Tiba Tiba Wartawan Veteran Kata Pemimpin Pas Terdesak


HARAKAH DAILY  KADANG-kadang ramai yang mengutip maklumat sebelah pihak sahaja. Mereka hanya membaca apa yang dipapar media harian. Media oposisi mereka jarang belek.

Lebih-lebih lagi milik gerakan Islam seperti Harakah. Kalau pemimpin pemimpin peringkat pertengahan boleh dimaafkan. Namun kalau label bekas tokoh wartawan, macam tidak kena pula.

Biasanya tokoh wartawan kalau menulis mengutip fakta lebih lengkap. Mereka banyak pengalaman. Lagipun sekarang maklumat di hujung jari.

Itupun kalau hendak diambil kira wartawan yang tidak fanatik berparti. Namun lain pula bagi wartawan veteran yang cukup dikenali ramai. Beliau juga bekas ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu. A Kadir Jasin tiba-tiba mengkritik Presiden PAS. Katanya Ustaz Abdul Hadi dan wakil parti itu dalam kerajaan dianggap ‘berkecamuk, kehabisan modal, hilang akal dan terdesak’.
Mungkin ramai tidak faham maksud sebenar wartawan terkenal terbabit. Apabila dia menulis kecamuk seolah-olah kehabisan modal, hilang akal dan terdesak, lain pula jadinya.
Isu itu dilontar pada satu hantaran di Facebooknya baru-baru ini. Wartawan veteran itu seperti kehabisan idea. Dia juga menganggap prestasi Ustaz Hadi sejak dilantik sebagai duta khas ke Timur Tengah, jauh daripada luar biasa. Ditulisnya lagi Duta Khas itu tidak memainkan peranan menangani krisis Palestin.
Jelaslah wartawan veteran itu tidak ada maklumat. Tidak mengikuti dari dekat apa yang Ustaz Hadi buat. Kalau tiada maklumat dan terus menghukum, bukan wartawan pun boleh menulis begitu.
Kalau boleh disebut, sekadar taraf facebooker sahaja. Catat apa sahaja tanpa berlapik pada fakta dan maklumat. Kata orang kampung malang sungguh, bakat anugerah Allah tidak dimanfaat sepenuhnya.
Lebih-lebih lagi kalau hendak bela Islam. Boleh juga disebut sebagai pendakwah dengan mata pena. Namun biarlah wartawan veteran terbabit sekadar bernostalgia.
Berdasar banyak catatannya sebelum ini ramai boleh menjangka. Mungkin jiwanya lebih dekat dengan pembangkang atau Pakatan Harapan.
Sedangkan semua orang tahu ketika rejim Zionis Yahudi mengayangkan Palestin Mei lepas, pemimpin PAS antara yang kehadapan.
Dilancarnya tabung bagi membela nasib penduduk Islam di Gaza. Tabung itu dilancar pemimpin utama PAS. Tabung Kemanusiaan PASRelief berjaya mengumpul dana sebanyak RM12.1 juta.
Sumbangan disalurkan kepada #Aid4Palestine yang dilancar Ustaz Hadi.
Dana terbabit dikumpul pemimpin, ahli PAS dan orang ramai di setiap negeri.
PAS Terengganu sahaja menyumbang sebanyak RM3.7 juta. Pengerusi PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor memberitahu pihaknya mengumpul sumbangan sebanyak RM12.1 juta hanya dalam tempoh 10 hari.
“PAS memastikan rakyat Palestin mendapat bantuan sewajarnya,” kata Menteri Besar Kedah. Malah Sanusi juga melelong kereta Volvo kesayanganya untuk mengisi tabung tersebut.
Tabung itu digerakkan pemimpin PAS di seluruh negara, termasuk juga di Sabah dan Sarawak.
Di Kelantan lebih RM3.6 juta berjaya dikutip. Pelbagai pihak di negeri itu tampil membantu Tabung Kemanusiaan Palestin. Tabung terbabit dilancar pada 13 Mei lalu.
Kata Menteri Besar Kelantan Ustaz Ahmad, sumbangan itu diperoleh melalui Tabung Serambi Mekah yang mencatat kutipan sebanyak RM1 juta.
Selain itu Badan Perhubungan PAS Kelantan sebanyak RM2.1 juta. Manakala yang diusahakan NGO pula RM545,000.
“Hasil kutipan itu disalurkan melalui Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah,” kata Ustaz Ahmad.
Berdasar maklumat tersebut jelaslah wartawan terbabit menulis tanpa menyemak fakta. Akhbar harian pun menyiarkan berita terbabit. Begitu juga beberapa stesen televisyen menggambarkan naratif serupa.
Banyak sebenarnya fakta bagi menjawab tulisan wartawan veteran terbabit. Begitu juga kalau dibelek kejayaan kementerian yang diterajui pemimpin PAS.
Harga sawit melonjak tinggi ketika pemimpin PAS menerajui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. 
Kenaikan harga minyak sawit Mac lepas menguntungkan tiga juta rakyat Malaysia. Ia sekaligus mengeluarkan mereka daripada kemiskinan.
Kesan kenaikan dirasai golongan M40 dan T20, kata menteri terbabit Dr Mohd Khairuddin.
Harga minyak sawit mentah (MSM) di pasaran dunia pada Jun lepas sekitar RM4,000 hingga RM4,500 per tan. Sedangkan sebelum itu hanya sekitar RM2,000 pada 2019 dan sebelumnya.
MSM melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah industri sawit negara sehingga RM4,247.50 setiap tan Mac lepas. Harga itu tertinggi sejak 13 tahun lalu.
Apakah kejayaan itu dianggap sebagai kecamuk atau kehabisan modal. Setidak-tidaknya kita toleh ke belakang dahulu sebelum berkongsi maklumat. – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/tiba-tiba-wartawan-veteran-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Semakin Terdesak Hilang Akal Kata Kadir

Pas Semakin Terdesak Hilang Akal Kata Kadir

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 200 hits
PAS semakin terdesak hilang akal kata Kadir Bekas ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu A Kadir Jasin mengkritik Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan wakil parti itu dalam kerajaan dengan menyifatkan tindakan mereka sebagai berkecamuk kehabis...
Pertembungan Pas Dan Umno Tak Dapat Dielak Kata Penganalisis

Pertembungan Pas Dan Umno Tak Dapat Dielak Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 192 hits
Robin AugustinPETALING JAYA Pertembungan antara Umno dan PAS untuk meraih undi dan sokongan rakyat kini tidak lagi dapat dielakkan selepas mengambil kira pendirian Umno yang menarik semula sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ...
Penyokong Pas Kata Islam Makin Teruk Dihina Di Bawah Kerajaan Pn

Penyokong Pas Kata Islam Makin Teruk Dihina Di Bawah Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 229 hits
June 28 2021 Korang tengok lah mcm mana diaorg rapat dalam masjid makin teruk dihina islam ni dibawah pemimpin yang bodoh lagi sombong ditambah pulak dengan golongan wahabi yang semakin menguasai beberapa kerusi penting dalam pengurusan aga...
Presiden Pas Kata Kat Presiden Umno Ker Ni Hahaha Korangkan Muafakat Nacional

Presiden Pas Kata Kat Presiden Umno Ker Ni Hahaha Korangkan Muafakat Nacional

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 289 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang membidas pihak yang mengkritik bahawa kerajaan telah gagal dalam menangani wabak Covid 19 dengan menyifatkan golongan tersebut sebagai gila berpolitik Abdul Hadi turut menegaskan bahawa belum ada negara di duni...
Ustaz Pas Diserang Bertubi Tubi Kerana Kata Bendera Putih Agenda Politik

Ustaz Pas Diserang Bertubi Tubi Kerana Kata Bendera Putih Agenda Politik

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 363 hits
MALAYSIA DATELINEBaru dua jam ustaz muda Pas memberikan pandangan tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak menaikkan bendera putih bagi menandakan mereka kehabisan bekalan makanan lebih 2 000 komen diberikan yang kebanyakan menyeran...
Salah Jika Mkt Setuju Tinggalkan Kerajaan Sebelum Bubar Parlimen Kata Veteran Umno

Salah Jika Mkt Setuju Tinggalkan Kerajaan Sebelum Bubar Parlimen Kata Veteran Umno

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 307 hits
Shahidan Kassim dan Annuar Musa berkata keputusan menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga Parlimen bubar telah diputuskan dalam Perhimpunan Agung Umno dan menjadi satu kesalahan sekiranya pihak MKT keluar daripada kerajaan pada waktu...
Jajaran Baru Pemuda Pas Bersatu Tak Perlu Masuk Campur Urusan Parti Lain Kata Najib

Jajaran Baru Pemuda Pas Bersatu Tak Perlu Masuk Campur Urusan Parti Lain Kata Najib

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 209 hits
June 25 2021 Pemuda AMANAH Perak ingin mengingatkan Pemuda Pas dan Angkatan Bersatu Anak Muda supaya menjaga parti sendiri dan tidak perlu masuk campur urusan parti lain Kedua dua parti ini mempunyai masalah mereka sendiri dan masih bergelu...
Murshidul Am Pas Kata Langkah Umno Tarik Sokongan Jejaskan Muafakat Nasional

Murshidul Am Pas Kata Langkah Umno Tarik Sokongan Jejaskan Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 224 hits
Murshidul Am PAS kata langkah UMNO tarik sokongan jejaskan Muafakat Nasional Usaha penyatuan ummah yang diusahakan Pas bersama UMNO serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia demi kepentingan rakyat negara ini seolah olah hancur ekoran keputusan ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall