Tiba Tiba Pengsan Ketika Kandungan 34 Minggu Ibu Pergi Selamanya Bayi Selamat


Di saat perasaan berdebar dan takut menanti kehadiran orang baru, hanya doa ibu mengiringi perjalanan kehamilan. Apa yang diharapkan dari seorang ibu, biarlah anak yang dilahirkan selamat, sihat dan sempurna.
Namun sebagai ibu, ada yang bernasib baik mengandung tanpa alahan teruk, ada yang dari awal kehamilan hingga saat nak melahirkan pun masih lagi berulang alik ke hospital dan ada alahan. Tetapi semua itu dilalui dengan penuh sabar.
Kisah yang menyayat hati perkongsian Dr Redza Zainol ini mengenai besarnya pengorbanan ibu sehingga syahid ketika melahirkan anak benar-benar membuktikan hebatnya wanita bergelar ibu.
Pagi Sabtu yang tenang itu bertukar menjadi cemas selepas saya dapat panggilan dari Jabatan Kecemasan.
“O&G nak buat perimortem caesar di Red Zone.
Minta doktor turun sekarang, bayi baru 34 minggu dalam kandungan.”
“Caesar di Red Zone?”
Gambar Hiasan Sungguh saya tercengang. Terus saya berlari ke bilik sebelah dan maklumkan pada jururawat.
Saya bersama seorang lagi doktor sambung berlari ke Jabatan Kecemasan. Semuanya mesti pantas.
Sampai saja kami di Red Zone, seorang jururawat menjerit, “Paeds dah sampai!”
Saya macam tak percaya.
Keadaan di situ begitu kecoh, seolah-olah saya berada di medan perang. Ada seorang doktor sedang membuat CPR pada ibu itu. Tiub pernafasan pula sedang disambung ke mesin bantuan pernafasan oleh seorang doktor yang lain.
Staf kesihatan yang lain pula sedang menyiapkan tempat untuk pembedahan segera.
Doktor bius dan doktor O&G dah sampai dan pembedahan kecemasan ini akan bermula pada bila-bila masa.
Ini pengalaman pertama saya melihat caesar dibuat di luar bilik pembedahan.
Ibu ni baru saja tiba di tempat letak kereta sebelum tiba-tiba pengsan di hadapan hospital.
Bila tiba di Jabatan Kecemasan, denyutan jantungnya sudah berhenti.
Jantung bayi dalam kandungan pula semakin lemah. Doktor O&G buat keputusan untuk keluarkan bayi dengan segera.
Syukurnya, bayi itu selamat. Sebaik saja keluar, dia terus menangis. Namun saiznya yang masih kecil dan pramatang, saya bawa bayi tu ke NICU (wad rawatan intensif bayi) untuk rawatan selanjutnya.
3 minggu berjuang di dalam NICU akhirnya bayi ini discaj. Dibawa pulang oleh ayahnya sebagai seorang anak yatim.
Mati, ajal dan maut ini semua kerja mutlak Tuhan. Selagi kita ada peluang, hargailah isteri lebih-lebih lagi ketika dia sedang mengandung.
Melayan isteri, meneman isteri, bantu meringankan beban isteri yang sedang mengandung adalah kerja mulia.

Itu semua dibuat atas dasar tanggungjawab. Bukan sebab isteri mengada-ngada, nak bermanja atau tak pandai berdikari.
Antara contoh layanan baik pada isteri:
Ambil tahu tentang keadaan kesihatan isteri semasa mengandung.
– Penyakit apa yang dihadapi.
– Ubat apa yang isteri perlu ambil setiap hari.
– Apa makanan yang sesuai untuk kesihatan isteri.
Temankan isteri untuk datang temujanji di hospital atau di klinik kesihatan.
– Keberadaan suami sangat membantu menenangkan emosi isteri.
– Jaga riak wajah kita supaya tak nampak seperti isteri sedang menyusahkan suami.
Ambil alih kerja-kerja di rumah.
– Termasuk jagakan anak-anak yang lain.
– Isteri yang tengah sarat, perlukan rehat yang lebih.
Jadi pendengar yang baik.
– Ada masa yang dia rasa tak selesa atau sakit.
Jadi lebih sensitif dengan keadaan isteri.
– Perubahan hormon dalam badan isteri, buatkan mood dia selalu berubah.
– Isteri sangat bersyukur bila suami berusaha untuk cuba fahami kehendak isteri.
Mengurut pinggang dan kaki isteri.
Ucapkan pada isteri yang dia cantik setiap hari walaupun bentuk badannya dah banyak berubah.
Layanlah isteri sebaik mungkin. Hari ni dia ada, esok lusa mungkin dia dah tiada. Temankan dia ke mana saja yang kita mampu. Buat apa saja yang terdaya.
Kerana apa yang dia dah buat untuk keluarga kita tiada bandingannya.

Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada pasangan suami isteri yang lain. Moga ada yang dapat manfaatnya.
Jemput follow FB saya supaya tak terlepas info kesihatan kanak-kanak percuma.
Lebih banyak ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak di Channel Telegram saya https://t.me/NotaRedzaZainol
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: Dr Redza Zainol
 
The post Tiba-Tiba Pengsan Ketika Kandungan 34 Minggu. Ibu Pergi Selamanya, Bayi Selamat  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tiba-tiba-pengsan-ketika-kandungan-34-minggu-ibu-pergi-selamanya-bayi-selamat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Ibu Bersalin Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Bagaimana Ibu Bersalin Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 383 hits
Doktor saya mengandung Macam mana saya nak bersalin musim PKP ni Memandangkan isteri pun sedang mengandung anak ke 3 kami ada terlintas di fikiran aku macam manalah
Engkau Mati Satu Kali Namun Hidup Selamanya Amirah Anak Baru 16 Bulan Isteri Pergi Kerana

Engkau Mati Satu Kali Namun Hidup Selamanya Amirah Anak Baru 16 Bulan Isteri Pergi Kerana

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 307 hits
Seluruh dunia sedang bertungkus lumus menangani Pandemic Covid 19 yang masih menular ke seluruh dunia Bukan sahaja Malaysia malah negara jiran kita Indonesia juga masih belum habis berjuang melawan pandemic ini Kehilangan isteri tercinta sa...
Tali Pusarnya Dikerubungi Semut Bayi Tampan Ini Ditemukan Pemulung Ketika Dibuang Di Dalam Selokan

Tali Pusarnya Dikerubungi Semut Bayi Tampan Ini Ditemukan Pemulung Ketika Dibuang Di Dalam Selokan

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 247 hits
Bayi berjenis kelamin laki laki ditemukan oleh seorang pemulung di selokan Jalan Raya Semarang Boyolali Senin sekitar pukul 07 00 WIB Bayi yang belum lepas tali puarnya itu ditemukan tepatnya di depan eks Rumah Makan Apri kawasan Pengging D...
Ibu Pukuli Anak Hingga Meninggal Saat Belajar Online Kembaran Korban Selamat

Ibu Pukuli Anak Hingga Meninggal Saat Belajar Online Kembaran Korban Selamat

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 389 hits
Seorang ibu di Tangerang Banten tega membunuh anak kandungnya sendiri Korban dipukul dengan gagang sapu hingga meninggal dunia lalu dibawa ke Cijaku Lebak Banten untuk dimakamkan secara diam diam Pelaku merupakan ibu muda warga Keluragan Kr...
Lepas Solat Ibu Mengandung Songsang Elok Amalkan Ni Ikhtiar Bayi Kembali Posisi Normal

Lepas Solat Ibu Mengandung Songsang Elok Amalkan Ni Ikhtiar Bayi Kembali Posisi Normal

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 358 hits
Nampaknya baby puan dalam kedudukan songsang Kalau minggu depan dia masih tak pusing maksudnya puan kena bersalin secara pembedahan ya kata doktor selepas membuat ujian ultrasound bagi mengesan kedudukan bayi dalam kandungan Alamak kena ber...
Ketika Kes Covid Paling Tinggi Betulkah Pm Pergi Main Golf

Ketika Kes Covid Paling Tinggi Betulkah Pm Pergi Main Golf

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 459 hits
MALAYSIA DATELINE Ketika penyebaran Covid 19 berada di tangga paling puncak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan menyertai Tan Sri Muhyiddin Yassin Charity Golf di sebuah hotel terkemuka di Johor Kain pemidang program TSMCG di...
Tahniah Anim Ezati Rizki Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Nama Yara Alanna Khalsom Jadi Pilihan Untuk Puteri Sulung

Tahniah Anim Ezati Rizki Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Nama Yara Alanna Khalsom Jadi Pilihan Untuk Puteri Sulung

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 284 hits
Tahniah diucapkan kepada pengacara Anim Ezati Rizki yang telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya iaitu seorang bayi perempuan pada 9 September yang lalu Menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya Anim berkongsi khabar gem...
Selamat Zayn Malik Dan Gigi Hadid Akhirnya Sambut Kelahiran Bayi Perempuan Mereka

Selamat Zayn Malik Dan Gigi Hadid Akhirnya Sambut Kelahiran Bayi Perempuan Mereka

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 398 hits
Sebelumnya tak pernah membahas kehamilan Gigi Zayn justru yang mengumumkan jika pasangannya itu telah melahirkan
Adakah Kandungan Gula Dalam Susu Formula Bahaya Untuk Bayi Ini Penjelasan Pakar

Adakah Kandungan Gula Dalam Susu Formula Bahaya Untuk Bayi Ini Penjelasan Pakar

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 369 hits
Pemberian susu formula kepada anak yang masih kecil tidak boleh dipandang ringan Hal yang perlu anda tahu ialah susu ibu merupakan makanan terbaik untuk 6 bulan pertama kehidupan si manja Justeru ketika terpaksa memberikan susu formula jang...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint