Pulau Pinang Bakal Menjadi Negeri Dilarang Merokok


Pulau Pinang merancang untuk mewartakan kawasan larangan merokok di seluruh negeri ini dalam tempoh lima tahun akan datang sebagai usaha untuk menjadi negeri bebas asap rokok.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang Dr Afif Bahardin berkata usaha ini akan dilaksanakan menerusi Program Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (Penbar) yang bertujuan melindungi penduduk negeri ini daripada bahaya asap rokok.

"Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi memastikan perancangan ini berjaya dilaksanakan dan kami akan menggiatkan lagi pelaksanaan program kesedaran awam tentang larangan merokok di kawasan awam dan taman rekreasi,” katanya dalam satu sidang akhbar di Butterworth.

Sidang akhbar itu dibuat bersama-sama pihak pengurusan rangkaian Restoran Nasi Kandar Pelita yang mengumumkan pemberhentian jualan rokok di semua premis mereka mulai semalam.

Menurutnya inisiatif ke arah Penbar ini telah pun bermula melalui pewartaan enam taman rekreasi awam di negeri ini sebagai kawasan larangan merokok sejak 2012 iaitu di Empangan Air Itam, Taman Perbandaran, Taman Botani, Empangan Teluk Bahang, Taman Bandar Ampang Jajar dan Empangan Mengkuang.

Dr Afif berkata usaha ini telah diteruskan dengan mewartakan Tapak Warisan Dunia Georgetown sebagai kawasan larangan merokok bermula 4 Julai 2015.

Bagaimanapun, beliau mengakui ada kekangan dalam usaha untuk melaksanakan larangan secara menyeluruh ini dan jawatankuasa yang dipengerusikannya sedang mencari penyelesaian yang sesuai bagi merealisasikan Penbar ini.

"Larangan merokok di seluruh Pulau Pinang ini perlu mengambil kira beberapa faktor terlebih dahulu yang antaranya mengambil kira kawasan khas untuk merokok dan kita akan adakan perbincangan untuk menyelesaikannya," katanya.

Menurutnya, pertimbangan berhubung penyediaan kawasan khas untuk merokok ini dibuat selepas terdapat beberapa premis tumpuan awam yang sudah melaksanakannya di negeri ini.

"Kini, ia (larangan merokok) sudah dilaksanakan contohnya di masjid-masjid dan rumah-rumah ibadat lain. Kami bukan hendak sekat terus sesiapa untuk merokok, sebaliknya mereka boleh menghisap rokok di kawasan dibenarkan sahaja," katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Dr Afif berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri sudah mengambil langkah berjaga-jaga berikutan penularan jangkitan rabies atau penyakit anjing gila di Taiping dan Bukit Gantang di Perak.

Katanya setakat ini tiada laporan atau kes berkaitan jangkitan rabies dilaporkan di Pulau Pinang namun situasi semasa berhubung kesihatan awam yang berlaku di negeri-negeri yang berjiran dengannya akan terus dipantau rapi.

"Selain itu PBT bersama JPV juga masih meneruskan program pemberian vaksin kepada haiwan berkenaan malah PBT turut menangkap anjing liar dan kembirikannya," katanya.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/01/pulau-pinang-bakal-menjadi-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seluruh Pulau Pinang Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Larangan Merokok

Seluruh Pulau Pinang Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Larangan Merokok

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 278 hits
Seluruh Pulau Pinang dalam perancangan untuk diwartakan sebagai kawasan larangan merokok dalam tempoh 5 tahun Ini adalah perkara yang agak sukar untuk dilakukan namun tidak mustahil untuk direalisasikan andai perancangan yang berkesan diamb...
Subsidi Air Di Pulau Pinang Akan Dikurangkan

Subsidi Air Di Pulau Pinang Akan Dikurangkan

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 297 hits
GEORGE TOWN Pengurangan subsidi air di Pulau Pinang yang bakal dilaksanakan adalah bagi membolehkan kerja kerja pembangunan infrastruktur air dijalankan kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow Kon Yeow berkata kerajaan negeri menjangkakan akan men...
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Rampas 48 Produk Mustajab

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Rampas 48 Produk Mustajab

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 303 hits
BUKIT MERTAJAM Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang merampas 48 jenis produk di sebuah premis di sini hari ini yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit Pegawai Kesihatan Persekitaran BKKM Mo...
Kerajaan Pulau Pinang Mahu Kurangkan Subsidi Air

Kerajaan Pulau Pinang Mahu Kurangkan Subsidi Air

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 277 hits
Kon Yeow bersama Jaseni pada sidang media berhubung isu tarif air domestik Pulau Pinang hari ini NSTP Ramdzan MasiamGEORGETOWN Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dijangka mengurangkan antara 20 hingga 30 peratus su...
Pre Convocation Shoot Uitm Pulau Pinang

Pre Convocation Shoot Uitm Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 1619 hits
Assalamualaikum Hai Pre Convocation Photoshoot UiTM Pulau Pinang Hehehe Lama dah kita convo ni dua bulan lepas Dulu masa diploma nak kata ada pun tak sangat Sebab masing masing busy and Nad shoot pun dengan bebudak lelaki So bila time degre...
Kelajuan Internet Kurang Memuaskan Wifi Percuma Di Pulau Pinang Dihentikan

Kelajuan Internet Kurang Memuaskan Wifi Percuma Di Pulau Pinang Dihentikan

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 244 hits
GEORGETOWN Perkhidmatan WiFi percuma atau Penang Free WiFi akan dihentikan bermula 13 Februari ini berikutan kelajuan internet yang kurang memuaskan Exco Kerja Raya Utiliti dan Tebatan Banjir Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata kerajaan...
Pelantikan Pemangku Pengerusi Pkr Pulau Pinang Tak Betul Kata Bekas Pengerusi

Pelantikan Pemangku Pengerusi Pkr Pulau Pinang Tak Betul Kata Bekas Pengerusi

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 211 hits
Pelantikan pemangku pengerusi PKR Pulau Pinang tak betul kata bekas pengerusi Dikemas kini 20 minit yang lalu middot Diterbi
Hantu Pengalaman Menyeramkan Semasa Melawat Muzium Perang Pulau Pinang

Hantu Pengalaman Menyeramkan Semasa Melawat Muzium Perang Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 715 hits
Hantu Pengalaman Menyeramkan semasa Melawat Muzium Perang Pulau Pinang Di malam jumaat ini mama nak share berkenaan pengalaman travel mama yang agak menyeramkan Memang seram sangat2 tau Inilah satu satunya tempat yang mama rasa mama buat mi...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Persediaan Persekolahan

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Perlu Tahu Bezakan Antara Mahir Terhadap Produk Berbanding Mahir Dalam Perniagaan

Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Tutorial Menggunakan Google Docs Untuk Tingkatan Dasar

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan