Tiga Hari Cari Cinderella Pergi Sekolah Berselipar Murid Sebak Cikgu Bagi Kasut
Besar pengorbanan seorang guru. Bukan setakat mengajar dan mendidik anak-anak kita, tetapi guru juga dianggap ‘ibu ayah’ di sekolah. Melayan pelbagai kerenah anak-anak murid bukan tugas yang mudah. Dengan pelbagai latar belakangnya, cabaran guru sungguh besar.
Selain memastikan pelajar memahami apa yang diajar, setiap guru pasti akan melalui situasi yang mungkin menyentuh hati. Seperti perkongsian di TikTok Cik Puan Gojes, tindakannya memberi sepasang kasut kepada anak muridnya benar-benar buatkan ramai sebak.
Kisahnya seorang anak murid datang ke sekolah hanya memakai selipar. Apabila ditanya mana kasut sekolah, jawapannya hilang dan ayah tak mampu beli.
“Tiga hari cari Cinderella..”
Menurut guru tersebut, ketika sedang mengajar di kelasnya, datang salah seorang pelajar dengan hanya memakai selipar. Ketika ditanya mengapa tidak memakai kasut, pelajar tersebut memberitahu telah kehilangan kasut sejak sekian lama. Tambah meruntun hati, dia tidak mempunyai duit untuk membeli kasut baru.
@cikpuangojes #Cindrella ♬ original sound – Cik Puan Gojes
Kenapa tak beli (kasut baru)? Duit tak dak.
Jelas guru tersebut, bapa kepada pelajar itu difahamkan mengalami strok otak yang menyebabkan ibunya tidak bekerja bagi menjaga ayahnya itu. Keluarga pelajar itu berdepan dengan masalah kewangan sehingga sukar menyediakan kelengkapan sekolah.
Simpati dengan nasib yang menimpa pelajar tersebut, cikgu berkenaan menghadiahkan sepasang kasut sekolah baru yang difahamkan milik anaknya tetapi masih belum dipakai. Katanya, sudah 3 hari dia mencari ‘pemilik’ kasut tersebut namun tiada pelajar yang muat, dan ternyata, dia adalah ‘Cinderella’ yang dicari-cari.
Menjengah ke ruangan komen, netizen sebak melihat situasi pelajar itu dan ramai yang menawarkan diri untuk menghulurkan bantuan kepadanya. Tidak kurang juga yang mendoakan agar pelajar, dan guru yang pemurah itu sentiasa dimurahkan rezeki.
Kredit: Tiktok Cik Puan Gojes
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post “Tiga Hari Cari Cinderella..” Pergi Sekolah Berselipar, Murid Sebak Cikgu Bagi Kasut appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tiga-hari-cari-cinderella-pergi-sekolah-berselipar-murid-sebak-cikgu-bagi-kasut/