Tiga Maut Termasuk Wanita Sarat Mengandung Dalam Kemalangan Di Teluk Intan


Ipoh, 3 Sept – Tiga wanita yang menaiki sebuah Suzuki Swift maut termasuk seorang yang sarat mengandung selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 32, Jalan Langkap-Kampar berhampiran simpang Klinik Desa Tanjung Keramat,Teluk Intan hari ini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kemalangan melibatkan sebuah lori, dua buah kereta masing-masing jenis Suzuki Swift dan Proton Saga serta kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger pada pukul 10.50 pagi.
Katanya mangsa yang maut merupakan pemandu Suzuki Swift iaitu wanita warga emas berusia 62 tahun serta seorang wanita berusia 38 tahun yang sarat mengandung 35 minggu meninggal dunia di Hospital Teluk Intan (HTI) manakala seorang lagi mangsa iaitu wanita berusia 19 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan yang menaiki Suzuki Swift hanya mengalami cedera ringan manakala dua lelaki masing-masing berusia 43 tahun yang menaiki Ford Ranger hanya cedera sementara seorang mangsa yang menaiki Proton Saga masih belum dikenal pasti identitinya.
Pemandu lori berumur 36 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini lewat petang tadi.
Mohd Marzukhi berkata hasil siasatan mendapati lori itu dipercayai telah terlanggar belakang Suzuki Swift yang hendak membelok ke kanan memasuki simpang Klinik Desa Tanjung Keramat menyebabkan kenderaan itu berpusing beberapa kali sebelum terlanggar Ford Ranger yang datang dari arah bertentangan sebelum kenderaan pacuan empat roda itu terjatuh ke dalam parit.
“Lori itu kemudiannya terbabas dan terlanggar Proton Saga yang berada di belakang Ford Ranger sebelum (lori) terjatuh ke dalam parit di sebelah kanan jalan,” katanya.
Beliau berkata pihaknya menahan pemandu lori bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/04/tiga-maut-termasuk-wanita-sarat-mengandung-dalam-kemalangan-di-teluk-intan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Wanita Maut Nahas Empat Kenderaan

Tiga Wanita Maut Nahas Empat Kenderaan

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 200 hits
TELUK INTAN 3 Sept Tiga wanita termasuk seorang yang sarat mengandung maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori di Kilometer 32 Jalan Langkap Kampar di sini hari ini Nahas pada kira ...
Kemalangan Empat Buah Kenderaan Tiga Maut Tong Gas Bertaburan Di Atas Jalan Akibatkan Kesesakan

Kemalangan Empat Buah Kenderaan Tiga Maut Tong Gas Bertaburan Di Atas Jalan Akibatkan Kesesakan

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 328 hits
Seremban Kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di KM269 9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai telah meragut tiga nyawa semalam Kejadian yang berlaku berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Seremban kira kira ja...
Kes Tiga Rentung Dalam Kemalangan Mangsa Masih Belum Dapat Dikenal Identitinya

Kes Tiga Rentung Dalam Kemalangan Mangsa Masih Belum Dapat Dikenal Identitinya

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 189 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kemalangan Warga Myanmar Maut

Kemalangan Warga Myanmar Maut

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 343 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Dua Maut Empat Cedera Kemalangan Lima Kenderaan Di Kulim

Dua Maut Empat Cedera Kemalangan Lima Kenderaan Di Kulim

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 432 hits
Alor Setar Dua maut manakala empat termasuk dua kanak kanak cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Padang Serai menghala ke Tasek Gelugor Kulim pagi tadi Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba ...
Kepergok Istri Sah Kikuk Dengan Wanita Muda Suami Asal Semarang Kena Cakaran Maut Berakhir Miris

Kepergok Istri Sah Kikuk Dengan Wanita Muda Suami Asal Semarang Kena Cakaran Maut Berakhir Miris

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 240 hits
Tak hanya cakaran maut dari sang istri pria asal Semarang yang diketahui bernama Saiful Rochman ini juga berurusan dengan polisi Saiful mengaku bertengkar dengan istrinya setela tahu dirinya melakukan kikuk dengan wanita muda berinisial K S...
Femingra Membantu Masalah Dalaman Wanita Termasuk Sukar Hamil

Femingra Membantu Masalah Dalaman Wanita Termasuk Sukar Hamil

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 350 hits
FEMINGRA MEMBANTU MASALAH DALAMAN WANITA TERMASUK SUKAR HAMIL Assalamualaikum wbt Hai korang Dah lama Auni tak share tentang produk kan Haaa Entri kali ni khas untuk korang yang ada masalah dalaman wanita termasuk korang yang sukar hamil So...
Lelaki Kongsi Puisi Terakhir Sahabat Sebelum Maut Akibat Kemalangan

Lelaki Kongsi Puisi Terakhir Sahabat Sebelum Maut Akibat Kemalangan

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 386 hits
Setiap insan pasti merasa saat perpisahan terakhir dunia yang fana akan ditinggalkan hanya amalan yang dibawa Setiap manusia yang hidup pasti akan kembali menemui Pencipta NYA cuma bila dimana dan bagaimana hanya DIA yang mengetahui Sebab i...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


10 Keutamaan Silaturahmi Berdasarkan Hadits Hadits Shahih

Balang Biskut Raya 2024

Bendi Goreng Bersambal

Lunch Di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor

Lotter Sumandak Cantik Chord

Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub