Tidak Dibayar Gaji Pemuda Terpaksa Tolak Motor Dari Bukit Jalil Ke Penang
DALAM hidup ini kita akan sentiasa diuji. Diuji dengan kesusahan. Dan ada yang diuji dengan kesenangan
Buat seorang pemuda, dia diuji apabila tidak dibayar gaji selama dua bulan dan kemudian dibuang kerja oleh majikannya kerana hanya meminta gaji yang tertunggak tersebut untuk dihantar ke kampung
Majikannya yang berang dengan permintaan itu hanya memberikan pemuda tersebut wang RM5 sebelum dipecat
Cerita yang dikongsi oleh pengguna Facebook Iwan Putra Bgb mengenai pemuda yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu benar-benar menyentuh perasaan
Menurut Iwan ketika dia dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dia ternampak pemuda berkenaan sedang menolak motor di atas lebuh raya di Tapah, Perak
Pada mulanya Iwan takut untuk berhenti bagi menolong pemuda tersebut. Dia berasa was-was untuk membantu kerana khuatir sesuatu yang tidak diingini berlaku. Namun akhirnya dia mengambil keputusan untuk menolong kerana tidak sampai hati untuk membiarkan pemuda tersebut
Pemuda itu pada mulanya keberatan dan menolak pertolongan yang ingin diberikan oleh Iwan untuk membawa dia dan motornya ke stesen petrol menggunakan kenderaan 4X4 yang dipandu Iwan
Dalam perjalanan, pemuda berkenaan menceritakan bahawa motornya telah kehabisan minyak dari Tanjung Malim lagi dan dia telah menolak motornya selama enam jam sehingga ke Tapah. Dia akan terus menolak motornya itu sehingga ke Pulau Pinang kerana ketiadaan wang untuk mengisi petrol
Berikut cerita penuh Iwan dan dialognya bersama pemuda yang cekal itu:
Hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya yang menyentuh hati sepanjang perjalanan dari KL ke Penang
Sampai di Tapah saya ternampak seorang hamba Allah sedang menolak motor sebelum saya berhenti
Sempat saya berfikir. Takut juga nak berenti. Takut perkara yang tak diingini berlaku sebab masa itu saya seorang sahaja. Tapi tak sampai hati pula, akhirnya saya berhenti dan saya bertanya kepada si dia
Saya: Bang apa hal? Motor rosak ke
Dia: Tak la motor habis minyak
Saya: Nak saya tolong hantar ke pam minyak tak
Dia: Tak apalah bang
Saya: Dari mana nak ke mana
Dia: Nak ke Penang
Saya: Macam mana boleh habis minyak? (Dah mula saya fikir ni mesti ada yang tak kena). Tak apalah bang saya tolong hantar abang pergi pam minyak. (saya angkat motor dia naik atas kereta saya dalam perjalanan kami mula berbual). Abang dari mana nak ke mana
Dia: Saya dari KL nak balik rumah, rumah saya di Penang
Saya: Macam mana boleh habis minyak? Apa sebenarnya yang terjadi? Dah berapa jauh tolak motor tu
Dia: Dari Tanjung Malim minyak motor habis, dah 6 jam saya tolak motor ni
Saya:, Habis nak tolak sampai mana
Dia: Tolak sampai rumah
Saya: Jauh tu silap-silap dua hari pun tak sampai-sampai. (Dia hanya mendiam kan diri). Buat apa kat KL dah berapa lama di KL
Dia: Saya dapat kerja di KL sebagai pengawal keselamatan, dah dua bulan saya bekerja di Bukit Jalil. Makan minum tempat tinggal disediakan. Dah dua bulan kerja tak bayar gaji. Lepas tu saya mintak gaji nak kirim kat kampung, pastu boss saya terus marah. Dia bagi saya duit lima ringgit. Dia kata lepas ni aku tak nak tengok muka kau. Dengan duit 5 ringgit tu saya isi minyak. Sampai di Tanjung Malim minyak motor habis, tu yang saya tolak
Saya terus mendiamkan diri tanpa banyak soalan lagi kerana masa tu tiba-tiba sahaja mata saya masuk habuk. Sampai di Penang saya turunkan dia di sebuah pam minyak
Saya bagi dia 10 ringgit. Nak bagi lebih tapi saya bukan orang senang. Hanya mampu bagi seihklasnya saja. Alhamdulillah dari situ saya merasa sangat-sangat bersyukur atas diri ini yang selama ini merasa tak pernah cukup atas apa yang telah diberikan Allah
Sumber: http://bit.ly/2EYPjZD
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sensasi247.blogspot.com/2020/01/tidak-dibayar-gaji-pemuda-terpaksa.html