Tiba Tiba Buaya Itu Mendongakkan Kepalanya


MALAYSIAKINI


Ketika hakim berbangsa Inggeris sentiasa berhati-hati membuat keputusan berkaitan Islam di negara ini suatu ketika dulu, Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Abdul Hadi Awang berkata ada pula hakim Melayu Islam yang "tiada dalam hatinya kepekaan terhadap Islam".
Kata Abdul Hadi keadaan itu berlaku walaupun negara ini sudah mendapat kemerdekaan lebih 50 tahun.
Menurutnya terdapat dalam kalangan hakim yang baru hilang sensitiviti agama dengan mereka membuat keputusan berasaskan buku yang dibaca, bukan mengikut pertimbangan akal yang mempunyai budi bicara.
Apa yang menarik, kata Abdul Hadi, penjajah British sendiri pada zaman penjajahan sangat berhati-hati agar tidak menyentuh sebarang sensitiviti penganut Islam sehingga mereka meletakkan kuasa Islam kepada raja-raja.
"Malangnya ada dalam kalangan Melayu-Islam yang tiada dalam hatinya kepekaan terhadap Islam walaupun telah mendapat kemerdekaan lebih setengah abad. 
"Malangnya lagi terdapat juga kalangan mereka yang menonjolkan diri berwajah Inggeris lebih daripada bangsa Inggeris sendiri," katanya dalam kenyataan bertajuk Merdekakan Perlembagaan hari ini.
Tambah presiden PAS itu lagi apabila berlakunya keputusan mahkamah yang berani mencabar Enakmen Jenayah Syariah Selangor, ia seumpama batu besar yang dihempas ke dalam lubuk yang tenang.
"Disangka tiada lagi saki-baki buaya belaan penjajah British di dalamnya, namun tiba-tiba buaya itu mendongakkan kepalanya.
"Mereka muncul atas pelbagai nama media, NGO dan individu sehingga umat Islam dapat mengenali secara dekat siapa wajah mereka yang sebenarnya," kata Abdul Hadi lagi.
Usah cetus spekulasi
Untuk rekod pada 25 Feb lalu Mahkamah Persekutuan mengetepikan undang-undang syariah Selangor yang menetapkan seks luar tabii sebagai jenayah.
Keputusan sebulat suara itu dicapai sembilan hakim yang bersidang, dengan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menjadi ketuanya. Hakim terbabit membenarkan cabaran undang-undang seorang lelaki terhadap Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
Peruntukan Syariah negeri itu menetapkan adalah satu kesalahan bagi umat Islam di Selangor melakukan seks di luar tabii. 
Keputusan itu dibuat selepas hakim berkenaan mendapati peruntukan yang dicabar itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang memang sudah menetapkan kegiatan seks luar tabii sebagai suatu kesalahan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad pula menggesa semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan memberitahu pihaknya akan mengadakan perbincangan bagi melihat ruang penambahbaikan dalam undang-undang syariah.
"Saya menyeru agar semua umat Islam di negara ini dan seluruh rakyat Malaysia menghormati penghakiman yang diputuskan dan tidak mencetuskan spekulasi dari penghakiman tersebut," katanya. 
Abdul Hadi berkata sikap penganut Islam terhadap agama mereka hendaklah berdasarkan panduan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Katanya terdapat kalangan hakim yang benar-benar arif dan amat arif membuat keputusan berdasarkan budi bicara kerana masih mempunyai sensitiviti agama dalam diri masing-masing seperti Allahyarham Salleh Abbas - yang pernah menjadi Adun PAS di Terengganui - Allahyarham Harun Hashim dan Abdul Hamid Omar.
"Terpulang kepada diri masing-masing sama ada ingin menepuk dada tanya iman atau tepuk dada tanya selera makan," katanya.
 LIHAT FB DI SINI



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/tiba-tiba-buaya-itu-mendongakkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Larangan Itu Racun

Larangan Itu Racun

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 345 hits
Assalammualaikum wbtLARANGAN ITU RACUN Semakin dilarang semakin itu berkobar kobar mahu tahu dan mahu dilakukan Manusia ada segelintirnya suka mencabar orang lain dan mencabar diri sendiri Awas Salah cabar terbakar Hancur Lebur Larangan dar...
Saya Keluar Daripada Agama Islam Itu Lebih Afdal Sajat Luah Kecewa Apa Yang Berlaku Kepada Dirinya

Saya Keluar Daripada Agama Islam Itu Lebih Afdal Sajat Luah Kecewa Apa Yang Berlaku Kepada Dirinya

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 461 hits
Usahawan selebriti kontroversi Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzzaman membuat kejutan dengan memberi gambaran seperti mahu keluar daripada agama Islam Menerusi satu video yang tular Sajat memaparkan isi hatinya tentang perkara berkenaan se...
Apakah Itu Ekzema Dan Penawarnya Dengan Set Forever Living

Apakah Itu Ekzema Dan Penawarnya Dengan Set Forever Living

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 523 hits
Para penyelidik mempercayai bahawa ekzema adalah berkemungkinan dari disebabkan oleh faktor genetik walaupun terdapat pencetus yang mengakibatkan simptomnya Ekzema adalah perkara biasa lebih kurang 1 dalam 10 orang di dunia mengalami ekzema...
Separuh Badan Tak Rasa Isteri Atu Dedahkan Keadaan Suaminya Dan Cerita Sepanjang Kejadian Itu Berlaku

Separuh Badan Tak Rasa Isteri Atu Dedahkan Keadaan Suaminya Dan Cerita Sepanjang Kejadian Itu Berlaku

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 431 hits
Baru baru ini dikhabarkan Atu yang merupakan pelakon dan pelawak dimasukkan ke hospital malam tadi selepas tiba tiba sahaja r3bah di kediamannya di Shah Alam
Dibilang Norak Karena Sering Posting Masakan Istri Taqy Malik Itu Bentuk Penghargaan Gue

Dibilang Norak Karena Sering Posting Masakan Istri Taqy Malik Itu Bentuk Penghargaan Gue

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 228 hits
Rata rata cewek juga pada ngerasa senang dan lebih semangat buat masak nggak sih kalau makanannya diapresiasi sama pasangan
Bitcoin Kehilangan Kedudukannya Sebagai Mata Wang Kripto Pertama Siapakah Yang Berada Dikedudukan Kripto Itu

Bitcoin Kehilangan Kedudukannya Sebagai Mata Wang Kripto Pertama Siapakah Yang Berada Dikedudukan Kripto Itu

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 260 hits
Mata wang Kripto Cardano menduduki tempat ketiga dalam penarafan aset kripto dengan permodalan pasaran Sehubungan itu dana pelaburan Dubai FD7 menjual bitcoin dengan harga AS 750 juta untuk Cardano dan Polkadot Menurut data perdagangan pada...
Nabi Tak Kata Cukup Dengan Habbatus Sauda Itu Salah Mufti Perlis Perjelas Kekeliruan Makanan Sunnah Atasi Wabak

Nabi Tak Kata Cukup Dengan Habbatus Sauda Itu Salah Mufti Perlis Perjelas Kekeliruan Makanan Sunnah Atasi Wabak

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 374 hits
Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin tampil menjelaskan mengenai da kwaan serta kekeliruan sesetengah pihak berkaitan makananan sunnah yang mampu menyembuhkan peny akit
Adun Amanah Lompat Parti Itu Strategi Politik Kata Mahfuz

Adun Amanah Lompat Parti Itu Strategi Politik Kata Mahfuz

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 399 hits
March 1 2021 Parti Amanah Negara menyangkal dakwaan parti itu tidak lagi relevan sehingga menyebabkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri bertindak menyertai Parti Keadilan Rakyat Sebaliknya Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar menyifatkan penghi...
Apa Itu Prorog Parlimen

Apa Itu Prorog Parlimen

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 231 hits
Kehangatan senario politik negara ketika ini menyaksikan semua mata tertumpu kepada proses penubuhan kerajaan serta pelantikan perdana menteri yang baharu Dalam proses itu beberapa istilah termasuk prorog Parlimen yang agak asing turut menj...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out