Tin Milo Untuk Siti Mastura


 
PAS memang biasa meminta bantuan kewangan daripada ahli untuk ia terus dengan perjuangannya. Dalam lain perkataan mohon derma ‘demi perjuangan Islam’ kerana PAS dakwa mereka berjuang untuk Islam. Maka ahli parti tidak ada masalah menghulurkan bantuan.
Semasa ceramah politik dijalankan pun PAS meminta dan ahli memberi. Penyokong yang bukan ahli pun beri sumbangan. Maka timbul istilah ‘tin Milo’. Pada zaman lampau tin serbuk minuman coklat yang digemari ramai di negara ini digunakan untuk kutip derma.
Tin Milo kosong beralih dari tangan ke tangan ahli dan penyokong yang sedang mendengar ucapan panas pemimpin PAS pada majlis ceramah. Akhirnya tin kosong penuh berisi wang sumbangan mereka yang hadir.

Jika ceramah menonjolkan pemimpin popular ramailah yang datang. Lebih ramai lebih banyak fulus yang dikutip. Saya pernah dengar cerita dulu-dulu di negeri di mana PAS kuat golongan wanita yang hadir ceramah dengan rela hati menanggalkan barang kemas yang dipakai dan masukkan ke dalam tin Milo.
Wang sumbangan kata PAS untuk digunakan parti menjalankan pelbagai aktiviti dan program. Tin Milo sudah tidak digunakan zaman ini. Bekas plastik menggantikannya. Kadang-kadang kantung lain. Digunakan terutama ketika ceramah menjelang sesuatu pilihan raya. Derma masih diminta. Rasanya sekarang ahli PAS lebih senang untuk memberi sumbangan. Ada ‘online transfer’. Ada QR dan segala macam kaedah.
Selain waktu ceramah kadangkala PAS melancarkan tabung khusus untuk sesuatu tujuan. Sekarang yang heboh diperkatakan ialah apa dikenali ‘derma jihad’ Siti Mastura. Siti Mastura Muhammad ialah Ahli Parlimen PAS untuk kawasan Kepala Batas.
Kata Mursyidul Am PAS Hashim Jasin tidak salah ahli semua peringkat parti menyumbang derma jihad Siti Mastura. Ini kata Hashim ialah kerana ‘sikap bantu-membantu sudah menjadi amalan PAS sebagai parti Islam’.
Imbas apa yang telah berlaku sehingga terpaksa diwujudkan derma jihad. Ramai yang sudah tahu. Namun, saya nyatakan juga sesuai dalam konteks penulisan ini.
Ringkasnya. Siti Mastura menuduh Lim Kit Siang, anaknya Guan Eng dan Teresa Kok, semuanya pemimpin DAP, mempunyai pertalian darah dengan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng. Ketiga-tiganya mengheret Siti Mastura ke mahkamah dan menang.
Mahkamah juga mengarahkan Siti Mastura membayar trio DAP berkenaan lebih RM800,000. Kesimpulannya mahkamah mendapati Siti Mastura telah memfitnah Kit Siang, Guan Eng dan Kok.
Jadi, mestikah PAS membantu Siti Mastura? “Iya, sepatutnya kita pakat tolong dia. Bagi saya tak salah pun kalau nak bantu, bukan dipaksa,” kata mursyidul am.
Bagaimanapun, menurut Malaysiakini surat yang dikatakan dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menyatakan ketua jawatankuasa PAS pusat dan ketua negeri, bahagian dan cawangan dikehendaki menderma sekurang-kurangnya RM500 setiap seorang.
Bahagian negeri serta sayap di peringkat persekutuan, negeri dan bahagian dikehendaki mengumpulkan sekurang-kurangnya RM20,000 setiap satu. Semasa menyiarkan kandungan surat itu 22 Dis lalu Malaysiakini cuba mendapatkan pengesahan Takiyuddin. Setahu saya sehingga kini tiada perkembangan.
Apa pun persoalannya ialah adakah ini adil? Pemimpin dan ahli terpaksa menanggung beban yang tercetus kerana kesilapan Siti Mastura? Takiyuddin menyorot bahawa Siti Mastura kata apa yang dikata terhadap tiga pemimpin DAP itu ialah semasa berkempen untuk PAS pada PRK Kemaman. Maksudnya Siti Mastura melakukannya demi PAS? Lantas mesti ditolong?
Kata Takiyuddin lagi. Jika gagal membayar RM800,000 prosiding kebankrapan akan dimulakan yang seterusnya boleh menyebabkan Siti Mastura kehilangan kerusinya. Maksudnya PAS mesti menyelamatkan kerusi Parlimen Kepala Batas sekali gus Siti Mastura.
Saya tanya sekali lagi. ‘Is this fair to PAS members?’ Peguam Siti Kasim meminta penyokong PAS tidak diperbodohkan.
“Jangan bagi satu sen, baik pergi makan sedap, baik tolong orang miskin,” katanya yang dilapor portal Scoop.
Ini kata beliau ialah kerana Siti Mastura telah diberi peluang untuk meminta maaf sebelum ini tetapi enggan berbuat demikian.
Kata orang Umno Puad Zarkashi dengan melancarkan tabung derma jihad bagi membantu bayar saman fitnah memberi gambaran PAS ‘menghalalkan’ fitnah.
Sebagai penutup saya petik sebahagian sajak berjudul ‘Derma Jihad’ ciptaan penulis Fudzail Mohd Nor: “Mari derma demi kebenaran. Fitnah itu asas kesalahan. Hati bertanya, jiwa tergelak. Siapa sebenarnya yang patut dikepak?” - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/12/tin-milo-untuk-siti-mastura.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 336 hits
SITI NUR ZAWANIDecember 24 2024Tindakan Pas membela Siti Mastura Muhammad dengan mengarahkan Derma Jihad digerakkan untuk membantu Ahli Parlimen Kepala Batas itu melunaskan saman kepada DAP mencetuskan persoalan adakah Pas cuba menormalisas...
Siti Mastura Granted Interim Stay Of Execution In Defamation Case

Siti Mastura Granted Interim Stay Of Execution In Defamation Case

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 108 hits
PAS s Kepala Batas MP Siti Mastura Muhammad was ordered to pay a total of RM750 000 in damages and RM75 000 in costs to DAP s Lim Kit Siang Lim Guan Eng and Teresa Kok GEORGE TOWN The High Court here has fixed Jan 23 to decide whether it sh...
Kalah Saman Fitnah Ujian Dan Cabaran Buat Siti Mastura Tanpa Rasa Bersalah

Kalah Saman Fitnah Ujian Dan Cabaran Buat Siti Mastura Tanpa Rasa Bersalah

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 131 hits
HarapandailyDecember 28 2024Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad menyifatkan kekalahannya dalam kes fitnah terhadap pimpinan DAP sebagai ujian dan cabaran tanpa sebarang rasa bersalah Apa yang telah berlaku telah berlaku Jangan ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 761 hits
HUMAN rights activist and lawyer Siti Kasim has called upon staunch PAS supporters not to let the Islamist party s top brass treat them as fools via a jihad donation drive campaign to fund the RM825 000 in legal damages incurred by Kepala B...
Saifuddin Hadi Selectively Using Islam To Defend Siti Mastura

Saifuddin Hadi Selectively Using Islam To Defend Siti Mastura

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 115 hits
Home Minister Saifuddin Nasution Ismail has criticised PAS president Abdul Hadi Awang for selectively using religious arguments to defend the actions of his party members Saifuddin said such moves are irresponsible and tarnish the beauty of...
Kebakaran Kecil Ketika Konsert Siti Nurhaliza Dan Judika Netizen Puji Kecekapan Ahli Bomba

Kebakaran Kecil Ketika Konsert Siti Nurhaliza Dan Judika Netizen Puji Kecekapan Ahli Bomba

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 220 hits
Semua sedia maklum bahawa konsert The Journey of Sound telah berjaya dilaksanakan pada hari sabtu 14 Disember 2024 Kolaborasi Hebat Dua Negara Konsert yang mempersembahkan kolaborasi luar biasa antara dua ikon muzik terkenal Datuk Seri Siti...
Siti Kasim Fumes At Kelantan S Alcohol Ban That Affect Chinese Weddings Mocks Elite Malays

Siti Kasim Fumes At Kelantan S Alcohol Ban That Affect Chinese Weddings Mocks Elite Malays

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 270 hits
HUMAN rights activist and lawyer Siti Kasim has hit out at PAS ruled Kelantan for seeking cheap publicity by imposing alcohol ban at hotels which has reportedly led to the cancellation of several Chinese weddings next year She observed that...
4 Golongan Manusia Haram Disentuh Api Neraka

Funny18 Web Pgslot Pgslot Top 6 By Mickey Funny18 Funny18 Asia 19 25

Teguran Bulan Ramadhan Buat Dj Era

Kakcik Yah Biodata Nenek 75 Tahun Jadi Content Creator Popular

Lirik Lagu Teman Raya Oleh Alieff Irfan Ft Bellestrelle

When Politicians Choose Ego Over People

Lirik Lagu Qunut Subuh Bazli Unic

Ujian Sumatif 1 2025 Sekolah Rendah Bagi Tahun 1 Hingga 6


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Failed Startups To Success

Me Time Sempena Women S Day

Lirik Lagu Terpaling Puasa Papa Pipi Bell Ngasri

Telefilem Sinar Ramadan

Resipi Almond Cluster Sedap Hanya Guna 2 Bahan

Rasuah Warga Asing Dapat Lesen Penjaja