Tiga Barang Ini Berbaloi Beli Di Kedai Eco
Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai reader semua... Rata-rata sekarang kalau nampak Kedai Eco pasti ada yang kata kedai tu "berhantu" ada "saka" tak dinapikan memang betul, Kalau masuk pasti nak beli, paling kurang mesti habis RM 10.00. Kalau anda ke Kedai Eco Rm 2.10 tu apa yang anda selalu beli? Bonde nak kongsikan dengan anda semua tiga barang yang Bonde beli di kedai Eco yang Bonde rasa sangai berbaloi. Kalau pergi mesti "top up".
Tiga Barang Ini Berbaloi Beli Di Kedai Eco Bonde selalu pergi Kedai Eco RM 2.10 dekat AEON Nilai, Kedai Eco ni terletak dalam mall tu, senang sikit nak beli barang dekat situ sebab parking dah terang-terang banyak. Selain tu Bonde suka singgah dekat Super Savers dan Kaison sebab berdekatan dan berada diaras yang sama.
Baiklah Tiga barang yang Bonde selalu beli dekat Kedai Eco RM 2.10
1. Penyangkut Baju Besi (Hanger)
Bonde rasa Penyangkut Baju Besi berbaloi beli sebab ianya :
i) Sangat murah RM 2.10 dapat 6 pcs
ii) Tahan lama
iii) Tak mudah patah
iv) Anti karat
vi) Ada pilihan warna (merah, biru dan hijau)
Penyangkut Baju Besi
Bonde selalu beli untuk kegunaan kami sekeluarga, memandangkan kawasan rumah kami dekat kawasan taman, jadi Penyangkut Baju Besi ini memang kena ada lebih mudah untuk Bonde sidai baju, segala tshirt, kemeja dan baju kurung memang kami sangkut dekat Penyangkut Baju Besi dan sangkut dekat penyidai kain. Lepas tu kalau tak sempat lipat dan gorok terus masuk dalam almari, senang nak cari. Siap-siap asingkan ikut warna Biru untuk Kanda, Merah untuk Bonde, Hijau untuk Fatin. Jadi kalau bersepah boleh tahu siapa punya yang bersepah ha ha ha cerdik tak cara nih!
Fatin pula suka Penyangkut Baju Besi kedai Eco, kalau dekat asrama Penyangkut Baju selalu hilang, jadi dia kata 'tak terasa sangat kalau nak ganti beli baru, sebab kedai Eco murah jer beli" tapi kalau asyik beli Penyangkut Baju Besi Bonde buat rotan awak nanti tau laaa barang sendiri kena cermat jaga jangan hilang... walau pun murah! (InsyaAllah Fatin punya tak selalu hilang)
2. Kain Pengelap (Tuala)
Bonde rasa Kain Pengelap (Tuala) berbaloi beli sebab ianya :
i) Sangat murah RM 2.10 dapat 1 pcs
ii) Kain jenis serap air
iii) Ada pilihan warna (merah dan biru )
iv) Pelbagai guna
Kain Pengelap (Tuala)
Bonde selalu gunakan kain ni dekat dapur masa masak nak lap-lap senang lepas masak. Lepas basuh pingan mangkuk pon boleh lap juga yang pasti dekat dapur kain pengelap ni memang ada lebih, basuh jemur dan ada lagi stok untuk digunakan.
Kalau kemas ruang tamu rumah, meja makan, meja coffee, almari cermin, almari tv, tv Bonde gunakan untuk lap apa sahaja. (sebelum tu basahkan dulu dengan air)
3. Selipar jepun
Bonde rasa Selipar Jepun berbaloi beli sebab ianya :
i) Sangat murah RM 2.10 dapat 1 pcs
ii) Pelbagai guna.
Selipar jepun yang popular satu ketika dahulu jenama Tat Seng, sekarang harganya agak mahal, tapi rupanya lebih kurang sama, Selipar ni memang selesa sekali dipakai, untuk kegunaan ke toilet tidak terlalu licin, Kalau beli memang berbaloi harganya agak murah. Kalau nak bersedekah untuk masjid dan surau untuk kegunaan muslimin dan muslimat ambil wudhu memang berbaloi beli.
Tiga Tips Tak Membazir Di Kedai Eco
1. Senaraikan apa yang perlu sahaja untuk dibeli
2. Bawa duit secukupnya untuk senarai barang yang telah dibuat dan hendak dibeli
3. Masa buat "survey" jangan bawa duit (kalau tak pasti ada je nak dibeli)
Kalau anda nak lagi info akan datang Bonde akan kongsikan lagi tau! ada jer barang murah tapi memang berbaloi dibeli.
Jumpa lagi ...
Info lanjut : Kedai Eco Malaysia
~ Bonde Senyum Riang ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.bondezaidalifah.com/2019/10/tiga-barang-ini-berbaloi-beli-di-kedai.html