Tiada Perubahan Pemain Tambadau Untuk Kempen Liga Malaysia


Tiada perubahan pemain Tambadau untuk kempen Liga Malaysia



SHAFIE (enam dari kanan) bersama Peter (lima dari kanan), Henry (empat dari kanan) serta tetamu kehormat dan para pemain Sabah merakamkan gambar kenangan.
KOTA KINABALU: Pasukan bola sepak Sabah mengekalkan barisan pemainnya untuk berhadapan cabaran dalam kempen Liga Malaysia 2019.

Seramai 26 pemain yang tersenarai dalam pasukan itu kesemuanya berasal dari skuad yang sama musim lalu kecuali tiga orang.

Tambahan terbaharu adalah pemain pertahanan Ranilson Batuil, 21, dan pemain tengah Mohd Syukri Baharun, 19. Kedua-dua mereka ditawarkan kontrak sebagai pemain senior yang mana, sebelum ini mereka bermain dalam pasukan skuad Piala Presiden.

Baca juga: Tambadau ganti Badak
Sementara Muhammad Mohd Safar, 27, turut bermain semula bagi pasukan Sabah selepas beraksi dengan PKNP FC pada musim lalu.

Pemain lain yang tersenarai dalam pasukan itu ialah Robson Rendy Rining, Mohd Sakri Masri, Rawilson Batuil, Mafry Balang, Dendy Lowa, Jenius Karib, Ummareng Bachok, Randy Baruh @Samson, Mohd Azzizan Nordin, Ricco Nigel Milus, Maxsius Musa, Sabri Sahar, Mohd Azwan Abd Fattah, Rahman Shah Marajeh, Justin Samaan, Mazlan Yahya, Stanley Sulong, Melky Balang, Alto Linus dan Evan Wensley Wenceslaus.

Pemain import tempatan Rozaimi Rohim dan Elyas Sulaiman kekal bersama pasukan Sabah manakala penyerang Roduljub Paunovic yang kontraknya akan tamat pada pertengahan tahun ini adalah satu-satunya pemain import asing.

Terdapat empat lagi kuota pemain perlu diisi termasuk tiga pemain import asing bagi memenuhi sejumlah 30 pemain untuk didaftarkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) perlu fokus melahirkan pemain tempatan yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan.

Katanya, Sabah mempunyai potensi untuk mencari bakat seumpamanya berikutan sejarah bola sepak negeri sebelum ini sudah membuktikan bahawa ramai pemain berbakat lahir di sini.

"Kita perlu memastikan mentaliti pemain itu kuat dan tidak mudah goyah apabila berhadapan pasukan musuh.

"Keyakinan perlu sentiasa ada dalam diri. Kini kita dapat lihat semangat pemain kita juga tinggi," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Jersi Pasukan dan Pengenalan Pasukan Bola Sepak Sabah, di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan tidak ingin melihat wujudnya pembaziran oleh pihak pengurusan sepertimana berlaku sebelum ini.

Katanya, berjuta-juta ringgit dibelanjakan sebelum ini tetapi Safa masih berhadapan masalah hutang gaji pemain.

"Bayangkan kalau duit itu dapat disalurkan kepada sektor lain yang boleh menghasilkan pendapatan dan peluang pekerjaan kepada anak-anak kita.

"Kita tidak juga ingin melihat industri sukan bola di sini dihentikan. Pengurusan baharu Safa perlu mainkan peranan yang lebih agresif untuk mentadbir kewangan lebih baik.

"Cari pemain bola sepak yang betul-betul ada kemahiran dan cari dari semua daerah di Sabah," katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony merangkap pemangku presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick, Pengurus Pasukan Bola Sepak Sabah Henry Siampon serta tetamu kehormat yang lain





Sumber: utusanborneo

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://buletinsabahfa.blogspot.com/2019/01/tiada-perubahan-pemain-tambadau-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Iflix Siar Liga Malaysia Percuma

Iflix Siar Liga Malaysia Percuma

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 327 hits
iflix siar Liga Malaysia PERCUMA Mulai 1 Februari 2019 peminat bola sepak tempatan dah boleh layan Liga Malaysia iaitu Piala Sumbangsih unifi Liga Super Shopee Piala FA unifi Piala Malaysia dan Challenge Cup secara PERCUMA tanpa perlu dafta...
Tambadau Masih Mencari Pemain Import

Tambadau Masih Mencari Pemain Import

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 238 hits
TAMBADAU MASIH MENCARI PEMAIN IMPORTPeter Anthony pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jersi Pasukan Bola Sepak Sabah dan Pengenalan Pemain Musim 2019 di Kota Kinabalu Gambar SNT Mohd Adam ArininKOTA KINABALU 27 Jan Pasukan Bola Sepa...
Jadual Dan Keputusan Liga Premier Malaysia 2019 Kedudukan Carta

Jadual Dan Keputusan Liga Premier Malaysia 2019 Kedudukan Carta

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 796 hits
Jadual dan Keputusan Liga Premier Malaysia 2019 Kedudukan Carta BILAKAH tarikh perlawanan Liga Perdana Malaysia 2019 bakal dibuka Untuk makluman anda Liga Perdana Malaysia 2019 atau dikenali Liga Premier 2019 bakal membuka tirai mulai 1 Feb...
Senarai Perlawanan Terengganu Fc Liga Super Malaysia 2019

Senarai Perlawanan Terengganu Fc Liga Super Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 2278 hits
Senarai Perlawanan Terengganu FC Liga Super Malaysia 2019 Kancah sepak mula perlawanan Liga Super Malaysia 2019 akan bermula awal febuari ini Persiapan pasukan pasukan kian rancak dengan perpindahan masuk pemain pemain bagi membentuk pasuka...
Badminton Perodua Masters 2019 Tiada Juara Di Tangan Pemain Malaysia

Badminton Perodua Masters 2019 Tiada Juara Di Tangan Pemain Malaysia

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 414 hits
Jika dalam kejohanan pertama musim di Masters Thailand 2019 minggu lalu menyaksikan pasukan badminton negara memiliki wakil pemenang bagi beregu lelaki dan beregu campuran tetapi di Kejohanan Masters Malaysia tiada pemenang dari kalangan pe...
Keputusan Terkini Liga Super Malaysia 1 2 Dan 3 Februari 2019

Keputusan Terkini Liga Super Malaysia 1 2 Dan 3 Februari 2019

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 434 hits
Keputusan Terkini Liga Super Malaysia 1 2 dan 3 Februari 2019 NANTIKAN Kejohanan Liga Super Malaysia 2019 atau Unifi Liga Super Malaysia 2019 yang bakal membuka tirai mulai 1 Februari 2019 hingga 21 Julai 2019 Liga Super Malaysia 2019 yang ...
Malaysia Masters Daren Singkir Pemain No 2 Dunia

Malaysia Masters Daren Singkir Pemain No 2 Dunia

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 253 hits
unable to retrieve full text content KUALA LUMPUR Pemain perseorangan lelaki profesional negara Liew Daren mengulangi pencapaian tahun lalu apabila melangkah ke separuh akhir kejohanan badminton Malaysia Masters
Jadual Penuh Perlawanan Unifi Liga Super Malaysia 2019 Dan Kedudukan Terkini Liga Super

Jadual Penuh Perlawanan Unifi Liga Super Malaysia 2019 Dan Kedudukan Terkini Liga Super

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 638 hits
Jadual Liga Super Malaysia 2019 Jika di eropah awal tahun bermula januari adalah pertengahan musim untuk liga liga bolasepak Di Malaysia ia baharu sahaja akan bermula Walaupun tidak semewah dan serancak liga lain di dunia namun peminat Liga...
Piala Iflix Diperkenalkan Di Liga Bola Sepak Malaysia

Piala Iflix Diperkenalkan Di Liga Bola Sepak Malaysia

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 266 hits
KETUA Pegawai Pemasaran Iflix Jason Monteiro berucap pada majlis pelancaran logo baharu MFL di Petaling Jaya hari ini Foto BERNAMAPETALING JAYA Piala Iflix akan mewarnai Liga Malaysia 2019 dengan konsep baharu iaitu pertandingan antara pema...
Apa Itu Wang What Is Money

Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Buasir Otak Tv Telefon Apa Kuat Mencarut Be Like

Combine Best Of Both Worlds To Train Cardiothoracic Surgeons



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Flanders House By Saota In Belgium

Kad Bank Malaysia Support Apple Pay Google Pay

Geran Voc Jpj No

Dr M Claims Lawyers Barred From Secretive Batu Puteh Rci

Melaka Terima 2 Keris Dipercayai Peninggalan Hang Tuah

Pm Vows Strong Response After Recent Terror Attack