Tidur Pun Kena Ada Cara Betul Rahsia Untuk Natural Beauty Wanita
Tidur Pun Kena Ada Cara Betul, Rahsia Untuk ‘Natural Beauty’ Wanita
Bagi wanita, penjagaan kulit sangat penting untuk mereka. Ramai yang sanggup menghabiskan wang ringgit mereka dengan membeli barangan-barangan penjagaan kulit.
Namun, tahukah anda cara sebenar untuk memastikan kulit kita kekal sihat adalah hanya dengan mendapatkan rehat serta tidur yang cukup? Kadang kala ramai yang mengambil ringan mengenai waktu tidur, padahal ia memberikan kesan yang tidak baik kepada kesihatan tubuh dan kulit anda.
Ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai ‘pantang larang’ tidur demi menjaga kulit.
Dengan mengamalkan cara tidur yang betul, kita bukan sahaja bangun dengan keadaan yang bertenaga. Malah, kulit wajah juga akan menjadi lebih sihat, berseri dan bebas dari tanda keletihan.
Berapa jam waktu tidur yang cukup untuk kecantikan?
Secara umum, seorang individu dewasa memerlukan antara tujuh hingga sembilan jam tidur setiap malam untuk memastikan tubuh dan kulit mendapat rehat yang mencukupi.
Tidur yang tidak mencukupi bukan sahaja membuatkan badan lesu, tetapi juga memberi kesan negatif kepada penampilan seperti:
Kulit kusan dan kering
Lingkaran hitam bawah mata
Wajah kelihatan letih dan tidak bermaya
Peningkatan jerawat akibat ketidakseimbangan hormon
Kenapa susah nak tidur malam? Ini jawapannya!
Ramai wanita sukar tidur walaupun penat dan ini boleh sebabkan keletihan serta menjejaskan kecantikan seperti kulit kusam, eyebag dan jerawat.
Antara punca susah tidur malam adalah:
Stress dan tekanan emosi
Pengambilan kafein lewat petang
Penggunaan telefon atau skrin sebelum tidur
Waktu tidur tidak konsisten
Persekitaran tidur tidak selesa
7 cara tidur yang betul untuk kecantikan semula jadi wanita
Berikut cara tidur yang betul untuk bantu kecantikan semula jadi wanita, termasuk tempoh tidur yang disarankan:
Tidur tujuh hingga sembilan jam setiap malam
Ini adalah waktu ideal untuk tubuh memperbaiki sel kulit, seimbangkan hormon dan rehatkan sistem dalaman.
Tidur & bangun pada waktu konsisten
Bantu tubuh menetapkan “jam biologi” supaya kulit lebih segar setiap hari.
Elak skrin satu jam sebelum tidur
Cahaya biru daripada telefon atau TV boleh ganggu penghasilan melatonin (hormon tidur).
Pastikan bilik gelap, sunyi & sejuk sederhana
Suasana begini bantu tidur lebih nyenyak dan dalam (deep sleep), penting untuk pemulihan kulit.
Cuci muka & pakai pelembap sebelum tidur
Kulit yang bersih dan terhidrat akan pulih lebih baik ketika tidur.
Elakkan kafein & makanan berat lewat malam
Kafein boleh buat tidur terganggu dan menyebabkan muka sembap keesokan pagi.
Tidur dengan posisi yang baik
Tidur mengiring dengan bantal yang menyokong leher boleh elak kedutan awal dan bengkak bawah mata.
Kenapa tidur meniarap tidak digalakkan untuk kecantikan wajah?
Jika mahukan kulit sihat dan rehat berkualiti, elakkan tidur meniarap. Cara tidur yang betul adalah mengiring atau terlentang dengan sokongan bantal yang sesuai untuk leher dan bahu.
BACA: Mata Kerap Kering Dan Pedih? Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren
Posisi tidur meniarap sebaiknya dielakkan atas sebab-sebab berikut:
1. Tekanan berlebihan pada wajah
Tidur meniarap menyebabkan wajah menekan terus pada bantal, yang boleh mempercepatkan pembentukan garis halus dan kedutan, terutamanya di sekitar mata dan pipi.
2. Kulit lebih mudah berminyak dan berjerawat
Geseran antara muka dan sarung bantal memerangkap kotoran serta minyak, menyumbang kepada pori tersumbat dan jerawat.
3. Gangguan pernafasan dan tidur tidak berkualiti
Posisi ini menyempitkan dada dan leher, menyukarkan pernafasan yang dalam. Tidur yang tidak berkualiti juga menjejaskan proses pembaikan kulit semasa tidur.
4. Sakit leher dan belakang
Tidur meniarap memaksa leher berpusing ke tepi dalam masa lama, menyebabkan tekanan pada tulang belakang dan postur tidak sihat.
Kenapa tidur mengiring sebelah kanan baik untuk kecantikan dan kesihatan?
Tidur mengiring sebelah kanan dianggap posisi terbaik untuk kesihatan dan sunnah, kerana ia membantu pemulihan tubuh secara semula jadi. Jika anda mahu amalkan cara tidur yang betul, posisi ini juga menyokong kecantikan wanita seperti:
Melancarkan penghadaman dan mengurangkan kembung
Tidur sebelah kanan membantu perut berada dalam kedudukan yang lebih baik, menyokong sistem penghadaman agar tidak mengganggu tidur malam.
Meningkatkan kualiti pernafasan semasa tidur
Posisi ini memberi ruang lebih selesa untuk paru-paru mengembang, sekali gus meningkatkan aliran oksigen-penting untuk kesihatan kulit semasa tidur.
Mengurangkan tekanan pada jantung dan organ dalam
Tidur mengiring kanan adalah posisi tidur yang baik untuk jantung kerana ia tidak memberi beban pada jantung seperti posisi mengiring kiri. Ini membantu peredaran darah yang lebih lencar ke seluruh tubuh dan kulit.
Kulit lebih segar dan kurang bengkak pagi hari
Tidur dalam posisi yang betul dapat mengurangkan risiko muka sembab, eyebag dan jerawat akibat tekanan berlebihan pada satu sisi muka.
BACA JUGA: Kulit Anak Jadi Merah & Kering? Ini 5 Cara Atasinya
Pentingnya amalkan cara tidur yang betul
Untuk kekal sihat dan cantik, wanita digalakkan amalkan cara tidur yang betul seperti tidur pada waktu tetap, elak skrin sebelum tidur dan cipta suasana bilik yang tenang. Tidur nyenyak bantu penghasilan kolagen, baiki sel kulit dan melambatkan tanda penuaan.
Sumber: Hello Doktor
The post Tidur Pun Kena Ada Cara Betul, Rahsia Untuk “Natural Beauty” Wanita appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/10/30/tidur-pun-kena-ada-cara-betul-rahsia-untuk-natural-beauty-wanita/