Tiada Lagi Istilah Seksi Ikrar Artis Seksi Kilafairy Al Hamdulillah
Menurut pelakon yang popular menerusi filem Hoore! Hoore!, dia ingin memulakan sesuatu yang baharu sempena tahun 2020 - Foto Instagram Kilafairy
HALAMAN HIBURAN
SEBELUM ini, jika disebut sahaja nama Kilafairy, tentu sekali peminat industri hiburan akan pantas mengaitkan dia sebagai artis wanita seksi.
Seksi dan imej anak kepada penyanyi terkenal Rohana Jalil itu sangat sinonim sekali. Bagaimanapun, selang perubahan masa, Kilafairy memilih untuk berubah, tidak lagi mempamerkan tubuh badan yang seksi.
Perubahan imej ini seiring dengan kemunculan tahun 2020, pelakon yang popular menerusi filem Hoore! Hoore! itu ingin memulakan sesuatu yang baharu.
"Step by step, Insya-Allah, berkat doa ibu bapa juga. Sempena tahun baharu, 2020 ini saya mahu mulakan sesuatu yang segar dan bersih" katanya.
Kila yang kini sedang giat menguruskan perniagaan produk kecantikan KILAFIT turut menyatakan bahawa dia ingin menjadi insan yang lebih baik dan sudah tujuh bulan dia cuba menjaga penampilannya.
"Saya mahu memberi contoh yang baik kepada penyokong dan mereka yang menggunakan KILAFIT," katanya lagi.
Jelas Kilafairy, perubahan imejnya itu juga seiring dan selaras dengan apa yang mahu diperjuangkan KILAFIT lebih lagi dengan perkembangan agen dan stokis jenama berkenaan yang semakin meningkat.
Hibur Hibur SikitEbett G Ade. 'Menari sentuh kulit perempuan' dalam lagu 'Pesta' dan 'nasihat untuk gadis' dalam lagu 'Gadis Remang Remang' telah menyerlah pemikiran Islam se orang penyanyi bernama Ebett G Ade.
Ebiet G. Ade PestaGADIS REMANG REMANG Ebiet G AdeEbiet G Ade Selingkuh Lirik | Galaxy Lyrics
Lihat lagi..Ebiet, Penyanyi Indonesia: Lagunya Mengubah Hidup....
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)
Lihat sebelum ini..Landak 1: Peluang Jana Ekonomi, Ternaknya, Semuda...Landak 2: Khasiat..'lembek tertidur boleh bangun m...Landak 3: Ini Geliga Landak, Apa Rahsianya Pula?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/02/tiada-lagi-istilah-seksi-ikrar-artis.html