Tiga Sebab Mengapa Ratusan Ribu Rakyat Berhimpun Di Jalanan Di Malaysia Semalam




(THREE REASONS WHY HUNDREDS OF THOUSAND PEOPLE MARCHED ON THE STREET IN MALAYSIA YESTERDAY (It's not just about ICERD.) English version at the bottom)
Semalam pada 8 Disember 2017 adalah suatu hari yang bersejarah di Malaysia. Beratus ribu rakyat berhimpun dan berdemonstrasi di jalanan di tengah-tengah Kuala Lumpur sekitar Dataran Merdeka

Perhimpunan ini adalah sepatutnya satu demonstrasi untuk membantah cadangan ratifikasi ICERD oleh Kerajaan. Namun pada minggu lepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telahpun menarik balik keputusan untuk meratifikasi ICERD. Oleh itu, mengapakan beratus ribu rakyat masih turun ke jalanan untuk berdemonstrasi

Terdapat sekurang-kurangnya tiga sebab utama:
Pertama, setelah pemimpin-pemimpin Kerajaan membuat pelbagai u-turn dalam keputusan-keputusan mereka dalam tempoh 7 bulan ke belakangan ini dan mungkir janji dalam menunaikan manifesto pilihanraya mereka, kebanyakan rakyat Malaysia menunjukkan bahawa mereka tidak percaya yang Kerajaan dan Perdana Menteri akan mengekalkan keputusan untuk tidak meratifikasi ICERD. Kerajaan mungkin akan u-turn lagi jika demonstrasi dibatalkan

Melalui ucapan-ucapan di himpunan semalam san reaksi di media sosial, penyokong-penyokong anti-ICERD yang merupakan sebahagian besar daripada rakyat Malaysia, berasa bahawa ICERD akan menyisihkan mereka dan bukan sebaliknya. Dalam hal ini mereka sebenarnya tidak salah untuk beranggapan sedemikian. Paradoksnya, sekiranya Kerajaan meratifikasi ICERD di Malaysia, ia akan menerukkan lagi masalah diskriminasi di Malaysia dan bukannya sebaliknya (baca buku berkenaan ICERD di Malaysia di sini: https://ishamjalil.wordpress.com/2018/12/07/icerd-dan-mengapa-semua-kaum-di-malaysia-perlu-menolaknya/). ICERD ini adalah seperti Malayan Union 2.0 kata mereka

Kedua, himpunan besar ini adalah suatu signal penolakan daripada rakyat kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah kerana tidak menunaikan janji-janji pilihanraya mereka. Kebanyakan daripada agenda utama PH dalam manifesto pilihanraya mereka tidak ditunaikan malah mereka membuat u-turn 180 darjah pula berkenaannya selepas mereka menang pilihanraya pada bulan Mei yang lepas

Mereka (PH) berjanji untuk membatalkan hutang PTPTN yang telah mendorong sebahagian besar daripada orang muda untuk mengundi mereka dalam pilihanraya yang lepas, namun mereka membatalkan janji ini dan sebaliknya mengesyorkan supaya memotong gaji secara paksa untuk membayar hutang PTPTN

Dan mereka telah berjanji untuk menurunkan harga minyak ke RM1.50 seliter, namun kini senyap berkenaan hal ini

Dan mereka berjanji untuk menghapuskan cukai kepenggunaan GST 6%, namun mengenakan cukai kepenggunaan SST 10% selepas pilihanraya. 
Rakyat marah. Mereka bukan bodoh. Mereka terasa tertipu

Ketiga, himpunan besar-besaran ini juga adalah satu signal yang jelas kepada Kerajaan PH yang memerintah bahawa orang-orang Melayu sedang marah dan mereka berasa dasar-dasar dan keputusan-keputusan Kerajaan kini menyisihkan mereka serta membuat kehidupan mereka menjadi lebih teruk. Dalam Bajet 2019 yang baru dibentangkan, Kerajaan mewar-warkan bahawa ianya adalah bajet terbesar dalam sejarah iaitu RM315 billion dengan peningkatan sebanyak RM30 billion daripada Bajet 2018 yang lepas. Namun, banyak peruntukkan dan bantuan kepada kumpulan bawah 40% dan orang-orang miskin dipotong atau dibatalkan. Kebanyakan daripada rakyat yang terkesan dan berada dalam kumpulan ini adalah orang-orang Melayu

Ketiga-tiga sebab di atas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin dan pembuat dasar Kerajaan PH adalah samada tidak cekap atau naive dalam membuat dasar termasuk berkenaan hubungan kaum di Malaysia. Selepas menyedari kesilapan mereka, mereka senantisa membuat pelbagai u-turn yang memalukan. Namun kerosakan telah dibuat

Selepas banyak u-turn dalam tempoh yang singkat, siapa yang akan percaya kepada mereka lagi? Mereka (pemimpin-pemimpin PH) mungkin akan menipu lagi seperti yang mereka buat selama ini. Apabila dekat pilihanraya nanti, pemimpin-pemimpin PH akan membuat pelbagai janji lagi. Mereka akan menipu lagi. Siapa akan percaya kepada mereka

Apa yang kita lihat kini ialah Kerajaan PH mempunyai dua masalah kronik yang besar dan kritical: Mereka tidak kompeten mentadbir dan mereka tidak boleh dipercayai oleh rakyat dengan janji-janji mereka

Tujuh bulan selepas mereka menang pilihanraya adalah masa yang terlebih cukup malah lama menunggu untuk Kerajaan menjalankan tugas dengan cekap untuk rakyat. Sebab setiap hari terdapat ramai rakyat yang sengsara dan perlu dibantu. Tiada rakyat sepatutnya menunggu kerajaan mereka untuk ke tadika untuk belajar mentadbir sementara mereka sengsara

Para Menteri yang dilantik memegang jawatan sepatutnya telah bersedia untuk melaksanakan tugas dengan cekap daripada hari pertama, dan bukannya bekerja membuat dasar umpama permainan cuba dan salah (trial and error) dengan kehidupan rakyat sementara mereka belajar mentadbir. Rakyat tidak boleh menerima Kerajaan yang tidak kompeten

Ini bukanlah sebab politik, ia adalah melangkau politik. Sebab pada tahun depan, sementara pemimpin-pemimpin PH bermain politik menyalahkan kerajaan yang sebelumnya untuk menutup kelemahan diri sendiri, negara dan rakyat akan berhadapan dengan tahun yang getir dan mencabar kerana ekonomi dijangka akan mengalami krisis

Bagaimana kita boleh percaya kepada pemimpin-pemimpin dan menteri-menteri Kerajaan PH ini untuk membawa kita keluar dari cabaran dan kesusahan apabila mereka ini tidal kompeten dan tidak boleh dipercayai? Sekurang-kurangnya, kerajaan BN yang dahulu adalah cekap mentadbir dan boleh dipercayai untuk menunaikan janji

Sekiranya pemimpin-pemimpin Kerajaan BN dahulu dituduh korup dan rasuah, ramai pemimpin-pemimpin Kerajaan PH kini yang mempunyai kes korupsi dan rasuah juga, namun ada antara mereka yang bebas dan "terbersih" setelah menang pilihanraya. Oleh itu jika pemimpin-pemimpin Kerajaan PH ini korup, mereka bukan sahaja korup malah tidak kompeten dan tidak boleh dipercayai. Adakah ada jenis kerajaan yang lain yang lebih teruk dari ini

ISHAM JALIL9 Disember 2018
............

THREE REASONS WHY HUNDREDS OF THOUSAND PEOPLE MARCHED ON THE STREET IN MALAYSIA YESTERDAY
Yesterday the 8th of December 2018 marked a another historic moment for Malaysia. Hundreds of thousand citizens marched and rallied on the street of Kuala Lumpur making an ocean of people around Dataran Merdeka or the Independence Square

The march was supposed to be an anti-ICERD rally, to reject the proposed ratification of the international convention by the Government. However last week the Prime Minister Mahathir had already retracted the decision to ratify ICERD, so why did the protesters march in the thousands anyway

There are at least three main reasons why:
First, after so many u-turns in their decisions in the last 7 months and going back on their words on their election promises, many Malaysians now feel that the Government and the Prime Minister Mahathir may not be true to their words again. 
From the speeches at the rally and the reactions on social media, the anti-ICERD supporters, which makes up a great portion of the citizens, feel that ICERD will marginalize them rather than the opposite. And they are not wrong to think this. Paradoxically, ratifying ICERD will make discrimination problems in Malaysia worse rather than the other way around (read the book about ICERD in Malaysia here: https://ishamjalil.wordpress.com/2018/12/07/icerd-dan-mengapa-semua-kaum-di-malaysia-perlu-menolaknya/). ICERD is like Malayan Union 2.0 they say

Second, this large rally is also a signal of mass protest and rejection by the people against the ruling Pakatan Harapan (PH) Government for not fulfilling their election promises. Many of their main agenda in their election manifesto are now left undelivered and even 180 degree u-turned after the gained power in last general election in May. 
They (PH) promised to write of student loan debts (PTPTN) which drove bulk of young voters to vote PH in the last election, but they reneged on this promise and proposed to garnish salaries to force payment instead. 
And they promised to lower fuel price to RM1.50 per liter, but are quiet about this now. 
And they promised to abolish the 6% GST consumption tax, but instead introduce a 10% SST consumption tax instead after the election. 
The people are angry. They are not stupid. And they feel cheated

Third, this rally is also a clear signal from the people to the ruling Pakatan Harapan Government that the Malays are angry and that they feel that the Government is marginalizing them and makes their lives worse off. The recently tabled Budget 2019 by the Government boasted the highest budget in history at RM315 billion (USD75 billion), an increase of about RM30 billion from 2018 budget. Yet, many allocations to the bottom 40% and the poor were slashed or cancelled. Most of the people affected and in this group are the Malays

The above three reasons shows that PH government leaders and policymakers are either incompetent or naive in making policy including about race relations in Malaysia. After realizing the grave mistake, they had to make the embarrassing u-turn, but the damage has been done. 
After so many u-turns within a short period of time, who would believe them anymore? They could be lying again through their teeth like they did with the election promises. Closer to the next election, PH politicians will make more promises. But they will lie again. Who would believe them then

What we've seen so far is that the PH government has two major and chronic critical problems: They are incompetent to govern and are untrustworthy with their promises. 
Seven months after the won the election is already more than enough time even overstretched given by the people to get the government's act together. Because everyday goes by there are many people suffering and it's getting worse by the day. No one should wait for the government to go to kindergarten while they suffer. 
Ministers who are appointed to the posts should be ready to serve competently on the get-go, and not playing trial and errors with people's lives and livelihood while they are slowly learning how to govern. The people cannot tolerate incompetence in Government

This is not about politics, it is beyond that. Because the concern is that next year, while PH leaders are still playing politics blaming the previous government to cover the current government shortcomings, it will be a tough year for Malaysia and Malaysians across the board with the economy going down in a foreseeable crisis. 
How could we trust the PH government leaders and ministers to lead us out of the woods with their leaders are incompetence and untrustworthy? At the least the previous BN government was competent and trustworthy in delivering their promises. 
If BN leaders are accused of being corrupt, the current PH government leaders have also themselves many allegations of corruption, but some got away scot-free after they won the election. So if the PH government leaders are corrupt, they are not only corrupt but also incompetent and untrustworthy. Is there any other worse kind of government than this

ISHAM JALIL9 Disember 2018
https://www.facebook.com/1180765013/posts/10215874862442724/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://taipingmali.blogspot.com/2018/12/tiga-sebab-mengapa-ratusan-ribu-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Jepun Nyanyi Lagu Faizal Tahir Dirakam Rakyat Malaysia

Lelaki Jepun Nyanyi Lagu Faizal Tahir Dirakam Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 319 hits
Tular seorang lelaki Jepun nyanyi lagu Faizal Tahir judul Assalamualaikum yang dirakam rakyat Malaysia Berita penuh di https goo gl wNkZ2K sinarharian misimencarilelakijepun Assalamualaikum FaizalTahir terrybird jepun malaysia duet
Senator Mencadangkan Supaya Rakyat Singapura Perlu Menjelaskan Saman Sebelum Keluar Dari Malaysia

Senator Mencadangkan Supaya Rakyat Singapura Perlu Menjelaskan Saman Sebelum Keluar Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPUR Cadangan disuarakan oleh salah seorang Ahli Dewan Negara di mana saman yang dikenakan terhadap mana mana pemilik kenderaan warga Singapura perlu dijelaskan sebelum keluar dari Malaysia selain tidak dibenarkan keluar jika mempun...
10 Perkatan Dalam English Yang Biasa Rakyat Malaysia Guna Tapi Lari Daripada Maksud Asal

10 Perkatan Dalam English Yang Biasa Rakyat Malaysia Guna Tapi Lari Daripada Maksud Asal

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 481 hits
10 perkataan English yg digunakan orang kita di malaysia berlainan jauh sungguh maksudnya TACKLEEnglish menangani mengatasiOrg kita Mengorat CHOPEnglish cincangOrg kita Rubber stamp BUDGETEnglish belanjawanOrg kita contoh ayat mkn nasi baje...
Uang Tabungan Habis Mantan Pemain Sepak Bola Malaysia Pilih Tidur Di Jalanan

Uang Tabungan Habis Mantan Pemain Sepak Bola Malaysia Pilih Tidur Di Jalanan

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 321 hits
Pria berusia akhir 40 an itu diketahui mengalami masalah jantung sejak tiga tahun lalu Namun karena tabungannya terus berkurang sejak kondisi jantungnya memburuk dia pun tidak bisa menyewa hotel setiap kali pergi berobat
Ledakan Guncang Mal Di Malaysia Tiga Orang Tewas

Ledakan Guncang Mal Di Malaysia Tiga Orang Tewas

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 255 hits
Sebuah tabung gas meledak di restoran Korea di City One Mega Mall Kuching Malaysia kemarin Ledakan yang terjadi pukul 15 35 waktu setempat itu menyebabkan langit langit restoran runtuh dan menimpa pengunjung hingga menewaskan tiga orang
Rakyat Malaysia Terlalu Bergantung Kepada Bantuan Berbanding Kerja Keras Perdana Menteri

Rakyat Malaysia Terlalu Bergantung Kepada Bantuan Berbanding Kerja Keras Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 336 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi peringatan bahawa Malaysia akan dipintas oleh negara jiran yang lebih miskin disebabkan rakyat kita suka mengharapkan bantuan berbanding bekerja keras Beliau berkata kebanyakan rakyat negara i...
Doa Rakyat Malaysia Bercurahan Kepada Anggota Bomba Yang Jadi Mangsa Rusuhan Kuil Muhammad Adib Dan Tunangnya

Doa Rakyat Malaysia Bercurahan Kepada Anggota Bomba Yang Jadi Mangsa Rusuhan Kuil Muhammad Adib Dan Tunangnya

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 731 hits
Doa rakyat Malaysia bercurahan kepada anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim 24 yang cedera parah diserang perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman USJ 25 awal pagi tadi Doa yang dititipkan di Facebook tunang anggota bomba itu Nurul Najihah ...
Bolehlah Pas Terajui Malaysia Rakyat Sedang Menilai

Bolehlah Pas Terajui Malaysia Rakyat Sedang Menilai

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 311 hits
KEMAMAN PAS boleh memberi harapan baharu sebagai peneraju pemerintahan Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke 15 apabila parti parti lain memerintah negara hari ini gagal menunjukkan prestasi cemerlang Justeru PAS perlu menunaikan tanggungja...
Rakyat Malaysia L Emas Di Australia Keluarga Perlu Rm30 000 Bawa Pulang Je Nazah

Rakyat Malaysia L Emas Di Australia Keluarga Perlu Rm30 000 Bawa Pulang Je Nazah

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 676 hits
BALING 3 Dis Seorang rakyat Malaysia Rizq Azzadin Mohd Azhar 32 dilaporkan ma ti le mas di Sungai Colo Australia kira kira pukul 9 pagi waktu Malaysia semalam RIZQ AZZADINBapa saudaranya Ramli Husin 62 yang tinggal di Parit Panjang di sini ...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal