Tidak Ramai Selebriti Yang Mendapat Peluang Untuk Buat Animasi Kehidupan Sendiri Nabil Ahmad
Tidak ramai selebriti yang mendapat peluang untuk buat animasi kehidupan sendiri – Nabil Ahmad
SIRI mini animasi di Astro Warna kali ini mengambil kampung selebriti Nabil Ahmad sewaktu kecil di Kampung Kayu Ara, Mambau, Negeri Sembilan sebagai backdrop dan jalan ceritanya dalam Lu Pikir La Nabil, TuuDeh…!”.
Animasi pendek terbitan Astro dan Ed Online Technologies Sdn. Bhd., bersama selebriti Nabil ini merupakan animasi selebriti pertama di Malaysia dan juga kesinambungan kepada musim pertamanya yang telah mendapat sambutan baik daripada para peminat.
“Menerusi animasi Lu Pikir La Nabil, TuuDeh..! kali ini, saya ingin menunjukkan yang di mana-mana situasi pun, kebenaran akan terungkap. Bak kata pepatah “berani kerana benar, takut kerana salah”.
“Lebih kurang begitulah topik yang saya ingin terapkan kepada penonton. Tiada apa yang terlalu serius. Ini juga sebenarnya adalah untuk keseronokan dan hiburan sahaja.
“Selain itu, saya memilih untuk menghasilkan animasi ini kerana ingin mencari kelainan. Bagi saya, filem pendek dan rancangan realiti itu sudah agak biasa.
“Lantas, tujuan utamanya adalah untuk menjadi selebiriti pertama yang mempunyai animasi tersendiri. Jika kita mahu mengikut dunia digital pada zaman sekarang ini, sudah terlalu banyak animasi dan kartun-kartun yang dikeluarkan dari segi penceritaan yang moden tetapi tidak ramai selebriti yang mendapat peluang untuk buat animasi berdasarkan kehidupan mereka sendiri,” kata Nabil yang turut bertindak sebagai pelakon alih suara dalam siri animasinya.
Ujar Nabil lagi, dia menzahirkan rasa teruja dan berterima kasih kepada pihak Astro kerana memberi peluang kepadanya untuk menpunyai animasi sendiri.
“Saya sangat teruja dan bersyukur di beri peluang oleh Astro sendiri untuk menjadi selebriti pertama yang menghasilkan animasi sendiri.
“Harapan saya untuk siri mini animasi Lu Pikir La Nabil, TuuDeh..! ini semestinya menggunung tinggi.
“Saya berharap agar suatu hari nanti, kita akan ada Lu Pikir La Nabil The Movie yang akan ditayangkan diseluruh pawagam atau di saluran Astro First, Insya-Allah. Saya juga berharap agar penonton terhibur dengan penceritaannya,” ujarnya kepada URTV.
Dalam pada itu, pengarahnya, Syukur Majid berkata, penceritaan menerusi animasi boleh dibawa dengan pelbagai cara, lebih lagi apabila ia melibatkan pencetusan perasaan terhadap sesuatu situasi kepada penonton.
“Antara cara yang kami lakukan adalah dengan membawa cerita inspirasi dari realiti seseorang dan mewarnainya dengan situasi semasa supaya mudah dihadam penonton.
“Alhamdulillah animasi musim pertama sebelum ini telah mendapat reaksi yang sangat positif seperti kelakar, best dan terhibur daripada penonton-penontonnya. Malah, mereka sukakan latar belakang animasi ini yang mengimbau kenangan mereka kepada komik dan animasi tempatan tahun 90-an.
“Atas respons ini, Astro dan pihak produksi telah meneruskan dengan musim kedua yang menekankan penceritaan pada bulan Ramadan dan Raya 2022,” katanya.
Tambah Syukur lagi, pihaknya masih mengekalkan konsep siri mininya dengan masih membawa elemen-elemen yang menggelikan hati.
“Namun, pada kali ini kami melanjutkan durasi animasi ini menjadi tujuh minit daripada empat minit sebelumnya jadi penonton akan dapat terhibur lebih lagi, ditambah pula dengan kemunculan watak baharu yang mengubah dimensi penceritaannya.
“Ceritanya menjadi lebih kecoh. Pelbagai konflik dan drama berlaku kepada Nabil, rakan-rakannya dan orang kampung ketika menyambut bulan Ramadan dan Syawal.
“Selain itu, animasi ini juga diterbitkan dengan penuh pengisian yang mampu memberi teladan kepada penonton. Pada mula perbincangan dan pengumpulan idea lagi, kami sudah merancang dengan rapi plot-plot cerita yang bersesuaian bagi membentuk kitaran cerita yang bermakna, di mana setiap permasalahan adanya solusi.
“Mencampur adukkan kisah sebenar hidup Nabil Ahmad pada zaman kanak-kanaknya sekitar tahun awal 90an, kami gabungkan dengan permasalahan di zaman kini agar mudah diterima penonton kini,” jelasnya.
Malah, mereka juga turut mengambil kira respons penonton daripada siri pertama yang tidak puas menonton animasi terbabit memandangkan durasinya agak singkat.
“Kami mendengar dan mengumpul tindak balas daripada penonton musim pertama yang lalu. Ramai yang menyuarakan rasa tidak puas menonton musim pertamanya yang berdurasi pendek, empat minit.
“Jadi, kami panjangkan sedikit durasinya dan memilih tujuh minit kerana ianya antara durasi yang sesuai untuk tayangan televisyen dan ‘workable’ dalam tempoh masa yang diberikan.
“Kami berharap siri animasi mini ini dapat menghiburkan penonton bersama keluarga dan rakan-rakan sambil mereka dapat menghadam pengajaran-pengajaran yang diselitkan.
“Kami juga berharap siri kali ini akan lebih mendapat sambutan, dan dengan sokongan tersebut Astro dapat memberi peluang lagi kepada kami untuk meneruskan produksi animasi Lu Pikir La Nabil ini, mungkin dalam format yang lebih panjang di masa akan datang,” katanya.
Penceritaan menerusi lima episod pendek yang berdurasi tujuh hingga sebelas minit ini mengisahkan Nabil, seorang kanak-kanak yang penuh dengan angan-angan dan seringkali menimbulkan kekecohan di kampungnya dengan tidak sengaja.
Dan kerana hal itu, dia berdepan dengan pelbagai masalah, tambahan pula dengan kehadiran budak baharu bernama Syasya sehingga menggugat persahabatan dengan kawan-kawan karibnya, Mok serta Fahmi.
Hidupnya serba tidak kena dengan pelbagai masalah yang timbul ketika Ramadan yang mengakibatkan kekecohan berlaku ketika sambutan Hari Raya dikampungnya.
Animasi musim kedua ini menggambarkan suasana sambutan Ramadan dan Raya Nabil sewaktu kecil di kampungnya. Penceritaan animasi ini juga mengetengahkan dialek tempatan iaitu dialek Negeri Sembilan sebagai dialog utama yang menjadikan animasi tersebut lebih menghiburkan.
Siri mini animasi ini juga mengekalkan tempo penceritaan padat dan padu dengan pengisian-pengisian yang boleh dijadikan pengajaran dalam hidup seisi keluarga walaupun berdurasi pendek.
Animasi ini turut didukung oleh barisan pelakon suara seperti Shahril Fahmey dan Haefizul Yusof, iaitu kawan baik Nabil dari kecil yang dijemput khas untuk membuat alih suara bagi watak Fahmi dan Mok serta Amanda Amry, pelakon yang sedang meningkat naik.
Siri mini animasi Lu Pikir La Nabil, TuuDeh..! musim kedua ditayangkan setiap Khamis, mulai 7 April, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna HD (107) dan ulangan di saluran Astro Ceria HD (611) pada setiap Ahad, jam 3.00 petang.
Animasi ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Utv
Tidak ramai selebriti yang mendapat peluang untuk buat animasi kehidupan sendiri – Nabil Ahmad
Baca Artikel Menarik:
Fahmi bidas Rafizi Ramli
Kejam! Zionis biar wanita Palestin yang ditembak berlumuran darah hingga mati
Perkahwinan anak David Beckham ‘paling membazir’
Sajian Tujuh Kawah Wak Lan Dan Pencuci Mulut Raja Buah Memang Berbaloi Untuk Santapan Berbuka Puasa
LHDN Komen Video Aisar Tunjuk Duit Berkepuk-Kepuk
Nurul Izzah tidak bertanding pada pemilihan PKR
Bung Moktar tempelak Muhyiddin cakap tak serupa bikin
Penyanyi Yasin Perlu Rawatan Pakar Psikiatri Segera – Peguam
Status hina Nabi Muhammad, Uthaya kena angkut dengan polis
Amirudin sindir Farhash ikutnya ke mana saja
Ketua parti, menteri minta saya lompat parti
Banduan lolos dari tahanan pecah masuk rumah penduduk pula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/13/tidak-ramai-selebriti-yang-mendapat-peluang-untuk-buat-animasi-kehidupan-sendiri-nabil-ahmad/