Tiada Yang Memandang Indahnya Di Sebalik Gunung


 Di hujung gunung di kaki langit cahaya senja makin menghilang. Siul-siulan bunyi burung-burung terbang ke timur, barat, utara dan selatan hinggap di rating mencari sarang. Terpancar cahaya jingga kemerah-merahan sedikit warna kekuningan di celah-celah ranting pokok getah tua menarik pandangan. Di tambah dengan batu-batuan buatan yang beraneka warna dan bentuk dari perkuburan cina di atas bukit sebelah timur. Mentari senja makin menunduk tahulah; hari siang kian menghilang akan tibalah malam gelap dan sunyi. Dialah Allah yang mentakbir siang dan malam.
 Ayah, ayah.., tersedar dari lamunan yang tiada penghujung fikiran membayangi sejuta kisah. Fikiran jauh mengelamun di tengah-tengah ruang pintu hadapan rumah, setelah penat mencari rezeki sepanjang hari. Terpandang Amirah berlari dari dapur menghampiri si ayah. Entah apa yang di buatnya di dapur dengan apron seperti chef restoran lima bintang. Apron pemberian makngahnya di kampung ; kakak ke-2 daripada 8 adik beradik anak Mahamed dan isterinya Sofiah. Terdengar hentakkan kaki dari tingkat atas rumah. Alyaa menuruni anak-anak tangga yang dihiasi mozek tak bercorak dengan tergesa-gesa di pegangnya pikacu “patung mainan”  di tangan kanan dan di tangan kiri sebuah telipon bimbit RM 2.50 yang di beli dari rumah yang di jadikan sebuah kedai pemiliknya berbangsa cina bersebelahlah pondok polis berhadapan sebuah kedai yang menjual kuncing dan kelengkapan kucing di sebuah pekan berdekatan rumah aku. Alyaa adik kepada Amirah yang berusia 7 tahun dan Amirah murid tahun 4 bersekolah di sekolah yang sama, SKM2 yang terletak 2km dihujung kampung sebelah utara dari rumah. Terdapat terusan dan jambatan kecil yang membataskan Jalan Paip dengan Jalan Sekolah. Ladang kelapa sawit muda dan sedikit ke kiri terdapat tinggalan ladang pokok getah tua menghadap pintu pagar sekolah. Bertapa gembira hati si anak bila dapat tahu si ayah mereka pulang ke rumah. Walaupun di marah, di pukul, anak-anak tetap menunjukan rasa kasih dan sayang terhadap si ayah. Tiada yang lebih membahagiakan dari kecintaan anak kepada si ayah dan keikhlas si ayah membesarkan anak-anak.
 Di bawah kerusi kayu pellet, yang di buat dari hasil kerja tangan si ayah sendiri. Pellet yang di pungut di longgokan sampah berhampiran kilang mesin di bandar. Kucing jantan putih bertelinga coklat kehitaman sedang asyik menyusu dari ibu susuan yang punya tiga anak, ketiga-tiga anak betina. Seekor berwarna kelabu berekor seakan patah di tengah bertompak putih sebesar 2 jari telunjuk dan jari tengah orang dewasa dibawah leher, seekor putih keemasan berekor 2.5inci panjang kembang umpama bunga teratai di tasik terbiar, seekor lagi meriah dengan warna oren, hitam, sedikit kelabu dan putih berekor panjang sempurna. Namun tak seindah pantai yang terdapat di semporna Sabah.
 “Ayah, nak air ka?”Tanya Amirah.
 “Air kosong dah la letak ais sikit”,Jawab si ayah. 
“Adik dah makan? “ Panggilan manja Alyaa, “kakak makan dah ka?” 

Pagi sebelum keluar bekerja si ayah akan siap-siapkan makan minum untuk anak-anak. Adakala si ayah masak sendiri adakalanya makanan siap yang si ayah beli. Selalunya si ayah akan beli lebih, nampak seperti membazir tapi niat aku; risau makanan tak cukup hingga ke petang sementara menanti si ayah pulang dari kerja. Tak habis kerana kenyang lebih baik daripada berlapar tiada makan. Itu yang aku maksudkan.
 “Dah makan dah tadi, kenyang dah.” Kata Amirah dan Alyaa serentak.
 Sambil berjalan ke arah dapur. 
“Ayah, Sha ( panggilan diri Amirah ) dan adik minta maaf sebab makan tak habis.” “Tak apa, janji makan”, jawab si ayah.
 Sambil tersenyum menunjukan tanda tidak marah. Terdengar ketukkan ais di sinki dapur. Di bawanya segelas air kosong berisi 3 ketul ais batu. Alhamdullah.. ,tanda syukur kepada Allah S.W.T dengan nikmat menelan walaupun air kosong berisi 3 ketul ais batu. Syukur alhamdulillah Ya Allah keatas rezeki yang Engkau kurniakan kepada aku.
 Harris merasa dirinya bersalah yang amat sangat hingga menggangu kehidupan hariannya dan tindakan Aisy menjauhkan diri ke luar negara membuatkan aku tertanya-tanya apakah kesudahan mereka ni. Sofia kawan baik Aisy merancang sesuatu. Drama titian cinta yang di mainkan di tv3 pada tv philips LED 32inci milik ku yang si ayah beli 7 tahun dulu.
“Amirah ambil gelas ni letak kat dapur”, perintah si ayah kepada anaknya, gelas air kosong berisi 3 ketul ais batu yang di bawanya tadi. Amirah bangun terus mencapai gelas dan sempat menoleh mencuri pandangan ke arah drama titian cinta. Alyaa dengan sikap bersahaja mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mengelat diri dari di suruh membawa gelas air kosong 3 ketul ais batu tadi ke dapur. 
“Ayah, nak solat mahgrib bagitau Sha tau, adik pun! Adik nak solat gak”, sambut Alyaa, dengan mata asyik menandang Aisy yang sedang bercakap dengan ibunya di kampung melalui panggilan Telipon bimbit miliknya. Aisy ok, sihat.. ibu jangan la risau, ibu tu jaga kesihatan. Nasihat Aisy kepada ibunya. Tiba-tiba bunyi inbox message ‘tercatat perkataan Ryan’...?
“Ya ok, nak solat ayah bagitau.. “ jawab si ayah.  Aku terus naik ke tingkat atas rumah mencapai tuala mandi, rupanya dari pulang kerja tadi aku masih mengenakan pakaian kerja. “Aduhh.. lekanya aku ya Allah..”
Selesai mandi belum sempat berbaju dengan tuala mandi masih di badan . Allahuakbar, Allahuakbar...seruan azan mahgrib tv3. “Dah,dah! Slow Tv, solat dulu..” Amirah dan Alyaa bangun terus ke bilik air mengambil wuduk,selesai berwuduk Amirah dan Alyaa mencari kelekung. 
“Ni adik punya!adik punya pendek, kakak punya panjang sikit,”Kata Amirah. Kelekung yang si ayah beli secara online dan berwarna sama “ungu” itu membuatkan anak-anak keliru untuk mengenal milik siapa.
 Kadangkala riuh rendah gelagat anak-anak membuatkan hati aku terhibur, hilang rasa penat lelah seharian bekerja, kesibukkan kota, kekusutan prihal dunia. Syukur pada Dia, tuhanku Allah yang menghadirkan 2 puteri yang membuatkan hati aku merasa bahagia. 
 Sakit kepala yang sering aku hadapi, hampir setiap minggu, sakit yang sudah bertahun rasanya tidak pernah hilang menjauh daripada aku. Ada mengatakan; strees, darah tinggi. “mungkin ada benarnya” aku tak pernah buat pemeriksaan. Amirah dan Alyaa la doktor dan tukang urat, memicit, di sapunya minyak angin; tidak penah mengeluh. Alhamdulillah, tangan anak-anak yang ikhlas mengurut itu selalu membuatkan sakit kepala si ayah hilang.
“Dah, diam! berdiri elok-elok”Di perhatikan tertibnya kedudukan anak-anak di atas saf. Allahuakbar, takbir di angkat, rakaat pertama dibacanya Al fatihah dan surah 87 Al A’laa, rakaat kedua selepas Al fatihan disusuli pula surah 104 Al Humaza. Setelah selesai tahyatulakhir rakaat ke 3, diberi salam  “as’salamualaikum السلام عليكم ورحمة الله وبركاته“ menoleh sedikit ke kanan as’salamualaikum di turuti pula ke kiri  “as’salamualaikum السلام عليكم ورحمة الله وبركاته “ tanpa menyapu muka dengan tapak tangan. Nak menyapu pun boleh kerana tidak menjadi kesalahan ia di anggap suatu perlakuan di luar waktu solat. Terbatalnya “selesai”  solat itu selepas ucapan salam diucapkan. Selepas wirid aku terus menadah tangan berdoa, doa yang telah lama si ayah hafal dari kitab “panduan imam” karangan ustaz Bakri bin Basir. Amin, amin, suara kecil amirah dan alyaa mengaminkan doa yang di bacakan si ayah. Selesai berdoa, Amirah menghulurkan kedua-dua tangan dan di ikuti Alyaa bersalaman dan di cium tangan si ayah.
“Adik esok belajar apa, dah masuk buku text dalam beg ka?”, tanya si ayah.
 “Belum lagi”, Alyaa bingkas mencapai beg sekolah, buku text di amatinya satu persatu dengan jadual mata pelajaran di tangan kiri. Di masukan dan di susun kemas ke dalam beg sekolah berwarna pink yang di hiasi gambar kartun pikacu. Lapan orang terkorban, hujan masih belum berhenti viral tentang seorang bilal membenarkan bangsa dan agama lain menginap di dalam masjid menjadi isu panas bualan mulut di sana sini. Laporan dari berita TV3 yang didengari agar samar-samar kerana volume di slowkan sebelum solat mahgrib tadi. Banjir besar di Pulau Pinang.
 Di sebelah kanan tidak jauh daripada Alyaa, Amirah sedang menyiapkan buku-buku text jadual   matapelajaran yang di letakkan di lantai terkibar-kibar oleh hembusan angin kipas siling yang di buka 4speed. Amirah pandai berdikhari tak perlu di arah, selesai menyiapkan buku-buku ke dalam beg, kedua beg di susun di atas meja panjang berukuran 5 kaki panjang, lebar 2 kaki dengan ketinggian 2.5 kaki; berada di ruang tengah sedikit kekanan ruang rumah menghampiri laluan ke pintu dapur.
“Ayah! Ayah tidur sebelah adik tau,tau..” 
Dari sebelah kiri, di pisahkan dengan sebiji bantal berbunga besar lelehan air liur Amirah yang sedang tidur lena bersama bantal peluk yang di arahkan menghadap Alyaa. Jeritan alyaa selepas solat isyak jelas bermain ditelinga si ayah. Alyaa selalu mengharapkan si ayah tidur di sebelahnya, dipeluk manjanya Alyaa.
 Jam di telipon menunjukkan pukul 2.45pagi, tersedar dari tidur di sebabkan bunyi alam daripada telipon apple 6 63G. “Solat tahjud” paparan pada srceen telipon yang telah di setkan dari awal telipon itu dibeli. Rasa sebak di hati, sunyi pagi menambah lagi emosi. Mata berkaca, bicara menyoal pada diri sendiri. Pada rauk wajah Amirah dan Alyaa tercipta 1001 cerita.

 Memendam sejuta harapan,
 Menagih pelbagai keinginan.  Mengharap panas hingga ke petang namun hujan di tengahari. Bulan hilang serinya. Matahari tidak bercahaya. Kata-kata hilang maknanya. Janji tiada ertinya. Yang tinggal hanyalah “Indah di sebalik gunung” Sekadar gambaran kebahagian yang tak mampu dicapai.
“Kenapa semua ini terjadi?”“Dimanakah silapnya?”“Mengapa aku yang Kau pilih?” Ya Allah....
Tiada yang menjawab, namun ada yang Mendengar, Dialah Tuhanku. Segala persoalan terjawab dengan sendirinya, di lubuk mata hati di akal yang waras. Semuanya itu ketentuanMu ya Allah. 
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.( QS 2:286 )
Firman Allah menguatkan diri, resah hati menjadi tabah. Aku hanya hambamu ya Allah, tiada daya upayaku melainkan atas keizinanMu.
 Tut,tut,tut......bunyi alam, tangan meraba-raba ke arah bunyi. Mata separuh terbuka memandang di srceen 5.45pagi terpapar “ bangun subuh dan kejut anak sekolah” , ibu jari menyetuh “ stop” di bahagian bawah srceen alam di matikan. Si ayah melihat Alyaa tiada di sisi, rumah masih gelap, suis lampu belum di hidupkan  lagi. Amirah pun tiada di tempat tidur, dengan tangkas si ayah bangun terus ke tandas “mungkin anak-anak mandi” kata hati. Tetap tidak ada..di setiap bilik, di setiap sudut rumah di cari, Amirah dan Alyaa tiada... barulah si ayah sedar bahawa aku sangat dan terlalu rindukan Amirah dan Alyaa yang sudah lama aku tak lihat dan tiada lagi bersama aku...
Sedihku tiada terlihat,Hatiku memendam duka. Kataku lakonan berlaka. Redhaku keranaMu Ya Allah. Aku serah segalanya kepadaMu Ya Allah.Kerana segalanya itu kehendakMu Ya Allah.
Kupercaya pasti suatu hari nanti Kita bersama bahagia wahai anakMungkin tak disini didunia ini Kelak mungkin dikehidupan nanti Yang Abadi...
Ayah tunggu anak-anak dikehidupan Abadi“Ayah doakan anak-anak sejahtera, berbahagia di sana”
Salam kasih...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://alkabdqolbu.blogspot.com/2017/11/indah-di-sebalik-gunung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Pendaki Gunung Di Nepal Tewas Diduga Karena Terkena Longsor Salju

9 Pendaki Gunung Di Nepal Tewas Diduga Karena Terkena Longsor Salju

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 279 hits
Tim penyelamat menemukan mayat pendaki asal Korea Selatan yang tersebar di base camp bersamaan dengan jatuhnya tenda dan peralatan gunung mereka yang rusak Mereka yang tewas ditemukan beberapa luka di sekujur tubuhnya termasuk di kepala dan...
Mengaku Pendaki Gunung Khofifah Minta Kekayaan Malang Raya Dijaga

Mengaku Pendaki Gunung Khofifah Minta Kekayaan Malang Raya Dijaga

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 224 hits
Mengaku pendaki gunung Khofifah minta kekayaan Malang Raya dijaga Khofifah hadir dalam Festival Pesona Lokal Malang yang menghadirkan ragam budaya dan kearifan lokal Jawa Timur Acara digelar dalam rangka mempromosikan potensi budaya pariwis...
8 Pendaki Terkandas Di Gunung Irau

8 Pendaki Terkandas Di Gunung Irau

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 286 hits
8 pendaki terkandas di Gunung Irau Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 14 Oct 2018 11 35PM middot
Diterjang Badai Salju Hebat Delapan Pendaki Gunung Nepal Tewas

Diterjang Badai Salju Hebat Delapan Pendaki Gunung Nepal Tewas

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 249 hits
Proses evakuasi terhadap kedelapan korban terhambat karena cuaca yang tidak stabil dan rasa dingin yang menusuk
Permandangan Indah Di Polumpung Melangkap View Campsite Dengan Latar Gunung Kinabalu

Permandangan Indah Di Polumpung Melangkap View Campsite Dengan Latar Gunung Kinabalu

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 1587 hits
Polumpung Melangkap Kota Belud Sabah Percutian ke Sabah antara bucket list yang sering diinginkan oleh pelancong dan traveler Kita beruntung Sabah dalam Malaysia senang dan mudah untuk kita lawati Polumpung Melangkap Kota Belud SabahPelbaga...
Kebakaran Hutan Di Lereng Gunung Sumbing Semakin Meluas

Kebakaran Hutan Di Lereng Gunung Sumbing Semakin Meluas

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 221 hits
Kebakaran pertama terjadi di petak 23 10 namun kemudian terus bergeser karena tiupan angin dan saat ini kebakaran terjadi di petak 23 2 RPH Kemloko Bagian Kesatuan Pemangku Hutan Temanggung
Ekspedisi Mendaki Gunung Semeru Puncak Tertinggi Kepulauan Jawa Indonesia

Ekspedisi Mendaki Gunung Semeru Puncak Tertinggi Kepulauan Jawa Indonesia

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 1126 hits
Satu perjalanan merentasi sempadan negara daripada Malaysia menuju ke Indonesia menikmati keindahan alam ciptaan yang maha Esa dengan tujuan yang satu ingin menjejakkan kaki di puncak tertinggi di Kepulauan Jawa iaitu Gunung Semeru yang ter...
Pendakian Bukit Dan Gunung Sepanjang Tahun 2017

Pendakian Bukit Dan Gunung Sepanjang Tahun 2017

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 421 hits
Assalamualaikum salam sejahtera Dan Kami jadikan di bumi gunung ganang yang menetapkan supaya bumi itu tidak menggegar mereka dan Kami jadikan di celah celahnya jalan jalan laluan supaya mereka mendapat petunjuk yang terletak di Sabah Malay...
Explorasi Mendaki 3 Puncak Gunung Stong Gunung Ayam Dan Gunung Baha

Explorasi Mendaki 3 Puncak Gunung Stong Gunung Ayam Dan Gunung Baha

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 1088 hits
Mendaki di 3 Puncak Gunung Stong Baha Ayam antara salah satu pengalaman pendakian yang sob tak mungkin lupa kan daripada keindahan Air Terjun Jelawang yang cukup terkenal buat para penggemar waterfall dimana ia merupakan air terjun yang ter...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross