Tiarasa Escapes Glamping Resort Best Ke


Sekiranya anda ingin melarikan diri daripada kesibukan harian dan menikmati keindahan alam semula jadi, Tiarasa Escapes Glamping Resort di Janda Baik, Malaysia, adalah antara pilihan terbaik yang anda boleh pertimbangkan. 
Tiarasa Escapes Glamping Resort yang terletak di Janda Baik, Pahang menawarkan pengalaman glamping yang lain daripada yang lain. Serius, best!
Apa lagi yang menarik tentang resort ini?
Ha, jom baca perkongsian di bawah. 
BACA JUGA: Weekend Getaway Di Malaysia, Pilihan Destinasi Mesra Poket!
Tiarasa Escapes Glamping Resort – Pengenalan Tiarasa Escapes Glamping Resort adalah sebuah resort yang menggunakan konsep “glamping” atau “glamorous camping”. Resort ini menjanjikan penginapan yang selesa di tengah-tengah keindahan semula jadi hutan hujan tropika Malaysia.
Tiarasa Escapes menawarkan pelbagai jenis penginapan yang sesuai untuk pasangan, keluarga serta VIP. Setiap unit dilengkapi dengan kemudahan moden seperti penghawa dingin, bilik mandi peribadi, dan Wi-Fi untuk memastikan keselesaan maksimum bagi semua tetamu.
Sumber: Tiarasa Escapes Suasana tenang di sekitar resort ini membolehkan pengunjung untuk bersantai dan menikmati keindahan alam, dengan bunyi aliran sungai dan kicauan burung sebagai latar belakang. 
Resort ini bukan hanya menyediakan penginapan yang unik, tetapi juga pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini. Contohnya seperti piknik di tepi sungai, barbeku di bawah bintang-bintang, ‘team building’, bermandi-manda dan sebagainya. 
Sumber: Tiarasa Escapes Tambahan pula, lokasi ini juga menjadi pilihan popular untuk majlis istimewa seperti perkahwinan, ulang tahun, dan acara korporat. Hal ini kerana, suasananya yang eksklusif dan mesra alam. 
Tempat ini memang sesuai untuk semua golongan, sama ada pasangan, keluarga, atau kumpulan korporat.
Pendek kata, Tiarasa Escapes Glamping Resort menjanjikan anda sebuah pengalaman percutian bermakna dan penuh keseronokan!
Lokasi Tiarasa Escapes Glamping Resort terletak di Janda Baik, Pahang, Malaysia, dengan alamat spesifik di Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang. Lokasi ini hanya mengambil masa sekitar 30 hingga 45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur. 
Menariknya lagi, resort ini terletak di lokasi yang berhampiran dengan pelbagai tarikan pelancongan yang ada di negeri Pahang. Ia menawarkan akses ke destinasi menarik seperti Genting Highlands, Janda Baik, dan perkampungan tradisional yang kaya dengan budaya serta keindahan semula jadi. 
Kedudukan ini menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang ingin menerokai tempat tarikan lain yang ada sambil menikmati pengalaman glamping yang selesa di tengah alam. 
Cara ke Tiarasa Escapes Glamping Resort Untuk ke sini, anda boleh gunakan beberapa cara, iaitu:
1. Dengan Pengangkutan Sendiri Pemanduan ke Tiarasa Escapes mengambil masa sekitar 45 minit hingga satu jam dari pusat bandar Kuala Lumpur. 
Anda boleh menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps dengan menetapkan lokasi “Tiarasa Escapes Glamping Resort” sebagai destinasi anda.
Terdapat ruang parkir yang luas dan selamat disediakan untuk semua tetamu.
2. Dengan Pengangkutan Awam Jika anda ingin menggunakan pengangkutan awam, anda boleh:
Menggunakan Bas atau Kereta Api ke Bentong: Naik bas ekspres dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) atau perkhidmatan KTM ke Bentong. Dari Bentong, anda boleh menyewa teksi atau menggunakan perkhidmatan e-hailing seperti Grab untuk menuju ke Janda Baik. Menggunakan Perkhidmatan E-Hailing: Dari Kuala Lumpur, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan e-hailing terus ke Tiarasa Escapes. Cara ini mungkin memakan kos lebih banyak berbanding menaiki bas/kereta api, namun lebih mudah dan cepat.  Tips Tambahan:
Pastikan anda tiba pada waktu siang kerana jalan ke kawasan ini lebih mudah dilalui dengan pencahayaan yang mencukupi. Rancang jadual perjalanan dan bertolak awal untuk memastikan kelancaran perjalanan anda. Jenis Penginapan & Harga Per Malam Sumber: Tiarasa Escapes Tiarasa Escapes Glamping Resort menawarkan dua jenis penginapan yang unik dan menarik, sesuai untuk pelbagai jenis pengunjung. 
Pertama, terdapat 20 khemah bergaya safari yang terdiri daripada: Dragonfly Tented Villa, Hornbill Tented Villa, Rajah Brooke Family Suite, dan White Rajah Presidential Suite. 
Dragonfly Tented Villa: RM990.00 Hornbill Tented Villa: RM1,302.00 Brooke Family Suite: RM1,740.00 White Rajah Presidential Suite: RM3,200.00 Setiap khemah ini dilengkapi dengan kemudahan moden seperti katil bersaiz king, penghawa dingin, dan kelengkapan mandi yang selesa, menjadikan pengalaman glamping anda tidak kurang hebatnya berbanding penginapan hotel mewah.
Sumber: Tiarasa Escapes Selain itu, resort ini juga mempunyai 5 villa atas pokok yang dikenali sebagai Ficus Treetop Villa. Villa-vila ini menawarkan pengalaman yang lebih intim dan dekat dengan alam, membolehkan anda menikmati pemandangan hutan dari ketinggian. 
Ficus Treetop Villa: RM1,302.00 Kemudahan Selain penginapan yang selesa, Tiarasa Escapes Glamping Resort juga menawarkan pelbagai kemudahan dan fasiliti lain yang memastikan pengalaman penginapan anda memuaskan. Antaranya ialah:
1. Ruang Acara Serbaguna
Resort ini menyediakan ruang acara serbaguna yang dikenali sebagai Ranee Suite (Conference & Events Tent). 
Ruang ini direka khas untuk pelbagai acara rasmi seperti mesyuarat, seminar, atau bengkel, serta acara peribadi seperti majlis perkahwinan, ulang tahun, dan makan malam khas.
Dengan kemudahan moden seperti sistem audiovisual dan ruang yang luas, Ranee Suite adalah lokasi sempurna untuk acara intim dalam suasana semula jadi.
2. Kolam Renang Mesra Keluarga
Sumber: Tiarasa Escapes Resort ini juga menyediakan kolam renang walaupun ada sungai berhampiran. Kolam ini sangat mesra keluarga dan sesuai untuk anak-anak bermandi-manda dengan suasana lebih selamat. 
Bukan itu sahaja, anak-anak anda boleh bermain sambil menikmati keindahan alam sekitar di kawasan kolam ini.
3. Ruang Barbeku dan Piknik
Tiarasa Escapes juga menyediakan ruang barbeku yang lengkap, membolehkan tetamu menikmati makan malam yang santai di bawah bintang-bintang. 
Selain itu, pengunjung juga boleh memilih untuk berkelah di tepi sungai dengan set piknik khas yang disediakan oleh pihak resort.
4. Aktiviti Luar dan Rekreasi
Sumber: Tiarasa Escapes Resort ini menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi yang sesuai untuk semua golongan. Antaranya ialah jungle trekking, nature walks, bird watching, serta bermandi-manda di sungai semula jadi yang segar. Pengunjung juga boleh bermain badminton, bola sepak, memanah, trampolin dan sebagainya. 
Sumber: Tiarasa Escapes Pada waktu malam, pengunjung berpeluang melakukan aktiviti unggun api dan menonton pawagam.Untuk unggun api, marshmallow dan keropok disediakan manakala popcorn dan coklat panas disediakan semasa tayangan pawagam (moonlight cinema).
Sumber: Tiarasa Escapes 5. Restoran dan Kafe
Untuk melengkapkan pengalaman penginapan, restoran di resort ini menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa yang segar dan lazat. Tetamu boleh menikmati sarapan, makan tengah hari atau makan malam sambil dikelilingi keindahan alam.
Sebaiknya ambil pakej makanan sekali penginapan untuk memudahkan percutian anda. Memang berbaloi!
6. Kemudahan Lain
Antara kemudahan tambahan ialah Wi-Fi percuma, ruang parkir yang luas dan selamat, perpustakaan mini untuk tetamu yang gemar membaca, dan perkhidmatan concierge untuk membantu tetamu merancang aktiviti atau pengangkutan sepanjang penginapan mereka.
BACA JUGA: 15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!
Kelebihan (Plus Point) Berikut pula adalah beberapa kelebihan (plus point) menginap di Tiarasa Escapes Glamping Resort, yang menjadikannya pilihan terbaik untuk pengalaman glamping di Malaysia:
1. Lokasi Strategik di Tengah-Tengah Alam Semula Jadi
Terletak di Janda Baik, Pahang, resort ini menawarkan suasana damai di tengah hutan hujan tropika Malaysia. Dikelilingi kehijauan semula jadi, bunyi aliran sungai, dan kicauan burung, Tiarasa Escapes memberikan pengalaman yang mendamaikan jauh dari kesibukan bandar.
2. Penginapan Unik dan Selesa
Resort ini menyediakan pelbagai pilihan penginapan seperti khemah bergaya safari, vila pokok, dan White Rajah Presidential Suite. Gabungan kemewahan dan reka bentuk mesra alam memastikan keselesaan maksimum sambil memberikan pengalaman yang tidak dapat ditemui di tempat lain.
3. Aktiviti Mesra Alam dan Rekreasi
Tiarasa Escapes menawarkan pelbagai aktiviti luar yang sesuai untuk semua peringkat umur. Setiap peongunjung berpeluang merasai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan tanpa terkecuali. 
Kebanyakan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di sini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga membolehkan tetamu berhubung lebih dekat dengan alam semula jadi.
4. Lokasi Mudah Akses
Hanya sekitar 45 minit hingga 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, resort ini mudah diakses menggunakan kenderaan sendiri atau perkhidmatan e-hailing. Lokasinya juga berhampiran dengan tarikan seperti Genting Highlands dan kawasan sekitar Janda Baik.
5. Instagram Worthy!
Setiap sudut resort ini menawarkan pemandangan dan reka bentuk yang fotogenik, menjadikannya lokasi yang sempurna untuk gambar percutian yang menarik di media sosial.
Cara Tempah Untuk melakukan tempahan, anda boleh rujuk langkah-langkah berikut:
1. Melalui Laman Web Rasmi
Langkah paling mudah dan rasmi adalah membuat tempahan terus melalui laman web Tiarasa Escapes. Layari laman web rasmi mereka di Tiarasa Escapes Official Website. Anda akan menerima pengesahan tempahan melalui e-mel.
2. Melalui Platform Tempahan Online
Resort ini juga biasanya disenaraikan di platform tempahan dalam talian seperti:
Agoda Booking.com Expedia Klook Tempahan melalui KLOOK membolehkan anda berpeluang mendapatkan diskaun dan harga terbaik!
Klook.com Cari “Tiarasa Escapes Glamping Resort,” pilih tarikh anda, dan ikuti arahan platform untuk membuat tempahan. Pastikan anda membaca syarat tempahan di platform berkenaan.
Tempahan Pakej Khas atau Promosi Jika anda berminat dengan pakej tertentu (contohnya bulan madu, team building, atau majlis khas), semak laman web rasmi atau media sosial mereka untuk promosi terkini. Hubungi pihak resort terus untuk menempah pakej ini kerana ia mungkin memerlukan pengaturan tambahan.
Deposit dan Pembayaran Kebiasaannya, anda perlu membayar deposit semasa membuat tempahan, dan baki bayaran boleh dijelaskan semasa daftar masuk. Kaedah pembayaran yang diterima termasuk kad kredit/debit dan pembayaran dalam talian.
Penutup Tiarasa Escapes Glamping Resort sememangnya salah satu pilihan terbaik bagi mereka yang ingin menikmati percutian di tengah alam dengan sentuhan kemewahan. 
Memang recommended sangat bagi anda yang ingin melarikan diri seketika dari kesibukan kota dan mendekati alam. Highly recommended!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tiarasa-escapes-glamping-resort/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tiarasa-escapes-glamping-resort

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
What Are The Best Telugu Movies App In Telugu With Subtitles

What Are The Best Telugu Movies App In Telugu With Subtitles

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 261 hits
Nowadays you can find numerous Telugu movie apps most of which provide many Telugu movies If you are a native of the Telugu states you will be able to understand all the Telugu movies clearly But it is not the same for others unfamiliar wit...
Drama Melayu Makin Best Diminati

Drama Melayu Makin Best Diminati

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 275 hits
Sebagai peminat drama melayu saya suka tengok orang ramai beri ulasan terhadap drama drama melayu Kalau dalam LelakiItu banyak disentuh dan dibincangkan bab munahakat tanggungjawab dan keturunan Dalam Khunsa diperbincangkan bab biologi dan ...
Best Stake Puits Strategy 2024 Precisely How To Win On The Line Com Mines

Best Stake Puits Strategy 2024 Precisely How To Win On The Line Com Mines

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 252 hits
Best Stake Puits Strategy 2024 Precisely How To Win On The Line Com Mines Online Casino Hacks Tips Techniques To Cheat Casinos Content How many coins plus active paylines are available in a slot game directly influences what sort of slot ma...
Ten Best Las Vegas Casinos According In Order To Travel Expert

Ten Best Las Vegas Casinos According In Order To Travel Expert

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 95 hits
Ten Best Las Vegas Casinos According In Order To Travel Experts These Are Typically The 15 Luckiest Casinos In Vegas Relating To Tripadvisor Content Christopher Parr could be the Creator and Editor in Chief of Pursuitist one of the particul...
Which Crypto Is Best To Invest In

Which Crypto Is Best To Invest In

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 84 hits
Cryptocurrency investing can feel like navigating a maze exciting yet daunting With a myriad of options available selecting the best cryptocurrency to invest in requires careful thought research and strategy Whether you re new to crypto or ...
Jimat Last Minute Di Best Buy Tawaran Hebat Untuk Jenama Seperti Bose Lego Dan Therabody

Jimat Last Minute Di Best Buy Tawaran Hebat Untuk Jenama Seperti Bose Lego Dan Therabody

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 149 hits
Pilihan Terbaik dari Acara Penjimatan Saat Terakhir Best Buy Musim cuti tak pernah lengkap kalau korang tak kelam kabut nak habiskan sesi beli belah hadiah Mujurlah Best Buy telah melancarkan jualan yang dipanggil Acara Penjimatan Saat Tera...
The Best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur

The Best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 191 hits
The best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur First nak cakap ini bukan paid review ya ini personal review yang nieyl nak share apa yang nieyl cuba dan hasil yang nieyl dapat Nieyl tak sure kalau wanita yang berhijab ni dia akan ada masalah kelemu...
Langkawi S First 5 Star Resort Marks 35 Years Of History And Transformation

Langkawi S First 5 Star Resort Marks 35 Years Of History And Transformation

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 137 hits
LANGKAWI S FIRST 5 STAR RESORT MARKS 35 YEARS OF HISTORY AND TRANSFORMATIONPelangi Beach Resort Spa Langkawi Commemorates Milestone Anniversary with Exciting Plans for the FutureThis month marks the 35th anniversary of Malaysia s first 5 st...
Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 236 hits
Terkedu tengok keadaan bilik yang ditunjuk pengadu https thereporter my tolonglah jangan aniaya customer kami dah bayar rm719 pelanggan dedah pengalaman buruk di resort mersing HAAHAHJADH UOQMenerusi video tular kelihatan bilik penginapan d...
Lupa Kata Laluan Sarawak Pay Username Ini Cara Reset Semula

Bossku S Royal Addendum Win Is The End Nigh For The Madani Gov T

This Is The Easiest Way To Teach Your Kids Problem Solving Skills

Scammers May Hijack Water Supply Barcodes To Steal Your Money Claims Netizen

Reset Sarawak Id Kemaskini No Tel Password Username Baru

Teaming Up With Pas Could See Umno Kicked Out Of Govt Dr M

Benarkah Panglima Awang Orang Pertama Mengelilingi Dunia

Cucur Nasi Pedas Sedap Rangup Dan Mengenyangkan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Perkhidmatan Bas Ke Bukit Fraser Pahang Tahun 70 Dan 80an

Lembu Sebaka Tidak Akan Berlaga

Kos Perubatan Meningkat Cegah Penyakit Tanggungjawab Bersama

Filem Abah Saya Uncle Mike

Fauziah Latiff Di Muara Sepi Chord

Bos Tetap Bos