Tiada Lagi Guru Yang Selalu Ingatkan Saya Anak Anak Hingga Saat Ini Terasa Kehilangannya
Pemergian insan yang paling rapat pasti akan dirasai apatah lagi setiap apa yang dilakukan sebelum ini selalunya akan mendapat nasihat dan rujukan terlebih dahulu. Tapi janji Allah itu pasti, apabila Ustaz MK Azman akui kehilangan ‘guru’ yang paling rapat iaitu arwah isteri, Ustazah Shadiya Abbas cukup terkesan buatnya sekeluarga.
Meninggalkan tiga cahaya mata yang masih perlukan belaian seorang ibu bukan sesuatu yang mudah. Namun hidup perlu diteruskan dan hanya doa sebagai pengubat rindu buat arwah di sana.
Menerusi coretan hati Ustaz MK Azman ramai yang bertanyakannya kenapa dia menganggap arwah Ustazah Shadiya sebagai gurunya selama ini.
ARTIKEL BERKAITAN [“Kita Semua Milik Allah..” Pesanan Arwah Ustazah Shadiya Seminggu Sebelum Pergi]
Mungkin ramai yang tidak tahu apa istimewanya arwah, namun apa yang diluahkan oleh Ustaz MK Azman ini benar-benar mengambarkan betapa hebatnya keperibadian Ustazah Shadiya.
DIA GURUKU
Ada anak-anak murid arwah whatsapp bertanya kepada saya kenapa saya menggelar Ustazah Shadiya Abbas sebagai guru.. Saya akui dia sebagai guru saya kerana:
1⃣ Saya merujuk dahulu pada beliau apa yang perlu saya ajarkan pada jemaah masjid atau surau sebelum saya menyampai kuliah atau ceramah. Dia yang ajarkan cara penyampaian dan pengkritik tetap saya dalam aspek penyampaian ilmu agama.
2⃣Dia guru saya sebab dia mempunyai khazanah doa-doa yang ma’thur. Dia hafal banyak doa dan dia amalkan. Seringkali dia akan ajarkan saya dan ingatkan saya supaya amal. Bukan saja pada saya, juga pada anak-anak. Sebab tu biasa penutup kuliahnya dia akan ajarkan doa-doa kepada jemaah untuk diamalkan.
3⃣Dia guru saya sebab penyampaiannya sentiasa segar walaupun pada waktu petang. Dia akan turun bersama-sama saya ataupun berseorangan untuk mengajar penghuni-penghuni Pusat Bina Diri JKM Sungai Buloh. Dia bersemangat untuk mengajar walaupun tanpa bayaran kerana baginya adalah amal jariah. Jika saya datang berseorangan ke sana, pasti ada ibu-ibu di sana bertanyakan tentang Ustazah Shadiya. Ramai yang menyatakan rasa rindu. Kata mereka ustazah mengajar best.. Allahu.. Aku yakin mereka belum tahu ustazah yang menjadi kerinduan mereka sudah tiada.
ARTIKEL BERKAITAN [“Hebatnya Perjalanan Terakhir Sayang. Dalam Kubur Sejuk Seolah Lantainya Dari Marmar”]
4⃣Orang kuat Emkays Future Training & Consultancy yang saya tubuhkan adalah Ustazah. Dialah yang kerap menyampaikan ilmu biar pun dia keletihan. Ada sahaja perkara yang dia nak kongsikan. Tiada lagi guru, mungkin tiada lagi…
5⃣Dia guru yang sering menegur salah silap saya sama ada sikap, perasaan dan ibadah saya. Naik kenderaan pasti dia akan ingatkan saya dan anak-anak baca doa.. Malah malam terakhir saya bersama beliau ke hospital pun dia sempat berpesan supaya baca doa. Saya sakit, dia ajarkan doa untuk saya baca dan amalkan. Alhamdulillah mustajab doa yang dibaca.
Sebab itulah saya menggelar dia sebagai GURU. Nanti anak muridmu ini akan menyusul bersamamu wahai GURUKU.
Sumber: Ustaz MK Azman
The post “Tiada Lagi Guru Yang Selalu Ingatkan Saya & Anak-Anak”. Hingga Saat Ini Terasa Kehilangannya appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tiada-lagi-guru-yang-selalu-ingatkan-saya-anak-anak-hingga-saat-ini-terasa-kehilangannya/