Tindakan Akan Diambil Jika Tmj Buat Kenyataan Menghasut Kata Pm


Haspaizi Zain 
   
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tiada siapa di negara ini yang berada di atas undang-undang dan ini termasuk Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menjawab soalan di lobi parlimen, hari ini, katanya Tunku Ismail bebas menyuarakan pandangannya seperti semua rakyat Malaysia.

“Dia boleh cakap seperti orang biasa, kita anggap dia orang biasa.

“Asalkan dia tidak buat kenyataan yang dianggap hasutan,” katanya di lobi parlimem, petang ini.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, pewaris Sultan Johor tidak akan terlepas daripada undang-undang jika melanggar peraturan.

“Kita akan mengambil tindakan terhadapnya, beliau tidak kebal undang-undang malah tiada siapa di Malaysia yang kebal undang-undang,” katanya.

Ditanya berhubung nasihatnya kepada Tunku Ismail sebelum ini supaya menyertai gelanggang politik, Mahathir berkata beliau boleh membuat pilihan sendiri.

"Jika dia mahu terlibat dalam politik, dia boleh, tidak ada apa yang boleh menghalang mana-mana warganegara daripada menyatakan pendapatnya. Dan dia adalah warganegara Malaysia, tidak lebih daripada itu," katanya.

Tunku Ismail bertikam lidah dengan Mahathir berhubung keputusan kerajaan untuk meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), yang menurut putera raja itu akan mengancam kedudukan Yang di-Pertuan Agong, Melayu dan Islam.

Jumaat lalu, perdana menteri mengumumkan bahawa keputusan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom adalah berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat.

Dakwa Mahathir ini berpunca daripada kekelirruan yang dicipta oleh orang tertentu "yang ingin bebas memukul orang dan melakukan perkara seperti itu".

"Jika dia pukul orang lagi, saya akan hantar polis untuk menangkapnya. Saya tidak peduli siapa dia," katanya.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, spekulasi adalah bahawa Mahathir merujuk kepada kerabat istana Johor, terutamanya, Tunku Ismail.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/tindakan-akan-diambil-jika-tmj-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tmj Bebas Bersuara Asalkan Tidak Keluarkan Kenyataan Menghasut Pm

Tmj Bebas Bersuara Asalkan Tidak Keluarkan Kenyataan Menghasut Pm

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 234 hits
Foto sumber internet KUALA LUMPUR 9 April Tunku Ismail Sultan Ibrahim bebas menyuarakan pandangan selagi tidak melanggar undang undang kata perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pandangan Tunku Mahkota Johor yang popular dengan pa...
Malaysia Tindakan Undang Undang Tmj Jawab Amaran Dr Mahathir

Malaysia Tindakan Undang Undang Tmj Jawab Amaran Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 421 hits
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedia berhadapan dengan tindakan terhadapnya selepas mengkritik usaha kerajaan untuk meratifikasi Statut Rom Tunku Ismail mempersilakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berbuat de...
Mengapa Tiada Tindakan Terhadap A Kadir Jasin Tmj

Mengapa Tiada Tindakan Terhadap A Kadir Jasin Tmj

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 493 hits
TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIMKUALA LUMPUR 9 April Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini turut mempersoalkan mengapa tiada tindakan dikenakan terhadap Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk A Kadir Jasin ...
Tmj Sedia Menghadapi Tindakan Dari Mahathir

Tmj Sedia Menghadapi Tindakan Dari Mahathir

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 487 hits
TMJ jawab Tun M Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mengalu alukan sebarang tindakan daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ekoran tindakannya yang mengkritik kerajaan berhubung isu Statut Rom Sila If I have t...
Tindakan Tmj Buat Rakyat Hilang Hormat Kepada Institusi Diraja Khairuddin

Tindakan Tmj Buat Rakyat Hilang Hormat Kepada Institusi Diraja Khairuddin

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 351 hits
Tindakan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang gemar membuat retorik serta kenyataan politik membuatkan rakyat semakin hilang rasa hormat kepada institusi raja raja Melayu Penyelaras Parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu H...
Henti Idola Lelaki Yang Mencuri Berbilion Kata Anwar Kepada Rakyat Malaysia

Henti Idola Lelaki Yang Mencuri Berbilion Kata Anwar Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 407 hits
RANTAU Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar rakyat Malaysia menghentikan memuja individu perasuah dan menggelapkan berbilion ringgit melaporkan dalam ucapannya semasa sambutan ulang tahun ke 20 PKR di Rantau pada Khamis malam ...
Kemenangan Tok Mat Sekat Keangkuhan Ph Kata Khairy

Kemenangan Tok Mat Sekat Keangkuhan Ph Kata Khairy

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 330 hits
Pengundi di Rantau perlu memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional Mohamad Hasan untuk menyekat keangkuhan kerajaan Pakatan Harapan kata Khairy Jamaluddin Ahli Parlimen Rembau itu berkata kemenangan Mohamad membolehkan beliau diangka...
Saya Boleh Terima Anwar Gantikan Orang Seperti Najib Kata Tun Mahathir

Saya Boleh Terima Anwar Gantikan Orang Seperti Najib Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 423 hits
Tun Dr Mahathir tidak berhasrat untuk menjawat jawatan Perdana Menteri melebihi dua tahun disebabkan faktor umur meskipun rakyat memintanya untuk berbuat demikian Foto FMT Perdana Menteri Tun Dr Dr Mahathir Mohamad hari ini 7 April berkata ...
Cuaca Panas Nyamuk Ganas Apa Kaitan Perubahan Iklim Global Dengan Denggi

The Influence Of Anime On Global Fashion Trends

Three Mps Seek To Join Proceedings Involving Anwar As Observers

Msi Ketua Majelis Syuro Al Muzammil Yusuf Presiden Pks

Buy Diamond Chains Malaysia A Guide To Timeless Luxury

Amalan Sunnah Hari Arafah

Apa Sebenarnya Festival Perahu Naga Sejarah Lokasi Maksudnya

Saintis Jepun Cipta Plastik Yang Terurai Dalam Air Laut Beberapa Jam Sahaja


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Barakallah Fii Umrik

Bank Islam Shuts Down Old App Pushes Bimb Mobile As The Future Of Banking

Festive Traffic Crawl To East Coast Begins Ahead Of Aidiladha

Landlord Locks House With Tenant S Car Belongings Over Unpaid Rent Is This Legal In Malaysia

Empowering Youth Against Radicalisation

Silkscreen Printing Solusi Ekonomik Untuk Tempahan Kuantiti Besar