Timbalan Menteri Luar Nasihatkan Rombongan Gaza Pulang Sahaja



Timbalan Menteri Luar nasihatkan Rombongan Gaza pulang sahaja. Keputusan untuk menasihatkan pasukan Misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) agar pulang ke Malaysia dan tidak meneruskan misinya ke Gaza dibuat selepas mengambil kira pandangan kerajaan Mesir.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, pihaknya dimaklumkan kerajaan Mesir bahawa tiada jaminan keselamatan untuk HM4P di Gaza dan keputusan menasihatkan misi itu pulang dibuat atas faktor keselamatan yang dibangkitkan Mesir.
“Kerajaan Mesir telah memberikan pertimbangan bahawa keadaan keselamatan mereka (HM4P) di sana tidak dapat dijamin,” katanya ketika ditemui selepas menerima 150 bakul makanan sumbangan Prolintas Group Of Companies untuk diagihkan kepada penduduk kawasan Parlimen Bandar Tun Razak di sini pada Jumaat.
Kamarudin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui laman Facebooknya pada Selasa yang menasihati HM4P agar pulang ke Malaysia kerana keadaan yang tidak menentu di Gaza.
Menurut beliau pihaknya mengambil maklum pandangan kerajaan Mesir itu memandangkan Mesir adalah negara laluan rombongan HM4P yang diketuai oleh Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk ke Gaza.
Kamarudin berkata, Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Kaherah telah cuba membantu sedaya upaya namun semua keputusan tertakluk juga kepada pertimbangan keselamatan.
“Saya sealiran dengan pandangan Timbalan Perdana Menteri untuk menasihatkan supaya rombongan itu pulang ke Malaysia atas pertimbangan keadaan keselamatan khususnya di Gaza, adalah tidak dijamin,” katanya.
Misi kemanusiaan HM4P anjuran Biro Kebajikan UMNO yang dipengerusikan Abdul Azeez, berlepas ke Jordan pada 16 Jun untuk menghantar bantuan makanan dan perubatan ke al-Quds dan Gaza. Namun sehingga kini rombongan itu masih belum dibenarkan memasuki Gaza, Palestin.
Mengenai sumbangan bakul makanan berkenaan, Kamarudin berkata, sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, beliau mengalu-alukan usaha semua pihak yang ingin membantu penduduk kawasan Parlimen itu yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
Katanya, sejak Januari lalu pihaknya telah mengagihkan lebih 10,000 bakul makanan kepada penduduk kawasan Parlimen berkenaan.
Timbalan Menteri Luar nasihatkan Rombongan Gaza pulang sahaja
 
Baca Artikel Menarik :
Bukan mudah nak masuk Gaza, saya pun tak lepas – Mahathir Ramai lagi ahli Parlimen akan diugut – Syed Saddiq Pegawai dakwa netizen ambil kesempatan lanyak Sanusi Mau autograf ke? Masih belum insaf Fizo nak kahwin hujung tahun Resepi gulai daging korban memukau Layari Laman Facebook MYKMU
Lepas Kes ‘Makan Durian’, Kluster Kayangan langgar SOP lagi?

 
The post Timbalan Menteri Luar nasihatkan Rombongan Gaza pulang sahaja appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/23/timbalan-menteri-luar-nasihatkan-rombongan-gaza-pulang-sahaja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kah Kah Kalau Tak Bodo Jangan Pangge Dia Ni Timbalan Menteri Dari Pas

Kah Kah Kalau Tak Bodo Jangan Pangge Dia Ni Timbalan Menteri Dari Pas

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 308 hits
HAMZAH RIE NAHarini sahaja 103 kematian antara kematian tertinggi sehari direkodkan dlm sejarah akibat Covid 19 Dah 5 677 mati kerana Covid 19 pun tak per Bukan sampai 1 peratus pun kan SR
Wallahi Saya Tak Cium Kaki Menteri Gaza Ebit Lew Anggap Tuduhan Melampau Babitkan Isu Akidah

Wallahi Saya Tak Cium Kaki Menteri Gaza Ebit Lew Anggap Tuduhan Melampau Babitkan Isu Akidah

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 205 hits
Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew dalam satu siarang langsung di akaun Instagram rasminya pada hari ini menyangkal tuduhan bahawa beliau telah menyembah atau sujud kaki seorang menteri di Gaza Beliau mendakwa perkara tersebut tidak pernah b...
Ebit Lew Terima Surat Takziah Menteri Luar Palestin

Ebit Lew Terima Surat Takziah Menteri Luar Palestin

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 314 hits
Oleh MOHD HAIKAL ISA EBIT LEW turut menerima ucapan takziah daripada Menteri Luar Palestin PETALING JAYA Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew menerima sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Luar Palestin atas kehilangan bapa tercintanya Ibrahim...
Ebit Lew Sembah Sujud Di Kaki Menteri Dekat Gaza Padu Ebit Lew Jawab T Duhan Caprice

Ebit Lew Sembah Sujud Di Kaki Menteri Dekat Gaza Padu Ebit Lew Jawab T Duhan Caprice

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 294 hits
Jangan Lupa Subsciber Channel Youtube kami ya Bantu kami capai 200k Subscriber Klik https www youtube com user Tvwau sub confirmation 1 Tvwau Kelantan
Kita Bukan Sahaja Ada Menteri Kesihatan Yang Banggang Tapi Menteri Pendidikan Yang Tidak Berguna

Kita Bukan Sahaja Ada Menteri Kesihatan Yang Banggang Tapi Menteri Pendidikan Yang Tidak Berguna

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 153 hits
Menteri Pendidikan tak berguna letak jawatan saja desak Zaid July 19 2021 Zaid Ibrahim mendesak Menteri Pendidikan Radzi Jidin memberi peluang kepada orang lain untuk menyandang jawatan berkenaan PETALING JAYA Menteri Pendidikan Radzi Jidin...
Misi Ke Gaza Diketuai Azeez Rahim Diminta Pulang

Misi Ke Gaza Diketuai Azeez Rahim Diminta Pulang

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 441 hits
PETALING JAYA Misi Humanitarian Mission anjuran Biro Kebajikan UMNO yang dipengerusikan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim diminta untuk tidak meneruskan misi ke Gaza dan pulang ke Malaysia Timbalan Menteri Luar Datuk K...
Zahid Timbalan Menteri Antara Mp Positif Covid 19

Zahid Timbalan Menteri Antara Mp Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 262 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Mansor Othman adalah antara ahli parlimen yang positif Covid 19 menjelang persidangan Parlimen Isnin ini maklum sumber dalaman yang memberitahu Malaysiakini Laporan Utus...
Pegawai Khas Timbalan Menteri Kpwkm Meninggal Dunia Akibat Covid 19

Pegawai Khas Timbalan Menteri Kpwkm Meninggal Dunia Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 279 hits
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Siti Zailah Mohd Yusoff menyifatkan Kumutha Raman sebagai kakitangan yang sangat baik serta komited dalam tugasnya PETALING JAYA Pegawai Khas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Ke...
Faktor Penat Mungkin Jadi Punca Suntikan Kosong Timbalan Menteri Kesihatan

Faktor Penat Mungkin Jadi Punca Suntikan Kosong Timbalan Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 320 hits
Baru baru ini terdapat banyak kejadian yang mana orang awam mengadu di media sosial berkaitan suntikan kosong yang diterima mereka
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin