Tidak Salah Azmin Nak Jadi Pm Saifuddin Nasution




Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia ‘memberi laluan’ kepada mana-mana pemimpin dalam parti itu termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekiranya beliau mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri kelapan.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tidak salah bagi mana-mana ahli politik untuk mempunyai keinginan sedemikian tetapi ia perlu dilakukan secara tertib.
Menurutnya, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR perlu membawa nama beliau ke mesyuarat supaya dapat mengubah keputusan parti yang sebelum ini menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri kelapan.
“Jika Mohamed Azmin, misalnya, ada cita-cita hendak jadi Perdana Menteri, katakanlah. Pertama, dia kena zahirkan. Kedua, dia kena bawa ke dalam PKR untuk ubah keputusan parti yang sebelum ini menamakan calon Perdana Menteri kelapan ialah Anwar.
“Jadi Mohamed Azmin ada (keinginan untuk jadi Perdana Menteri) tidak salah. Hendak ada cita-cita boleh. Orang politik boleh ada cita-cita itu, tidak salah,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan wujud pakatan daripada kem Mohamed Azmin untuk menggagalkan proses peralihan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar.
Pada November lalu, Mohamed Azmin mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan Bari-san Nasional (BN) di kediaman rasminya di Presint 10 di sini.
Wawancara khas bersama Sinar Harian di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini semalam. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Wawancara khas bersama Sinar Harian di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini semalam. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Pertemuan itu didakwa diadakan bagi mendapatkan sokongan ahli Parlimen berkenaan untuk menggagalkan peralihan kuasa tersebut.
Konflik antara Mohamed Azmin dan Anwar terus memuncak apabila Ahli Parlimen Gombak itu bersama penyokongnya bertindak keluar dewan ketika Kongres Nasional Keadilan diadakan di Melaka pada awal Disember lalu.
Mohamed Azmin kemudian bersama beberapa pemimpin daripada kemnya hadir pada majlis makan malam yang disertai ribuan ahli dan penyokongnya, sekali gus menjadi pentas untuk menyerang Anwar.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Saifuddin berkata, selepas keputusan parti itu berubah, maka ia boleh dibawa kepada mesyuarat Majlis Presiden PH.
“Majlis Presiden PH akan membincangkan tentang keputusan PKR sudah ada calon lain (sebagai Perdana Menteri),” katanya.
Saifuddin berkata, dengan cara itu sahaja boleh memastikan cita-cita Mohamed Azmin untuk menawarkan diri sebagai Perdana Menteri akan terlaksana.
Sinar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/08/tidak-salah-azmin-nak-jadi-pm-saifuddin-nasution/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpdnhep Beri Jaminan Psp Tetap Dilaksanakan Saifuddin Nasution

Kpdnhep Beri Jaminan Psp Tetap Dilaksanakan Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 361 hits
Wawancara khas Sinar Harian bersama Saifuddin Nasution di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR PUTRAJAYA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberi jaminan Program Su...
Begini Caranya Jika Azmin Bercita Cita Nak Jadi Pm

Begini Caranya Jika Azmin Bercita Cita Nak Jadi Pm

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 246 hits
Benarkah Azmin Ali ada cita cita mahu jadi Perdana Menteri dan memintas konsensus PH yang telah menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke 8 Jika benar ini cara dan kaedahnya Parti Keadilan Rakyat sedia memberi laluan kepada m...
Mukhriz Nak Mai Pusat

Mukhriz Nak Mai Pusat

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 364 hits
kikikikikiGara maszlee letak jawatan Tekanan DAP Itu je lah idea cai otak kosong MUKHRIZ nak Mai pusat to groom him as PM Bagueh punya idea Sendiri punya idea sendiri ketaq lutut That s why jangan awai dok label Pm in waiting PM tepi Masin ...
Kalau Kau Jantan Kita Berdepan Aku Nak Jumpa Kau Sharif Zero Berang Disamakan Dengan Pendatang Asing Tanpa Izin

Kalau Kau Jantan Kita Berdepan Aku Nak Jumpa Kau Sharif Zero Berang Disamakan Dengan Pendatang Asing Tanpa Izin

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 407 hits
Sharif mencabar individu yang menghina mereka supaya tampil bersemuka PELAWAK Sharif Zero meluahkan rasa tidak puas hati terhadap individu di sebalik akaun palsu di Facebook dengan nama Shah Shah yang menghina wajahnya serta ahli kumpulan Z...
Nak Beli Mahal Buat Sendiri Je Keju Tinggi Protein Dan Kalori Untuk Bayi Ibu Ni Kongsikan Langkahnya

Nak Beli Mahal Buat Sendiri Je Keju Tinggi Protein Dan Kalori Untuk Bayi Ibu Ni Kongsikan Langkahnya

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 318 hits
Menurut The American Academy Of Pediatrics bahagian Alergi dan Imunologi bayi boleh mengambil keju setelah diperkenalkan dengan makanan pejal Ini bermakna bayi boleh diberikan keju dengan selamat Malah kandungan keju yang tinggi kalori dan ...
Sejuk Perut Ibu Mengandung Nak Akhlak Anak Mulia Papa Mama Kena Mula Dari Janin Lagi

Sejuk Perut Ibu Mengandung Nak Akhlak Anak Mulia Papa Mama Kena Mula Dari Janin Lagi

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 477 hits
Akhlak yang mulia merupakan asas untuk menjadi insan yang Berjaya Oleh itu sebagai ibu bapa menjadi tanggungjawab anda dalam membentuk akhlak yang mulia untuk anak anak 1 Sewaktu hamil anda dan pasangan perlu sentiasa mematuhi suruhan ALLAH...
Kafein Boleh Masuk Dalam Susu Ibu 5 Perkara Ibu Kena Tahu Kalau Nak Minum Kopi

Kafein Boleh Masuk Dalam Susu Ibu 5 Perkara Ibu Kena Tahu Kalau Nak Minum Kopi

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 411 hits
Don t talk to me until I get my coffee Ada orang memang mesti pekena kopi dulu seawal pagi untuk mulakan hari mereka Biasanya ramai yang minum kopi setiap hari untuk rasa lebih bertenaga Tambahan lagi kalau ada anak kecil mak mak suka minum
Nak Tau Tak Apa Manfaat Listerine Selain Dari Mewangikan Bau Mulut Korang Meh Baca Ni

Nak Tau Tak Apa Manfaat Listerine Selain Dari Mewangikan Bau Mulut Korang Meh Baca Ni

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 763 hits
Nak tau tak apa manfaat Listerine selain dari mewangikan bau mulut korang Meh baca ni Korang mesti korang tau Listerine kan Halahh yang orang guna nak wangikan mulut tu Cikla baru tau yang rupanya Listerine ni banyak manfaat dia selain dari...
Nak Dijadikan Satu Subjek Pun Tada Masalah Liew Wean Chee

Nak Dijadikan Satu Subjek Pun Tada Masalah Liew Wean Chee

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 971 hits
Jawi tidak ubah status bangsa agama seseorangSAYA sangat tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan Jawi adalah senjata mengislamkan kaum kaum lain Saya bersekolah di Sekolah Rendah estet masuk Sekolah Menengah Kerajaan dapat Sarjana M...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan