Tiada Mood Sambut Deepavali Isteri Shah Rukh Khan Larang Tukang Masak Makan Manisan Sehingga Aryan Bebas Penj4ra
BAKAL menyambut Deepavali tidak lama lagi, keluarga bintang Bollywood Shah Rukh Khan difahamkan tidak akan meraikan perayaan tersebut.
Isteri kepada Shah Rukh Khan iaitu Gauri Khan dilaporkan melarang tukang masak di kediaman mereka daripada menghidangkan sebarang juadah manisan sehinggalah Aryan yang kini dit4han di Penj4ra Arthur Road, Mumbai susulan kes dadah, pulang.
Difahamkan Gauri mengeluarkan arahan itu selepas mendapati tukang masak di kediamannya sedang memasak kheer, iaitu sejenis puding manis popular di India untuk makan tengah hari.
Manisan merupakan makanan wajib kepada masyarakat India di seluruh dunia terutamanya ketika mengadakan upacara keramaian termasuk perkahwinan dan keagamaan.
Malah manisan juga menjadi simbolik untuk menggambarkan rasa gembira dan kesyukuran.
Shah Rukh Khan dan isterinya Gauri Khan.
Sebelumnya, dilaporkan bahawa Gauri turut membuat hajat untuk Aryan dan berdoa ketika perayaan Navratri.
Dia juga berhenti mengambil gula sejak Navratri bermula pada 7 Oktober.
Keluarga itu mengharapkan Aryan dapat dibebaskan dan kembali bersama keluarga sebelum sambutan Deepavali yang bakal menjelang.
Terdahulu, Shah Rukh Khan difahamkan meminta rakan selebriti yang lain untuk tidak mengunjungi kediamannya buat seketika, dan mahu meluangkan masa bersama keluarga ketika waktu genting ini.
Pada 3 Oktober lalu, Aryan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita ditahan anggota polis dari Biro Kawalan Nark0tik (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.
NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dad4h jenis mephedr0ne dan lebih 1.3 juta lakh Rupee dalam serbuan itu. -Times Of India
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2021/10/tiada-mood-sambut-deepavali-isteri-shah.html