Tik Tok Pemikiran Noraini Cetek Ulama Pas Membisu Lagi




Tik Tok: Pemikiran Noraini cetek, ulama Pas membisu lagiOleh: Redzuan RF8 MediaApril 09, 2020ShareApa akan jadi dengan kualiti pendidikan tinggi negara apabila menterinya sibuk mengiklankan pertandingan Tik Tok ketika para mahasiswa bosan dilockdown?Dapat dimengerti Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad mahu mencipta populariti dalam kalangan anak muda agar ‘selesa’ dengan kerajaan Melayu Perikatan Nasional (PN), dan anak muda berumur atas 18 ini kelak akan menjadi pengundi PN pada pilihan raya umum (PRU) ke 15.Joget ‘ke sana, ke sini’Namun sedarkah Noraini bahawa mahasiswa mempunyai banyak masalah lain yang perlu difikirkan selain berjoget Tik Tok ‘ke sana, ke sini’?Mahasiswa adalah calon pemimpin dalam semua bidang pada masa hadapan. Apakah ilmu yang mereka dapatkan dari aplikasi Tik Tok itu?Bukankah lebih baik Noraini membuat sidang live Facebook menjawab soalan para mahasiswa mengenai: 1. Apa akan terjadi dalam baki tahun akademik ini? 2. Apa jadi dengan yuran pengajian yang dibayar? 3. Pelajar mendapat biasiswa? 4. Nasib pelajar di luar negara? 5. Bagaimana kualiti dan kebolehcapaian e-learning? 6. Bagaimana peperiksaan akan dijalankan?Sekiranya persoalan tersebut dijawab maka mahasiswa akan lebih berterima kasih kepada menteri dan mungkin memikirkan untuk mengundi PN dalam PRU 15.Tik Tok bahayaSelain itu, sebagai Menteri Pengajian tinggi adakah pengetahuan am Noraini begitu cetek sekali? Tidakkah beliau mengetahui aplikasi Tik Tok pernah disaman kerana didakwa melanggar Children’s Online Privacy Protection Act (COPPA) di Amerika Syarikat?Media BuzzFeed pula pernah melaporkan TikTok menjadi ‘lubuk’ kepada pemangsa mencari perempuan bawah umur dan mengambil kesempatan ke atas mereka.Majalah Forbes melaporkan aplikasi ini dipenuhi kandungan lucah membabitkan remaja perempuan dan memberi amaran kepada ibu bapa agar memantau anak-anak mereka yang memuat turun aplikasi.Adakah Noraini tidak pernah membaca fakta ini? Jika beliau tidak pernah membacanya mengapakah menteri lain dalam PN tidak menegur beliau?Pas syaitan bisu?Bukankah isu-isu lucah, tarian terkinja-kinja atau menyanyi tunggang langgang amat dibenci oleh ulama Pas. Sayangnya seperti mana pemimpin Pas membisu dalam isu kerajaan PN memberi kelonggaran syarikat arak beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan, kali ini mereka membisu pula dalam isu hiburan hedonis.Jika menteri Pakatan Harapan (PH) yang melakukan hal sedemikian tidak sampai setengah jam dari tempoh pengumuman maka akan berlambaklah posting di Facebook para pemimpin Pas, terutama Nasruddin Tantawi atau Mokhtar Senik mengecam keras. Para walaon pula menulis fatwa dan mereka-reka hukuman. Tidak kena gaya hukuman ‘takfir’ jatuh ke muka pemimpin PH.Namun ulama Pas jadi syaitan bisu ketika rakan sejawat mereka dari Umno buat ‘kerja gila’ di bulan Syaaban yang mulia. Malah ulama Pas seolah-olah terlupa larangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang menegah umat Islam melakukan kerja sia-sia dan berdosa menerusi aplikasi Tik Tok.Jika Pas terlupa mereka boleh bertanya bekas Mufti Wilayah yang menjadi Menteri Agama kerajaan PN hari ini. Bukankah menteri berjiwa Pas ini amat dihormati pemimpin Pas dan sepatutnya sebarang pelanggaran pendapat pejabat mufti perlu ditentang?Malangnya era kebengkengan Pas telah berlalu. Bengkeng mereka hanyalah lakonan menjual agama. Bila pemimpin mendapat jawatan maka agama ke mana, perjuangan ke mana. Asalkan bukan DAP yang melakukan kemungkaran maka semua yang dilakukan kerajaan PN dilihat mempunyai maslahat politik. Keburukan boleh dihalalkan berdasarkan prinsip ‘mengambil mudarat kecil demi menolak mudarat lebih besar’ negara diperintah DAP.Tok Tok adalah wajah dan tahap sebenar pemikiran kerajaan PN. Rakyat jika mahu mengharapkan kepimpinan yang lebih baik maka PH adalah jawapannya. Kecerdikan BN sepanjang tempoh 60 tahun lalu telah hilang. Jangan impikan lagi pemimpin BN mampu menyelesaikan masalah sebagaimana melakukannya sejak enam dekad lalu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/tik-tok-pemikiran-noraini-cetek-ulama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Dikecam Kerana Tik Tok Noraini Berdepan Kecaman Lagi

Selepas Dikecam Kerana Tik Tok Noraini Berdepan Kecaman Lagi

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 244 hits
Selepas dikecam menganjurkan pertandingan Tik Tok kini Datuk Dr Noraini Ahmad dilihat berhadapan kecaman gelombang kedua daripada warganet Kecaman itu boleh dibaca di ruangan komen Twitter beliau selepas Menteri Pengajian Tinggi itu memuat ...
Tik Tok Taraf Pemikiran Menteri Pn

Tik Tok Taraf Pemikiran Menteri Pn

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 299 hits
Tik Tok taraf pemikiran menteri PN Oleh April 09 2020Sebelum ini Bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pernah mengadakan satu pertandingan karangan cerita cerita Pendek atau kontot Bertalu talu beliau dihentam dikritik di troll dan pelb...
Inul Daratista Dan Adam Ketagihan Main Tik Tok Totalitas Tiru Adegan Rhoma Irama

Inul Daratista Dan Adam Ketagihan Main Tik Tok Totalitas Tiru Adegan Rhoma Irama

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 228 hits
Dari video kocak Adam menjadi ular dan Inul berperan sebagai pawang hingga video terbaru mereka yang memerankan salah satu adegan ikonik Rhoma Irama Inul mengaku aksi kocaknya ini dilakukan untuk menghibur masyarakat di tengah pandemi Coron...
Inul Main Tik Tok Potret Adam Suseno Berdandan Seperti Rhoma Irama Bikin Ngakak

Inul Main Tik Tok Potret Adam Suseno Berdandan Seperti Rhoma Irama Bikin Ngakak

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 194 hits
Terbaru Inul Daratista dan Adam Suseno kembali mencuri perhatian Yang mencuri perhatian adalah saat Adam Suseno memerankan tokoh Rhoma Irama sementara Inul memerankan tokoh Ani
Pemimpin Pas Membisu Surat Hadi Burukkan Ph Pertahan Pn

Pemimpin Pas Membisu Surat Hadi Burukkan Ph Pertahan Pn

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 581 hits
Malaysiakini Sikap pemimpin PAS yang masih enggan mengesah atau menafikan surat yang didakwa ditulis presiden parti mereka Abdul Hadi Awang menjadi tanda tanya Cubaan Malaysiakini mendapatkan ulasan daripada beberapa pemimpin kanan parti it...
Ulama Pas Kecam Pengkritik Kerajaan Menyalak

Ulama Pas Kecam Pengkritik Kerajaan Menyalak

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 294 hits
Ulama PAS yang terkenal Mokhtar Senik hari ini membelasah Pakatan Harapan dan penyokong gabungan itu dalam isu kelulusan kilang arak beroperasi semasa tempoh perintah kawalan pergerakan sekarang Menggunakan gelaran seperti menyalak dan khad...
Menteri Tik Tok Kini Muncul Lagi Pelawak Dalam Kerajaan Tebuk Atap

Menteri Tik Tok Kini Muncul Lagi Pelawak Dalam Kerajaan Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 403 hits
Nampaknya dalam kerajaan tebuk atap ini menteri menterinya bukan berlumba lumba untuk buat kerja yang benar benar mendatangkan manfaat tetapi lebih ghairah untuk menampilkan sisi lawak jenaka mereka buat tatapan rakyat jelata Jika sebelum i...
Pemimpin Anak Muda Tolak Menteri Tik Tok

Pemimpin Anak Muda Tolak Menteri Tik Tok

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 289 hits
Saranan kami dari MA Nasional KPT perlu menyediakan perancangan jangka masa panjang berkenaan hala tuju pembelajaran atas talian dari segi mekanisme ujarnya dalam satu kenyataan Beliau berkata masih terdapat kelompongan dalam dasar yang bel...
Tik Tok Tik Tok

Tik Tok Tik Tok

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 448 hits
ermmmkan dah kena kecammungkin niat baikuntuk hilang boring mahasiswa yang terperap dalambiliktapi tak perlulah buatmacam nampak gembira sangat dalamwaktu yang mencabar ni cuba buat videa ngaji ngaji ngan ustaz ustazah ka video nyanyi lagu ...
Pasaran As Cuba Untuk Pulih Prospek Serangan As Terhadap Iran Menyokong Harga Minyak

Insurance Premium Hike In Line With Bnm S Interim Measures Says Prudential

Must Present Your Ic To Purchase Subsidized Local White Rice

Menteri Besar Terengganu Umum Cuti Hari Ahad 30hb Mac 2025 Cuti Kelepasan Am Sempena Aidilfitri

Kelantan Peniaga Boleh Saman Susulan Arahan Tutup Kedai Pada 1 Syawal

20 Ucapan Idul Fitri 2025 Bahasa Jawa

Menikmati Durian Black Thorn Di Titi Kerawang Stall Balik Pulau

Tik Tok Kena Banned


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selangor Govt Ordered To Release Pjd Link Impact Assessment Reports

Independent Black Wave Ready To Shake Up Sabah Polls

Number Of Flood Victims In Johor Remains At 909 People

Good Company

Here S How We Re Helping Developers Build Safer Android Apps More Efficiently

Family Camping Journey Ini Camping Kami Yang Ke 16 Dusun Pak Abu Kami Datang Lagi