Tiba Lak Dia Ni Pa Hal
Aku baca artikel penuh 𝗿𝗲𝗻𝗴𝗲𝗸𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗻𝗶𝗽𝗮 𝗠𝗮𝗶𝗱𝗶𝗻 ni (https://m.malaysiakini.com/news/726643), yang aku nampak cuma satu: 𝗦𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗵𝗮𝘁𝗶.
Paling menarik, dia sempat puji PH1.0. iyalah. Sebab 𝗱𝗶𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗮𝗯𝗶𝗻𝗲𝘁 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝘁𝘂. Padahal PH1.0 pecat Dr. Maszlee yang 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗹𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗸𝗿𝗼𝗻𝗶.
Nampak macam sakit hati tak dapat jadi sebahagian daripada kerajaan sekarang. Iyalah... Kan namanya tak naik sebagai calon dalam PRU lepas.
Hanipa sebenarnya beri reaksi kepada DS Anwar yang menjawab gred diberikan oleh 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵. Beliau berkata kerajaan ini masih baru dan berkias 𝗨𝗣𝗦𝗥 𝗱𝗮𝗽𝗮𝗿 𝗗 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗦𝗣𝗠 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗔.
Itu yang 𝘭𝘢𝘸𝘺𝘦𝘳 ni kata DS Anwar ada 24 tahun untuk buat persediaan UPSR. Kononnya sebab dah lama DS Anwar sebut 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶, patutnya jadi kerajaan terus boleh laksanakan.
Mana dia belajar? Patutlah masa jadi menteri dulu tak 𝘱𝘦𝘳𝘧𝘰𝘳𝘮 langsung. Entah apa hasil dia jadi menteri dulu. Aku pun tak ingat. Yang aku ingat dia kata tak hadir sidang dewan sebab 𝘀𝗲𝗷𝘂𝗸 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁.
Sebenarnya, kalau Mahathir tak khianat PH tahun 2020 dulu, sebaik DS Anwar jadi PM boleh terus laksanakan Reformasi. Malangnya 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝘁𝗮𝗺𝗮𝗸. Nak bawak jawatan PM tu masuk kubur.
Disebabkan ketamakan Mahathir itu, ditambah pula 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗸𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻, bersama 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗻𝗴𝘂𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶, ekonomi jadi jadi rosak. Rasuah berleluasa. Itu semua merosakkan negara kita.
Kalau bawa kereta, kita bikin enjin 𝘱𝘰𝘸𝘦𝘳 pun, bubuh NOS pun, kalau tayar pancit, kereta tak boleh gerak. Boleh tapi tak selamat. Silap-silap boleh menyebabkan kemalangan.
Nak cerita Reformasi tapi ekonomi mati. Kan susah tu. Kemudian negara pula kucar kacir disebabkan hasutan oleh 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝘂𝗺.
Masalah sosial seperti 𝗷𝘂𝗱𝗶 𝙤𝙣𝙡𝙞𝙣𝙚 dan 𝙥𝙚𝙙𝙤𝙥𝙝𝙞𝙡𝙞𝙖 berkembang biak di media sosial. Ko cerita apa Mat? Nak ke negara jadi macam tu? Nak buat Reformasi, perkara begini perlu ditangani dulu. Didik rakyat dulu.
Lagi pun, selama 24 tahun tu, berapa lama pula PMX dalam penjara kerana dizalimi 𝗶𝗱𝗼𝗹𝗮 si Hanipa ni? Yang itu takkan nak diskaun?
Tapi cerita banyak pun tak guna. Hanipa ni rasanya dah turun taraf jadi 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘁𝗼𝗸. Macam biasa, macamana bebalnya PapaGomo, begitulah juga walatok yang lain. Jadi biar la dia meroyan.
Yang pasti dia tak perlu lagi risau rasa sejuk di dewan parlimen sampai 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗮𝗸𝘀𝗮 𝗽𝗼𝗻𝘁𝗲𝗻𝗴 𝘀𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 sebab dia bukan lagi ahli parlimen. Terima Abg. Mat tak letakkan dia sebagai calon. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/11/tiba-lak-dia-ni-pa-hal.html