Tiada Istilah Gentar Pas Dah Biasa Kalah Pru


ismaweb.net
zuhayati

UMNO patutnya khuatir hilang kerusi Parlimen, bidas PAS Perak

BANGI, 14 Zulkaedah 1443H, Selasa – PAS Perak menyelar kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menuduh parti itu khuatir kehilangan kerusi, sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan segera.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria secara tegas berpandangan, tiada istilah takut hilang kerusi bagi parti berkenaan kerana parti itu telah banyak kali melalui fasa tewas dalam PRU sebelum ini.

Melihat situasi semasa hari ini, beliau berkata, UMNO yang sepatutnya perlu rasa gentar kehilangan kerusi Parlimen.

“Isu takut hilang kerusi itu tak sepatutnya timbul kerana PAS memang sudah biasa kalah.

“UMNO yang sepatutnya perlu rasa khuatir sebab sekarang ini kerajaan di bawah pentadbiran pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN), kita ini (PAS) hanya mencukupkan dan melengkapkan,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Zahid menempelak kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa parti yang bertegas tidak mengadakan PRU15 dalam masa terdekat adalah kumpulan yang kemaruk kuasa.

Razman menegaskan, UMNO yang mempunyai 40 kerusi Parlimen sepatutnya berkuasa untuk membubarkan Parlimen seperti yang pernah dilakukan di Melaka dan Johor sebelum.

Malah, beliau turut mempersoalkan parti itu kerana mahu menyalahkan PAS yang hanya mempunyai 18 kerusi Parlimen.

“Jadi kenapa bila nak bubar Pusat, nak salahkan PAS yang ada 18 kerusi ni, bubarlah kalau berani,” katanya.

Razman menyatakan pendirian bahawa PAS tidak bersetuju mengadakan PRU15 dalam tempoh terdekat bukanlah disebabkan gentar atau tidak bersedia, tetapi demi kepentingan rakyat yang terbeban dengan pelbagai isu ekonomi serta bekalan makanan.

“Pendirian PAS untuk selesaikan dulu masalah rakyat, tergesa-gesa nak adakan PRU itu bukanlah satu keperluan lagi,” katanya.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, isu kenaikan harga, bekalan makanan yang terjejas serta krisis eksport dan import negara, itu perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/tiada-istilah-gentar-pas-dah-biasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Takut Hilang Banyak Kerusi Jika Pru Awal Zahid Bidas Hadi

Pas Takut Hilang Banyak Kerusi Jika Pru Awal Zahid Bidas Hadi

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 204 hits
Ahmad Zahid Hamidi membidas Abdul Hadi Awang selepas presiden PAS itu menggelar pihak yang mahu mempercepatkan PRU15 sebagai kumpulan kemaruk kuasa KUALA LUMPUR Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membidas Abdul Hadi Awang sebenarnya takut PAS...
Pas Gunakan Alasan Rakyat Untuk Tidak Bubarkan 3 Dun Sekiranya Pru 15 Tahun Ini

Pas Gunakan Alasan Rakyat Untuk Tidak Bubarkan 3 Dun Sekiranya Pru 15 Tahun Ini

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 191 hits
PAS Gunakan Alasan Rakyat Untuk Tidak Bubarkan 3 DUN Sekiranya PRU 15 Tahun Ini Naib Presiden PAS Idris Ahmad memaklumkan PAS tidak akan membubarkan 3 DUN sekiranya PRU 15 diadakan tahun ini 3 DUN tersebut ialah DUN Kedah DUN Kelantan dan D...
Zahid Hadi Tak Mahu Pru Awal Mungkin Sebab Takut Pas Hilang Kerusi

Zahid Hadi Tak Mahu Pru Awal Mungkin Sebab Takut Pas Hilang Kerusi

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 213 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 11 2022 1 57 PMBarangkali Presiden PAS Abdul Hadi Awang menentang pelaksanaan PRU lebih awal kerana takut partinya akan hilang banyak kerusi kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Zahid mengulas kenyataan Abdu...
Biasa Kalah Dulu La Nak Menang Kena Sondoi Pun Tak Pa

Biasa Kalah Dulu La Nak Menang Kena Sondoi Pun Tak Pa

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 217 hits
Buat apa takut Pas dah biasa kalah Sinar HarianJun 14 2022TRazman Zakaria berkata tiada istilah takut hilang kerusi memandangkan parti itu sendiri telah melalui fasa tewas bertanding pada PRU sebelum ini Foto Sinar HarianBAGAN SERAI Pas Per...
Pembangkang Tidak Gentar Hadapi Pru Tetapi Tangani Keperitan Hidup Rakyat Dahulu

Pembangkang Tidak Gentar Hadapi Pru Tetapi Tangani Keperitan Hidup Rakyat Dahulu

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 155 hits
Kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa pembangkang takut menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 dan cuba membeli waktu dengan pelbagai alasan tidak benar sama sekali Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Manivanan Gowin pem...
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry

Rain Lily Scarlet O Hara

Maszlee Malik Dan Noor Amin Ahmad Dakwa Rafizi Menipu

Template Blogger Responsive Seo Friendly

Johari Ghani Youths No Longer Care About Party S Legacy Umno Must Focus On Credibility Climate And Reform To Woo Them


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysia Airlines A330neo Pesawat Baharu Lebih Canggih Selesa Jimat Bahan Api

Ucapan Istemewa Kepada Babab Net

Mendaki Bukit Panorama Di Sungai Lembing

Dr888 12 December Dr888 Top 73 By Sofia

Pananthai 9 Pananthai Top 87 By Patrice

Monday Morning