Tidak Serik Rasuah Gila Gila Dalam Jpj Kembali Seperti Biasa


April tahun lepas, seramai 46 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang dicekup SPRM. Ia bukan sahaja mengejutkan masyarakat awam, tetapi turut menyuntik rasa takut terhadap pegawai-pegawai kerajaan yang korup.

Hasilnya, pegawai-pegawai JPJ di negeri lain meminta syarikat logistik berhenti merasuah mereka bagi mengelakkan menjadi perhatian SPRM.

Bagaimanapun selepas setahun penangkapan beramai-ramai itu, keadaan kembali seperti biasa. Ada antara mereka yang meminta ‘pampasan’ bagi bulan-bulan bersih tanpa rasuah itu.

Setiausaha sebuah syarikat logistik, Ah Ching (bukan nama sebenar), berkata pegawai-pegawai itu kembali meminta bayaran pada Julai tahun lalu, tiga bulan selepas penangkapan di Pulau Pinang.

Mereka pada mulanya takut, semua pemindahan wang digantung dua bulan (Mei dan Jun tahun lalu) Tetapi mereka tegaskan bayaran Julai patut digandakan sebagai pembayaran balik untuk bulan-bulan sebelumnya. Mereka ugut lori kami mungkin akan hadapi masalah (jika tidak patuh), katanya kepada Malaysiakini.
Ah Ching berkata dia tidak selesa untuk menyelaraskan bayaran kepada pegawai-pegawai kerajaan yang korup itu.

Rasuah diberikan kepada penguat kuasa untuk menutup mata terhadap kesalahan seperti mengangkut barang melebihi muatan atau pembocoran maklumat awal berkaitan operasi yang akan dijalankan.Bayaran boleh dibuat secara segera apabila sesebuah lori didapati mempunyai masalah dalam sekatan jalan raya. Bagaimanapun terdapat bayaran bulanan bagi mendapatkan “perlindungan” daripada penguat kuasa.
Sepatutnya SPRM menangkap dan mengenakan tindakan sekali dengan syarikat yang mengangkut barang melebihi muatan. Jelas mereka melanggar akta yang ditetapkan dan merasuah pegawai kerajaan. Pegawai kerajaan ditangkap tetapi syarikat masih bebas beroperasi. 


Bayaran guna akaun orang tengah

Malaysiakini telah menyemak rekod transaksi dan pesanan Whatsapp yang menunjukkan permintaan rasuah dibuat.

Berapa million (juta) masuk bagi tahu tauke? Lepas masuk, tolong Whatapp kita,” menurut satu mesej.Selepas Ah Ching masukkan RM1,000 kepada pegawai itu, satu lagi mesej dihantar: OK, terima kasih. Jangan lupa delete (padam mesej ini).Ah Ching berkata “salam hangat” itu biasanya akan sampai di penghujung tiap-tiap bulan.
Sementara itu, Malaysiakini juga melihat transaksi satu syarikat pada September menunjukkan keseluruhan RM21,300 dibuat terhadap pegawai-pegawai JPJ di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.


Setiap bayaran dibuat antara RM300 hingga RM6,000.

Ah Ching berkata pemindahan wang dibuat menggunakan akaun milik ejen, anggota keluarga atau rakan-rakan pegawai itu bagi menyukarkan ia dikesan.

Semakan Malaysiakini mendapati nombor akaun bank dan nama pemiliknya itu sah.


Ikut peraturan jadi payah

Ketika amalan rasuah itu ‘diinstitusikan’ dalam JPJ, terdapat juga syarikat logistik yang enggan terlibat dan mengikuti peraturan ditetapkan.

Ah Siong (bukan nama sebenarnya) yang mempunyai 200 lori misalnya mengikuti peraturan berat maksimum 51 tan. Bagaimanapun dalam sebuah sistem yang korup, golongan seperti ini akan diganggu.

Pegawai JPJ tetap akan tuduh kami bawa barang lebih muatan dan mahu ditimbang
Proses timbang boleh dibuat di stesen timbang, tetapi ia akan melibatkan kelewatan penghantaran barang.

Ah Siong berkata, dalam satu kes, JPJ berkeras mahu menimbang 10 lorinya sehingga menyebabkan barangan lambat sampai, mengalami kerugian kewangan dan hilang kepercayaan rakan niaga.


Masa periksa dan timbang mereka akan minta rasuah. Jika seseorang itu bayar ‘bayaran bulanan’, ada orang akan datang selesaikan masalah itu, jadi kami buat bayaran bulanan.Jika kamu tak bayar bayaran bulanan, ada pegawai yang akan susahkan hidup kamu dengan kata itu langgar peraturan, ini langgar peraturan.

Akhirnya, apa yang mereka mahu adalah wang.

Selain bayaran bulanan, terdapat juga pegawai JPJ minta rasuah ketika sekatan jalan raya.


Rasuah dulu, tuntut ‘bayaran balik’ kemudian

Muthu (bukan nama sebenar), sudah memandu lori sayur dan buah-buahan dari Cameron Highlands ke pasar borong Salayang selama 10 tahun.

Dia mengaku bahawa amalan merasuah JPJ sudah menjadi perkara biasa dalam industri pengangkutan.

Katanya, ketika hasil dipetik, sayur-sayuran dan buah-buahan harus dihantar ke tempat tujuan segera bagi menjamin kesegarannya.

Justeru lori biasanya akan dimuat lebih muatan. Lori-lori inilah, kata Muthu, yang akan menjadi sasaran permintaan rasuah.

Sebagai pekerja, dia mengaku lebih senang “kawtim” untuk menyelesaikan masalah itu.

Pemandu lori selepas itu, katanya lagi, hanya perlu membuat tuntutan bayaran balik daripada majikan sebagai perbelanjaan syarikat.

“Kadang-kadang ada operasi pada pukul 1 atau 2 petang. Kita tak akan call (buat panggilan pada) bos. Kita bayar cash (tunai), kemudian tuntut balik dari syarikat.

“Sama ada pergi mahkamah bayar denda RM300 atau rasuah RM50 hingga RM100, kamu pilihlah,” katanya sambil memegang puntung rokok ketika menurunkan barang-barang.

Amalan rasuah dalam penguatkuasaan kenderaan komersial sudah menjadi wabak yang menyaksikan penguat kuasa sentiasa cuba mencari jalan membuat duit lebih daripada yang mereka sudah dapat.

Muthu berkata, dalam satu insiden, dia pernah diperas dua kali dalam satu perjalanan.

“Saya kena ‘denda’ di Rawang sekali, kemudian sekali lagi di Sungai Buloh. Kedua-dua tempat ini dekat saja,” katanya.

Makan lebih ‘musim raya’

Sementara itu, Ah Ching turut mengeluh dalam isu sama.

“Kita sudah bayar tetapi mereka kata bayaran (bulanan) itu hanya untuk lebuh raya dan kita kena bayar lagi untuk jalan persekutuan.

“Pada musim perayaan, mereka akan ‘makan’ lebih kerana mereka kata kena belanja lebih. Jika waktu operasi ada ketua mereka, kami kena bayar lebih,” katanya.

Ah Siong juga berkata ada pegawai JPJ mengutip rasuah di kawasan di luar bidang kuasa mereka.

“Mereka ini sangat tersusun. Rasuah ini bukan hanya untuk seorang tetapi dikongsi dengan semua orang dalam kumpulannya.”

Dia juga mendedahkan betapa liciknya pemeras-pemeras itu berdepan pemantauan.

“Bila Putrajaya hantar pegawai kanan turun padang, mereka tidak minta rasuah dan keluarkan saman.

“Tetapi bila ada operasi daerah, beranilah mereka minta duit kopi,” katanya.

Amalan rasuah itu telah menyebabkan penambahan kos perniagaan.

"Apabila Putrajaya menghantar pegawai kanan ke tanah, mereka tidak akan meminta rasuah dan mengeluarkan saman dengan sewajarnya.

"Tetapi jika ia adalah operasi daerah, maka mereka akan berani mengambil duit kopi," katanya.

Rasuah pada asasnya ditambah dengan kos menjalankan perniagaan.

‘Tak sanggup buat lagi’

Ah Ching berkata bagi setiap lori mereka harus membuat bayaran suapan antara RM200 hingga RM300 atau 20 hingga 30 peratus dari pendapatan syarikat.

“Bagi perjalanan pergi balik rasuah akan jadi dua kali ganda. Kami hanya bazirkan masa dan usaha (kerana rugi). Ini belum kira lagi bayaran selenggara kenderaan, kos tayar dan gaji pemandu lori.

“Ini belum masuk wang perlindungan bulanan,” kata wanita itu.

Berdasarkan rekod transaksi yang dilihat Malaysiakini, syarikat Ah Ching membayar rasuah RM235,600 kepada pegawai JPJ pada tahun 2018 - purata RM19,633 sebulan.

Untuk sembilan bulan pertama 2019, dia membayar RM116,000 - purata RM16,571 sebulan. Jumlah itu berkurangan selepas amalan itu terhenti sekejap pada Mei dan Jun susulan operasi SPRM.


Difahamkan bayaran itu bersamaan hampir 30 peratus perbelanjaan tahunan syarikat Ah Ching.

“Saya takut kena rompak bawa cash (wang tunai) setiap hari. Mental saya sakit. Saya tak mahu buat lagi kerja ini,” kata setiausaha syarikat itu.

Onn, penyelia Ah Ching berkata, amalan rasuah yang berleluasa itu telah merosakkan syarikat mereka.

“Mereka datang minta duit tiap-tiap hari dan layan kami macam lembu kena perah susu. Berapa banyak lagi nak kena masuk dalam lubang tak ada dasar ini?

Enggan ikut rentak pegawai-pegawai korup itu lagi, syarikat Onn akhirnya menyimpan rekod-rekod bayaran untuk diberikan kepada pihak berkuasa.


Tak mudah nak buang pegawai korup

Bagaimanapun, jika SPRM membuat tangkapan besar-besaran pun, untuk membersihkan JPJ bukan perkara mudah.

Sumber-sumber yang mengetahui berkaitan birokrasi memberitahu Malaysiakini, pegawai-pegwai korup yang diheret ke mahkamah biasanya dipindahkan untuk kerja pejabat.

Ini susulan prosedur pembuangan kerja yang ketat.

Walaupun mereka ditugaskan untuk kerja kurang penting, mereka tetap menjadi sebahagian anggota jabatan dan boleh memberikan kesan negatif dan kemungkinan sabotaj.

Sumber-sumber berkata perjawatan penguat kuasa dan pegawai teknikal JPJ dianggap “perkhidmatan tertutup” yang mereka hanya boleh dipindahkan dalam jabatan itu sahaja dalam sektor awam.

Ini bermakna mereka akan menjadi sebahagian dari JPJ sehingalah dipecat - proses panjang yang turut melibatkan tempoh rayuan.

“Kamu masih kena jumpa pegawai dalam unitnya setiap hari walaupun telah dituduh di mahkamah.

“Pegawai itu boleh buat khabar angin dalam unit itu atau paling teruk sabotaj sistem itu,” kata salah satu sumber.

Portal ini sudah menghubungi Ketua PengarahJPJ Shaharuddin Khalid dan masih menunggu penjelasannya.


Ancaman hukuman berat

Sementara itu, amalan perniagaan yang buruk turut mendalangi amalan rasuah dalam penguatkuasaan pengangkutan komersial.

Perunding keselamatan jalan raya Foong Choy Chye berkata syarikat logistik cenderung membawa barangan lebih muatan untuk menjimatkan kos.

Beliau yang berpengalaman dalam dalam bidang keselamatan jalan raya selama 35 tahun itu berkata penjimatan itu membolehkan penghantar barangan memberikan diskaun lebih baik kepada pemberi konsain.

Bagaimanapun, Foong berkata persekitaran persaingan sengit itu telah menjejaskan keselamatan dan pematuhan undang-undang jalan raya.

Katanya sudah menjadi kebiasaan bagi sesebuah syarikat membawa barangan lebih 50 peratus daripada muatan dibenarkan.

Foong justeru mencadangkan pemandu lori dan syarikat logistik serta pemegang konsain barangan patut dihukum bersama jika berlaku kes lebih muatan.

“Jika pemegang konsain juga didenda, mereka pasti akan nasihatkan syarikat logistik tidak bawa barangan lebih muatan,” katanya.

Malaysiakini difahamkan, dasar dalaman JPJ menetapkan jika muatan berlebihan itu sedikit sahaja, tindakan akan diambil bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk mendenda pemandu dan syarikat logistik, sehingga maksimum RM2,000.

Bagaimanapun, jika banyak, Seksyen 57 dan 58 Akta Pengangkutan Awam 2010 akan digunakan. Pesalah boleh dibawa ke mahkamah dan didenda antara RM1,000 hingga RM500,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Undang-undang berbeza ini melibatkan budi bicara pegawai JPJ dan boleh disalah guna.

Pegawai-pegawai yang korup ini boleh menggunakan Akta Pengangkutan Awam 2010 untuk kesalahan kecil terhadap syarikat logistik bagi “menjinakkan” mereka mengikuti amalan sedia ada.

Akhirnya, kedua-dua pihak - syarikat logistik dan JPJ - sama-sama menghalakan amaran rasuah ini.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/02/tidak-serik-rasuah-gila-gila-dalam-jpj.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasuah Dalam Jpj Jahanamkan Industri Logistik

Rasuah Dalam Jpj Jahanamkan Industri Logistik

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 132 hits
LU WEI HOONG April tahun lepas seramai 46 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang Ia bukan sahaja mengejutkan masyarakat awam tetapi turut menyuntik rasa takut terhadap pegawai pegawai kerajaan yang korup Hasilnya pegawai pegawai JP...
Dakwaan Rasuah Jpj Akan Buat Laporan Kepada Pihak Berwajib

Dakwaan Rasuah Jpj Akan Buat Laporan Kepada Pihak Berwajib

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 156 hits
Kuala Lumpur Jabatan Pengangkutan Jalan akan membuat laporan kepada pihak berwajib berhubung artikel bertajuk Rasuah dalam JPJ jahanamkan industri logistik disiarkan oleh sebuah portal berita hari ini Menerusi satu kenyataan JPJ memaklumkan...
Tak Serik Peniaga China Tak Sabar Nak Jual Haiwan Liar Macam Biasa

Tak Serik Peniaga China Tak Sabar Nak Jual Haiwan Liar Macam Biasa

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 238 hits
Sejak dua minggu kebelakangan ini polis di China giat membuat serbuan ke atas rumah restoran dan pasar di negara itu Difahamkan hampir 700 individu ditahan kerana melanggar larangan sementara menangkap menjual atau memakan haiwan liar Berka...
Urusan Kedutaan Dan Pejabat Konsulat Di China Berjalan Seperti Biasa Saifuddin

Urusan Kedutaan Dan Pejabat Konsulat Di China Berjalan Seperti Biasa Saifuddin

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 274 hits
KUANTAN 17 Feb Semua urusan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Beijing dan pejabat konsulat Malaysia di China berjalan seperti biasa serta tidak berlaku masalah kekurangan pegawai kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah Beliau berkata pe...
Bahlil Curhat Bkpm Dulu Seperti Kantor Pos Tertinggal Dari Vietnam Thailand

Bahlil Curhat Bkpm Dulu Seperti Kantor Pos Tertinggal Dari Vietnam Thailand

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 174 hits
Kepala BKPM Bahlil Lahadalia mengatakan fungsi BKPM kala itu tidak sekedar menjalankan Perizinan Berusaha Terintegrasi Secara Elektronik atau Online Single Submission Namun juga berperan sebagai memberi cap ataupun stampel bagi pengusaha ma...
Kedua Dua Tangannya Ke Atas Seperti Meminta Diselamatkan Ibu Mangsa

Kedua Dua Tangannya Ke Atas Seperti Meminta Diselamatkan Ibu Mangsa

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 711 hits
Kedua dua tangannya ke atas seperti meminta diselamatkan Ibu mangsaFatimah Mohamed 33 tidak dapat menahan air matanya sebaik melihat anaknya Siti Nur Aini Zulimi berusia 10 bulan meninggal dunia dengan kesan terbakar di dalam buaiannya dala...
Lorenzo Kembali Beraksi

Lorenzo Kembali Beraksi

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 226 hits
JUARA dunia tiga kali Jorge Lorenzo mungkin akan membuat penampilan semula di MotoGP menerusi tiket wild card selepas Yamaha menandatanganinya sebagai pelumba ujian pasukan itu Pelumba berusia 32 tahun itu bersara tahun lalu selepas bergelu...
Kembali Terapkan Cost Recovery Esdm Sebut Skema Gross Split Tak Menarik Investor

Kembali Terapkan Cost Recovery Esdm Sebut Skema Gross Split Tak Menarik Investor

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 175 hits
Namun menurut Menteri Arifin skema gross split tak lantas dihapuskan Kedua skema bagi hasil tersebut akan diterapkan pada industri migas Indonesia Sebab masing masing skema bagi hasil memiliki karakteristik berbeda yang diminati oleh invest...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa