Tiada Ruginya Jika Bina Sekolah Baharu


ISU kepadatan murid bukan baharu, cuma ia tidak didedahkan kerana ramai pihak termasuk Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), pentadbir sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersikap acuh tak acuh tentang permasalahan ini sedangkan populasi pelajar meningkat setiap tahun.
Bilangan sekolah yang tidak seimbang dengan peningkatan populasi murid dan penerokaan kawasan penempatan baharu yang rancak akhirnya mengundang masalah kepada sekolah sehinggakan ada guru yang terpaksa mencari-cari bilik darjah yang kosong

Apabila bilangan murid padat, maka berbangkit isu lain tentang disiplin dan keciciran kerana seorang guru agak sukar mengawal jumlah murid antara 40 hingga 50 orang dalam setiap kelas yang memiliki perangai beraneka ragam

Masalah kepadatan murid lazimnya berlaku di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi terutamanya di bandar-bandar baharu yang mencatat pertumbuhan populasi penduduk begitu cepat sedangkan pada masa yang sama bilangan sekolah tidak berubah

Lazimnya kawasan penempatan baharu akan ada tapak untuk pembinaan sekolah yang disediakan tetapi terbiar tanpa ada keputusan mengenainya. Akhirnya kawasan tersebut dipenuhi semak-samun untuk bertahun tahun lamanya tanpa ada perancangan lanjut.
Kadang-kala tertanya dalam minda penulis, setiap tahun PPD akan meminta data populasi murid sekolah untuk apa. Sepatutnya data tersebut adalah petunjuk sama ada wujud keperluan membina sekolah baharu di kawasan yang padat

Dalam hal ini, pentadbir sekolah dan PPD memainkan peranan penting menyalurkan maklumat mengenai peningkatan populasi pelajar dan keperluan bilik darjah tambahan kepada kementerian berkenaan

Jika mereka mempunyai kesedaran betapa pentingnya soal pendidikan, isu kepadatan murid sepatutnya sudah berada di meja mesyuarat dan bukannya memberi alasan. Ini kerana pendidikan merupakan agenda besar rakyat dan negara yang tidak boleh dikompromi.

Pendidikan yang kelak akan mengubah nasib generasi akan datang dan meletakkan hala tuju negara. Daripada mengenal huruf A, B, C dan seterusnya sehinggalah anak-anak ini ke menara gading semuanya bermula di sekolah. Di rumah mereka diberi pendedahan soal sahsiah diri

Tidak rugi kerajaan meletakkan peruntukan yang besar terhadap pendidikan termasuk mengenal pasti daerah, mukim dan kawasan yang memerlukan sekolah-sekolah baharu asalkan murid-murid ini selesa belajar dan negara dapat melahirkan rakyat yang bijak pandai

Pada masa yang sama, pembinaan sekolah baharu atau pertambahan bangunan di sekolah sedia ada memberi peluang kepada graduan guru di luar sana yang masih berharap dapat berkhidmat kepada anak bangsa.

Tiada yang mustahil untuk dilaksanakan kerana ia melibatkan soal kepentingan rakyat dan generasi baharu.

Dasar Pendidikan Kebangsaan cukup kompleks termasuk menamakan beberapa kategori sekolah di dalamnya. Sudah sampai masanya dasar ini menjadi rujukan dan panduan pada masa akan datang atau hendaklah disemak semula sekiranya keadaan memerlukannya berbuat demikian.

Oleh: Meor Harman Meor ShakriPengarang Berita Utusan Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/12/tiada-ruginya-jika-bina-sekolah-baharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 882 Kes Baharu Covid 19

2 882 Kes Baharu Covid 19

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 247 hits
PETALING JAYA Kementerian Kesihatan melaporkan 2 882 kes baharu Covid 19 dalam tempoh 24 jam lalu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan jumlah keseluruhan jangkitan kini meningkat kepada 2 764 354 kes...
The Flash Dikhabarkan Akan Padam Synderverse Cipta Justice League Yang Baharu

The Flash Dikhabarkan Akan Padam Synderverse Cipta Justice League Yang Baharu

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 248 hits
Penggambaran filem The Flash arahan Andy Muschietti telahpun selesai pada Oktober yang lalu dan sama seperti filem bertema Multiverse Spider Man No Way Home yang mana banyak khabar angin tersebar sebelum tayangannya filem terbaru DC yang ak...
Kes Jangkitan Baharu Covid 19 Kekal Bawah Paras 3 000

Kes Jangkitan Baharu Covid 19 Kekal Bawah Paras 3 000

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 229 hits
AGENDA DAILY Kes jangkitan baharu Covid 19 di Malaysia menurun Kes jangkitan baharu Covid 19 harian yang dilaporkan hari ini kekal bawah paras 3 000 kes Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia jumlah jangkitan hari ini adalah sebanyak 2 690 ...
Hotel Di Kundasang Cetus Kluster Baharu Di Sabah

Hotel Di Kundasang Cetus Kluster Baharu Di Sabah

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 221 hits
Kes indeks kluster Jalan Kem Bina di Ranau membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun yang juga kakitangan Hotel Perkasa di Kundasang yang disahkan positif 23 Dis lalu KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Ma...
Mencuba Sesuatu Yang Baharu

Mencuba Sesuatu Yang Baharu

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 230 hits
MENCUBA SESUATU YANG BAHARU Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt HARI KEDUA Ditahun baharu Dibulan pertama Januari Alhamdulillah mungkin ada yang sedang mencari cari mahu mencuba sesuatu yang baharu Ya...
Sembilan Pemandu Ditahan Dalam Op Ambang Tahun Baharu

Sembilan Pemandu Ditahan Dalam Op Ambang Tahun Baharu

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 268 hits
Oleh KHAIRUL MOHD ALI POLIS membuat pemeriksaan tahap alkohol terhadap pemandu dalam Op Ambang Tahun Baharu 2022 di Johor Bahru Johor JOHOR BAHRU Sembilan pengguna jalan raya ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk memandu dalam keadaan ma...
Sambutan Tahun Baharu Batal Diganti Solat Hajat Doa Selamat Pm

Sambutan Tahun Baharu Batal Diganti Solat Hajat Doa Selamat Pm

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 291 hits
Oleh SAMBUTAN Tahun Baharu 2022 dibatalkan dan akan digantikan dengan solat hajat serta doa selamat sebagai tanda menghormati dan bersimpati dengan mangsa banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia FOTO FACEBOOK ISMAIL SABRI YAAKOB SAM...
Bantuan Keluarga Malaysia Pendaftaran Baharu Kemas Kini Dibuka Hari Ini

Bantuan Keluarga Malaysia Pendaftaran Baharu Kemas Kini Dibuka Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia akan dibuka selama sebulan mulai hari ini sehingga 31 Jan 2022 Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia bertujuan memastikan merek...
Agong Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Tahun Baharu

Agong Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Tahun Baharu

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 280 hits
BH ONLINE Agong Permaisuri zahir ucapan selamat tahun baharu Foto FB Istana Negara KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskand...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan

Video Bas Laju Langgar Axia Di R R Jejantas Sungai Buloh Mangsa Harap Rakaman Video Bantu Siasatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Celebrity Legs And Feet In Tights 2025 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 2

Ebook Drama Cinta Qazryll Asyfaa Oleh Rose Aleyna

Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More