Tiada Larangan Pemegang Sphm Guna Imej Dekorasi Perayaan Bukan Islam


Tiada Larangan Pemegang SPHM Guna Imej, Dekorasi Perayaan Bukan Islam
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) — Tiada larangan terhadap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) untuk menggunakan imej, ilustrasi atau dekorasi berkaitan perayaan agama selain Islam, namun ia perlu tertakluk kepada syarat ditetapkan termasuk tidak menjejaskan prinsip halalan thoyyiban.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata dekorasi, imej, hiasan dan ilustrasi yang berhubungan dengan perayaan selain daripada agama Islam pada produk makanan yang bersifat tidak kekal, turut dibenarkan.
Bagaimanapun, beliau berkata penggunaan peralatan sembahan adalah tidak dibenarkan dan dekorasi serta hiasan premis juga tidak melibatkan paparan SPHM serta imej Logo Halal SPHM.
“Ia selaras dengan keputusan telah dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2023, bahawa tiada larangan terhadap pemegang SPHM untuk menggunakan imej, ilustrasi atau dekorasi berkaitan perayaan agama selain Islam.
“Sehubungan dengan itu, keputusan ini adalah terpakai kepada isu dekorasi hiasan perayaan selain Islam di bahagian dapur atau outlet hotel yang mempunyai SPHM,” katanya dalam kenyataan hari ini, merujuk kepada isu berkenaan.
BACA JUGA: Tak Boleh Guna Istilah “No Pork, No Lard” Jika Bukan Pemegang Sijil Halal – JAIS Zulkifli berkata sifat saling menghormati kepelbagaian budaya dan agama di Malaysia adalah sebahagian daripada identiti masyarakat majmuk di negara ini, justeru, pihak industri digalakkan untuk terus mematuhi piawaian halal sedia ada tanpa mengetepikan aspek keharmonian kaum.
Beliau berkata pihak hotel dan premis makanan yang memiliki SPHM juga dinasihatkan agar sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa pensijilan halal berkaitan, bagi mendapatkan penjelasan serta panduan tepat dari semasa ke semasa demi memastikan pematuhan berterusan kepada piawaian halal negara.
Menurut Zulkifli, kerjasama erat antara pihak berkuasa agama Islam negeri bersama JAKIM serta pemain industri amat penting bagi memastikan pelaksanaan dasar dan garis panduan halal dilaksanakan secara berhemah, di samping sentiasa mengambil kira kepentingan umat Islam dan keharmonian masyarakat keseluruhannya.
“Pendekatan itu juga mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memelihara kesucian pensijilan halal Malaysia, di samping memastikan keharmonian antara agama dan budaya terus diperkukuh,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Tiada Larangan Pemegang SPHM Guna Imej, Dekorasi Perayaan Bukan Islam appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/20/tiada-larangan-pemegang-sphm-guna-imej-dekorasi-perayaan-bukan-islam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Antara Suami Dan Orang Tua Mana Yang Didahulukan Oleh Istri Dalam Islam

Antara Suami Dan Orang Tua Mana Yang Didahulukan Oleh Istri Dalam Islam

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 192 hits
Sering kali seorang istri menghadapi dilema ketika hak suami dan hak orang tua bertemu Islam telah memberikan pedoman jelas tentang mana yang harus diprioritaskan tanpa mengabaikan kewajiban berbakti kepada orang tua
Hadi Penghalang Bukan Islam Hayati Keindahan Pas

Hadi Penghalang Bukan Islam Hayati Keindahan Pas

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 121 hits
Nora MahparPETALING JAYA Kenyataan Presiden PAS Hadi Awang berhubung ancaman kafir terhadap orang Islam dan mendakwa kaum itu sebagai sumber rasuah mungkin mengelakkan komuniti tersebut daripada menghayati keindahan parti terbabit kata seor...
Makan Makan Di Double Tree By Hilton Jb Sempena Perayaan Krismas

Makan Makan Di Double Tree By Hilton Jb Sempena Perayaan Krismas

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 176 hits
nbsp Makan Makan di Double Tree By hilton JB sempena Perayaan Krismas Tak lama je lagi kan Perayaan Hari Natal akan tiba Dah alang alang bercuti tu apa kata bawa anak anak keluarga atau rakan rakan untuk menikmati hidangan buffet yang dihid...
Sebuah Perayaan Keterangkuman Dan Kreativiti Kita Semua Semua Cara

Sebuah Perayaan Keterangkuman Dan Kreativiti Kita Semua Semua Cara

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 132 hits
Tiket untuk 11 Program Luar Biasa Menampilkan Artis Tempatan dan Antarabangsa Berkeperluan Khas Kini Tersedia di URBTIX HONG KONG SAR Media OutReach Newswire 11 Disember 2025 Edisi kelapan No Limits yang dipersembahkan bersama oleh Festival...
Pemakanan Bijak Musim Perayaan Bagaimana Protein Membantu Mencegah Makan Berlebihan

Pemakanan Bijak Musim Perayaan Bagaimana Protein Membantu Mencegah Makan Berlebihan

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 138 hits
Krismas kembali lagi dan seperti musim perayaan yang lain inilah masanya untuk kita berkumpul bersama rakan keluarga dan sudah tentu menikmati makanan yang lazat Namun banyak hidangan dan mengandungi kalori yang tinggi tetapi rendah nutrien...
Mufti Wp Jelaskan Kaedah Rawatan Akupuntur Dalam Perspektif Islam

Mufti Wp Jelaskan Kaedah Rawatan Akupuntur Dalam Perspektif Islam

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 138 hits
Umum mengetahui bahawa kesihatan merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan seseorang Hal ini kerana ia turut mempengaruhi kualiti hidup produktiviti dan kesejahteraan seseorang Bukan itu sahaja tubuh yang sihat juga membolehkan ind...
Kaaba Shines From Space Stunning Iss Photo Of Islam S Holiest Site

Kaaba Shines From Space Stunning Iss Photo Of Islam S Holiest Site

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 175 hits
A view of the Kaaba in Mecca Saudi Arabia from outer space as snapped by Nasa astronaut Don Pettit and posted on his social media account on December 2 2025 Picture from X Don PettitDHAKA Dec 6 A stunning photograph taken from orbit has gon...
Tarikh Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2026

Tarikh Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2026

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 223 hits
Tarikh Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2026 Selain mengetahui kalendar atau tarikh tahun masihi kita juga perlu ambil tahu tarikh tarikh penting bulan islam sebagai panduan dan rujukan bersama Semoga perkongsian di sini dapat memberi manfa...
Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini

Pengalaman Melancong Ke Turki Dengan Arba Travel

Cabaran Pekerjaan Menjelang Tahun 2026

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Trump Umum Serangan Besar Besaran Terhadap Isil Di Syria


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Napoleon S Defeat At Waterloo The End Of An Era

Easy Achari Beef Recipe Bangladeshi

Ziell Ferdian Egomu Egoku Chord

Penutup Bahagian 21

Makan Kenduri Putu Mayam Station Bubur Nasi No 1

G Dragon Sapu 7 Anugerah Di Mma 2025 Aura Raja K Pop Undang Perhatian