Tindakan Pengantin Baru Selamatkan Budak Oku Hampir Lemas Dipuji Netizen Video



Tindakan Pengantin Baru Selamatkan Budak OKU Hampir Lemas Dipuji Netizen [VIDEO]
Alor Setar: Seorang pengantin baru yang sedang merakam gambar perkahwinannya di tebing Sungai Anak Bukit di sini, Jumaat lalu menjadi wira apabila terjun menyelamat kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang lemas selepas terjatuh ke sungai itu.
Video berdurasi 29 saat itu mula tular di laman sosial Tik Tok dan Facebook hari ini sehingga menarik perhatian netizen yang memuji tindakan pengantin lelaki terbabit selain menganggapnya sebagai hero.
VIDEO DIBAWAH:- https://mykmu.net/wp-content/uploads/2022/03/Pengantin-Baru-Selamatkan-Budak-OKU-Hampir-Lemas.mp4 “Nyawa kanak-kanak itu lebih penting dan saya terjun ke dalam sungai kerana dia hampir tenggelam,” kata Mohd Anuar Ahmad, 33
Mohd Anuar berkata, ketika kejadian jam 6.45 petang itu dia sedang merakam gambar kenangan pada hari perkahwinannya bersama isteri, Norhaslinda Mahmud, 38, dan jurugambar.
Katanya, tiba-tiba mereka terdengar suara wanita yang dipercayai ibu kanak-kanak terbabit meraung meminta tolong selepas salah seorang daripada tiga anaknya terjatuh ke dalam sungai berkenaan
“Sungai Anak Bukit itu sangat dalam dan luas, tanpa hiraukan apa yang berlaku, saya tanggalkan jam dan tengkolok sebelum terjun ke dalam sungai.
“Mujur saya tahu berenang. Saya terjun dan terus menarik kanak-kanak itu walaupun dia sudah beberapa kali tenggelam timbul dan hampir tenggelam,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Anuar yang menetap di Kampung Kota Rentang, Gunung Keriang bersyukur kerana dapat menyelamatkan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu walaupun kejadian berlaku terlalu pantas
Sementara itu, isterinya, Norhaslinda berkata, dia dan suaminya tidak menyangka video kejadian itu akan tular namun bersyukur suaminya dan kanak-kanak itu selamat.
“Saya dengar ibu kanak-kanak itu jerit yang anaknya OKU dan tidak tahu berenang menyebabkan orang ramai yang berada di situ panik kerana masing-masing tidak tahu berenang.
“Saya cemas tengok suami dah ‘hilang’ ketika itu namun tidak lama kemudian nampak dia terjun ke dalam sungai dengan berpakaian pengantin. Cemas juga waktu itu kerana sungai itu dalam malah orang kampung kata ada buaya,” katanya.
Norhaslinda berkata, dia akhirnya lega apabila nampak suaminya berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu dan bangga dengan keberanian pasangannya itu.
Katanya, ibu kanak-kanak itu beberapa kali memeluknya sambil meminta maaf kerana menyusahkan mereka.
“Yang penting mereka selamat, Alhamdulillah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, tiada laporan berhubung kejadian itu dibuat memandangkan kanak-kanak lelaki itu berjaya diselamatkan pengantin berkenaan.-HM
Tindakan Pengantin Baru Selamatkan Budak OKU Hampir Lemas Dipuji Netizen [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
KEPUTUSAN RASMI: BN menang majoriti 2/3 dalam PRN Johor MCA rampas 4 kerusi, DAP akui mula hilang pengaruh PRN Johor: Keputusan PRN Johor Isyarat Rakyat Tidak Suka Dipermainkan – Mohamad Hasan ‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO] Kronologi kejadian tanah runtuh dari 2021 hingga kini Mangsa Terakhir Ditemui Maut, Insiden Tanah Runtuh Di Taman Bukit Permai 2 Ragut Empat Nyawa Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO] Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi? ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat. PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

 
The post Tindakan Pengantin Baru Selamatkan Budak OKU Hampir Lemas Dipuji Netizen [VIDEO] appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/03/14/tindakan-pengantin-baru-selamatkan-budak-oku-hampir-lemas-dipuji-netizen-video/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gelar Mata Duitan Netizen Thailand Guna Lagu Lisa Blackpink Money Sindir Ibu Tangmo Nida Video

Gelar Mata Duitan Netizen Thailand Guna Lagu Lisa Blackpink Money Sindir Ibu Tangmo Nida Video

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 253 hits
Gelar Mata Duitan Netizen Thailand Guna Lagu Lisa Blackpink Sindir Ibu Tangmo Nida TINDAKAN ibu kepada aktres Tangmo Nida iaitu Panida Siriyudthayothin memaafkan dua suspek kematian anaknya dengan bayaran wang pampasan berjumlah RM3 8 juta ...
Aaron Aziz Minta Netizen Henti Kongsi Video A1b Kak Long Kasihan Anaknya Nanti Nak Pergi Sekolah Malu

Aaron Aziz Minta Netizen Henti Kongsi Video A1b Kak Long Kasihan Anaknya Nanti Nak Pergi Sekolah Malu

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 185 hits
Kisah seorang wanita mengamuk berikutan anak lelakinya ditvduh mencuri di kedai serbaneka turut mendapat perhatian pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz Menerusi satu hantaran di media sosial Aaron meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan v...
Polda Papua Video Tolak Pembangunan Mapolsek Baru Di Ilaga Adalah Hoaks

Polda Papua Video Tolak Pembangunan Mapolsek Baru Di Ilaga Adalah Hoaks

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 574 hits
Kamal menerangkan bahwa fakta yang sebenarnya dari unjuk rasa yang dilakukan warga Sinak pada Rabu 2 Maret 2022 dengan mendatangi Mapolsek Sinak yaitu menolak pergantian Danramil Kapten Inf Ardavid dan Kapolsek Sinak Ipda Musa Ayakeding
Pembuktian Baru Di Mahkamah Us Buat Netizen Mula Persoal Kewibawaan Mahkamah Mahathir

Pembuktian Baru Di Mahkamah Us Buat Netizen Mula Persoal Kewibawaan Mahkamah Mahathir

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 199 hits
Oleh Sirajuddin Ahmad Ramai juga netizen mula meragui kes yang di hadapi oleh Datuk Seri Najib Razak semenjak kes perbicaraan Roger Ng dan Tim Leissner di soal oleh mahkamah Amerika Dalam sesi soal jawap peguam terhadap Liessner ramai nama ...
Netizen Korek Video Lama Saya Viralkan Semula Wan Nor Baizura Akui Kesilapan Terlanjur Kata

Netizen Korek Video Lama Saya Viralkan Semula Wan Nor Baizura Akui Kesilapan Terlanjur Kata

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 324 hits
Netizen korek video lama saya viralkan semula Wan Nor Baizura akui kesilapan terlanjur kata Insiden di kedai serbaneka itu berlaku pada Rabu lalu dan saya mengaku terlanjur kata Nak undur balik tak boleh dan saya akui apa yang berlaku meman...
Dah Ready Ke Vida Tanya Dalam Debar Muzik Video Baru Bakal Dilancarkan Petang Ini

Dah Ready Ke Vida Tanya Dalam Debar Muzik Video Baru Bakal Dilancarkan Petang Ini

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 127 hits
Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida akui berdebar menantikan pelancaran muzik video single terbarunya Ku Ikhlaskan di YouTube Bakal dilancarkan hari ini jam 5 00 petang Vida yang juga Presiden Netizen program Big Stage 2022 turut bertanya pem...
Potret Raffi Dan Nagita Naik Vespa Ngecek Rumah Baru Istana Andara Hampir Rampung

Potret Raffi Dan Nagita Naik Vespa Ngecek Rumah Baru Istana Andara Hampir Rampung

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 135 hits
Raffi Ahmad dan Nagita kini sedang membangun rumah barunya di Andara Progres pembangunan rumah yang mengusung gaya Eropa Klasik ini sudah hampir rampung Raffi bersama Nagita mengecek progres rumah barunya Raffi mengungkapkan jika pembanguna...
Kak Long Tampil Mohon Maaf Dengan Pekerja Kedai Serbaneka Mohon Netizen Henti Sebarkan Video

Kak Long Tampil Mohon Maaf Dengan Pekerja Kedai Serbaneka Mohon Netizen Henti Sebarkan Video

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 141 hits
Sebelum ini tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang wanita mengamuk apabila anaknya dituduh mencuri Menerusi rakaman tersebut wanita terbabit dilihat berdepan dengan pekerja kedai serbaneka yang didakwa membuat tuduhan melulu ...
Tu Bukan Cara Mendidik Anak Tular Video Ibu Dan Anak Kena Ter4jang Buat Netizen Ger4m

Tu Bukan Cara Mendidik Anak Tular Video Ibu Dan Anak Kena Ter4jang Buat Netizen Ger4m

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 189 hits
PETALING JAYA Seorang pemandu lori diburu polis selepas tular video dia memukul anak tirinya berusia lima tahun Suspek berusia 30 tahun itu dikatakan menampar dan memulas dua tangan kanak kanak lelaki berkenaan sambil memarahinya Timbalan K...
Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia

Uitm Ijn Gave Assurance On Surgery Course S Diversity Say Foreign Advisers

Projek Perumahan Lumira Di Eka Heights Menawarkan Sentuhan Moden Dan Tema Reka Bentuk Avant Garde

Hantar Anak Ke Sekolah Tidak Pakai Topi Keledar

Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles Di Dorsett Grand Subang

Zim Zim Ala Kazim

Fella Aufiyya Pengalaman Kedua Bersalin Secara Normal



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Lumira Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden

Terokai Kehidupan Moden Di Eka Heights Memperkenalkan Lumira

Suburban Villa By Nach Zel Architekti In Prague Czech Republic

14 Tahun Solo Raja Azura Kembali Bersuami

Cops To Release Photofit Of Suspect Who Splashed Footballer With Acid

Kkb Result Shows More Malays Backing Govt Says Selangor Mb