Tiba Masanya Frontliners Berehat Malaysia Bersatu Pikul Tugas Perangi Covid 19


Siapa yang pernah sangka bahawa sambutan Ramadan dan Syawal pada tahun ini berbeza dan tidak sama seperti tahun-tahun terdahulu. Wabak pandemik Covid-19 ternyata sangat memberi kesan kepada pelbagai aspek yang dilalui oleh rakyat Malaysia.
Pun begitu, walaupun pandemik ini sangat memberi kesan kepada kita, namun terdapat banyak pihak yang sentiasa menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Jasa dan pengorbanan ‘frontliners’ tidak terbalas Antara golongan yang sibuk ketika pandemik ini ialah barisan petugas barisan hadapan yang sentiasa memastikan penularan jangkitan Covid-19 dapat diputuskan. Memetik ucapan daripada Perdana Menteri, masyarakat Malaysia perlulah memainkan peranan supaya dapat memberi peluang kepada petugas barisan hadapan untuk ‘relaks’ sementara terutamanya menjelang Aidilfitri ini.
Tiba masanya barisan hadapan ‘berehat’, kini rakyat pikul tanggungjawab perangi Covid-19 – PM
Walaupun rakyat Malaysia tidak dapat membantu dalam bidang tersebut, namun pelbagai kaedah diguna bagi meringankan beban petugas barisan hadapan. Antaranya ialah sumbangan-sumbangan yang dikumpulkan bagi memudahkan urusan ‘wira-wira’ tersebut.
Sememangnya pelbagai sumbangan dan bantuan yang telah disalurkan, namun jasa dan pengorbanan mereka tidak akan pernah terbalas.

Disebabkan itu, pelbagai pihak di Malaysia sentiasa menyalurkan bantuan-bantuan bagi memastikan golongan tersebut dipermudahkan urusan seharian mereka.
Tak pernah kenal penat dan lelah Atas bantuan oleh pelbagai badan-badan bukan kerajaan yang sentiasa menyalurkan sumbangan, pihak Sunway telah merakamkan setinggi penghargaan kepada mereka yang berkhidmat tanpa henti bagi memastikan kebanyakan golongan sentiasa terpelihara.

Antaranya ialah pihak Savor Of Life yang setiap hari tidak henti-henti menyumbangkan tiga sehingga empat ratus bungkusan makanan kepada ‘frontliners’ yang berkhidmat memerangi Covid-19.
Bantuan tersebut sedikit sebanyak pasti dapat memudahkan urusan ‘frontliners’ terutamanya ketika kesibukan mereka memerangi wabak Covid-19 tersebut. Sekurang-kurangnya, penat lelah mereka berkerja terubat berikutan bantuan makanan yang diterima.

Selain petugas barisan hadapan, golongan-golongan lain seperti warga emas, anak yatim dan penghuni-penghuni rumah kebajikan juga perlulah diambil perhatian. Oleh yang demikian, pihak SESO Malaysia telah menyumbangkan bantuan kepada sekurang-kurangnya 16 rumah kebajikan setiap minggu. Bantuan itu disalurkan termasuklah kepada golongan kurang upaya, anak-anak yatim dan rumah orang tua.
Seperti sedia maklum, petugas barisan hadapan terutamanya petugas kesihatan memerlukan perlindungan diri bagi memastikan tidak dijangkiti virus yang membawa maut itu.
Sedia maklum akan perkara tersebut, pihak PPE Re-Imagineering Group Againt Covid-19 telah menyalurkan sekurang-kurangnya 30 ribu ‘face shield’ kepada petugas-petugas yang memerlukannya.

Selain itu, pihak Mercy Malaysia juga turut menyumbangkan pelbagai peralatan yang diperlukan oleh pihak hospital dan klinik terutamanya bagi memerangi wabak Covid-19 ini. Turut bekerja bersama CPRC, pihak Mercy Malaysia juga turut menyediakan ‘phsyco social hotlines’ kepada sesiapa yang mengalami tekanan di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini.
Dapat disimpulkan, bantuan-bantuan yang disalurkan oleh pihak tersebut sangat memberi makna kepada pelbagai golongan. Pun begitu, pihak-pihak lain sangatlah digalakkan untuk terus membantu menyumbangkan pelbagai sumbangan kepada golongan-golongan tersebut.
Sememangnya wabak pandemik Covid-19 ini memberikan kesan kepada masyarakat Malaysia. Namun, dengan bantuan yang tidak henti-henti ini, ternyata rakyat di Malaysia bersatu padu terutamanya kepada waktu getir ini.

Menjelang Aidilfitri yang berbaki beberapa hari sahaja lagi, nampaknya sambutan pada tahun ini agak berbeza. Pun begitu, ianya tetap boleh diraikan dengan penuh kegembiraan berikutan penyatuan masyarakat yang jelas terpancar ketika wabak Covid-19 ini.
Sekali lagi, pihak Sunway merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada badan-badan bukan kerajaan yang tidak henti-henti menyalurkan sumbangan kepada golongan memerlukan serta ‘frontliners’.
Walaupun begitu, pihak Sunway juga mengalu-alukan semua pihak untuk turut sama menyalurkan bantuan terutamanya menjelang Aidilfitri yang bakal tiba. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook Sunway Group.

Celebrating #KitaJagaKita Spirit
In the wake of the COVID-19 pandemic, we at Sunway have allocated a significant portion of our marketing Ringgits towards more CSR initiatives in reaching out to the underserved communities.We understand our efforts alone are not enough. We would like to take this opportunity to also appreciate and acknowledge some of the NGOs who have contributed to the most vulnerable groups during these unprecedented times.
Posted by Sunway Group on Thursday, 21 May 2020
 
The post (Video) “Tiba Masanya ‘Frontliners’ ‘Berehat’,” Malaysia Bersatu Pikul Tugas Perangi Covid-19 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/23/video-tiba-masanya-frontliners-berehat-malaysia-bersatu-pikul-tugas-perangi-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kini Giliran Rakyat Malaysia Memikul Tugas Memerangi Covid 19 Tiba Masanya Frontliners Berehat

Hiburan Kini Giliran Rakyat Malaysia Memikul Tugas Memerangi Covid 19 Tiba Masanya Frontliners Berehat

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 351 hits
Tidak pernah sesekali kita menyangka bahawa tahun 2020 adalah antara tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan Ternyata wabak COVID 19 yang telah menular sejak awal tahun bukan sahaja memberi impak yang cukup ketara kepada rakyat Malaysia ...
Sudah Tiba Masanya Barisan Hadapan Berehat Kini Giliran Rakyat Pula Pm

Sudah Tiba Masanya Barisan Hadapan Berehat Kini Giliran Rakyat Pula Pm

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 258 hits
PUTRAJAYA Sudah tiba masanya rakyat Malaysia mengambil tanggungjawab memikul tugas membendung penularan wabak COVID 19 untuk memberi peluang petugas barisan hadapan berehat kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Beliau berkata sekira...
Ketua Gugus Tugas 15 300 Wni Dari Luar Negeri Tiba Di Bali 312 Positif Covid 19

Ketua Gugus Tugas 15 300 Wni Dari Luar Negeri Tiba Di Bali 312 Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 209 hits
Kemudian saat ini kata Doni WNI tersebut sudah dilakukan perawatan Terdapat 13 rumah sakit di Bali yang jadi rujukan
3 Kluster Covid 19 Di Malaysia Angkara Rentas Negeri

3 Kluster Covid 19 Di Malaysia Angkara Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 670 hits
Kementerian Kesihatan mendedahkan punca tiga kluster jangkitan COVID 19 yang terdapat di negara ini menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan tiga kluster jangkitan Covid 19 di Malaysia iaitu kluster PUI Bali Pengerang dan Rembau adalah be...
Singapura Malaysia Terus Bekerjasama Tangani Pandemik Covid 19 Menteri Kanan

Singapura Malaysia Terus Bekerjasama Tangani Pandemik Covid 19 Menteri Kanan

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 331 hits
Bernama Menerusi hantaran yang sama Teo turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Ismail Sabri Foto Facebook Teo Chee Hean SINGAPURA Sebagai jiran terdekat Singapura dan Malaysia akan terus bekerjasama mengatasi tempoh sukar semasa pandemi...
Barisan Hadapan Covid 19 Luar Negara Sudah Putus Asa Rakyat Malaysia Tolong Ambil Ikhtibar

Barisan Hadapan Covid 19 Luar Negara Sudah Putus Asa Rakyat Malaysia Tolong Ambil Ikhtibar

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 333 hits
Foto FacebookMacam mana tidak putus asa apabila pengorbanan mereka seolah olah langsung tidak dihargai Luahan tersebut timbul apabila mereka melihat kebanyakan rakyat sudah mula melupakan penjarakan sosial dan bersikap tidak serius dalam me...
Setakat Ini Malaysia Tiada Kes Penyakit Kawasaki Termasuk Kanak Kanak Positif Covid 19

Setakat Ini Malaysia Tiada Kes Penyakit Kawasaki Termasuk Kanak Kanak Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 310 hits
Malaysia tidak merekodkan sebarang kes membabitkan penyakit Kawasaki termasuk 317 kanak kanak yang positif Covid 19 Menerusi laporan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan langkah pencegahan perlu diambil untuk m...
Pos Malaysia Promises Better Rewards For Employees When Covid 19 Situation Improves

Pos Malaysia Promises Better Rewards For Employees When Covid 19 Situation Improves

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 282 hits
The company ensured that its employees needs are prioritised despite the pandemic having affected its business small Cover image via Masakan Utara Barat Facebook span span amp Twitter anthraxxxx span span small Pos Malaysia has responded to...
Covid 19 Malaysia Berada Di Landasan Betul Dr Noor Hisham

Covid 19 Malaysia Berada Di Landasan Betul Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 275 hits
PUTRAJAYA 19 Mei Malaysia berada di landasan yang betul dalam usaha melihat angka kes positif baharu COVID 19 berada pada jumlah kurang dari 10 tidak lama lagi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya masih te...
Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024