Tindik Hidung Apakah Hukumnya Dalam Islam Mufti Wp


Tindik Hidung – Apa Hukumnya Dalam Islam?
Tindik hidung atau nose piercing adalah antara trend anak muda masa kini yang semakin menjadi ikutan ramai tidak kiralah lelaki mahupun perempuan. Trend ini bukan sekadar sebagai aksesori fesyen tetapi juga sebagai satu bentuk ekspresi diri. 
Namun, sebelum membuat keputusan untuk menindik hidung, terdapat beberapa aspek penting yang perlu dipertimbangkan terutamanya sekiranya anda beragama Islam. 
Jom baca lebih lanjut mengenai hukum tindik hidung dan info-info penting berkaitan. 
Budaya Tindik Hidung / Nose Piercing Budaya tindik hidung sebenarnya sudah wujud dalam pelbagai budaya sejak zaman dahulu kala lagi. Di India, misalnya, tindik hidung adalah sebahagian daripada tradisi keagamaan dan simbol status sosial. Manakala di Papua, ia menjadi identiti kaum lelaki dalam upacara adat.
Jenis-jenis Tindik Hidung
1. Tindik Cuping Hidung (Nostril Piercing): Tindik jenis ini adalah yang paling biasa dan popular. Ia melibatkan penembusan pada bahagian luar salah satu cuping hidung, biasanya di garis lipatan. Proses ini tidak terlalu menyakitkan dan masa penyembuhan sekitar 2 hingga 4 bulan. 
2. Tindik Septum: Tindik septum dilakukan pada bahagian tengah hidung yang memisahkan dua lubang hidung. Jarum tidak menembusi rawan keras, sebaliknya hanya melalui lapisan tisu lembut di atasnya. Septum piercing biasanya sembuh dalam masa 1.5 hingga 2 bulan.
3. Tindik Hidung Berganda (Double Nose Piercing): Untuk anda yang mahukan kelainan, boleh cuba tindik hidung berganda. Anda boleh menindik kedua-dua cuping hidung atau dua tindikan pada sebelah yang sama.
4. Tindik Bridge (Bridge Piercing): Tindik bridge dilakukan di kawasan tulang hidung. Ia tidak menembusi tulang, hanya melalui kulit dan tisu lembut. Masa penyembuhan sekitar 2 hingga 2.5 bulan. Namun, bridge piercing lebih berisiko kerana kawasan ini mengandungi lebih banyak salur darah dan mudah tercabut jika tidak berhati-hati.
Hukum Tindik Hidung Dalam Islam – Mufti WP
Berdasarkan penjelasan dalam laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menindik hidung adalah HARAM sama ada lelaki mahupun perempuan. Begitu juga HARAM ke atas kanak-kanak menurut fuqaha mazhab Syafi’i. 
Perbuatan menindik hidung merupakan adat tradisi golongan bukan islam yang mempunyai unsur keagamaan. Ia juga bukanlah satu bentuk perhiasan yang menjadi kebiasaan (urf) masyarakat setempat.
Perbuatan mengikut agama lain perlu dijauhi. Ini bersandarkan hadis daripada Ibn Umar R.A, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” –  Riwayat Abu Daud (4031)
Al-San’ani mensyarahkan hadis diatas bahawa larangan keras dan amaran bagi sesiapa yang meniru orang kafir dari segi pemakaian mahupun penampilan.
Kesimpulannya, hukum menindik (piercing) mana-mana bahagian hidung untuk memakai cincin daripada emas, perak atau menindik hidung dengan batu berlian adalah haram sama ada lelaki dan wanita dewasa mahupun untuk kanak-kanak.
Cara Tindik Hidung Dengan Selamat Bagi yang bukan beragama Islam, aspek keselamatan semasa proses tindik hidung tidak boleh diabaikan. Ia boleh mengundang pelbagai risiko kesihatan jika tidak dilakukan dengan betul. 
Berikut adalah beberapa langkah keselamatan penting yang perlu kalian ambil kira sebelum melakukan tindik:
Pilih Tempat Yang Bertauliah: Pastikan kalian pergi ke klinik kecantikan atau studio tindik yang berlesen dan berpengalaman.  Gunakan Peralatan Tindik Sekali Pakai: Elakkan tempat yang menggunakan jarum berulang atau peralatan tidak bersih. Ini boleh menyebabkan jangkitan bakteria atau virus seperti Hepatitis dan HIV. Gunakan Subang dari Bahan Selamat: Pilih subang daripada bahan hypoallergenic seperti titanium, emas tulen, atau stainless steel gred perubatan. Ini dapat mengurangkan risiko alahan dan keradangan. Ikut Arahan Penjagaan Selepas Tindik: Bersihkan kawasan tindik sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan larutan garam atau antiseptik yang disyorkan. Elakkan menyentuh kawasan tersebut dengan tangan kotor. Elakkan Memakai Makeup di Sekitar Kawasan Luka: Produk kosmetik boleh menyebabkan iritasi jika terkena pada luka baru. Tunggu sehingga kawasan itu sembuh sepenuhnya sebelum memakai sebarang makeup berhampiran hidung. Pantang Larang Dari Segi Kesihatan Selepas melakukan tindik, terdapat beberapa pantang larang dan tips kesihatan yang kalian wajib patuhi untuk mengelakkan komplikasi:
Jangan Cabut Subang Dalam Tempoh Penyembuhan
Kebanyakan luka tindik memerlukan masa sekurang-kurangnya 6 hingga 8 minggu untuk pulih. Jika kalian menanggalkan subang sebelum luka sembuh sepenuhnya, lubang boleh tertutup atau dijangkiti.
Elakkan Berenang di Kolam Awam
Air kolam mengandungi pelbagai bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan pada luka terbuka. Tunggu sehingga luka benar-benar sembuh sebelum berenang.
Jangan Gunakan Alkohol atau Hidrogen Peroksida untuk Membersih
Bahan ini boleh mengeringkan dan merengsakan kulit. Gunakan larutan garam atau cecair antiseptik ringan yang lebih mesra kulit.
Pantau Tanda-Tanda Jangkitan
Jika terdapat simptom seperti bengkak melampau, kemerahan yang tidak surut, keluar nanah, atau demam – segera berjumpa doktor.
Elakkan Menukar Subang Terlalu Cepat
Walaupun teruja dengan subang baru, pastikan luka benar-benar sembuh sebelum menggantikan subang bagi mengelakkan kecederaan atau iritasi semula. Risiko & Komplikasi Tindik Hidung Setiap jenis tindik hidung mempunyai risiko seperti:
Jangkitan bakteria atau virus (HIV, hepatitis) Bengkak, kemerahan, atau nanah Keloid (parut tebal) Pendarahan atau koyakan jika barang kemas tersangkut Alahan logam Jika anda mengalami tanda-tanda jangkitan seperti bengkak melampau, nanah, atau demam, segera dapatkan rawatan doktor.
Rujukan:
AL-KAFI #2009: HUKUM MENINDIK HIDUNG – Mufti WP Nose Piercing – WebMD

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tindik-hidung/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tindik-hidung

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Selesa Amp Suka Gaya Piercing Hidung Sharifah Aleya Tak Kisah Dikecam Ia Hanya Tindik Suami Saya Suka

Rasa Selesa Amp Suka Gaya Piercing Hidung Sharifah Aleya Tak Kisah Dikecam Ia Hanya Tindik Suami Saya Suka

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 86 hits
Baru baru ini video memaparkan pengacara serta pelakon Sharifah Aleya ditemubual dalam channel YouTube Mingguan Wanita telah menarik perhatian ramai Imej wanita muslim tindik hidung Dalam sesi temubual tersebut Sharifah Aleya ditanya soal m...
Mufti Perlis Hati Perasaan Orang Islam Perlu Bersama Pakistan

Mufti Perlis Hati Perasaan Orang Islam Perlu Bersama Pakistan

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 143 hits
ZULKIFLI MANZORPETALING JAYA Negara negara Islam perlu berpendirian bersama dengan Pakistan dalam ketegangan antara negara tersebut dengan India Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata hati dan perasaan orang Islam juga hendak...
Buang Je Nama Islam Kalau Kau Nak Kutuk Jurusan Seni Bod H Aaron Aziz Sound Dma Islam

Buang Je Nama Islam Kalau Kau Nak Kutuk Jurusan Seni Bod H Aaron Aziz Sound Dma Islam

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 123 hits
Baru baru ini tular tentang kenyataan dikeluarkan oleh seorang individu yang bertindak menghentam dan memperlekeh mereka yang mengambil beberapa jurusan seni di universiti Kenyataan lelaki dikenali sebagai DMA Islam itu telah menimbulkan pe...
Dma Islam Biodata Kerjaya Isu Persenda Pelajar Masscomm

Dma Islam Biodata Kerjaya Isu Persenda Pelajar Masscomm

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 170 hits
Baru baru ini nama DMA Islam kembali hangat apabila beliau tampil dengan video kontroversi yang memperlekeh pelajar jurusan Mass Communication dan Teater Kenyataan beliau telah mengundang reaksi negatif daripada pensyarah alumni universiti ...
Hari Ibu Antara Sejarah Sambutan Perspektif Islam

Hari Ibu Antara Sejarah Sambutan Perspektif Islam

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 188 hits
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu Ungkapan ini sering diulang tapi sejauh mana kita benar benar memahami makna di sebaliknya Setiap tahun ramai dalam kalangan kita menyambut Hari Ibu dengan hadiah ucapan sayang pelukan dan coretan penuh ...
Mki Tegaskan Umat Islam Haram Sertai Ritual Agama Lain Termasuk Main Muzik

Mki Tegaskan Umat Islam Haram Sertai Ritual Agama Lain Termasuk Main Muzik

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 106 hits
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia atau MKI tegaskan umat Islam adalah haram untuk menyertai sebarang bentuk ritual atau perayaan keagamaan agama lain sama ada secara langsung mahupun tidak langsung Perkara ini termasuk m...
Siti Kasim Slams Perlis Mufti For Rallying Muslims To Side Pakistan In Military Conflict Against India

Siti Kasim Slams Perlis Mufti For Rallying Muslims To Side Pakistan In Military Conflict Against India

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 218 hits
PERLIS Mufti Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin a k a Dr MAZA should not have blindly meddled in the tensed India Pakistan affairs by urging Malaysian Muslims to back Pakistan simply because it is a Muslim country This is because such action ...
Perlekeh Pengajian Bidang Seni Nadia Brian Desak Dma Islam Mohon Maaf

Perlekeh Pengajian Bidang Seni Nadia Brian Desak Dma Islam Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 134 hits
Pelakon Nadia Brian menyelar kenyataan seorang pempengaruh dikenali sebagai DMA Islam yang menganggap kursus pengajian seperti komunikasi media teater muzik dan seni tari merupakan satu bidang yang dianggap bodoh Nadia Brian atau nama lengk...
6 Tips Petua Awet Muda Mengikut Cara Islam

6 Tips Petua Awet Muda Mengikut Cara Islam

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 148 hits
sidebar push Petua kekal cantik dan awet muda ikut Islam Wajah tetap awet muda walaupun usia menjengah senja AASalam Jumaat nbsp Bab awek muda ni kak sheila rasa orang perempuan paling teruja Tak semua tau kalau nak awek muda kita bergantun...
F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Hari Lautan Sedunia Siapa Sangka Tanah Mati Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

Why Can T Staff In The Retail And F B Industry Sit Down Netizen Goes Viral For Questioning The Norm

Find Your Unique Selling Point

Psychological Survival Mastering The Mental Game In The Wild

Resipi Sup Daging Ala Thai Paling Senang Tanpa Rempah Sup Bunjut

Mca Youth Govt Must Not Burden Citizens With Chaotic Unjust Expanded Sst Implementation

Kewpie Turns 100 And It S A Celebration Worth Squeezing Into


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambutan Hari Bapa Bertemakan Pantai Bersama U S Potatoes

Israel Launches Massive Strike On Iran Early Friday 13 6 2025

Ai Cannot Replace Journalists Says Fahmi

Mof Justifies Sst On Imported Fruits Cites Sufficient Local Alternatives

Choosing The Right Oem Company In Malaysia For Your Brand S Growth

Pelihara Ikan Koi