Tidak Pernah Terlihat Pun Politikus Negara Memperjuangkan Perlaksanaan Sekolah Satu Aliran


Terlaksanakah sekolah satu aliran?
Persekolahan satu aliran yang menjadi polemik hangat dari semasa ke semasa perlu dibincangkan untuk dimuktamadkan dari segi kebolehlaksanaannya, sama ada dalam waktu terdekat mahupun jangka masa panjang. Ini kerana ia keperluan negara yang mendesak semenjak sekian lama untuk perpaduan erat lagi utuh. Namun, ia tidak mahu diambil serius oleh pemerintah.

Sehubungan itu, Ordinan Pendidikan 1952 yang dikeluarkan British membuat ketetapan, sekolah satu aliran adalah tempat belajar sebenarnya dalam sistem pendidikan negara. Dengan ini, sekolah vernakular tiada tempat di dalamnya. Namun, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1955, manifesto untuk membenarkan perkembangan sekolah vernakular secara biasa sesungguhnya menempelak dasar British yang antisekolah Cina.

Tidak cukup dengan janji ini, Ordinan Pendidikan 1957 yang kita buat ikut menjamin penerusan sekolah vernakular pada sekolah rendah. Untuk sekolah menengah Cina, Akta Pendidikan 1961 digunakan untuk menyarannya menjadi sekolah kerajaan. Sehubungan itu, 72 daripada 86 bertukar dan selebihnya menjadi sekolah menengah persendirian Cina.

Pendidikan Cina di negara ini bukan sahaja diperjuang untuk melestarikan sekolah Cina awam dan swasta, ia juga untuk menjadikan bahasa Mandarin bahasa rasmi bersekali dengan bahasa Melayu. Ini dapat dilihat pada isu bahasa kebangsaan yang dipertikai secara agresif lagi provokatif pada PRU 1959, 1964 dan 1969.

Bagaimanapun, ia tidak kedengaran lagi selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969. Ini kerana perbincangan terbuka tentang bahasa kebangsaan yang mempunyai unsur hasutan boleh menyebabkan seseorang atau sesuatu pihak disabitkan Akta Hasutan 1948.

Persekolahan satu aliran yang sepatutnya menjadi norma, iaitu sebagai model dan prinsip kepada tindakan betul tentang nilai penyatupaduan bestari dalam sistem pendidikan negara didapati gagal dilakukan kerana percaturan politik yang lebih mementingkan kekuasaan parti politik untuk mula memerintah dan selepas itu terus memerintah.

Sehubungan itu, politik lebih-lebih lagi pada dimensi kuasa didapati faktor yang merosakkan banyak perkara baik untuk negara. Ini berlaku pada masa dahulu, sedang berlaku kini dan pasti akan terus berlaku sepanjang waktu selagi kepimpinan kita tiada jiwa negarawan. Sebagai ahli politik semata-mata, janji untuk melindungi pendidikan Cina akan terus dijuarai.

Sistem pendidikan negara sepatutnya mengambil haluan progresif ekoran peristiwa 13 Mei itu bersekali kerangka perpaduan dalam bidang ekonomi, iaitu menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sehubungan waktu terdesak yang memerlukan tindakan terpaksa, persekolahan satu aliran sepatutnya menggantikan bentuk pelbagai aliran sebagai langkah untuk memulihkan negara akibat hubungan etnik tidak baik yang mencetuskan perbalahan kaum itu.

MAGERAN
Malangnya ia tidak dilakukan walaupun negara berada di bawah kekuasaan Majlis Gerakan Negara (Mageran). Dengan itu, ia bukan sahaja peluang yang terlepas. Ini kerana negara berada dalam keadaan darurat keselamatan yang membolehkan kita menggubal sebarang perundangan yang perlu untuk menangani masalah yang dihadapi akibat hubungan etnik rapuh yang membawa kesan buruk kepada negara. Ia juga peluang yang hilang. Dalam hal ini, sudah tentu kita sesekali tidak mahu peristiwa hitam tersebut berulang lagi untuk dimanfaatkan bagi mengadakan persekolahan satu aliran yang terlepas itu.

Bukan sahaja kehilangan peluang itu, kita juga kehilangan faedah daripada kebaikan sistem persekolahan yang merupakan norma di seluruh dunia untuk penyatupaduan anak bangsa termasuklah negara monoentik, apatah lagi Malaysia yang multietnik.

Sebenarnya persekolahan satu aliran tidak mudah diwujudkan dalam keadaan biasa, yakni semasa tiadanya darurat keselamatan. Ini dapat dilihat daripada bantahan keras etnik bukan Melayu yang menganggapnya sebagai hak mereka sedangkan ia keistimewaan sahaja. Selain itu, tiadanya keazaman politik daripada kepimpinan kita, iaitu tiada iltizam untuk melaksanakan sesuatu dasar, apatah lagi yang tidak dapat dilihat dampak baiknya dalam waktu terdekat adalah faktor lainnya.

Persekolahan satu aliran akan melenyapkan kelangsungan politik parti yang mahu melaksanakannya, ia akan menghuru-harakan negara akibat penentangan yang kuat serta walaupun baik ia tidak diingini rakyat adalah antara kenyataan politik daripada kepimpinan kita. Sehubungan itu, ia memperlihat mereka lebih memikirkan PRU akan datang dan bukannya negara pada masa mendatang.

Ini berbeza sekali dengan kepemimpinan jiran kita yang tegas melaksanakan persekolahan satu aliran walaupun ditentang keras oleh etnik Cina. Melalui keazaman politik, kini bukan sahaja anak bangsanya bersatu padu antaranya dalam mendukung identiti nasional sama akibat sejenis persekolahan sahaja, mereka berupaya bergerak sederap sebagai satu komuniti nasional di dalam dan luar negara.

Nampaknya kita akan selama-lamanya tidak bersatu padu dalam erti kata sebenarnya. Ini kerana kita tidak mahu mengendahkan petua mudah, iaitu kanak-kanak yang belajar bersama-sama sewaktu kecil akan terus bersama-sama ketika dewasa dan sehingga ke akhir hayat. Ini hanya boleh berlaku dengan persekolahan satu aliran yang bermula di tadika serta sekolah rendah dan berterusan di sekolah menengah dan institusi pendidikan tinggi. Dengan ini, kita akan peroleh hasilnya di tempat kerja yang memperlihat adanya bukan sahaja pergaulan bebas tetapi juga persahabatan tulen antara kita.

Oleh: Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/tidak-pernah-terlihat-pun-politikus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pernah Digelar Anak Gajah Dora The Explorer Amy Nur Tinie Kini Membesar Jadi Ratu Cantik Negara

Pernah Digelar Anak Gajah Dora The Explorer Amy Nur Tinie Kini Membesar Jadi Ratu Cantik Negara

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 340 hits
Namanya seringkali mengharumkan Malaysia Amy Nur Tinie Abdul Aziz atau Tinie bukan saja dilantik sebagai United Nations IIMSAM Youth Goodwill Ambassador malah beliau juga adalah seorang ratu cantik ahli perniagaan pengacara pelakon dan mode...
Satu Lagi Pandangan Utk Kepentingan Negara

Satu Lagi Pandangan Utk Kepentingan Negara

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 183 hits
Walaupun tidak mencadangkan satu penyelesaian khusus seperti Tun tetapi ia sangat jelas dan matang untuk pertimbangan Agong Berundurlah
12 Artis Yang Sengaja Vakum Dari Dunia Hiburan Demi Melanjutkan Sekolah Pendidikan Tetap Nomor Satu

12 Artis Yang Sengaja Vakum Dari Dunia Hiburan Demi Melanjutkan Sekolah Pendidikan Tetap Nomor Satu

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 401 hits
Mereka bahkan tak segan meninggalkan karier yang tengah berada di puncak demi menuntut ilmu Keren abis
Sama Sama Tekuni Dunia Akting 10 Artis Ini Pernah Satu Film Sinetron Dengan Orang Tua Profesional

Sama Sama Tekuni Dunia Akting 10 Artis Ini Pernah Satu Film Sinetron Dengan Orang Tua Profesional

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 299 hits
Ikuti jejak orang tua di dunia peran tak sulit bagi para artis ini untuk membangun chemistry di setiap frame
Satu Lagi Masalah Orang Melayu Siapa Suruh Serah Kedaulatan Negara Kepada Unhcr

Satu Lagi Masalah Orang Melayu Siapa Suruh Serah Kedaulatan Negara Kepada Unhcr

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 431 hits
Tuan tuan mula sekali sila baca berita bodoh berikut Kali ini saya setuju dan sokong Menteri KDN kita Hamzah Zainuddin membuat kritikan terhadap UNHCR Tetapi soalan besarnya kenapa kita layan sangat UNHCR ini Tutup saja pejabat mereka dan s...
Jangan Guna Nama Saya Untuk Sekolah Bila Saya Pergi Tun Mahathir

Jangan Guna Nama Saya Untuk Sekolah Bila Saya Pergi Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 295 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu namanya digunakan pada sesuatu tempat atau jalan sebagai legasi jika ditakdirkan beliau pergi selama lamanya Bekas Perdana Menteri itu berkata sekali pun beliau menjangkau usia itu atau kurang Dr Mahathir ...
Modul Latihan Matematik Sekolah Rendah Operasi Darab

Modul Latihan Matematik Sekolah Rendah Operasi Darab

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 464 hits
Modul Latihan Matematik Sekolah Rendah Operasi Darab Modul latihan pada kali ini menyediakan koleksi soalan operasi asas matematik yang sesuai digunakan oleh murid tahun 1 2 dan 3 sebagai latihan tambahan mereka Di dalam mata pelajaran Mate...
Pandemi Dan Cerita Sepi Di Balik Tembok Sekolah

Pandemi Dan Cerita Sepi Di Balik Tembok Sekolah

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 199 hits
Gedung sekolah berlantai empat itu sepi dari hiruk pikuk proses belajar mengajar Tak ada siswa dan siswi di sana Hanya terlihat beberapa guru yang sedang berjaga Kondisi ini sudah berlangsung sejak Maret 2020 lalu lebih dari satu tahun lama...
Buang Bayi Di Depan Sekolah Polis Tahan Pasangan Kekasih

Buang Bayi Di Depan Sekolah Polis Tahan Pasangan Kekasih

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 215 hits
MALAYSIAKINI Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan kes buang bayi perempuan yang baru dilahirkan di perhentian bas berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sri Sendayan dekat Seremban semalam Ketua Polis Daerah Seremban ...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan