Tidak Mustahil Masih Ada Calon Spm Tidak Tahu Membaca Kaunselor



PENCAPAIAN calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dan 2022, yang merekodkan lonjakan daripada 88.1 peratus kepada 91.6 peratus jumlah layak mendapat sijil adalah perkara yang amat membanggakan.

Namun perit untuk ditelan apabila 8.4 peratus daripada ke­seluruhan calon yang mendu­duki SPM 2022 pada 20 Februari hingga 15 Mac 2023 di seluruh negara, tidak layak mendapat sijil berikutan gagal dalam subjek Bahasa Melayu (BM) atau Sejarah atau kedua-duanya.

Hal ini bukan sahaja membimbangkan malah mula menjadi norma dalam kalangan pelajar yang menganggap sijil berkenaan tiada makna dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka.

Kaunselor Berdaftar dan Te­rapi Kekeluargaan, Zumasni Rajikin berkata, kegagalan lepasan SPM dalam dua subjek ber­kenaan terutama BM mungkin di­sebabkan kegagalan mereka menguasai aspek membaca, me­nulis dan mengira (3M).

Sehubungan itu katanya, tidak mustahil jika ada calon SPM masih tidak pandai membaca dan mengeja.

Menurutnya, peneguhan dan penekanan kepada aspek 3M yang sering dipandang remeh hakikatnya perlu diambil berat sejak zaman sekolah rendah.

“Jika ada sikap ‘tidak me­ngapa’ kepada murid yang masih sukar menguasai 3M ini seawal darjah 1 hingga 3, perkara ini menyebabkan murid tercicir dalam pelajaran. Sukar untuk mereka memahami sesuatu subjek.

“Sikap sambil lewa terhadap penguasaan ini wujud biarpun kita mempraktikkan Bahasa Melayu di mana-mana sahaja dan sentiasa mende­ngar komunikasi bahasa ini.

“Semuanya bermula dari rumah dahulu tidak kira golongan mana ekoran penguasaan Ba­hasa Melayu adalah satu kewajiban. Terutamanya untuk lulus SPM,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Ujarnya, pihak kementerian perlu mewajibkan ujian Peni­laian Khas 3M bagi kemasukan ke tingkatan 1 agar pelajar dan ibu bapa akan menganggap fokus kepada pemahaman membaca dan mengeja adalah sangat penting di sekolah rendah.

Mengulas dakwaan kira-kira 70,000 calon tidak layak dapat sijil SPM, Zumasni berkata, an­tara punca mereka tidak berminat dengan subjek berkenaan adalah kerana malas, terpe­ngaruh dengan kawan-kawan yang sudah bekerja dan silibus terlalu berat.

Katanya, jika silibus itu terlalu berat pendekatannya terutama di sekolah rendah, ia menda­tangkan rasa bosan seterusnya kurang minat terhadap subjek tersebut akan timbul.

“Jadi, keluarga memainkan peranan yang sangat penting. Sokongan ibu bapa dan keluarga yang lemah boleh membantutkan keupayaan daya juang seorang pelajar untuk berusaha,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zumasni turut menasihati agar murid di tahap satu hingga tiga diberi perhatian secukupnya agar lancar dalam membaca dan mengeja.

“Beri sekeping sijil penghargaan bagi murid berjaya lancar membaca. Ini akan mendorong mereka untuk suka ke sekolah.

“Fokus juga kepada subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Bahasa Inggeris semasa di tingkatan 4 dan tingkatan 5 de­ngan mempelbagaikan mutu pengajaran terutama subjek Sejarah.

“Kenal pasti juga pelajar ber­masalah semasa awal kemasukan ke tingkatan 4 dengan membantu mereka dari sudut psikologi,” ujarnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/06/tidak-mustahil-masih-ada-calon-spm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpm Kaji 14 858 Calon Tidak Duduki Spm 2022 Fadhlina Sidek

Kpm Kaji 14 858 Calon Tidak Duduki Spm 2022 Fadhlina Sidek

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 243 hits
SHAH ALAM Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan kajian terperinci mengenai punca sebilangan pelajar tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun lepas kata Menterinya Fadhlina Sidek Beliau berkata hasil kajian itu ...
Kpm Akan Teliti Isu 14 858 Calon Spm Tak Hadir

Kpm Akan Teliti Isu 14 858 Calon Spm Tak Hadir

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 192 hits
Fadhlina Sidek berkata terdapat banyak faktor dan punca yang mengakibatkan 3 8 calon terlibat tidak hadir menduduki peperiksaan SPM tahun lalu PETALING JAYA Kementerian Pendidikan akan meneliti isu ketidakhadiran 14 858 atau 3 8 daripada 38...
Radzi Bidas Tuduhan Anwar Tidak Pantau 30 Ribu Calon Tidak Duduki Spm

Radzi Bidas Tuduhan Anwar Tidak Pantau 30 Ribu Calon Tidak Duduki Spm

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin membidas sindiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung 30 000 pelajar yang tidak duduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2022 kerana tidak dipantau sebagai ...
Tiada Percanggahan Jumlah Calon Tidak Duduki Spm 2022 Timbalan Menteri

Tiada Percanggahan Jumlah Calon Tidak Duduki Spm 2022 Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 244 hits
Kementerian Pendidikan mengesahkan hampir 30 000 direkodkan tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia 2022 termasuk calon yang berdaftar mengambil satu subjek dalam peperiksaan awam itu Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata jumlah...
Tarikh Daftar Calon Persendirian Spm Dilanjut Hingga 30 Jun

Tarikh Daftar Calon Persendirian Spm Dilanjut Hingga 30 Jun

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 252 hits
Pendaftaran calon persendirian SPM 2023 dibuka melalui aplikasi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian KUALA LUMPUR Tarikh pendaftaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 bagi calon persendirian dilanjutkan hingga 6 petang 30 Jun i...
Over 211 000 Students Failed Or Skipped Spm From 2019 To 2021 Says Ngo

Over 211 000 Students Failed Or Skipped Spm From 2019 To 2021 Says Ngo

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 359 hits
Most of the students who failed or did not sit for the exam were from B40 households that were most affected by the Covid 19 movement restrictions when schools had to shut down for a total of 42 weeks in 2020 and 2021 PETALING JAYA A study ...
Dakwaan Kpm Turunkan Pemarkahan Spm Hanya Spekulasi Fadhlina

Dakwaan Kpm Turunkan Pemarkahan Spm Hanya Spekulasi Fadhlina

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 360 hits
KUALA LUMPUR Dakwaan mengatakan Kementerian Pendidikan menurunkan pemarkahan pelajar dalam Sijil Pelajaran Malaysia hanyalah bersifat spekulatif Menolak dakwaan tersebut Menterinya Fadhlina Sidek berkata KPM tidak pernah menurunkan pemarkah...
Ministry Denies Grading For 2022 Spm Lowered

Ministry Denies Grading For 2022 Spm Lowered

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 289 hits
The Education Ministry has refuted claims that the grading for the 2022 Sijil Pelajaran Malaysia examination was lowered Its minister Fadhlina Sidek said the rating of scores must be according to merit and the standards that were adopted be...
Problem With Reading Writing Reason For Spm Failures Says Expert

Problem With Reading Writing Reason For Spm Failures Says Expert

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 327 hits
More than 140 000 candidates failed to obtain their SPM certificate because they did not pass their Bahasa Melayu or History paper from 2019 to 2021 says Untuk Malaysia PETALING JAYA Difficulty in reading and writing is the reason behind hu...
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Advise Akmal To Shut Up First Dap Youth Tells Tok Mat

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Lelaki Ditahan Tetak Kepala Rakan Guna Kapak

Lautan Manusia Di Kompleks Sukan Keningau Malam 11 08 2025 Justice For Zara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Banyak Chanteq

Beli Takoyaki Agong Di Stadium Paroi

Lirik Lagu Kita Iman Troye Harry Azrul

Sultan Pahang Meninjau Tapak Projek Balai Bomba Yang Akan Di Bina Di Kampung Tekek Pulau Tioman

Tol Tanpa Palang Teknologi Anpr Di Malaysia Mulai Okt 2025

Sarapan Di Klasik Kopitiam Medini Iskandar Puteri