Tiba Tiba Ph Jadi Pejuang Penjawat Awam



KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak perlu berlakon untuk menunjuk kononnya bersimpati atau mengambil berat soal kebajikan penjawat awam.

Ini kerana, sepanjang parti itu memerintah kerajaan Persekutuan dari 10 Mei 2018 sehingga 23 Februari lalu, pemimpinnya terutama dari DAP antara paling lantang mengkritik dan anti kepada penjawat awam.

Menurut penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusof, apa yang ditunjukkan PH ketika ini bagaikan “cakap tidak serupa bikin”, iaitu selepas bergelar pembangkang, baharu hendak cakna pada segala-galanya.

“Tiba-tiba saja Majlis Setiausaha PH (MSPH) buat kenyataan desak kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya memperkasakan perkhidmatan awam dengan memberi penghormatan sewajarnya kepada golongan itu.

“Selama ini merekalah yang lantang mengkritik dan menunjukkan sikap anti terhadap penjawat awam.

“Tahniahlah PH atas lakonan yang paling melucukan ini,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Dalam kenyataan media bertarikh 7 April semalam, MSPH melahirkan rasa kesal terhadap perkembangan mutakhir ini berkaitan pemecatan beberapa jawatan dalam agensi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Tindakan Kerajaan PN memecat jawatan-jawatan lantikan kerajaan sebelum ini daripada golongan profesional pada masa ini adalah tidak wajar dan bukan keutamaan.

“Kami berpandangan kerajaan tidak seharusnya bertindak melulu ketika negara sedang berhadapan dengan bencana wabak Covid-19 dan perlu menumpukan segala daya usaha dalam memerangi wabak itu dengan meletakkan rakyat sebagai kepentingan utama, bukannya bermain agenda politik,” kata kenyataan itu.

Kamarul Zaman yang merupakan bekas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia kemudian mendedahkan kenyataan pemimpin PH yang berbaur anti terhadap penjawat awam sebelum ini.

Beliau mendedahkan kenyataan pemimpin PH terutama DAP berhubung kritikan mereka terhadap penjawat awam;

1.Yang menuduh penjawat awam sebagai membebankan kerajaan adalah pemimpin PH, khususnya Ketua Publisiti DAP, Tony Pua (rujuk kenyataan bertarikh 25 Oktober 2016).

2.Yang menegaskan betapa kerajaan tidak perlu takut untuk memecat penjawat awam adalah pemimpin PH, khususnya Exco Kerajaan Melaka, Kerk Chee Yee (18 September 2018).

3.Yang menegaskan keperluan untuk terus melakukan proses pembersihan kepada penjawat awam di kementerian-kementerian ialah pemimpin PH, khususnya Ahli Parlimen Bangi dari DAP, Dr. Ong Kian Ming (17 April 2019).

4.Yang mendesak kerajaan supaya mengurangkan bilangan penjawat awam di dalam negara adalah pemimpin PH, khususnya Ahli Parlimen Sarikei dari DAP, Wong Ling Biu (19 November 2019).

5.Yang menuduh penjawat awam menjadi “deep state” dan mensabotaj kerajaan adalah pemimpin PH, khususnya Lim Kit Siang, Dr. P. Ramasamy, Charles Santiago, Ronnie Liu, Khalid Samad, Aiman Athirah dan Sivarasa Rasiah dari DAP, Amanah dan PKR (rujuk kenyataan yang dikeluarkan sepanjang November 2019).

6.Yang memindah dan menyejuk-bekukan (cold storage) penjawat-penjawat awam utama kerajaan, termasuk Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian ialah kerajaan PH (2018 dan 2019).

7.Yang mempersoalkan pemberian bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam adalah pemimpin PH, khususnya Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham (28 Mac 2020). – MalaysiaGazette

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/tiba-tiba-ph-jadi-pejuang-penjawat-awam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lakonan Pejuang Penjawat Awam Oleh Pemusuh

Lakonan Pejuang Penjawat Awam Oleh Pemusuh

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 278 hits
Dr Kamarul Zaman Yusoff Majlis Setiausaha PH desak PN perkasa perkhidmatan awamYANG menuduh penjawat awam sebagai membebankan kerajaan adalah pemimpin Pakatan Harapan khususnya Tony Pua Ahli Parlimen Damansara dari DAP Yang menegaskan menge...
Ini Kelakar Bro Dap Jadi Hero Bela Penjawat Awam Hahahaha

Ini Kelakar Bro Dap Jadi Hero Bela Penjawat Awam Hahahaha

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 322 hits
Pakatan Harapan tidak perlu berlakon untuk menunjuk kononnya bersimpati atau mengambil berat soal kebajikan penjawat awam Ini kerana sepanjang parti itu memerintah kerajaan Persekutuan dari 10 Mei 2018 sehingga 23 Februari lalu pemimpinnya ...
Memalukan Dap Ph Berlakon Kononnya Prihatin Kepada Penjawat Awam

Memalukan Dap Ph Berlakon Kononnya Prihatin Kepada Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 320 hits
Apabila membaca kenyataan media Setiausaha DAP PH ini kita musykil berapa lama mereka tidak tengok cermin dan lihat diri mereka sendiri Puak DAP PH ini kata kerajaan PN perlu menumpukan segala daya usaha dalam memerangi wabak ini bukannya b...
Rakyat Berang Kelantan Lebih Utamakan Pkd Penjawat Awam Staf Lantikan Politik

Rakyat Berang Kelantan Lebih Utamakan Pkd Penjawat Awam Staf Lantikan Politik

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 378 hits
ARIF ATAN Inisiatif bagi pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Kelantan dilihat tidak memuaskan hati rata rata rakyat di negeri pantai timur Semenanjung itu Mereka menyifatkan kerajaan negeri Kelantan yang diterajui Pas terla...
Adakah Penjawat Awam Ditahan Ingkar Pkp Akan Hilang Pencen

Adakah Penjawat Awam Ditahan Ingkar Pkp Akan Hilang Pencen

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 439 hits
Dua peguam berbeza pendapat sama ada pesara kerajaan yang melanggar perintah kawalan pergerakan akan kehilangan pencen mereka Adnan Seman berkata pesara kerajaan yang dipenjarakan walaupun sehari kerana melanggar PKP akan kehilangan manfaat...
Pkp Pun Sempat Buat Parti Liar 34 Individu Termasuk Penjawat Awam Ditahan Polis

Pkp Pun Sempat Buat Parti Liar 34 Individu Termasuk Penjawat Awam Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 757 hits
Kerajaan sudah memberi arahan untuk semua rakyat Malaysia berkurung di rumah supaya rantaian covid 19 ini dapat diputuskan dalam masa terdekat Namun masih ada golongan yang keras kepala Foto Harian MetroMemetik laporan Harian Metro sejak du...
Berlakon Perjuang Penjawat Awam Walhal Memusuhi

Berlakon Perjuang Penjawat Awam Walhal Memusuhi

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 437 hits
YANG menuduh penjawat awam sebagai membebankan Kerajaan adalah pemimpin Pakatan Harapan khususnya Tony Pua Ahli Parlimen Damansara dari DAP Yang menegaskan mengenai betapa Kerajaan tidak perlu takut untuk memecat penjawat awam adalah pemimp...
Senarai Syarikat Produk Jenama Popular Pro Israel

Sejarah Dan Asal Usul Flotilla Ke Gaza

Kebaikan Dan Keburukan Tiktok

Why Are Sweet Potatoes Considered So Healthy When They Are Extremely Sweet

Hidup Di Dunia Dengan Nafas Akhirat

12 Biodata Finalis Dewi Remaja 2025 Menyambut 40 Tahun Legasi Gemilang

Lirik Lagu Hael Husaini Nadeera Peluk

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ppim 03 10 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Signing Up For An Account Texas88 Login Trusted

Cara Nak Sertai Daftar Sumud Flotilla Ke Gaza

Siapa Greta Thunberg

Usia Muda Kemanakah Arah Kita

Dream Team The Bsmc X Pom Klementieff Royal Enfield 650 Scrambler

Monolog Jiwa Tolonglah Dengan Ikhlas