Tiada Masalah Konsep E Bazar Ramadan Mb Selangor



Selangor akan meneruskan e-bazar Ramadan yang telah dirancang kerana konsepnya tidak ada perbezaan dengan menempah makanan di restoran dan dihantar melalui penghantar makanan.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pada masa ini kerajaan Perikatan Nasional membenarkan tempahan makanan di restoran dan mungkin bercanggah dengan pengumuman terbaharu, iaitu tidak membenarkan semua bentuk bazar Ramadan, sama ada “pandu lalu” atau “tempah dan ambil”.
Amiruddin berkata, kerajaan negeri akan merujuk bidang kuasanya dan tidak akan melanggar peraturan kerajaan pusat dalam melaksanakan e-Bazar Ramadan.
Menurutnya, dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), Selangor juga meneruskan bazar agro yang dibenarkan beroperasi melalui khidmat pesanan e-hailing.
“Konteks perkhidmatan e-hailing ini ialah penghantaran makanan. Jadi pada waktu ini, restoran masih boleh operasi dan hantar makanan.
“Pada waktu ini, sebagai contoh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) membuat pasar tani yang kita namakan Selangor Bazar atau Selangor Agro Market yang juga konsepkan pembukaan gerai barangan dan penghantaran makanan serta barangan dipesan,” katanya dalam temu bual mengenai wabak Covid-19 yang disiarkan di laman Facebook malam ini.
Terdahulu hari ini, Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak akan membenarkan semua bentuk bazar Ramadan, sama ada “pandu lalu” atau “tempah dan ambil” seperti yang dicadangkan sebelum ini sebagai alternatif bagi bulan puasa akan datang.
Ismail memaklumkan keputusan itu dalam sidang media harian beliau berhubung pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Katanya, larangan itu termasuklah perniagaan e-bazar yang melibatkan gerai bazar Ramadan di mana pembeli perlu ke tapak jualan untuk mengambil makanan.
Dalam pada itu, Amirudin berkata, pendirian kerajaan negeri itu bukanlah untuk mengagalkan usaha kerajaan pusat dalam memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Beliau berkata, kerajaan negeri Selangor hanya mahu memastikan peniaga tidak terjejas ekonomi mereka di samping dapat melaksanakan dan membudayakan perniagaan atas talian yang semakin berkembang secara positif.
“Saya percaya peringkat negeri tak ada fahaman itu dan memang tak ada usaha nak gagalkan. Malah kerjaaan negeri ada usaha tambahan dalam putuskan rantaian Covid-19,” katanya.
Amirudin juga berkata, kerajaan negeri akan mengumumkan mekanisme pelaksanaan e-bazar di Selangor minggu ini atau minggu depan.
Beliau berkata, sebanyak 15 tempat dikenal pasti sebagai lokasi pelaksanaan untuk dijadikan dapur berpusat.
“Di peringkat kerajaan negeri, pelaksanaan akan diselaras oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) dan Hijrah.
“Setiap dapur berpusat akan ada 10 hingga 20 peniaga untuk pastikan penjarakkannya,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27175

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
E Bazar Ramadan Selangor Grab To Help Traders Generate Income

E Bazar Ramadan Selangor Grab To Help Traders Generate Income

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 330 hits
The Selangor state government has established E Bazar Ramadan Selangor Grab an online platform to help small traders generate income during Ramadan following the cancellation of Ramadan bazaar in the state Menteri Besar Amirudin Shari said ...
30 Link E Bazar Ramadan Online Di Kl Selangor Anda Boleh Follow Puasa Ini

30 Link E Bazar Ramadan Online Di Kl Selangor Anda Boleh Follow Puasa Ini

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 743 hits
Disebabkan perintah kawalan pergerakan yang masih berjalan sehingga menjelang ramadan selepas pengumuman PM kita di hari ke sepuluh PKP kedua dan hampir seluruh negeri di Malaysia membuat keputusan untuk membatalkan penganjuran bazar ramada...
Selangor Lancar E Bazar Ramadan

Selangor Lancar E Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 298 hits
Selangor membatalkan penganjuran bazar Ramadan ketika PKP memasuki fasa ke 2 minggu ini PETALING JAYA Selangor akan melaksanakan satu inisiatif pembelian atas talian bagi menggantikan bazar Ramadan yang dibatalkan di negeri itu Menteri Besa...
Selangor Bakal Laksana E Bazar Ramadan Selangor Grab

Selangor Bakal Laksana E Bazar Ramadan Selangor Grab

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 274 hits
Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk melaksanakan ekosistem keusahawanan baharu dengan kerjasama syarikat penghantaran Grab Malaysia sepanjang musim Ramadan tahun ini Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata inisiatif b...
Bantu Peniaga Vivy Yusof Anjur Bazar Ramadan Online Percuma

Bantu Peniaga Vivy Yusof Anjur Bazar Ramadan Online Percuma

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 370 hits
Terkesan melihat peniaga makanan yang terjejas susulan tiada bazar Ramadan tahun ini usahawan popular Vivy Yusof mengambil inisiatif membantu golongan peniaga dengan The post appeared first on
Tiada Bazar Ramadan Sepanjang Pkp Kata Ismail Sabri

Tiada Bazar Ramadan Sepanjang Pkp Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 270 hits
KERAJAAN memutuskan tidak akan ada bazar Ramadan sepanjang perintah kawalan pergerakan berjalan kata Menteri Kanan Ismail Sabri Tetapi sekiranya PKP sudah ditarik balik ketika Ramadan bermula satu prosedur operasi standard akan dikeluarka
Tanpa Terawih Di Masjid Bazar Sambutan Ramadan Tahun Ini Berbeza Perdana Menteri

Tanpa Terawih Di Masjid Bazar Sambutan Ramadan Tahun Ini Berbeza Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 415 hits
CYBERJAYA Kehadiran bulan Ramadan yang penuh keberkatan tidak lama lagi mungkin disambut secara penuh berbeza berbanding tahun tahun sebelum ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penularan wabak Covid 19 memerlukan semua piha...
Penjualan E Iftar E Bazar Pandu Lalu Atau Tempah Dan Ambil Tidak Dibenarkan Ketika Bulan Ramadan Ismail Sabri

Penjualan E Iftar E Bazar Pandu Lalu Atau Tempah Dan Ambil Tidak Dibenarkan Ketika Bulan Ramadan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 476 hits
Menerusi sidang media Perkembangan PKP yang dilaporkan pada hari ini Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa sebarang penjualan seperti E Iftar E Bazaar Penjualan pada bulan Ramadan tidak dibenarkan Tambahnya lagi walaupun penjualan sepe...
Pm Hargai Sumbangan Pengorbanan Penjawat Awam

Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif Hpa Anwar

Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Masak Nasi Lemak Simple

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Kesal Mjol Tercicir Aim Bukan Sebab Tak Layak Tewas

Sheikh Farouk Dilantik Kpe Tfcsb Baharu Bernama

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina