Tiada Langkah Pencukaian Baharu Dalam Belanjawan 2020 Lim


THE MALAYSIAN TIMES 

KUALA LUMPUR: Tiada langkah pencukaian baharu dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan nanti, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Belanjawan 2020 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 11 Okt ini.

“Tidak mungkin ada sebarang langkah pencukaian baharu dilaksanakan (dalam Belanjawan 2020),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan (NTC) 2019, yang dianjurkan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Institut Cukai Berkanun Malaysia dengan tema ‘Kemakmuran Ekonomi dan Percukaian’ di sini.

Mengenai langkah China yang membenarkan mata wangnya, renminbi, susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan krisis perdagangan dengan AS, Lim berkata keadaan itu turut akan menjejaskan Malaysia.

“Pastinya, akan wujud beberapa kesan, kerana anda tidak boleh menafikan bahawa langkah yang diambil oleh satu daripada rakan dagang utama kita akan memberi kesan limpahan ke atas Malaysia, tidak kira sama ada AS atau China. China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia.

“Keadaan ini mendorong kita memperkenalkan langkah luar jangka dalam belanjawan kita nanti, yang mengambil kira kemelut perdagangan itu yang semakin memuncak atau bertambah buruk.

“Sudah tentu akan ada pakej luar jangka untuk cuba seberapa banyak yang boleh bagi melindungi Malaysia daripada sebarang kesan buruk pertikaian perdagangan terbabit,” katanya.

Beliau berkata Malaysia akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat walaupun ada pihak yang berpandangan bahawa pertikaian itu dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini,

“Kita perlu tunggu dan lihat (penyelesaian pertikaian perdagangan AS-China). Saya berpandangan sudah tentu kita memerlukan beberapa rancangan luar jangka,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan, Lim berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia menunjukkan pencapaian baik seiring sasaran, berdasarkan prestasi ekonomi semasa.

Bagaimanapun beliau yang juga setiausah agung DAP berkata, untuk negara berada di kedudukan semasa, ia memerlukan kestabilan politik.

“Sebenarnya keadaan politik Malaysia adalah stabil dan tidak harus berlaku apa-apa ketidaktentuan politik, kerana kita adalah kerajaan yang memenuhi janji dan ini pun telah diulangi berkali-kali oleh Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) bahawa beliau ialah seorang yang menepati janji.

“Begitu juga kerajaan Pakatan Harapan kita pun akan berusaha melaksanakan janji-janji yang kita telah umumkan,” katanya.

Lim mengulangi bahawa ekonomi Malaysia menunjukkan daya tahan walaupun berdepan cabaran luaran yang sukar berpunca daripada kemelut perdagangan AS-China malah Bank Dunia
menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia merekodkan 4.6 peratus tahun ini. –Bernama 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/tiada-langkah-pencukaian-baharu-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2020 Peluang Dibuka Kepada Rakyat Sumbang Idea Dan Cadangan Melalui Laman Web

Belanjawan 2020 Peluang Dibuka Kepada Rakyat Sumbang Idea Dan Cadangan Melalui Laman Web

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 190 hits
Rakyat Malaysia kini berpeluang untuk menyumbangkan idea dan cadangan dalam penyediaan Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada 11 Oktober tahun ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata rakyat boleh menggunakan pelbagai saluran untuk be...
Kerajaan Memperkenalkan Laman Web Belanjawan 2020 Untuk Memudahkan Rakyat Menyalurkan Cadangan

Kerajaan Memperkenalkan Laman Web Belanjawan 2020 Untuk Memudahkan Rakyat Menyalurkan Cadangan

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 165 hits
Rancangan Malaysia Ke 12 ataupun Belanjawan 2020 akan dibentangkan pada 11 Oktober 2019 Melalui pembentangan ini kerajaan akan memperkenalkan pelbagai inisiatif dan kemaskini kepada keadaan ekonomi negara dan cara cara bagaimana kerajaan ak...
Menjelang Belanjawan 2020 Fokuskan Usaha Mensejahterakan Penduduk Bandar

Menjelang Belanjawan 2020 Fokuskan Usaha Mensejahterakan Penduduk Bandar

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 328 hits
Pada 6 Ogos 2019Berdasarkan anggaran Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke 11 populasi bandar di Malaysia akan bertambah kepada 25 9 juta orang atau 76 6 peratus pada tahun 2020 Ramai akan beralih ke kawasan bandar untuk mend...
Logo Baharu Kempen Melawat Malaysia 2020

Logo Baharu Kempen Melawat Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 416 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan logo baharu kempen Melawat Malaysia 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Logo yang merupakan sebahagian daripada kempen Melawat Malaysia 2020 itu menampilkan pelbagai ikon Ma...
Kongsikan Cadangan Anda Bagi Belanjawan 2020

Kongsikan Cadangan Anda Bagi Belanjawan 2020

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 239 hits
Belanjawan Negara merupakan pengisytiharan belanjawan bagi negara Malaysia yang diadakan setiap tahun Kebiasaanya akan diumumkan pada penghujung tahun Jadi kali ini sekali lagi melalui Belanjawan 2020 pula pihak Kementerian Kewangan melalui...
Semakan Penempatan Tahun 1 2020

Semakan Penempatan Tahun 1 2020

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 280 hits
Semakan Penempatan Tahun 1 2020 Assalamu alaikum Bagi ibu bapa yang telah mendaftarkan anak anak untuk kemasukan Tahun 1 pada Tahun 2020 bolehlah membuat Semakan Penempatan Tahun 1 2020 bermula hari ini TARIKH SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 202...
Aiman Zahirah Nikah Februari 2020 Tarikh Tengah Bincang

Aiman Zahirah Nikah Februari 2020 Tarikh Tengah Bincang

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 319 hits
Kami memilih bulan Februari kerana ia bulan kelahiran Zahirah dan mengandungi banyak tarikh yang menarik Namun tarikh pernikahan masih belum dapat ditentukan kerana banyak hal yang memerlukan perbincangan antara kedua belah pihak demikian k...
Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2020

Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2020

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 392 hits
AssalamualaikumBismillahSemak Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2020 Bermula 5 Ogos 2019 Bagi permohonan yang Tidak Berjaya Rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2019 hingga 20 Ogos 2019 Syarat Permohonan Kemasukan Prasekolah 202...
Permohonan Panggilan Ke 2 Ke Uitm Sesi 2019 2020

Permohonan Panggilan Ke 2 Ke Uitm Sesi 2019 2020

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 299 hits
Panggilan bagi kemasukan ke UiTM ataun Universiti Teknologi Mara telah pun dibuka Panggilan ke 2 ke UiTM kali ini bermula dengan Part1 yang telah bermula pada Julai yang lepas Panggilan ke 2 ke UiTM ini hanya dibuka kepada peringkat Diploma...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

What You Should Know About New Construction Plumbing

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Cara Qada Solat Fardhu

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm