Tidak Perlu Jadi Batu Api


Ketua ARMADA BERSATU Sabah Fairuz Renddan


KOTA KINABALU: Ketua ARMADA BERSATU Sabah Fairuz Renddan menyelar kenyataan lantang Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir. Abdul Aziz Julkarnain yang menuntut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk letak jawatan dan menyerunya untuk berhenti menjadi batu api.

"Alasan beliau apa? Untuk tanggungjawab moral kerana gagal menghayati prinsip Rukun Negara 'Kesetiaan Kepada Raja dan Negara' dan 'Keluhuran Perlembagaan'.

"Sebelum menunding jari kepada pemimpin lain khasnya Perdana Menteri, adakah beliau (Ir. Abdul Aziz) sendiri menghayati dan memahami adab dan moral?," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Terdahulu, Ir. Abdul Aziz dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beliau, turut menyeru Ahli-Ahli Parlimen UMNO, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri dan pemegang jawatan GLC untuk menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan meletakkan jawatan serta merta, tidak berkompromi dan derhaka kepada Raja.

Hal itu berikutan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara tentang rasa dukacita KBDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong tentang kenyataan yang dibuat di Parlimen pada 26 Julai berkenaan kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang dimasyurkan oleh Baginda sepanjang tempoh darurat walaupun belum diperkenankan oleh Baginda.

Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir. Abdul Aziz Julkarnain "Jika Menteri tersebut (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Palimen & Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah memberikan kenyataan yang tidak tepat dan mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat, maka sudah pasti itu adalah di atas kapasiti beliau sendiri dan adalah tidak wajar jika segalanya dikaitkan dan dilemparkan kesalahan serta hukuman kepada pimpinan Perdana Menteri.

"Jika kita di sini ingin menyokong ke arah kemaslahatan bersama, keharmonian negara dan rakyat, adalah wajar semua pihak bekerjasama dan bukan hanya membangkitkan isu menarik sokongan terhadap kerajaan PN, menggesa PM letak jawatan, menyeru ahli parlimen dari parti masing-masing tarik sokongan, letak jawatan dan sebagainya.

"Pada saat ini, keutamaan adalah untuk kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara, sesuai dengan titah Baginda dan saya kira, tidak wajar beliau (Ir. Abdul Aziz) memainkan isu ini dan menjadi duri dalam daging, merosakkan penyatuan PN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mana UMNO juga merupakan antara rakan sekutu dalam pentadbiran," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan itu juga menegaskan bahawa seorang pemimpin yang berwibawa adalah yang memberi buah fikiran dan tenaga untuk rakyat di kala semua dihimpit masalah akibat kemelut pandemik COVID-19.

"Kalau kawan kita itu rasa beliau ada ciri-ciri seorang pemimpin muda yang berjiwa rakyat, ayuh sama-sama, jom ikut kita turun padang, lawat rakyat di semua kawasan, kita beri sumbangan, ramai rakyat kita dihimpit masalah kekurangan wang, hilang pekerjaan dan tiada makanan," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/tidak-perlu-jadi-batu-api.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puad Zarkashi Jangan Jadi Batu Api Hentikan Percakaran Dalam Parti

Puad Zarkashi Jangan Jadi Batu Api Hentikan Percakaran Dalam Parti

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 173 hits
Puad Zarkashi jangan jadi batu api hentikan percakaran dalam parti Datuk Mohd Puad Zarkashi diingatkan tidak menjadi batu api namun perlu memberi sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam usaha membantu r...
Polis Cadang Tubuh Konsortium Untuk Bina Kilang Senjata Api Yang Sah Di Sabah

Polis Cadang Tubuh Konsortium Untuk Bina Kilang Senjata Api Yang Sah Di Sabah

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 301 hits
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali KOTA KINABALU Polis Sabah menyarankan agar sebuah konsortium ditubuhkan untuk memberi jalan bagi sebuah kilang senjata api yang sah untuk dibina di negeri ini sehingga orang tidak lagi membuat se...
Sjcam C100 Kecil Kecil Cili Api Padu Beb

Sjcam C100 Kecil Kecil Cili Api Padu Beb

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 367 hits
SJCAM C100 Baru baru ini aku ada beli mini action cam SJCAM C100 Saiznya yang kecil memang menarik minat aku Mudah dibawa kemana mana Quality video pun cantik WAlaupun bukan 4k bagi aku cukuplah 2k tu pun Janji aku nak record video senang B...
Dapur Fiezasani Resipi Nasi Goreng Cili Api Yang Senang Nak Masak Dan Bahan Tak Banyak

Dapur Fiezasani Resipi Nasi Goreng Cili Api Yang Senang Nak Masak Dan Bahan Tak Banyak

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 402 hits
Haritu k fiezz ternampak ada sorang blogger ni kongsi kat Tik Tok dia cara masak nasi goreng cili api ni Tengok cara masak yang dia tunjuk tu macam senang je nak buat nasi goreng cili api ni Moh lah kita cuba Kadang bosan juga asyik ulang n...
Ayam Masak Lomak Cili Api Dan Sirap Bandung Saji

Ayam Masak Lomak Cili Api Dan Sirap Bandung Saji

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 426 hits
Assalamualaikum BARU lepas makan tengahari Panaskan lauk Ayam Masak Lomak Cili Api yang Sk masak minggu lepas Masa tu Pak Inche minta kari ayam jadi sebab dah jemu makan kari untuk Sk dan Iman ada lauk masak lemak stail negeri ni la Tapi pu...
Geng Keliling Api 14 Ditahan Langgar Sop

Geng Keliling Api 14 Ditahan Langgar Sop

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 304 hits
Geng Keliling api 14 ditahan langgar SOP Polis menahan 14 individu bagi membantu siasatan pelanggaran SOP selepas berhimpun dalam upacara kematian di Pulau Pinang Jumaat lalu Kejadian dilaporkan berlaku di Bayan Lepas apabila ahli keluarga ...
Resepi Ikan Keli Salai Lemak Cili Api Dengan Buah Kundang

Resepi Ikan Keli Salai Lemak Cili Api Dengan Buah Kundang

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 940 hits
Resepi Ikan Keli Salai Lemak Cili Api Dengan Buah Kundang Hmm teringat buah kundang ke dah terliur tu belum lagi makan dan telan Buah kundang Tak kenal Ala yang buah mangga kecik kecik rasa masam waktu masih muda bila dah masak manis la ras...
Pemilik Senjata Api Berlesen Dinasihat Menjaga Dan Menyimpan Dengan Selamat

Pemilik Senjata Api Berlesen Dinasihat Menjaga Dan Menyimpan Dengan Selamat

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 256 hits
HAZANI membantu seorang pemilik senjata api membaharui lesen pistolnya pada program itu TAWAU 23 Julai 2021 Pemilik senjata api berlesen dinasihat menjaga dan menyimpan dengan selamat senjata api bagi mengelakkan perkara tidak diingini berl...
Lelaki Disambar Api Lompat Pagar Minta Tolong

Lelaki Disambar Api Lompat Pagar Minta Tolong

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 294 hits
Mangsa yang mengalami melecur 60 peratus pada tubuhnya dibawa ke HPP untuk rawatan lanjut Lelaki disambar api lompat pagar minta tolong GEORGETOWN Seorang penjaga bangunan berlari dan melompat pagar sebuah rumah dengan tubuhnya melecur akib...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa