Tiga Resipi Kuih Tradisional Yang Berasaskan Daripada Daun Pandan


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Masa PKP duduk rumah ni lah rajin memasak dan mencuba beberapa resipi yang tak pernah terfikir nak buat sebelum ni. Sebab ingatkan resipi tu susah tapi rupanya tidaklah sesusah mana cuma kena ada kesungguhan sahaja. Sepanjang dah nak masuk sebulan PKP 3.0 ni Maha dah cuba beberapa resipi kuih tradisional yang menggunakan daun pandan sebagai asas utamanya


Sebab hari tu beli daun pandan nak buat masak sikit jer tapi sebab bila beli kat pasar dapat dalam kuantiti yang banyak jadi tak tahu nak guna apa. Maka daun pandan ni Maha kisar dan peras untuk dapatkan pati air daun pandan. Lepas tu terus terfikir nak cuba masak beberapa resipi kuih tradisional yang menggunakan jus daun pandan ni. Jom maha kongsikan di sini beberapa resipi mudah yang korang juga boleh cuba


1) Kuih Cara Manis


Bahan-bahan utama:
2 cawan Tepung Gandum3 cawan Santan2 biji Telur3 helai Daun PandanSedikit pewarna hijauSecubit GaramGula secukupnya (untuk intinya)Minyak masak (untuk sapuan pada acuan)
Cara cara memasak:
1) Daun pandan dikisar dengan air dan tapis buang hampasnya ambil jus pandan sahaja.2) Kemudian masukkan semua bahan iaitu tepung gandum, santan, telur, garam dan jus pandan ke dalam pengisar dan kisar semua bahan sehingga sebati. Tapis untuk memastikan adunan tidak berketul.3) Panaskan acuan khas untuk kuih cara diatas dapur.4) Sapukan sedikit minyak dahulu pada acuan supaya mudah ditanggalkan bila masak nanti.5) Tuangkan adunan yang ditapis dalam acuan sehingga penuh dan isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung, tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.6) Angkat dan boleh dimakan. Tapi jangan makan panas-panas nanti gula yang cair akan mengakibatkan mulut korang melecur.

2) Kuih Buah Melaka @ Onde-Onde


Bahan-bahan utama:
1 cawan Tepung Pulut2 sudu besar Tepung Beras5 helai Daun PandanGula Melaka (di potong kiub kecil)Kelapa Parut (gaulkan dengan garam secukup rasa)Sedikit pewarna hijau3 cawan Air kosong (untuk dimasak)
Cara-cara memasak:
1) Didihkan air kosong dalam periuk.2) Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis buang hampas ambil jus pandan sahaja. 3) Kemudian campur jus pandan dengan sedikit pewarna hijau dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.4) Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.5) Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.6) Salut buah melaka dengan kelapa parut di campur dengan sedikit garam, gaul rata dan hidangkan.

3) Resipi Sri Kaya Pandan


Bahan-bahan utama :
1 Biji Telur Ayam200 Gram Gula Pasir 2 Cawan Santan Pekat5 Helai Daun Pandan2 Sudu Besar Tepung JagungSecubit GaramSetitik Pewarna HijauAir
Cara-cara memasak:
1. Kisarkan daun pandan dengan air dan tapis ambil jus pandan sahaja.2. Dalam bekas besar, pecahkan telur dan pukul telur perlahan-lahan, sambil itu masukkan santan pekat kacau perlahan-lahan hingga sebati3. Setelah sebati, tapiskan dan masukkan ke dalam mangkuk jus pandan4. Masukkan pula gula, tepung jagung, pewarna dan gaul sehingga sebati5.Masak diatas dapur api yang perlahan. Pasatikan sentiasa kacau sehingga campuran adunan menjadi pekat dan likat.6. Setelah pekat, sejukkan ia seketika.7. Sedia untuk dimakan bersama roti kukus atau dijadikan inti pau
Jangan marah tau ini cara orang bujang macam Maha buat kadang-kadang tidak ikut sangat cara asal masakan itu mungkin ada yang terlangkau. Apa pun yang penting adalah hasil di penghujungnya itu sedap dan boleh makan sendiri puasa hati hehehe puji diri sendiri nampak. Kalau korang ada resipi PKP yang menarik boleh kongsikan. Mana tahu nanti Maha boleh cuba juga ok. Selamat mencuba dan selamat memasak











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2021/06/tiga-resipi-kuih-tradisional-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Kuih Limas Kuih Tradisional Negeri Perak Yang Sangat Sedap

Resipi Kuih Limas Kuih Tradisional Negeri Perak Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 372 hits
Kuih Limas kuih tradisional yang menjadi kegemaran orang orang Perak Sekali imbas rupanya seakan Kuih Tepung Pelita atau Kuih Sampan namun ada sedikit perbezaan iaitu Kuih Limas ini dibuat menggunakan tepung gandum sahaja dan tidak mengguna...
5 Resipi Kuih Apam Yang Sangat Mudah Untuk Dibuat Sempena Hari Bapa

5 Resipi Kuih Apam Yang Sangat Mudah Untuk Dibuat Sempena Hari Bapa

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 553 hits
Tak tahu nak makan apa untuk juadah petang Bosan dah kena asyik menggoreng saja Nah apa kata kita buat hidangan yang kukus sahaja Sihat dan senang Ini antara resipi resipi kuih apam homemade yang sedap dan anda boleh cuba Pasti puas hati Bo...
Korang Kena Try Resipi Pengat Roti Kapal Unik Dan Klasik Sajian Tradisional Orang Perak

Korang Kena Try Resipi Pengat Roti Kapal Unik Dan Klasik Sajian Tradisional Orang Perak

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 460 hits
Orang Perak mesti kenal dengan sajian tradisional ini kan Pengat roti kapal atau bubur roti biasanya dihidangkan sebagai pencuci mulut atau makan petang
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi