Tidak Wajib Imbas Kod Mysejahtera Jika Tidak Masuk Kedai Stesen Minyak Surau Dan Tandas


 


KUALA LUMPUR -- Pelanggan yang tidak memasuki kedai stesen minyak untuk membuat transaksi pembayaran bagi mengisi minyak adalah tidak diwajibkan mengimbas kod MySejahtera.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia melibatkan individu yang membuat transaksi menggunakan kad kredit dan debit serta aplikasi dalam talian dan membayar melalui tingkap 'pigeon hole’ serta mereka yang mengisi angin tayar dan menggunakan khidmat cuci kereta secara automatik.
Katanya bagi individu yang melakukan pembayaran atau transaksi dalam kedai di stesen minyak sama ada untuk membuat pembayaran petrol, pembelian barangan dan mengeluarkan duit di ATM, perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau manual.
“Individu yang menggunakan surau dan tandas juga perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau manual. Begitu juga dengan mereka yang menghantar kenderaan ke bengkel di stesen minyak dan mereka yang menggunakan perkhidmatan cuci kereta secara manual,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.
Katanya keputusan itu dicapai hasil Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi isu pelanggan yang perlu mengimbas kod MySejahtera selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada sebelum memasuki premis tersebut.
Ismail Sabri berkata demikian bagi mengulas mengenai perincian SOP pencegahan COVID-19 di stesen minyak seluruh negara.
Sementara itu, mengambil maklum kesulitan dialami ibu bapa berikutan penutupan sekolah dan taman asuhan kanak-kanak (taska) di negeri-negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Ismail Sabri berkata kerajaan bersetuju memperluaskan arahan bekerja dari rumah membabitkan penjawat awam di seluruh negara.
Katanya mereka yang tinggal di negeri yang terkecuali daripada PKPB seperti Perlis, Kelantan dan Pahang juga dibenarkan bekerja dari rumah.
“Timbul isu kesukaran bagi ibu bapa apabila kerajaan umum penutupan sekolah di negeri terlibat PKPB. Oleh itu, mesyuarat hari ini berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan akhirnya kerja dari rumah ini diperluaskan ke seluruh negara termasuk negeri yang tidak di bawah PKPB,” katanya.
Katanya mereka yang bekerja dalam sektor industri pula perlu menunggu pengumuman lanjut daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berhubung kebenaran bekerja dari rumah.
Ismail Sabri berkata bagaimanapun ia tidak terpakai kepada mereka yang bekerja dalam sektor tidak formal seperti peruncitan, kompleks beli-belah, perladangan dan pertanian. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/11/tidak-wajib-imbas-mysejahtera-jika.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masuk Surau Tandas Di Stesen Minyak Perlu Daftar Mysejahtera

Masuk Surau Tandas Di Stesen Minyak Perlu Daftar Mysejahtera

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 501 hits
SHAH ALAM 10 NOV Individu memasuki kedai di stesen minyak termasuk tandas dan surau kawasan berkenaan perlu mendaftar di aplikasi MySejahtera atau secara manual Menteri kanan berkata langkah sama perlu dilakukan individu yang menghantar ken...
Cprc Aplikasi Mysejahtera Perlu Digunakan Ketika Mengisi Minyak Angin Dan Menggunakan Tandas Stesen Petrol

Cprc Aplikasi Mysejahtera Perlu Digunakan Ketika Mengisi Minyak Angin Dan Menggunakan Tandas Stesen Petrol

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 235 hits
Kekeliruan mengenai status penggunaan imbasan kod QR MySejahtera di stesen minyak bertambah hari ini Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis kini mengatakan ia perlu diimbas oleh setiap pelanggan stesen petrol walaupun mereka sekadar me...
Denda Rm1000 Jika Gagal Mengimbas Mysejahtera Ketika Mengisi Minyak Di Stesen Petrol

Denda Rm1000 Jika Gagal Mengimbas Mysejahtera Ketika Mengisi Minyak Di Stesen Petrol

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 442 hits
PKPB berkuatkuasa hampir seluruh negara minggu ini bagi membendung gelombang kedua Covid 19 Bagi memastikan kejayaannya kerajaan telah mewajibkan imbasan kod QR MySejahtera pada kesemua premis perniagaan seluruh niaga bagi memudahkan proses...
Tak Perlu Imbas Mysejahtera Ketika Isi Minyak Cprc

Tak Perlu Imbas Mysejahtera Ketika Isi Minyak Cprc

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 627 hits
Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan menjelaskan tiada keperluan mengimbas kod QR MySejahtera ketika mengisi minyak susulan laporan semalam menyatakan orang ramai boleh didenda jika tidak berbuat demikian Dalam maklum ba...
Tidak Perlu Scan Mysejahtera Semasa Isi Minyak

Tidak Perlu Scan Mysejahtera Semasa Isi Minyak

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 477 hits
Tidak Perlu Scan MySejahtera Semasa Isi Minyak Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian Di sini admin ingin berkongsi satu berita yang menjadi bualan hangat sejak semalam Tidak Perlu Scan MySejahtera Semasa Isi Minyak Semalam kita dihidangkan...
Sop Di Stesen Minyak

Sop Di Stesen Minyak

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 453 hits
SOP DI STESEN MINYAK 1 Bagi individu yang melakukan pembayaran atau transaksi dalam kedai di stesen minyak sama ada untuk membuat pembayaran petrol pembelian barangan mengeluarkan duit di ATM perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera ma...
Stesen Minyak Dikompaun Jual Petrol Mahal

Stesen Minyak Dikompaun Jual Petrol Mahal

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 256 hits
Mohd Rafi Mamat Rompin Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna cawangan Rompin mengesan perbuatan sebuah stesen minyak di sini yang menjual petrol RON95 pada harga melebihi ditetapkan kerajaan semalam Ketua Cawangan KPDN...
Pelajar Form 3 Rompak Stesen Minyak Di Pasir Mas Direman 6 Hari

Pelajar Form 3 Rompak Stesen Minyak Di Pasir Mas Direman 6 Hari

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 265 hits
Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang didakwa merompak sebuah stesen minyak dalam keadaan di bawah pengaruh dadah pada jam 6 45 pagi Selasa 3 November 2020 Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohamad Roy Suha...
St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella

Unifi Dah Boleh Guna

Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Fahmi Cabar Annuar Musa Jumpa Penduduk Kampung Sg Baru Saya Rasa Dia Tak Berani

Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar

Operasi Menara Kl Tiada Masalah Tak Rugi Kenapa Hendak Tukar Pengurusan Tun M

Musang King Dakwa Semua Penceroboh Di Mahkamah Dan Mereka Yang Melindungi Sejak 40 Tahun Lalu

Tips Bawa Power Bank Dalam Flight Untuk Korang Yang Nak Travel N


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Siti Nurhaliza Sesal Chord

Zoom Meeting

V60 House By Warchitect A Nature Inspired Sanctuary In Bangkok

Raub Mp Arrested Over Obstruction Claims

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum