Tiada Jawatan Tertinggi Diberikan Kepada Mustapa Dr Mahathir


THE MALAYSIAN TIMES 

KOTA BHARU: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tiada jawatan tertinggi kerajaan yang akan ditawarkan kepada bekas menteri kabinet dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamad selepas pemimpin itu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dr Mahathir berkata menjadi dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak menawarkan jawatan bagi tempoh tertentu kepada mana-mana bekas pemimpin UMNO.

“Mereka mesti bersihkan diri daripada amalan kerajaan terdahulu dan (kami) akan melihat tempoh tertentu buat mereka (pegang jawatan),” katanya kepada pemberita selepas majlis beramah mesra dengan pemimpin PH Kelantan di sebuah hotel di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu isteri perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Pengerusi PH Kelantan Senator Datuk Husam Musa.

Dr Mahathir juga menjelaskan mana-mana pemimpin dan anggota UMNO yang berhasrat menyertai PH, walaupun pada masa yang sama penyertaan mereka dialu-alukan, tetapi perlu menerima prinsip yang diperjuangkan PH.

Ditanya tentang jumlah royalti petroleum kepada Kelantan, Dr Mahathir berkata beliau masih meneliti perkara itu kerana perlu melihat pelbagai sudut sebelum membuat keputusan.

Menyentuh mengenai nasib nelayan, petani dan pekebun kecil yang bakal terjejas pada musim tengkujuh ini, beliau berkata kerajaan akan mencari kaedah sesuai untuk membantu mereka.

“Pemberian insentif bukan jalan terbaik seperti yang diberikan oleh kerajaan terdahulu kerana kita mahu mereka ada jalan usaha untuk mengatasi masalah itu,” katanya.

Mengenai genap enam bulan kerajaan PH memerintah negara, Dr Mahathir berkata beliau masih belum berpuas hati dengan prestasi kerajaan dan banyak perkara yang perlu diberi perhatian terutama dalam usaha membantu rakyat.

“Kalau tanya saya memanglah tidak berpuas hati lagi tetapi usaha yang kita lakukan telah memperlihatkan rakyat gembira dan ceria terutama dalam usaha membasmi rasuah,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata berdasarkan prestasi keseluruhan anggota kabinet yang dibentuknya, beliau yakin menteri-menteri berkenaan akan sentiasa meningkatkan prestasi daripada semasa ke semasa.

“Saya sentiasa berjumpa dengan mereka dan berbincang mengenai bagaimana mereka boleh menyelesaikan permasalahan dan meningkatkan prestasi,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/tiada-jawatan-tertinggi-diberikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Tiada Jawatan Untuk Mustapa Bekas Pemimpin Umno

Dr M Tiada Jawatan Untuk Mustapa Bekas Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 348 hits
Foto FMTKOTA BARU Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tiada jawatan tertinggi kerajaan yang akan ditawarkan kepada bekas menteri kabinet dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamad selepas p...
Tun Dr Mahathir Mohamad Menuntut Perlucutan Jawatan P Waytha Moorty Sebagai Menteri Di Jabatan Pm Dan Senator

Tun Dr Mahathir Mohamad Menuntut Perlucutan Jawatan P Waytha Moorty Sebagai Menteri Di Jabatan Pm Dan Senator

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 1121 hits
Petisyen ini digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar Content Type multipart alternative boundary AlternativeBoundaryString AlternativeBoundaryString Content type text plain charset UTF 8 Hello there I just signed the petition Tun Dr Mahathir...
Dr Mahathir Terima Anugerah Tertinggi Jepun Dari Maharaja Akihito

Dr Mahathir Terima Anugerah Tertinggi Jepun Dari Maharaja Akihito

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 806 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers daripada Maharaja Akihito dari Jepun Foto EPA TOKYO 6 Nov Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dianugerahi Grand Cordon of the Order...
Bon Samurai Mahathir Pun Tidak Pasti

Bon Samurai Mahathir Pun Tidak Pasti

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 387 hits
oleh Ab Jalil Backer Semalam saya bertanya kepada sahabat sahabat untuk kegunaan apa Bon Samurai Malaysia ini diterbitkan Banyak jawapan diberikan tetapi tiada keseragaman Rupanya bukan kita sahaja tidak pasti Tun Mahathir pun macam tidak p...
Mahathir Some Icerd Provisions Unsuitable For Malaysia

Mahathir Some Icerd Provisions Unsuitable For Malaysia

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 520 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad has expressed reservations about the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination We have to consider it because there are provisions that are unsuitable with our count...
Daim Sabar Beri Dr Mahathir Masa Janji Dibuat Tapi Perbendaharaan Kosong

Daim Sabar Beri Dr Mahathir Masa Janji Dibuat Tapi Perbendaharaan Kosong

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 370 hits
Kerajaan Pakatan Harapan perlu memberi tumpuan kepada usaha menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 dan melupakan apa yang berlaku pada masa lalu kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Za...
Whither Jho Low Is Jail His Only Option Can He Be Caught Who Should He Fear Most Mahathir Or Najib

Whither Jho Low Is Jail His Only Option Can He Be Caught Who Should He Fear Most Mahathir Or Najib

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 343 hits
Embattled financier Low Taek Jho popularly referred to as Jho Low is now facing criminal indictments from the United States Department of Justice over the The fugitive businessman who is believed to be hiding in China is also wanted by and ...
Terima Anugerah Dari Jepun Mahathir Sebenarnya Harumkan Nama Negara

Terima Anugerah Dari Jepun Mahathir Sebenarnya Harumkan Nama Negara

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 290 hits
Oleh Satu ucapan tahniah kepada Tun Mahathir atas anugerah yang diterimanya dari Maharaja Akihito menerima pelbagai reaksi berbeza Itu sudah lumrah Ada yang melihat dari sudut ketaksuban politik ada yang melihat dari sudut kebencian ada yan...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi