katanya.

3.30 petang: Bekas naib presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, tidak mengemukakan sebarang borang permohonan menyertai mana-mana parti, kata seorang pembantunya. Bekas setiausaha politik ahli parlimen Ampang itu, Nor Hizwan Ahmad, berkata setakat ini Zuraida masih ahli parlimen bebas selepas PKR memecatnya pada 24 Feb lalu. "Berdasarkan maklumat yang saya ada, setakat ni perkara itu (penyertaan ke mana-mana parti) masih dalam perbincangan, sebab semua orang tahu beliau dipecat parti. "Jadi beliau pada masa ini seorg ahli parlimen yang menganggap dirinya bebas, cuma cenderung kepada kepemimpinan perdana menteri (Dr Mahathir Mohamad)," katanya. Nor Hizwan juga menafikan Zuraida, Azmin Ali serta beberapa bekas pemimpin PKR bertemu dengan Mahathir lewat pagi tadi sebagai anggota Bersatu. "Mungkin beliau melihat kawasan sekitar Yayasan Al Bukhary.... saya tak ada maklumat penuh, jadi kita tunggu kenyataan daripada beliau sendiri," katanya. 

3.25 petang: Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof, dipanggil sekali lagi ke Istana Negara. Pagi tadi bekas hakim kanan itu sudah mengadap Yang di-Pertuan Agong. Perkembangan itu berlaku sejurus selepas Mohamad Ariff memutuskan tiada sidang Dewan Rakyat akan diadakan Isnin depan kerana surat pemakluman mengenainya tidak mengikut peraturan. “Mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3), pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan oleh saya selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat. “Setakat ini tiada notis dikeluarkan,” katanya. 

2.45pm: Beberapa pemimpin kanan PH kelihatan di Hotel Eastin di Petaling Jaya. Antaranya Saifuddin Nasution Ismail, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad, Gobind Singh Deo dan Anthony Loke. Sebelum ini beredar mesej dalam WhatsApp mendakwa Majlis Presiden PH akan bertemu dan memberi taklimat kepada penyokong mereka di situ pada jam 3 petang. Bagaimanapun pegawai PH berkata, mesej itu palsu. Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata mereka hadir di situ hanya untuk menghadiri mesyuarat harian biasa.

2.40 petang: Ekoran keputusan Speaker Dewan Rakyat menolak untuk mengadakan sidang khas Isnin ini, seorang pemimpin kanan Umno berkata, itu menjadi petanda jelas bahawa sekarang masa terbaik untuk Dr Mahathir Mohamad berundur. "Petandanya sudah begitu jelas buat Tun M (Mahathir), masa untuk berundur. Terima kasih atas khidmat dan pengorbanan untuk Malaysia selama ini," tulis Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin, di Instagramnya petang ini. Mengiringi kenyataan itu ialah gambar surat jawaban daripada Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof, mengenai keputusan beliau untuk tidak mengadakan sidang pada 2 Mac ini seperti yang diumum Mahathir.
2 petang: Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon berkata tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana sudah mendapat “mandat besar” daripada rakyat. Dalam PRU14, PH menang 37 daripada 40 kerusi DUN. Pembangkang hanya mendapat tiga kerusi.

Raja di istana, PM interim di Yayasan Al Bukhary
1.10 tengah hari: Beberapa raja-raja Melayu dilihat sudah meninggalkan Istana Negara. Sementara Di Yayasan AlBukhary, Dr Mahathir Mohamad, pemimpin Bersatu dan kem Azmin juga sedang bermesyuarat.

1 tengah hari: Setelah kira-kira dua jam pertemuan dengan Perdana Menteri Interim Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Al-Bukhary, pemimpin Bersatu dan sejumlah anggota parlimen kem Azmin Ali mula beredar dari bangunan itu. Rata-ratanya terus beredar tanpa memberhentikan kereta mereka untuk bercakap dengan media yang menunggu di depan pondok pengawal keselamatan. Anggota Parlimen Alor Gajah dari Bersatu Redzuan Mohd Yusof bagaimanapun sempat ditanya tentang pertemuan tersebut, dan hanya menjawab: "Tunggu malam ini." Tidak pasti sama ada pertemuan itu sudah tamat atau mereka hanya berhenti seketika untuk sembahyang Jumaat. Di Istana Negara pula, Sultan Johor, Kedah dan Terengganu dan Raja Perlis dilihat meninggalkan kawasan itu. Difahamkan Raja-raja Melayu lain masih dalam pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong.

12.22 tengah hari: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman Malaysia boleh mencontohi Indonesia untuk merealisasikan pembentukan kerajaan perpaduan. Katanya demi kepentingan nasional, ia perlu berpaksikan kepada Rukun Negara serta perlembagaan negara. "Malaysia boleh mencontohi bagaimana Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), (membawa) pesaing jawatannya dalam pilihan raya negara itu, Prabowo Subianto, sebagai menteri pertahanan lantas merealisasikan kerajaan perpaduan versi mereka," katanya. Dengan itu, kata Muhammad Faiz, penjawat awam juga tidak lagi menganggap diri mereka bekerja di bawah kerajaan parti politik tertentu, sebaliknya berkhidmat demi negara dalam erti kata sebenar. Untuk rekod, Prabowo ialah bekas panglima tentera Indonesia yang dua kali melawan Jokowi untuk merebut jawatan presiden republik itu. Prabowo kemudian menerima tawaran menyertai kabinet Jokowi di sebalik perpecahan yang berlaku di peringkat rakyat akibat persaingan sengit kedua-dua kumpulan terbabit.

12 tengah hari: Bekas menteri kanan, Dr Rais Yatim, menyertai gesaan agar isu pemilihan perdana menteri diselesaikan di luar Dewan Rakyat. Menciap di Twitter, anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang memiliki latar belakang undang-undang itu mempertikaikan keributan mengenai sidang khas parlimen minggu depan. "Kenapa masih ribut-ribut konon Dewan Rakyat akan tentukan siapa jadi PM pada 2 Mac? "Kuasa melantik PM di tangan Yang di-Pertuan Agong bukan di Dewan Rakyat. "Patut Agong dah buat keputusan hasil dua hari temu duga ahli parlimen," ciapnya.

Justeru Rais - yang kini menjadi pengerusi Bersatu Negeri Sembilan - menggesa peguam negara memberikan "nasihat yang betul" kepada Agong. "Peguam Negara tolonglah beri nasihat yang betul kepada Agong. Di Dewan Rakyat cuma boleh undi percaya atau tak percaya," katanya lagi. Kenyataan itu kemudian dibalas bersahaja oleh Senator Yusmadi Yusoff. "Tolonglah nasihat boss Tan Sri tu," ciapnya dipercayai merujuk kepada Mahathir Mohamad selaku pengerusi Bersatu.

11.50 pagi: Sembilan belas daripada 26 bahagian Bersatu di Johor menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, kata ketuanya, Mazlan Bujang. Kenyataan itu dibuat sehari selepas Adun Bersatu bersama-sama BN dan PAS mengambil alih kerajaan Johor, didakwa dengan restu presiden mereka, Muhyiddin Yassin. Untuk rekod Mahathir - selaku perdana menteri interim - bertegas menolak kerjasama Bersatu dengan Umno secara en bloc dan sebalknya mendakwa Muhyiddin mempunyai pendirian lebih lembut berhubung isu tersebut. 

Sumber:
LANGSUNG: 96 MP sokong Muhyiddin jadi PM

LANGSUNG: Annuar ajak MP kata 'Tidak' cadangan sidang khas 2 Mac
News  |  Diterbitkan Hari ini 8:32 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 12:01 tengahari

Jumaat hari ini, bermakna kemelut perebutan kuasa politik ekoran penjajaran kuasa yang cuba dilakukan sejak Ahad lalu memasuki hari keenam. Semalam perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad, berkata hal itu akan cuba diselesaikan di Dewan Rakyat melalui sidang khas pada 2 Mac. Bermakna, keadaan tidak menentu sekarang akan berlanjutan sekurang-kurangnya untuk empat hari lagi. Malaysiakini sekali lagi membawa secara langsung perkembangan ini.

LANGSUNG 11.40 pagi: Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, mengajak semua ahli parlimen mengatakan "Tidak" kepada sidang khas Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung pada 2 Mac ini. Kata Annuar langkah tersebut bukan saja bercanggah dengan perlembagaan malah tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong.

"Semua MP mesti berkata 'Tidak' kepada sidang 2 (Mac) yang diumum perdana menteri interim. Ia tak selaras dengan perlembagaan, tidak mengikut prosedur dan tidak menghormati Agong," ciap beliau.

11.20 pagi: Hanif Omar berkata beliau menghantar 'memorandum rakyat' kepada Istana Negara sebagai usaha pelbagai NGO mencadangkan penyelesaian kepada kemelut melanda sekarang.

Bekas ketua polis negara itu yang mendakwa mengetuai kumpulan Gerakan Mempertahankan Kedaulatan Perlembagaan berkata, pembubaran parlimen bukan penyelesaian terbaik bagi mengatasi isu pelantikan perdana menteri. Sebaliknya kata Hanif, Yang di-Pertuan Agong wajar membuat keputusan dan tidak perlu membubarkan parlimen.

“Kita biarkan Yang di-Pertuan Agong buat keputusan, kalau baginda rasa perlu bubar, kami terima,” katanya. Bagaimanapun, Hanif enggan mendedahkan kandungan memorandum tersebut kerana beranggapan ia khusus buat Agong. Terdahulu Hanif bersama seorang lagi bekas ketua polis negara, Musa Hassan, keluar dari Istana Negara kira-kira jam 10.10 pagi. Musa pula berkata beliau juga berpendapat tidak wajar parlimen dibubarkan kerana dilihat tiada sebarang ancaman keselamatan setakat ini. “Tiada yang berdemo, tiada yang bahaya kita lihat lagi, jadi tidak perlu bubar parlimen dan kita biarkan kepada Tuanku buat keputusan,” katanya.

10.40 pagi: Bendahari PKR, Lee Chean Cheong, beranggapan Dr Mahathir Mohamad melangkaui batas kuasanya apabila membuat pengumuman mengenai sidang khas Dewan Rakyat semalam. Sepatutnya, kata Lee, sebagai perdana menteri interim Mahathir tidak boleh berbuat demikian, sebaliknya ia adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (2) dan 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan. "Peruntukan itu bertujuan untuk menghalang perdana menteri daripada bertindak sewenang-wenangnya dan kuasa perlembagaan diberikan kepada ketua negara saja di bawah sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan," katanya dalam satu kenyataan.

Kata Lee langkah diambil Mahathir membawa lebih banyak masalah. "Mesyuarat Majlis Raja-raja yang akan diadakan pada hari ini perlu memastikan semua keputusan perlu dibuat berasaskan Perlembagaan Malaysia demi memastikan sistem perlembagaan negara kita tidak terjejas," katanya. 

10 pagi: Beberapa ahli parlimen tiba di bangunan Yayasan Albukhary di Kuala Lumpur. Antaranya Muhyiddin Yassin (Pagoh), Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar), Ronald Kiandee (Beluran), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Rina Harun (Titiwangsa), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan senator Marzuki Yahya (Setiausaha Agung Bersatu). Mereka dijadual bertemu Dr Mahathir Mohamad yang tiba di situ lebih awal menaiki Mercedes Benz biru tua kira-kira jam 9.10 pagi. Selain ahli parlimen Bersatu, beberapa bekas pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu - dan mencetuskan kejatuhan kerajaan PH - juga kelihatan. Antaranya Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak) dan Mohd Rashid Hasnon (Batu Pahat).

9.45 pagi: Seorang pemimpin kanan Bersatu berharap, parti itu dapat mencapai persetujuan yang membolehkan kemelut yang berlaku sekarang diatasi segera. Bercakap kepada Malaysiakini, beliau bekrata, Bersatu perlu memutuskan sama ada mengetengahkan Dr Mahathir Mohamad atau Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri. Beliau yang enggan didedahkan identitinya berkata, kata putus itu perlu dicapai hari ini juga. Hal itu kerana, katanya, Bersatu perlu berunding dengan parti lain seperti Umno/BN, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan Warisan sebelum sidang khas Dewan Rakyat 2 Mac ini. Bagaimanapun beliau mengakui, jika Muhyiddin dipilih, ia akan lebih memudahkan Bersatu diterima Umno dan PAS berbanding Mahathir. 

9.40 pagi: Dua bekas ketua polis negara - Hanif Omar dan Musa Hassan - serta Yang Dipertua Dewan Negara, Abu Zahar Ujang, memasuki Istana Negara melalui Pintu 3. Difahamkan mereka menghantar memorandum berkaitan krisis politik semasa kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apa kandungan memorandum tersebut. Hanif berkata, beliau akan menjelaskan hal itu selepas mengadap Agong.

Hanif (tengah) bersama memorandum yang akan diserahkan. Turut kelihatan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Ibrahim Abu Shah (tiga dari kiri)

Terdahulu, ada beberapa orang berbaju putih tiba dan memasuki pintu sama kira-kira jam 9 pagi. Seorang daripada mereka ialah bekas penyelidik PKR Muhammed Yusoff Rawthera. 

9.40 pagi: Seorang anggota Dewan Negara memuat naik semula kenyataan mengenai dibuat Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim di media sosial kira-kira dua tahun lalu. Kenyataan yang dikepilkan Yusmadi Yusoff di Twitter itu ialah penghargaan perdana menteri interim kepada keluarga Anwar. Untuk rekod, ketika itu Mahathir dalam peringkat awal untuk berbaik-baik semula dengan Anwar - yang masih dalam penjara - ketika pembangkang berusaha keras mahu mengalahkan BN dalam PRU ke-14. "Kawan-kawan, tolong bantu saya untuk memahami kenyataan ini," ciap Yusmadi.
Senator Yusmadi@YusmadiFriends, please help me to understand this statement769:34 AM - Feb 28, 2020Twitter Ads info and privacy69 people are talking about this
Kenyataan yang dirujuk Yusmadi itu ialah kata-kata Mahathir di Facebook, bertarikh 7 Jan 2018: Saya terhutang budi dan berterima kasih kepada keluarga Anwar kerana sanggup membelakangkan apa yang berlaku pada masa lalu, untuk menyelamatkan Malaysia. Perjuangan rakyat fokus kami berdua."

9.20 pagi: Semua indeks Bursa Malaysia menunjukkan kejatuhan semasa dibuka hari ini kesan tekanan daripada aktiviti penjualan di sebalik pengumumkan pakej rangsangan ekonomi oleh Dr Mahathir Mohamad semalam. Bernama melaporkan setakat 9.08 pagi hari ini, indkes utama Bursa Malaysia turun 1.26 peratus atau 19.08 mata kepada 1,486 selepas dibuka pada paras 20.69 mata jam 9 pagi. Secara umum 499 kaunter mencatatkan rugi berbanding 54 untung. Sebanyak 140 lagi tidak berubah dan 65 digantung. 

9 pagi: Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mengutuk pihak yang merancang menjatuhkan kerajaan PH kerana ia dibuat ketika negara berdepan wabak Covid-19. Katanya pihak terbabit sangat tidak bertanggungjawab. "Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Ghebreyesus memberi amaran bahawa wabak koronavirus mencapai titik kritikal dan mempunyai potensi menjadi wabak meluas ketika seluruh dunia bergelut untuk mencegah penyebarannya," kata Lim.

Veteran DAP itu menambah krisis politik "palsu" sekarang mesti diselesaikan secepat mungkin dan pihak yang terlibat mesti dikutuk semua rakyat. "Negara tidak boleh dijadikan objek tebusan oleh pemimpin politik tidak bertanggungjawab yang sanggup merisikokan negara hanya untuk mencapai keinginan dalam permainan mereka," katanya yang turut menggesa kerajaan PH dikembalikan sebagai pentadbir.

8.30 pagi: Naib Presiden PKR: Dr A Xavier Jayakumar, mengingatkan Bersatu parti itu mungkin akan mengalami kerugian besar jika pilihan raya mengejut diadakan. Hal itu kerana, kata Jayakumar, Bersatu kini tidak tersusun dan jika akhirnya parlimen dibubarkan, mereka mungkin berdepan kekalahan besar. "Apa yang perlu dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad ialah pecat lima anggota kabinet (lama) dan buat pelantik lain dan teruskan seperti biasa," katanya tanpa menyebut sebarang nama. Ahli Parlimen Kuala Langat itu juga mendakwa Mahathir mempunyai peranan dalam kemelut yang berlaku sekarang dan percaya ada usaha sedang dijalankan untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan mengetepikan PH. Sebenarnya, kata Jayakumar, Mahathir boleh saja menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim dengan aman. "Mengapa beliau mendahului Yang di-Pertuan Agong mengenai pengumuman sidang khas parlimen?" katanya. Jayakumar juga berharap Agong akhirnya akan membuat keputusan dan akan dipatuhi semua pihak.

8.40 pagi: Ketua Setiausaha Negara melawat beberapa jabatan kerajaan di Putrajaya untuk melihat perjalanan operasi ketika kerajaan belum terbentuk. Hasil lawatan tersebut Mohd Zuki Ali berpendapat semuanya berjalan dengan lancar apabila kakitangan awam terus menjalankan tugas seperti biasa.
Mohd Zuki Ali✔@zukiAli_Minggu yang penuh dengan peristiwa. Namun, penjawat awam terus melaksanakan tanggungjawab seperti biasa. Berkesempatan meninjau Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Imigresen Putrajaya. Alhamdulillah.#KetuaSetiausahaNegara#KepercayaanUntukBerkhidmat2948:46 AM - Feb 28, 2020Twitter Ads info and privacy124 people are talking about this
"Minggu yang penuh dengan peristiwa. Namun, penjawat awam terus melaksanakan tanggungjawab seperti biasa."Berkesempatan meninjau Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Imigresen Putrajaya. Alhamdulillah," ciapnya.

8.30 pagi: Setiausaha Agung Umno mencadangkan agar Yang di-Pertuan Agong mengadakan temu duga kali kedua untuk menentukan perdana menteri baru untuk negara ini. Menggunakan ciapan di Twitter, Annuar Musa berkata, langkah itu boleh dibuat selepas sesi pertama pada Selasa dan Rabu lalu gagal menemukan calon yang mendapat sokongan jelas daripada ahli parlimen.
Annuar Musa@AnnuarMusaMenerusi majlis mengadap YDPA pada 25&26 febuari,tiada satu calun pun yg jelas di syor oleh MP.Terbaik adalah SERAH PADA RAKYAT..atau Baginda menitahkan mengadap pusingan kedua.
438:20 AM - Feb 28, 2020Twitter Ads info and privacySee Annuar Musa's other Tweets
Bagaimanapun Annuar berpendapat pilihan terbaik ialah membubarkan parlimen untuk membolehkan pilihan raya umum dilakukan.

8 pagi: Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mengecam Azmin Ali kerana dilihat cuba mengambil kesempatan menaikkan namanya dengan pengumuman pakej rangsangan ekonomi diumum Mahathir Mohamad semalam. "Awak yang merosakkan suasana pelaburan dan ekonomi serta politik negara melalui 'langkah si kitol'! Lepas tu nak curi credit untuk kerja keras (Lim) Guan Eng? Amat sangat memalukan! Have you no shame! "Awak ingat rakyat akan keliru dengan kenyataan ini? Anggap awak ambil berat? No way!" ciapnya di Twitter.
Mohamed Azmin Ali✔@AzminAliBersama rakyat Malaysia, kami yakin pakej stimulus ekonomi yang akan diumumkan oleh YAB @chedetofficial hari ini dapat menangani kesulitan yang dihadapi oleh SME & perniagaan tempatan bagi mengurangkan tekanan yang timbul akibat penularan COVID-19 dan faktor luaran ekonomi dunia https://twitter.com/theedgemalaysia/status/1232843307505471488 …The Edge Malaysia@theedgemalaysiaCurrency: Ringgit opens higher against US dollar ahead of stimulus package announcement - Bernama https://u.theedgemarkets.com/r/606080 28511:22 AM - Feb 27, 2020Twitter Ads info and privacy559 people are talking about this
Hal sama turut dibangkitkan Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming. "Semasa anda berkomplot utk menjatuhkan Kerajaan PH, pegawai Kementerian Kewangan dan pegawai Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, sedang bekerja untuk menyediakan pakej stimulus ini... #NoShame," ciapnya. Bagaimanapun pembantu Azmin, Woon King Chai, tampil membela ahli parlimen Gombak itu. Kata Woon, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (yang diketuai Azmin sebelum ini) juga bekerja keras untuk memastikan rakyat mendapat manfaat daripada pakej tersebut.

7.30 pagi: Antara peristiwa yang menjadi perhatian hari ini ialah persidangan khas Majlis Raja-raja di Istana Negara. Mahathir pula dijadual bertemu dengan pemimpin partinya pagi ini sehari selepas beliau membuat pusingan U dengan menerima kembali jawatan sebagai pengerusi Bersatu.

Sumber:
LANGSUNG: Annuar ajak MP kata 'Tidak' cadangan sidang khas 2 Mac

LANGSUNG: 96 MP sokong Muhyiddin jadi PM
Wartawan Malaysiakini Diterbitkan Hari ini 8:32 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 7:21 malam

Jumaat hari ini, bermakna kemelut perebutan kuasa politik ekoran penjajaran kuasa yang cuba dilakukan sejak Ahad lalu memasuki hari keenam. Semalam perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad, berkata hal itu akan cuba diselesaikan di Dewan Rakyat melalui sidang khas pada 2 Mac. Bermakna, keadaan tidak menentu sekarang akan berlanjutan sekurang-kurangnya untuk empat hari lagi. Malaysiakini sekali lagi membawa secara langsung perkembangan ini.









Sumber:
LANGSUNG: 96 MP sokong Muhyiddin jadi PM




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/02/tingkah-laku-gelojoh-dalam-tindakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Desperado Mahathir Ph Yang Gila Kuasa

Desperado Mahathir Ph Yang Gila Kuasa

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 379 hits
Sebelum meneruskan ulasan abam ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana akhirnya beliau dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 8 Namun disebalik kelegaan semua pihak dgn berakhirnya kemelut politik yang sudah ...
Pembentukan Kabinet Akhirnya Sifat Gila Dan Tamak Kuasa Pas Terserlah

Pembentukan Kabinet Akhirnya Sifat Gila Dan Tamak Kuasa Pas Terserlah

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 528 hits
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PASPANDANGAN PAS TERHADAP PEMBENTUKAN KABINET1 Saya menghargai jemputan YAB Perdana Menteri untuk kami memberikan pandangan awal berkenaan pembentukan Jemaah Menteri yang baharu 2 Saya menyatakan pandangan supaya in...
Tindakan Ag Langkau Kuasa Eksekutif Kdn Nyatakan Ltte Pertubuhan Pengganas

Tindakan Ag Langkau Kuasa Eksekutif Kdn Nyatakan Ltte Pertubuhan Pengganas

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 162 hits
1 PERSATUAN Peguam Peguam Muslim Malaysia sangat terkejut dan kecewa dengan keputusan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas yang menghentikan tiga puluh empat pertuduhan terhadap dua belas orang tahanan di bawah SOSMA yang dijadual akan dibica...
Pemimpin Jangan Gelojoh Kemaruk Kuasa

Pemimpin Jangan Gelojoh Kemaruk Kuasa

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 261 hits
Selepas fiasco yang berlaku semalam ia mula bersambung hari ini apabila pelbagai spekulasi terus hangat diperkatakan khususnya melalui laman media sosial Pelbagai pandangan diberikan dari beberapa sudut Bukan tak setuju Bukan juga tidak men...
Rakyat Yang Berkuasa Bukan Si Pencatur Kuasa Syed Saddiq Doa Agar Perjuangan Dirahmati

Rakyat Yang Berkuasa Bukan Si Pencatur Kuasa Syed Saddiq Doa Agar Perjuangan Dirahmati

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 353 hits
Bekas Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuatnaik kenyataan di media sosial berhubung senario politik negara hari ini Dalam kenyataan tersebut beliau menyatakan telah menyampaikan pendapatnya kepada Perdana Menteri Y...
Pemuda Bersatu Tolak Rampasan Kuasa

Pemuda Bersatu Tolak Rampasan Kuasa

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 193 hits
Pergerakan pemuda Bersatu Armada menolak usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai Azmin Ali Ahad lalu dan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri Interim Tun Mahathir Mohamad Ketuanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berk...
Rampasan Kuasa Dan Kreativiti Rakyat Malaysia

Rampasan Kuasa Dan Kreativiti Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 365 hits
Siapa sangka Tekanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat sama ada yang menyokong BN atau Muafakat Nasional mahupun Pakatan Hancing selama hampir dua tahun mampu menzahirkan kreativiti tahap tinggi hari ini Sejak dari malam semalam membawa ...
Jom Kita Rampas Kuasa

Jom Kita Rampas Kuasa

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 263 hits
S ARUTCHELVAN ULASAN l Ketika rakyat menanti gelisah dengan kakitangan hospital bertungkus lumus berperang dengan Covid 19 wartawan pula berlari ke sana ke mari mencari berita ada segelintir ahli politik merancang untuk mengulingkan kerajaa...
Nasib Baik Ada Yang Mabuk Kuasa

Nasib Baik Ada Yang Mabuk Kuasa

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 323 hits
NASIB BAIK ADA YANG MABUK KUASA JIKA TIDAK BELUM TENTU MALAYSIA SELAMAT NASIB BAIK ADA PENGKHIANAT JIKA TIDAK BELUM TENTU MALAYSIA SELAMAT SYAITAN SELALU BERTANYA BILA BOLEH DAPAT KUASA JUD MAKJUT SELALU BERTANYA APA PASAL DOK DIAM DOK SABA...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord