Tidak Ditegah Untuk Memboikot
Perkataan boikot cukup popular di Malaysia.
Apabila ada sesuatu perkara tidak disukai, maka terus diboikot. Perbuatan
memboikot tidak salah di sisi undang-undang, melainkan dalam soal memboikot
berkaitan pematuhan terhadap undang-undang. Itupun yang menjadi kesalahan sepertimana
undang-undang yang ditetapkan, bukannya perbuatan memboikot itu. Contohnya,
seorang pemandu yang memboikot undang-undang yang menetapkan pemandu perlu
memiliki lesen memandu tidak menjadi satu kesalahan, tetapi dia akan dikenakan
saman atau dihadapkan ke mahkamah jika dia memandu tidak ada lesen.
Dengan kata lain, tidak salah memboikot,
melaikan perbuatan itu turut melibatkan kepada hal-hal yang termaktub satu
perbuatan yang menyalahi undang-undang. Perbuatan yang salah itu adalah
dianggap bersalah bukan kerana memboikot, tetapi kerana perbuatan itu salah.
Perkataan
boikot adalah asal perkataan Inggeris iaitu “boycott”. Perkataan
“boycott” itu sendiri adalah mengambil nama Charles Cunningham Boycott.
Perkataan “boycott” digunakan sebagai memperingati tindakan memboikot dilakukan
penduduk di kawasan Mayo, Ireland pada abad ke-19 menentang Charles Cunningham
Boycott yang menaikkan harga sewa tanah pertanian, menyebabkan banyak keluarga
luar bandar diusir.
Penyelidik Ingrid Nystrom dan Patricia Vandermen,
dalam sebuah buku yang diterbitkan pada 2015, di bawah nama LE BOYCOTT,
mentakrif boikot sebagai tingkah laku sukarela tersusun yang membawa kepada
keengganan untuk meneruskan hubungan komersial, politik, budaya, sukan,
diplomatik atau akademik dengan pihak kedua yang mungkin sebuah syarikat atau
negeri dengan tujuan untuk memberikan tekanan.
Dalam bahasa Melayu sudah ada perkataan
yang membawa maksud boikot iaitu memulau atau kata asal pulau.
Definisi memulau: memulaukan 1. memisahkan
daripada yang lain, mengasingkan, menyisihkan seseorang atau menyisihkan diri
daripadanya (sehingga tidak ada perhubungan antaranya dengan orang lain):
mereka yang melanggar pantang larang kadangkala dipulaukan oleh keluarga
sendiri; orang itu telah dipulaukan daripada masyarakat setempat; 2. enggan
menyertai atau berurusan dengan sesuatu, memboikot: hanya Parti Buruh sahaja yang
memulau pilihan raya kali ini; terpulau dipulaukan, disingkirkan; pemulauan
perbuatan memulaukan, pemboikotan, pengasingan: pemulauan terhadap
barang-barang dr Afrika Selatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi boikot: memboikot enggan
berurus dengan (seseorang, organisasi, dan lain-lain), biasanya untuk menyatakan
rasa tidak bersetuju atau memaksa individu atau institusi yang berkenaan
menerima syarat tertentu, memulaukan: dia menyuruh orang memulaukan kedai-kedai
yang menjual barang dengan harga yang mahal; negara itu memulaukan semua sidang
Majlis Keselamatan;pemboikotan perbuatan (tindakan dasan sebagainya) memboikot,
pemulauan: pemulauan ke atas barang-barang keluaran negara asing; pemboikot
orang (syarikat, negeri, dan lain-lai) yang memboikot, pemulau. (Kamus
Dewan Edisi Keempat)
Gambar sekadar hiasan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sambungtitik.blogspot.com/2024/04/juk.html