Tiada Siapa Boleh Pecah Rekod Amri Yahyah Kim Swee


Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Jaringan Hatrik Amri Yahya jadi motivasi kepada pemain Sabah FC PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee memuji prestasi luar biasa yang dipamerkan penyerang veteran, Amri Yahyah, sehingga meledak hatrik ketika membenam Kedah Darul Aman (KDA) FC, 4-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad.

Amri menjaringkan tiga gol yang cukup menarik semasa membantu Sabah FC membenam Kedah 4-0 dalam aksi Liga Super pada Ahad. — Facebook/Sabah FC
Beliau percaya rekod yang dilakar Amri selaku pemain paling berusia meledak hatrik di Liga Malaysia, tidak akan dipecahkan oleh mana-mana pemain lain pada masa akan datang.

Menurutnya, Amri perlu dijadikan ikutan oleh semua pemain Sabah terutama generasi muda kerana masih mampu mengekalkan prestasi cemerlang walaupun sudah menginjak ke usia 40-an.

Penyerang veteran Sabah FC, Mohd Amri Yahyah (kiri) menyempurnakan hatriknya dengan percubaan yang sukar untuk mengukuhkan kemenangan 4-0 ke atas Kedah Darul Aman FC di Likas pada Ahad. – Sumber foto Facebook Sabah FC.
“Amri kita tahu pemain yang cukup berpengalaman dan bermain agak baik walaupun telah berusia 41 tahun.

Amri Yahyah bersama Saddil, Rizal dan Baddrol selepas menjaringkan hatrik. | Foto: Media Sabah FC (Flanegan Bainon)
“Saya percaya rekod jaringan hatrik beliau sebagai pemain paling berusia dalam saingan Liga Malaysia akan bertahan lama dan tidak akan ada mana-mana pemain mampu lakukan seperti Amri.

Datuk Ong Kim Swee | Foto: Media Sabah FC (Flanegan Bainon)
“Ini membuktikan kemampuan Amri serta beri keyakinan untuk dirinya malah beliau harus menjadi contoh pemain-pemain muda Sabah untuk bermain seperti beliau,” katanya.

Kim Swee turut memuji keseluruhan persembahan anak-anak buahnya.
Amri menjaringkan tiga gol yang cukup menarik di separuh masa kedua pada minit 51, 61 dan 72 manakala satu lagi gol menerusi sepakan percuma yang diambil, Park Tae-su pada minit 56.

Jaringan-jaringan tersebut menjadi perhatian Sabah FC serta peminat bola sepak tempatan di sebalik kejayaan Sabah untuk kembali merampas kedudukan kedua Liga Super di belakang Johor Darul Takzim (JDT).


Dalam pada itu, Kim Swee turut memuji keseluruhan persembahan yang dipamerkan pemain-pemain kerana dapat memainkan peranan masing-masing di atas padang.

Tambahnya, kemenangan besar itu tidak akan hadir jika pemain tidak berjaya mengekalkan disiplin sepanjang perlawanan.

“Pemain memainkan peranan serta mengikut arahan yang ditetapkan dan apa kita lihat pada separuh masa pertama, kita berjaya mencipta ruang dan tidak membenarkan Kedah bermain seperti mana mereka lakukan.



“Ini satu disiplin yang sangat baik dari pemain walaupun kita tidak berjaya menjaringkan sebarang gol di separuh masa pertama.

“Namun, pemain dapat mengekalkan momentum di separuh masa kedua dan apabila kita dapat satu gol, kita meletakkan tekanan kepada pasukan Kedah.

“Jadi, apabila kita berjaya mendapat gol seterusnya iaitu kedua, ketiga dan keempat, tentu menutup terus peluang Kedah untuk kembali semula dalam perlawanan,” katanya.

Amri Yahyah bersama Rizal dan Baddrol selepas menjaringkan gol keduanya. | Foto: Media Sabah FC
Satu lagi perlawanan yang berlangsung pada Ahad menyaksikan Negeri Sembilan FC terus konsisten mempertahankan rekod tanpa kalah selepas lima perlawanan apabila menewaskan Kuala Lumpur City FC 2-1.

Pertahanan import, Herold Goulon menjaringkan kedua-dua gol buat Negeri Sembilan pada minit 47 dan 76 manakala KL City menerusi jaringan sendiri Sean Eugene Selvaraj pada minit 75. — Majoriti

SOURCE: Majoriti

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2022/04/tiada-siapa-boleh-pecah-rekod-amri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendekatan Rafizi Boleh Pecah Belahkan Pkr Tian Chua

Pendekatan Rafizi Boleh Pecah Belahkan Pkr Tian Chua

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 363 hits
Bekas ahli parlimen Batu Tian Chua memberi amaran bahawa pendekatan Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR yang sedang berlangsung boleh memecahbelahkan parti Tian Chua berkata pendekatan Rafizi membuat pemimpin PKR perlu berpihak kepada pemimpin...
Hiburan Boleh Patah Gigi Lelaki Beli Ketupat Keras Macam Batu Baling Ke Lantai Pun Tak Pecah

Hiburan Boleh Patah Gigi Lelaki Beli Ketupat Keras Macam Batu Baling Ke Lantai Pun Tak Pecah

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 304 hits
Seorang lelaki dikenali sebagai Muslim Hashim baru baru ini ada berkongsikan sebuah video di aplikasi TikTok mengenai pengalamannya membeli juadah ketupat daripada seorang lelaki Dalam tersebut Muslim telah menunjukkan ketupat yang dibeliny...
Wanita Pecah Rekod Berenang Paling Jauh Di Bawah Ais

Wanita Pecah Rekod Berenang Paling Jauh Di Bawah Ais

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 351 hits
AMBER Fillary berjaya memecahkan rekod dunia sendiri dengan berenang sejauh 90 meter di bawah ais Guinness World Records OSLO Seorang wanita dari Afrika Selatan memecahkan Guinness World Records miliknya sendiri apabila berenang sejauh 90 m...
Nabi Muhammad Berperang Bulan Ramadan Mengapa Debat Tak Boleh

Nabi Muhammad Berperang Bulan Ramadan Mengapa Debat Tak Boleh

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 283 hits
Dolak dalik bekas Perdana Menteri Najib Razak dan orang kanannya berhubung debat bersama Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlihatkan kegentaran pada pihak pemimpin Umno itu Menurut Pengarah Komunikasi KEADILA...
Tak Pecah La Tian Chua Yang Pecah Kalau Kartel Ada Lahgi Dalam Pkr Dan Itu Amat Disedari

Tak Pecah La Tian Chua Yang Pecah Kalau Kartel Ada Lahgi Dalam Pkr Dan Itu Amat Disedari

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 210 hits
Tian Chua tempelak Rafizi strategi kempennya boleh pecah belahkan PKRMay 3 2022 Bekas ahli parlimen Batu Tian Chua memberi amaran bahawa pendekatan Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR yang sedang berlangsung boleh memecahbelahkan parti Tian Ch...
Pemuda Tanam Sayur Organik Atas Bumbung Mall Pelanggan Boleh Pilih Dan Petik Sendiri Ikan Talapia Merah Pun Ada

Pemuda Tanam Sayur Organik Atas Bumbung Mall Pelanggan Boleh Pilih Dan Petik Sendiri Ikan Talapia Merah Pun Ada

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 232 hits
PENGAMBILAN sayur sayuran dalam diet seharian penting dalam memastikan tubvh dibekalkan dengan nutrisi berkhasiat Bagaimanapun ada dalam kalangan kita yang tidak gemar makan sayur sayuran selain faktor sukar mendapatkan bekalan segar teruta...
Konspirator 1mdb Boleh Dikenal Pasti Dalam Perbicaraan Kes Zeti Akhtar

Konspirator 1mdb Boleh Dikenal Pasti Dalam Perbicaraan Kes Zeti Akhtar

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 262 hits
Oleh Sirajuddin AhmadPerkembangan terbaru berkenaan pembabitan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah sampai keperingkat kertas telah diserah kan kepada Peguam Negara Kertas siasatan sebenarnya telah pun diserah lebih awal...
Hiburan Rm10 Je Tng Perkenal Kad Baru Kini Boleh Reload Menerusi Aplikasi E Wallet

Hiburan Rm10 Je Tng Perkenal Kad Baru Kini Boleh Reload Menerusi Aplikasi E Wallet

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 261 hits
Jika sebelum ini pengguna kad Touch n Go tidak boleh menambah nilai kad masing masing menerusi aplikasi TnG e Wallet Pengguna juga perlu reload kad menerusi terminal yang disediakan seperti kedai serbaneka dan juga stesen minyak Advertiseme...
Sule Syok Atap Kaca Rumah Seharga Rp900 Juta Pecah Begini Penampakannya

Sule Syok Atap Kaca Rumah Seharga Rp900 Juta Pecah Begini Penampakannya

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 294 hits
Sule benar benar syok saat mengetahui atap kaca di rumahnya pecah berkeping keping Padahal ia memasang atap kaca itu dengan harga fantastis yakni mencapai Rp900 juta Simak penampakannya berikut ini
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee