Timun Dan Khasiatnya
Timun dan khasiatnya. Saya suka makan timun kalau dibuat rojak nenas. Kalau setakat makan timun semata-mata, memang nak menempah bala jawabnya! Sebab saya memang alah pada timun, kerana timun adalah sayuran sejuk yang boleh akibatkan tindakbalas tidak baik pada badan yang kurang sihat? Iya ke? Tetapi setahu saya timun banyak khasiatnya. Tak caya ke?
Timun memang sejuk, kalau anda tak tahan makan timun ketika perut kosong atau timun yang belum dimasak, tak perlulah makan juga, nanti akibatnya berangin satu badan. Naik ke kepala, dapat migrain pula. Itulah yang berlaku pada saya. Tapi kalau tak bekerja, dan duduk di rumah, saya langgar juga pantang larang tu. Lepas tu makan panadol dan tidur. Sejam dua hilanglah migrain tu..
Timun dan Khasiatnya
Baca sampai habis tentang khasiat timun yang ramai masih belum tahu.
Khasiat timun:
Pengambilan setiap hari membantu mengawal ekzema, artritis dan gout.Memberi kelegaan kepada masalah ulser, gastriks dan pedih ulu hati.Bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah paru-paru, perut dan dada.Mengurangkan masalah tekanan darah rendah – ibu mengandung yang ada masalah ini, mungkin boleh cuba.Menghadamkan protein – mengandungi enzim ErepsinMenghalang masalah kuku kerana kaya dengan mineral.Mengurangkan bengkak pada mata – hiris timun dan letak di mata.Bersifat diuretik, menyejuk dan membersih – baik untuk kulit.Boleh disapu ke muka untuk mengurangkan kepanasan dan radang kulit.Dapat melegakan mata yang tertekan terutamanya ketika cuaca panas terik.Rambut tak nak tumbuh? Cuba campurkan timun dengan jus lobak merah, kubis dan bayam. Ia dipercayai mampu menggalakkan pertumbuhan rambut. Campuran jus timun dengan lobak merah juga dipercayai bagus untuk masalah reumatik.
Khasiat di atas adalah himpunan daripada bacaan di internet dan juga majalah kesihatan. Jika korang kurang faham dengan istilah-istilah kesihatan yang terselit kat atas tu, boleh cuba google laman web kesihatan. Insya'Allah, ada penerangannya.
p/s: Dalam hati tengah plan nak buat rojak timun dengan nenas, mungkin juga boleh buat ubat...
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2012/12/timun-dan-khasiatnya.html